Idea Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah Sambal Bagus Ni Tak Membazir


Rasa sayang nak buang lebihan kuah rendang ayam atau daging, sambal ikan atau telur . Jadi korang hanya perlu kreatif sedikit cipta menu baru supaya lebihan kuah dan sambal ini boleh dimanfaatkan. Secara tidak langsung, ia menggelakkan pembaziran dan menjimatkan masa memasak di dapur. Berikut cadangannya:-

Kuah Rendang
Lebihan kuah rendang  ayam atau daging, anda boleh  jadikan pes untuk nasi goreng.  Anda hanya perlu tumiskan semula kuah ini dan masukkan nasi di dalamnya, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Boleh juga tambah sedikit sayur dan hirisan cili jika suka. Atau kuah rendang juga sedap dimasukkan dalam telur goreng hancur, ia menjadikan telur yang digoreng lebih sedap.

Sambal Merah
Kalau masak sambal ikan, tapi ikannya sudah habis tapi sambal masih ada, jangan buang ye.Anda boleh olah sedikit untuk buat telur goreng atau rebus dengan citarasa tiga rasa. Apa perlu anda lakukan, panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dengan serai titik, tomato yang dipotong dadu dan hirisan daun limau purut. Kemudian tambahkan dengan lebihan kuah sambal tadi serta sedikit sos cili dan plum, gaul rata dan masukkan telur yang siap di goreng atau rebus. Jika kurang masin boleh tambah secubit garam. Maka jadilah menu baru Telur Berlada Tiga Rasa.

Kuah Kari Daging /Ayam
Sayang kalau anda buang lebihan kuah kari daging atau ayam.  Sebenarnya anda boleh gunakan kuah ini untuk campuran dalam penyediaan inti kentang karipap. Caranya mudah saja, anda hanya perlu sediakan kentang yang dipotong dadu kecil, sedikit bawang besar cincang, bawang putih cincang halus dan daun kari.  Kemudian tumis, bawang besar dan putih serta daun kari hingga wangi. Masukkan kentang dan kacau rata, diikuti dengan kuah kari tadi. Kacau rata hingga kentang empuk dan kuah kering. Tambahkan perasa seperti garam dan gula jika perlu. Tak perlu tambah ayam atau daging lagi, sebab kuah tadi sudah ada rasa ayam atau daging.

Sambal Hijau
Ikan Sambal Hijau, ikan sudah habis, tapi lebihan sambalnya masih ada. Jangan buang, jadikan ia   Tukar je dengan udang. . Anda hanya perlu goreng udang, kemudian tumiskan hirisan bawang besar dan sedikit kacang pis.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang tadi hingga wangi kemudian masukkan udang goreng dan kacang pis dan lebihan sambal hijau tadi, kacau rata supaya sebati, jika kurang rasa tambahkan perasa dengan sedikit garam dan gula. Akhir sekali tutup dan hidangkan.
 
Kuah Pecal
Jika sayur-sayuran untuk pecal sudah habis tapi kuahnya masih berbaki, jangan buang. Anda boleh gunakan  untuk jadikan sambal pencicah cucur udang dan cucur sayur.  Caranya Anda hanya perlukan  sedikit bawang merah dan putih yang di kisar, kemudian tumis hingga wangi. Kemudian masukkan kuah kacang tadi dan tambahkan sedikit air. Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Kuah Spageti Balognes
Percaya atau tidak lebihan kuah balognes boleh digunakan sebagai perencah untuk Nasi Tomato. Anda yang perlu tambah satu atau dua biji tomato cincang,  sedikit bawang Holland, halia dan mentega. Caranya mudah sahaja, panaskan mentega dan tumis bawang Holland dan halia. Kemudian masukkan lebihan kuah balognes, kacau rata dan masukkan beras yang telah direndam, seterusnya tambahkan air, tomato cincang serta garam secukupnya. Biarkana nasi masak seperti biasa.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/01/idea-cipta-menu-baru-dari-lebihan-kuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Tengok Menu Best Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Jom Tengok Menu Best Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 721 hits
BAGI YANG SUKA MENIKMATI MASAKAN CINA JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERAIKAN KEDATANGAN TAHUN BARU CINA 2019 ini DI TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM BANYAK MENU BEST YANG BOLEH KORANG LAYAN Bagi masyarakat Cina ta...
Ibu Baru 7 Hari Bersalin Jahitan Luka Terbuka Benang Tertetas Doktor Bagi Tip Penjagaan

Ibu Baru 7 Hari Bersalin Jahitan Luka Terbuka Benang Tertetas Doktor Bagi Tip Penjagaan

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 6299 hits
Jahitan bersalin terbuka memang menakutkan Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penj...
Sampah Berselerak Beza 500orang Sambut Tahun Baru 2019 Vs Himpunan Ummah 1juta Orang

Sampah Berselerak Beza 500orang Sambut Tahun Baru 2019 Vs Himpunan Ummah 1juta Orang

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 708 hits
Sambutan ambang tahun baru 2019 awal pagi tadi bukan sahaja meninggalkan seribu kenangan kepada rakyat namun turut meninggalkan sisa sampah yang bertaburan di sepanjang jalan sekitar ibu negara Dalam rakaman video berdurasi 27 saat yang tul...
4 Gambar Malam Tahun Baru 2019 Di Terengganu

4 Gambar Malam Tahun Baru 2019 Di Terengganu

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 392 hits
ORANG ramai menunaikan solat sunat hajat memohon keberkatan dan kesejahteraan yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Mokhtar Salleh pada malam Ambang Tahun Baru 2019 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak malam ini BH Foto GHAZALI KOR...
Pesta Liar Tahun Baru 2019 Diserbu

Pesta Liar Tahun Baru 2019 Diserbu

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 512 hits
AYER KEROH Keghairahan lebih 500 individu yang sedang berpesta sempena menyambut ambang tahun baharu berakhir apabila kumpulan itu diserbu penguat kuasa dalam Operasi Bersepadu di sebuah taman tema air di sini tengah malam tadi Ketika serbu...
Harga Baru Petrol Diesel Ditentukan Esok

Harga Baru Petrol Diesel Ditentukan Esok

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 356 hits
M Hifzuddin Ikhsan dan Hamzah Osmancnews nstp com myKUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018 Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar NSTP AZHAR RAMLIKERAJAAN perlu memper...
Smartfren Bidik Pelanggan Baru Dari Bolt

Smartfren Bidik Pelanggan Baru Dari Bolt

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 161 hits
Pelanggan aktif Bolt bisa menukarkan kuota atau pulsa dalam bentuk pembayaran di muka mulai dari tanggal 31 Desember 2018 sampai dengan 31 Januari 2019 Untuk menukarkannya Bolt telah menyediakan 28 gerai Bolt Zone di Jabodetabek dan Medan S...
Malam Tahun Baru Menhub Lepas Penumpang Terakhir Di Bandara Ngurah Rai

Malam Tahun Baru Menhub Lepas Penumpang Terakhir Di Bandara Ngurah Rai

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 237 hits
Tidak hanya penumpang yang berangkat para penumpang yang datang pertama di tahun 2019 pun turut mendapat prosesi penyambutan pengalungan bunga dan souvenir
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri