Ibu Tunggal Kecewa Anak Ditahan Reman Berkali Kali



Seorang ibu tunggal mendakwa, anaknya yang berusia 18 tahun telah direman berlanjutan (chain remand) sejak Feb lalu dan kini disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca).
T Priscilla Devi, 44 berkata dia tidak tahu mengapa anaknya K Mitheswaran ditahan bawah Poca.
Untuk rekod reman berlanjutan bermaksud seseorang itu diberi kebenaran untuk ditahan reman semula sebaik saja tempoh sebelumnya tamat.
Menerusi sidang media di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini, Devi berkata polis telah menahan Mitheswaran di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada 23 Feb.
Turut ditahan, katanya, ialah anak sulunya Nisant Raj, namun dilepaskan pada hari sama.
Tambahnya, dia diberitahu Mitheswaran ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di Bandar Perda setelah pihak berkuasa menemui lima gram dadah methamphetamine.
“Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut, pihak polis berkata berat dadah itu hanya 0.5 gram dan ia digunakan untuk hal peribadi,” dakwanya.
Mitheswaran direman tiga hari sehingga 26 Feb namun selepas itu dia ditahan kembali dan siasatan – yang asalnya membabitkan penyalahgunaan dadah – bertukar kepada dakwaan pecah masuk rumah.
 
Dari Bukit Mertajam ke Kulim
Pada 27 Feb dia direman lanjutan selama enam hari sehingga 4 Mac.
“Ketika saya jumpa anak saya pada 28 Feb, saya nampak di tangannya ada tanda hitam.
“Katanya ketika disoal siasat oleh bahagian narkotik pada 24 Feb dia diseksa dan dikenakan kejutan elektrik selama empat jam.
“Dia kemudian dipaksa menandatangani dokumen berjumlah 30 muka surat tanpa membacanya,” kata Devi.
Dia mendakwa pada 2 Mac pihak polis memaklumkan Mitheswaran akan ditahan mengikut Poca namun sebelum itu dibawa ke IPD Kulim, Kedah, terlebih dahulu untuk disiasat berhubung dakwaan pecah masuk rumah.
Kebenaran menahanan reman Mitheswaran kemudian diperolehi polis di Mahkamah Kulim.
Mitheswaran kemudian dibawa kembali ke IPD Seberang Perai Tengah pada 11 Mac sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 12 Mac untuk ditahan mengikut Poca.
Di bawah Poca polis mempunyai kuasa untuk menahan seseorang tanpa perlu didakwa atau dibawa ke mahkamah sehingga 60 hari.
“Saya betul-betul terseksa sekarang. Saya ibu tunggal dan tak ada kerja. Saya hanya harapkan kedua-dua anak lelaki untuk membantu saya,” jelasnya.
Devi kemudian mendakwa beberapa pihak berkuasa mengambil wang dengan alasan untuk menyediakan makanan untuk anaknya yang berada dalam tahanan.
Dia juga mendakwa memberikan wang berjumlah RM3,800 kepada anggota polis itu.
Ketika Mitheswaran ditahan, dakwa Dewi, polis mengambil wang berjumlah RM1,500 daripadanya dan sehingga kini ia belum dikembalikan.
“Saya terpaksa meminjam dengan saudara untuk membayar pihak polis,” dakwanya.
Ketua Polis Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abdul Samad ketika dihubungi pula menggesa Devi untuk membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Ketika ditanya kengapa Mitheswaran ditahan di bawah Poca, Shafee berkata remaja itu turut disiasat berhubung lima kes pecah masuk.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy, yang menemani Devi dalam sidang media itu turut berkata Poca telah disalah guna untuk menahan Mitheswaran.
“Ini adalah pelanggaran hak asasi manusia dan polis sewenang-wenangnya menahan dia […] dan apa yang lebih merisaukan ialah mahkamah meluluskan permohonan pihak berkuasa untuk menggunakan Poca untuk menahan remaja terbabit,” katanya.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Jerald Joseph turut menyifatkan bahawa, tiada sebab untuk Mitheswaran ditahan di bawah Poca.
“Kenapa pihak polis nak menahannya untuk beberapa hari? Kamu (polis) hanya menahan seseorang kerana mempunyai keraguan dan bukti kukuh: kamu tidak boleh menahan orang dan mencuba nasib (mendapatkan bukti).
“Jika ada bukti, terus dakwa dia di mahkamah dan jangan terus menahan menggunakan Poca. Setiap hari sangat bermakna bagi manusia yang dipenjarakan,” katanya.
Joseph menambah Suhakam akan menyiasat dakwaan Devi mengikut bawah akta badan terbabit.
Gengster Rebut Kawasan: 15 lelaki Samseng Ditahan

The post Ibu tunggal kecewa anak ditahan reman berkali-kali appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/15/ibu-tunggal-kecewa-anak-ditahan-reman-berkali-kali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kecewa Lepas 2 Jam Anak Melecur Menangis Tiada Suara Baru Pengasuh Beritahu

Ibu Kecewa Lepas 2 Jam Anak Melecur Menangis Tiada Suara Baru Pengasuh Beritahu

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 286 hits
Akibat kecuaian kakitangan sebuah pusat penjagaan bayi dan ibu berpantang di Jalan Sutera Taman Sentosa Johor Bahru seorang bayi berusia 26 hari melecur pada tahap kedua di bahagian belakang badan Kejadian itu dialami seorang ibu Tan Xin Pi...
Adun Machang Bubuk Bantu Ibu Tunggal 10 Anak Mulakan Perniagaan

Adun Machang Bubuk Bantu Ibu Tunggal 10 Anak Mulakan Perniagaan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 290 hits
POSTED BY AMIR WRLRADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon tampil membantu ibu tunggal menyara diri dan keluarganya dengan memulakan perniagaan Beliau tergerak hati untuk membantu selepas dikejutkan dengan berita sedih Kak Ros yang diusir keluar d...
Instagram Malaysia Perkenalkan Panduan Ibu Bapa Bagi Menjaga Keselamatan Anak

Instagram Malaysia Perkenalkan Panduan Ibu Bapa Bagi Menjaga Keselamatan Anak

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 233 hits
Penggunaan media sosial semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira umur Tidak hairanlah anak yang masih kecil pada zaman kini sudah memiliki akaunnya sendiri bagi tujuan tertentu Justeru Instagram Malaysia melancarkan P...
Ibu Ada Anak Lelaki Menyusu Badan Dinasihatkan Wean Off Secepatnya Risau Sebab Ini

Ibu Ada Anak Lelaki Menyusu Badan Dinasihatkan Wean Off Secepatnya Risau Sebab Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 355 hits
Khasiat susu ibu memang sudah terbukti sangat bagus Ia juga antara antibodi yang terbaik untuk badan anak Namun perjuangan untuk penyusuan ini akan mula diperlahankan setelah umur anak dah mula capai 2 tahun Bagaimanapun bagi ibu yang rezek...
Ibu Menyusu Berjaga Malam Sakit Belakang Itu Cinta Tanpa Syarat Untuk Anak

Ibu Menyusu Berjaga Malam Sakit Belakang Itu Cinta Tanpa Syarat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 279 hits
Penyusuan susu ibu adalah makanan TERBAIK untuk bayi kita dan ramai ibu telah mengetahuinya Ia adalah fitrah seorang ibu buat anaknya Namun belum tentu ia boleh berlangsung baik sekiranya tiada atau kurang ilmu Walaupun orang kata penyusuan...
Video Ibu Reb4h Anak Buat Kejutan Belikan Rumah

Video Ibu Reb4h Anak Buat Kejutan Belikan Rumah

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 251 hits
Di Twitter seorang lelaki yang dikenali sebagai Iskandar Arifin berkongsi sebuah video mengenai kegigihan seorang anak untuk membahagiakan ibunya Menurut Iskandar wanita yang dikenali sebagai Puan Juzailah itu berjaya memb4kar semangatnya u...
Tak Tahan Tengok Ibu Selalu Kena Pukul Anak Libas Leher Bapanya Guna Parang Sehingga Mati

Tak Tahan Tengok Ibu Selalu Kena Pukul Anak Libas Leher Bapanya Guna Parang Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 286 hits
Tak tahan tengok ibu selalu kena pukul anak libas leher bapanya guna parang sehingga matiSeorang lelaki berusia 33 tahun bernama Jamal di Desa Bittoeng Kabupaten Duampanua Sulawesi Selatan Indonesia nekad melibas leher bapanya Tatong 86 men...
Mayat Ditemui Dengan Beberapa Kesan Tikaman Di Dada Ibu Tunggal Maut Dibunuh Di Depan 2 Anaknya

Mayat Ditemui Dengan Beberapa Kesan Tikaman Di Dada Ibu Tunggal Maut Dibunuh Di Depan 2 Anaknya

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 334 hits
Mayat ditemui dengan beberapa kesan tikaman di dada Ibu tunggal maut dibunuh di depan 2 anaknyaSeorang ibu tunggal ditemui maut disyaki ditikam dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di depan dua anak mangsa yang masih kecil di rumahnya di ...
Setiap Ibu Ada Limitasi Termarah Tu Biasa Cuma Jangan Biar Anak Sedih Tanpa Dipujuk

Setiap Ibu Ada Limitasi Termarah Tu Biasa Cuma Jangan Biar Anak Sedih Tanpa Dipujuk

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 348 hits
Stres seorang isteri bergelar ibu bukan boleh dibuat main main Bila dah sampai tahap burnout ia bukan sekadar stres biasa Namun menurut pakar psikologi keadaan ini perlu diberi perhatian yang wajar kerana boleh memberi kesan kepada kesihata...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantai Lagenda

Arenaa Batik Boutique Hotel

Happy Birthday Adik Mijan

Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups