Ibu Tiga Anak Maut Digilis


Oleh Siti Rohana Idris Keadaan kereta Proton Wira yang dinaiki lima beranak selepas terbabit dalam nahas yang mengorbankan Kamariah Wahab, di di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat pagi tadi. - Foto BOMBA JELI: Seorang ibu kepada tiga anak maut digilis sebuah kenderaan lain, selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu suaminya yang terbabas dalam kejadian di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat pagi tadi.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi tadi di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat, mangsa Kamariah Wahab, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suami dan tiga anaknya menaiki kereta jenis Proton Wira dari arah Gerik, Perak.
"Sebaik tiba di lokasi, kenderaan berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
"Proton Wira itu kemudiannya melanggar Toyota Vios dan Perodua Alza yang datang dari hadapan.
"Akibat perlanggaran berkenaan, mangsa tercampak keluar dari kereta lalu digilis Perodua Alza manakala Proton Wira yang dinaiki suami serta tiga anaknya terbakar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ahmad Arifin berkata, bagaimanapun tiga anak dan suami mangsa, Abd Razak Shalleh, 70, berjaya keluar daripada kenderaan yang terbakar itu.
Beliau berkata, suami mangsa cedera parah manakala tiga anaknya, Siti Razanah Abd Razak, 18 mengalami cedera ringan dan Nur Hafeza, 16 serta Nur Zahira, 10, masing-masing bengkak di lutut kanan.
"Pemandu serta penumpang Toyota Vios juga cedera ringan manakala dua beranak yang menaiki Perodua Alza pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Wanita itu dibawa ke Hospital Jeli untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Penolong Penguasa Bomba Adni Ibrahim berkata, pihakmya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.37 pagi dan lapan pegawai serta anggota bergegas ke lokasi.
"Kami difahamkan mangsa dan keluarganya dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah dan ingin ke Kuala Krai.
"Selepas merempuh dua kenderaan lain, Proton Wira itu dikatakan berpusing beberapa kali sebelum terbakar dan sebaik kami tiba, kereta itu masih terbakar namun tidak marak dan kami mengambil masa kira-kira tiga minit untuk memadamkannya," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/ibu-tiga-anak-maut-digilis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Separuh Mati Jantung Stop Sekejap Pneumonia Boleh Bawa Maut Ibu Ini Kongsi Pengalaman Anak Terlantar Di Icu

Separuh Mati Jantung Stop Sekejap Pneumonia Boleh Bawa Maut Ibu Ini Kongsi Pengalaman Anak Terlantar Di Icu

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 287 hits
Bagai hilang separuh nyawa apabila melihat keadaan anak yang tidak sedarkan diri akibat jangkitan Pneumonia yang secara tiba tiba datang menyerang Begitulah kisah yang dikongsi oleh ibu ini Penyakit Pneumonia antara penyakit yang boleh memb...
Ibu Kanak Kanak 5 Tahun Maut Jatuh Kondominium Didakwa Abai Anak

Ibu Kanak Kanak 5 Tahun Maut Jatuh Kondominium Didakwa Abai Anak

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 289 hits
Ibu kepada kanak kanak lelaki yang jatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium bulan lalu didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan anak kandungnya Bagaimanapun wanita berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertudu...
Kemalangan Tragis Ibu Dan 8 Maut Serentak Rupanya Masih Ada Anak Ke Sembilan

Kemalangan Tragis Ibu Dan 8 Maut Serentak Rupanya Masih Ada Anak Ke Sembilan

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 296 hits
Tular di media sosial mengenai kemalangan yang berlaku malam tadi di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah menghala ke Shah Alam yang melibatkan 10 orang maut termasuk ibu kepada Faiz dan 8 daripadanya merupaka...
Ibu Dan Tiga Anak Tunaikan Ibadah Umrah

Ibu Dan Tiga Anak Tunaikan Ibadah Umrah

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 388 hits
Ibu Dan Tiga Anak Tunaikan UmrahAsalamualaikum Salam Sejahtera Bertemu lagi di paparan web blog ini Semoga semua pembaca maya sentiasa sihat dan ceria begitu juga teman blogger di merata Malaysia jauh dan dekat semoga anda tetap sihat henda...
Kanak Kanak Lima Tahun Maut Dengan Kecederaan Di Mulut Lebam Seluruh Badan Dipercayai Didera Ibu Kandung

Kanak Kanak Lima Tahun Maut Dengan Kecederaan Di Mulut Lebam Seluruh Badan Dipercayai Didera Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 453 hits
Seorang kanak kanak berusia lima tahun di Johor Bahru dilapor meninggal dunia disyaki akibat didera oleh ibu kandungnya sendiri Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata pihak Polis Johor Bahru Selatan...
Suami Isteri Maut Kemalangan 2 Anak Yatim Piatu Sekelip Mata

Suami Isteri Maut Kemalangan 2 Anak Yatim Piatu Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 560 hits
Sepasang suami isteri dilaporkan maut dalam kemalangan di Kilometer 181 Lebuh Raya Utara Selatan dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 20 petang Sabtu 11 Disember 2021 Mangsa yang juga anggota tentera Mohammad Anas Awang 32 dan isterinya S...
Warisi Kecantikan Ibu Anak Gadis Kajol Dan Ajay Devgan Semakin Matang

Warisi Kecantikan Ibu Anak Gadis Kajol Dan Ajay Devgan Semakin Matang

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 367 hits
Bermula daripada episod cinta lokasi dan berakhir dengan perkahwinan pasangan pelakon Bollywood popular iaitu Kajol dan Ajay Devgan telahpun kekal sebagai suami isteri untuk 23 tahun Setelah disatukan pada tahun 1999 mereka dikurniakan dua ...
Ibu Disyaki Dera Anak 5 Tahun Polis Jumpa Batang Kayu Poly Pipe Atas Sofa

Ibu Disyaki Dera Anak 5 Tahun Polis Jumpa Batang Kayu Poly Pipe Atas Sofa

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 292 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera di sebuah rumah di Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri Johor Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata polis menerima panggilan daripad...
Ibu Menyusu Kena Jaga Pemakanan Kalau Anak Ada Eczema Elak Makan Makanan Pencetus Eczema

Ibu Menyusu Kena Jaga Pemakanan Kalau Anak Ada Eczema Elak Makan Makanan Pencetus Eczema

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 508 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema pasti tercari cari punca yang menyebabkan berlakunya ekzema pada si manja mereka Selain faktor keturunan dan juga persekitaran kebanyakan pencetus ekzema adalah berpunca daripada pemakanan Kajian menunjuk...
2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Self Care Checklist Masa Flare Buat Pesakit Sle

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tabung Emosi Aku Penuh

Kad Kahwin Eksklusif Cipta Kenangan Bermakna Dengan Rekaan Tersendiri

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training