Jom Tengok Menu Best Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BAGI YANG SUKA MENIKMATI MASAKAN CINA, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERAIKAN KEDATANGAN TAHUN BARU CINA 2019 ini DI TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM. BANYAK MENU BEST YANG BOLEH KORANG ‘LAYAN’.
Bagi masyarakat Cina, tak lengkap Tahun Baru Cina tanpa adanya makan besar bersama ahli keluarga.Tradisi ini mempunyai nilai simbolik kepada perpaduan dalam sesebuah negara. Selain itu, dapat berkumpul dan menikmati detik indah bersama keluarga mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Saat-saat penting ini seharusnya disambut dengan sesi ‘makan-makan’ yang cukup istimewa. Lantaran itu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah memperkenalkan menu untuk perayaan Tahun Baru Cina 2019 iaitu Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set, dan Golden Prosperity Chinese New Year Set.
ADA BANYAK MENU MENARIK
Korang boleh pelbagai menu menarik yang telah disediakan secara eksklusif oleh Chef Chinese Cuisine iaitu Chef Patrick.Kesemua menu enak ini boleh anda nikmati di Tung Yuen Restaurant, Aras 1, Grand BlueWave Hotel bermula 15 Januari hingga 28 Februari 2019, dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengahari.
Manakala untuk makan malam pula,bermula dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam. Korang jangan risau atau rasa was-was nak makan di sini, sebabnya Tung Yuen Chinese Restaurant, telah diiktiraf dengan sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
YEE SANG PEMBUKA SELERAYee Sang adalah yang wajib ada ketika makan besar bersama keluarga di Tahun Baru Cina. Di Tung Yuen Restaurant korang boleh menikmati empat pilihannya.
Auspicious Yee Sang, sejenis pembuka selera yang perlu ada semasa Tahun Baru Cina. Tetamu boleh memilih dari empat pilihan mewah yang ditawarkan iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang.Harga bermula dari serendah RM40.00 +
NIKMATI JUGA POON CHOY SET, HIDANGAN TRADISIONAL CINA
Selain itu, hidangan yang wajib ada semasa sambutan Tahun Baru Lunar ialah Poon Choy Set. Terdapat dua jenis Poon Choy Set di Restoran Tung Yuen di mana Set A berharga dari RM988.00+ dan Set B yang berharga dari RM1288.00+, sesuai untuk 10 orang.
Poon Choy ialah satu hidangan tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China dan dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam. Special Take Away Prosperity Pot “Poon Choy” juga boleh didapati dengan harga RM680.00 + (termasuk Pot Stainless Steel).
GOLDEN PROSPERITY CHINESE NEW YEAR SET MENU YANG CUKUP MENYELERAKAN
Bagi melengkapkan dan menyemarakkan lagi keseronokan menyambut Tahun Baru Cina, turut disediakan hidangan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang cukup menyelerakan. Memang sesuai buat seisi keluarga, perjumpaan syarikat ataupun bersama rakan-rakan.
Terdapat empat set menu yang ditawarkan iaitu, Auspicious Good Luck berharga dari RM1088.00+, Joyful Reunion berharga dari RM1288.00+, Auspicious Good Health berharga dari RM1488.00+.
Ketiga-tiga menu ini sesuai untuk 10 orang. Manakala, Super Value Auspicious Good Health pula ditawarkan dengan harga RM898.00+ dan sesuai untuk 6 orang.
HARGA YANG DITAWARKAN:
1. Auspicious Yee Sang dari RM40.00nett
2. Golden Prosperity CNY Set Menu
– RM1088.00+ (Auspicious Good Luck, 10 pax)
– RM1288.00+ (Joyful Reunion, 10 pax)
– RM1488.00+ (Auspicious Good Health, 10 pax)
– – RM898.00 nett (Super Value Auspicious Good Health, 6 pax)
3. Poon Choy Set – RM1288.00+ (Set A) dan RM988.00+ (Set B)
4. Special Takeaway Prosperity Pot – RM680.00+ (Termasuk Stainless Steel pot)
WAKTU OPERASI:
Hari : Isnin – Ahad (7 hari seminggu)
Masa: 11.30 pagi – 2.30 petang (Makan tengahari)
6.30 petang – 10.30 petang (Makan malam)
**Semua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan.
SEGERALAH BUAT TEMPAHAN
Ayuh, nikmati detik-detik indah di Tahun Baru Cina bersama sahabat handai atau keluarga tersayang di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.
Untuk info selanjutnya korang boleh layari: www.bluewavehotel.comatau https://facebook.com/grandbluewave/
Oh, ya.. bagi yang datang ke Tung Yuen Chinese Restaurant, jangan lupa buattempahan terlebih dahulu ya.Hubungi talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau Bahagian Telepemasaran 2724
Selamat Tahun Baru Cina 2019 dan selamat menikmati hidangan enak di Tung Yuen Chinese Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam.
Jumpa lagi. Tata…
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/01/jom-tengok-menu-best-tahun-baru-cina.html