Ibu Kanak Kanak 5 Tahun Maut Jatuh Kondominium Didakwa Abai Anak


Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang jatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium bulan lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan mengabaikan anak kandungnya.
Bagaimanapun, wanita berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak lelakinya berusia lima tahun tujuh bulan, telah mengabaikannya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh kanak-kanak itu.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Jalan Lebuh Raya Selayang-Kepong di sini antara jam 9.40 hingga 10.48 pagi, 17 November lalu.
Ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.
BACA ARTIKEL BERKAITAN [“Keluar Bilik Air, Tak Nampak Kelibat Dia..” Budak 5 Tahun Maut Jatuh Tingkat 16]
Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar ikat jamin ditetapkan pada kadar rendah.
“Saya hanya seorang suri rumah, perlu menyara seorang lagi anak berusia empat tahun dan tidak mempunyai pendapatan malah suami saya pula bekerja sebagai penghantar. Sejak kehilangan anak, kesihatan saya tidak stabil jadi saya mohon mahkamah dapat beri ikat jamin yang rendah,” katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, hakim Nor Rajiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
“Mahkamah turut meletakkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan, sebulan sekali.
“Tertuduh juga dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan,” katanya sebelum menetapkan 13 Januari 2022 untuk sebutan semula kes.

Pada 17 November lepas, media melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak.
Susulan itu, polis menahan ibu saudara kanak-kanak malang itu bagi membantu siasatan.
Kredit: Sinar Harian

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post Ibu Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Jatuh Kondominium Didakwa Abai Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-kanak-kanak-5-tahun-maut-jatuh-kondominium-didakwa-abai-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Lima Tahun Maut Dengan Kecederaan Di Mulut Lebam Seluruh Badan Dipercayai Didera Ibu Kandung

Kanak Kanak Lima Tahun Maut Dengan Kecederaan Di Mulut Lebam Seluruh Badan Dipercayai Didera Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 375 hits
Seorang kanak kanak berusia lima tahun di Johor Bahru dilapor meninggal dunia disyaki akibat didera oleh ibu kandungnya sendiri Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata pihak Polis Johor Bahru Selatan...
Kemalangan Tragis Ibu Dan 8 Maut Serentak Rupanya Masih Ada Anak Ke Sembilan

Kemalangan Tragis Ibu Dan 8 Maut Serentak Rupanya Masih Ada Anak Ke Sembilan

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 276 hits
Tular di media sosial mengenai kemalangan yang berlaku malam tadi di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah menghala ke Shah Alam yang melibatkan 10 orang maut termasuk ibu kepada Faiz dan 8 daripadanya merupaka...
Ibu Disyaki Dera Anak 5 Tahun Polis Jumpa Batang Kayu Poly Pipe Atas Sofa

Ibu Disyaki Dera Anak 5 Tahun Polis Jumpa Batang Kayu Poly Pipe Atas Sofa

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 254 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera di sebuah rumah di Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri Johor Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata polis menerima panggilan daripad...
Ibu Tiga Anak Maut Digilis

Ibu Tiga Anak Maut Digilis

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 354 hits
Oleh Keadaan kereta Proton Wira yang dinaiki lima beranak selepas terbabit dalam nahas yang mengorbankan Kamariah Wahab di di Kilometer 130 Jalan Raya Timur Barat pagi tadi Foto BOMBA JELI Seorang ibu kepada tiga anak maut digilis sebuah ke...
Wanita Didakwa D 4 Lelaki Secara Bergilir Gilir Depan Anak Bayinya Maut Dipercayai Dihempas Suspek

Wanita Didakwa D 4 Lelaki Secara Bergilir Gilir Depan Anak Bayinya Maut Dipercayai Dihempas Suspek

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 207 hits
Malang bagi nasib seorang wanita berusia 19 tahun di Rokan Hulu Riau Indonesia ini apabila dia dilaporkan telah dirogol oleh empat orang lelaki Lebih menyedihkan lagi apabila anaknya yang masih bayi turut dilaporkan meninggal dunia akibat d...
Baru 1 Tahun 10 Bulan Dah Tak Pakai Pampers Cara Ibu Ni Potty Train Anak Memang Sempoi

Baru 1 Tahun 10 Bulan Dah Tak Pakai Pampers Cara Ibu Ni Potty Train Anak Memang Sempoi

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 385 hits
Bukan mudah untuk mengajar anak bebas pampers sepenuhnya Perlukan kesabaran dari mak ayah yang tinggi tanpa putus semangat Barulah anak semakin yakin dengan diri sendiri tanpa pampers Perkongsian ibu ini memang mudah Jom ikuti perkongsianny...
Separuh Mati Jantung Stop Sekejap Pneumonia Boleh Bawa Maut Ibu Ini Kongsi Pengalaman Anak Terlantar Di Icu

Separuh Mati Jantung Stop Sekejap Pneumonia Boleh Bawa Maut Ibu Ini Kongsi Pengalaman Anak Terlantar Di Icu

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 260 hits
Bagai hilang separuh nyawa apabila melihat keadaan anak yang tidak sedarkan diri akibat jangkitan Pneumonia yang secara tiba tiba datang menyerang Begitulah kisah yang dikongsi oleh ibu ini Penyakit Pneumonia antara penyakit yang boleh memb...
Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap Ini Cara Mengatasi Anak Lambat Bercakap

Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap Ini Cara Mengatasi Anak Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 219 hits
Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun Bertenang ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba Lewat pertuturan Secara amnya seorang kanak kanak yang berusia 2 tahun...
2 Tahun Anak Ketinggalan Belajar Dua Aktiviti Mudah Ni Boleh Rangsang Motor Kasar Anak

2 Tahun Anak Ketinggalan Belajar Dua Aktiviti Mudah Ni Boleh Rangsang Motor Kasar Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 310 hits
Tanpa kita sedar anak anak begitu lambat perkembangannya hanya kerana kurangnya pergerakan sepanjang pandemik ini Bila terlambat perkembangannya dalam segala segi anak akan mula menunjukkan ragamnya sendiri Lambat belajar tidak fokus kuat m...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever