Mayat Ditemui Dengan Beberapa Kesan Tikaman Di Dada Ibu Tunggal Maut Dibunuh Di Depan 2 Anaknya


'Mayat ditemui dengan beberapa kesan tikaman di dada' - Ibu tunggal maut dibunuh di depan 2 anaknya



Seorang ibu tunggal ditemui maut, disyaki ditikam dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di depan dua anak mangsa yang masih kecil di rumahnya di Taman Perpaduan, di sini, malam tadi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai pergaduhan antara mangsa berusia 31 tahun dengan suspek berumur 23 tahun pada jam 8.45 malam.


"Sebaik saja tiba di kediaman itu, polis menjumpai mayat mangsa dengan beberapa kesan tikaman pada dada, bersama suspek lelaki.


"Suspek lelaki yang turut cedera akibat beberapa tikaman pada dadanya, ditemui terbaring serta berdarah di dalam rumah itu," katanya pemberita di lokasi kejadian, di sini, malam tadi.




Anuar berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa bekerja di sebuah rumah jagaan orang tua, di sini, dan tiada hubungan kekeluargaan dengan suspek.


Bagaimanapun, beliau memaklumkan, suspek pernah ditahan pada 15 Mac lalu serta didakwa di mahkamah selepas mangsa beberapa kali membuat laporan polis mengadu diganggu lelaki itu.


Katanya, suspek telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk rawatan lanjut dan ditempatkan di Zon Merah, manakala mayat mangsa juga dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.


Namun, Anuar berkata, belum dapat dipastikan sama ada tikaman di dada suspek dilakukan wanita itu atau lelaki terbabit cuba membunuh diri.


"Siasatan lanjut sedang dijalankan. Rakaman percakapan saksi kejadian dan kedua-dua anak lelaki mangsa berusia enam serta lapan tahun sedang dilakukan, termasuk untuk mengetahui hubungan sebenar mereka," katanya.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.  


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2021/04/mayat-ditemui-dengan-beberapa-kesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ditemui Mati Dengan Kesan Luka Di Dada

Lelaki Ditemui Mati Dengan Kesan Luka Di Dada

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 309 hits
Polis menemui kesan luka di bahagian dada dan mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasatPETALING JAYA Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan luka pada bahagian dada di sebuah apartmen di Taman Pandan Indah...
Adun Machang Bubuk Bantu Ibu Tunggal 10 Anak Mulakan Perniagaan

Adun Machang Bubuk Bantu Ibu Tunggal 10 Anak Mulakan Perniagaan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 376 hits
POSTED BY AMIR WRLRADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon tampil membantu ibu tunggal menyara diri dan keluarganya dengan memulakan perniagaan Beliau tergerak hati untuk membantu selepas dikejutkan dengan berita sedih Kak Ros yang diusir keluar d...
Datuk Perdaya Ibu Tunggal Rm230 000

Datuk Perdaya Ibu Tunggal Rm230 000

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 493 hits
KOTA BHARU Seorang ibu tunggal yang juga penjawat awam menanggung kerugian hampir RM230 000 apabila diperdaya oleh seorang lelaki bergelar Datuk yang dipercayai menetap di luar negara Akibat terpaut dengan janji manis dan ingin membantu lel...
Ibu Tunggal Kecewa Anak Ditahan Reman Berkali Kali

Ibu Tunggal Kecewa Anak Ditahan Reman Berkali Kali

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 455 hits
Seorang ibu tunggal mendakwa anaknya yang berusia 18 tahun telah direman berlanjutan sejak Feb lalu dan kini disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah T Priscilla Devi 44 berkata dia tidak tahu mengapa anaknya K Mitheswaran ditahan bawah Po...
Ibu Kucing Bawa Anaknya Yang Sakit Ke Rumah Sakit Manusia Tomonews

Ibu Kucing Bawa Anaknya Yang Sakit Ke Rumah Sakit Manusia Tomonews

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 313 hits
ISTANBUL TURKI Kasih ibu tiada akhir pada anaknya Tidak hanya berlaku pada manusia hewan pun juga sama Baru baru ini beredar foto seekor induk kucing membawa anak kucingnya yang sakit ke UGD sebuah rumah sakit di Istanbul Dan tim paramedis ...
Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan Di Ibu Negara

Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 186 hits
Kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan sejak 4 30 petang tadi Antara laluan yang dinaiki air ialah Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala Bulatan Batu Ca...
Ada Kesan Lebam Di Pipi Dahi Tangan Bayi 8 Bulan Maut Disyaki Didera

Ada Kesan Lebam Di Pipi Dahi Tangan Bayi 8 Bulan Maut Disyaki Didera

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 316 hits
The ReporterSeorang bayi lelaki berusia 8 bulan meninggal dunia selepas diserahkan ibu bapa angkat kepada bapa kandungnya Mangsa Muhammad Danish disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 28 Mac 2...
Pengawal Keselamatan Maut Ditetak Polis Kesan Dua Beradik Suspek Utama

Pengawal Keselamatan Maut Ditetak Polis Kesan Dua Beradik Suspek Utama

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 354 hits
LAHAD DATU Seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun maut dipercayai ditetak dalam satu pergaduhan di perumahan pekerja di sebuah ladang di Ulu Segama di sini pada Sabtu Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad be...
Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah Sekarang Semua Boleh Harap

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah Sekarang Semua Boleh Harap

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 452 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Ini pepatah yang selalu digunakan untuk mengambarkan setiapa apa yang dilakukan mesti bermula dari awal Begitu juga bab mendidik dan membesarkan anak anak Seperti kisah ibu ini Puan Nik Sarahida Saadan ...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Gadis Kopi

Daging Goreng Bollywood Style Paling Menggoda Resipi Mudah Tapi Rasa Luar Biasa

Pasaran Di Persimpangan Lonjakan Pasaran Menjelang Akhir Tahun Vs Kebimbangan Gelembung Teknologi

Rejab Syaaban Ramadan

Bila Sakit Datang Bertamu

Mg Motors Registered A Sales Record In 2025 In Europe A Tale Of Rapid Growth And Expanding Presence