Ibu Hamil Yang Ingin Bercuti Pastikan Anda Melakukan 5 Perkara Ini Sebelum Menaiki Pesawat


Walaupun hamil, anda masih boleh keluar bercuti. Jangan jadikan kehamilan sebagai penghalang untuk anda mengendurkan tekanan. Ikuti panduan-panduan berikut bagi membantu anda melakukan aktiviti bercuti dengan aman tanpa sebarang kemusykilan.

Hanya setelah morning sickness reda Awal kehamilan, lazimnya wanita hamil dibayangi dengan gangguan morning sickness. Dianjurkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh mendatang kemudaratan sebelum kandungan berusia 12 minggu. Saranan waktu terbaik untuk anda bercuti ialah trimester kedua, iaitu antara bulan ke-4 dan ke-6.  Waktu yang seharusnya dihindari untuk bercuti terutamanya yang melibatkan penerbangan pesawat ialah minggu ke-36 hingga minggu ke-38.
Lakukan pemeriksaan doktor Tubuh yang sihat akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti sepanjang percutian. Jadi, sebelum bercuti dan melakukan perjalanan jauh, anda harus mendapatkan pemeriksaan doktor. Dalam pada itu, jangan lupa untuk membawa bersama buku rekod kesihatan anda ketika bercuti. Jika berlaku hal yang tidak diingini kepada kehamilan anda, buku berkenaan dapat dijadikan rujukan oleh doktor yang bakal membuat pemeriksaan.
Pilih destinasi yang tidak terlalu jauh Sebaik-baiknya,  usahakan untuk tidak bercuti ke destinasi yang terlalu jauh ketika masih hamil. Biarpun anda boleh ke luar negara, namun elakkan berlama-lama di dalam pesawat. Ada baiknya, pilih destinasi domestik. Bagi yang mahu bercuti di atas puncak gunung pula, anda tidak digalakkan untuk berada di ketinggian yang melebihi daripada 3600 meter daripada paras laut.
Pakai tali pinggang keselamatan Demi alasan keselamatan, anda masih perlu untuk memakai dengan betul tali pinggang keselamatan. Tidak kiralah sama ada di dalam kereta, pesawat kapal terbang atau apa-apa juga jenis kenderaan yang memerlukan anda menggunakan tali pinggang keselamatan. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa kecelakaan yang lebih teruk dapat dihindarkan jika anda menggunakan tali pinggang keselamatan dengan betul.
Dapatkan vaksin perjalanan Semasa hamil, sebaik-baiknya elakkan daripada melawat negara-negara di mana vaksinasi diperlukan! Jika masih perlu ke destinasi berkenaan, berjumpalah doktor kerana lebih arif tentang vaksin yang selamat diambil. Jika anda sedang cuba untuk hamil dan mahu ke luar negara pula, dapatkan vaksinasi yang diperlukan sekurang-kurangnya empat minggu sebelum berusaha hamil.

Kapal terbang atau kenderaan darat?
Mana-mana kenderaan pun ada risiko tersendiri. Namun, anda harus peka dan tahu apa yang perlu dilakukan usai memilih kenderaan berkenaan sebagai pengangkutan kala bercuti.
 Pesawat kapal terbang
Anda perlu tahu, keadaan fizikal dan tahap kesihatan anda mengizinkan anda melakukan penerbangan atau sebaliknya. Mintalah tempat duduk di bahagian AISLE bagi memudahkan anda pergi ke tandas. Minum air kosong yang cukup bagiu mencegah dehidrasi. Membawa ubat-ubat yang diperlukan selama perjalanan. Berjalan kaki di lorong pesawat setiap dua jam sekali untuk melancarkan aliran darah di kaki dan mengurangkan rasa sakit pinggang dan punggung. Gerakkan kaki anda setiap 30 minit sekali untuk menghindarkan masalah kekejangan kaki.  Kereta atau bas
Adalah lebih baik perjalanan menaiki kenderaan darat dihadkan kepada hanya enam jam sehari. Pasangkan tali pinggang keselamatan dengan betul. Pastikan posisi tali berkenaan berada di bawah perut anda. Jangan pasangkan ia di bahagian tengah ataupun di atas perut. Hal ini sangat membahayakan bila terjadi kemalangan. Digalakkan untuk berhenti berehat setiap 90 minit untuk meregangkan tubuh agar badan tidak berasa sengal dang lenguh. Sediakan bantal leher untuk menghindari ketegangan di bahagian berkenaan. Jangan lupa bawa ubat-ubatan yang anda perlukan. Risiko terbang dengan pesawat
Golongan ibu hamil dianggap memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalami gangguan ringan hingga risiko yang paling teruk iaitu keguguran. Gangguan yang paling biasa dialami ialah kekejangan dan bengkak di bahagian kaki. Hal ini lazimnya terjadi terhadap penerbangan yang memakan masa tiga hingga lima jam dan ke atas.
Gangguan yang lebih serius adalah thrombosis (pembekuan darah). Gejalanya ialah bahagian belakang kaki terutamanya di bawah lutut mengalami bengkak, nyeri dan berwarna kemerah-merahan. Hal ini disebabkan oleh ketidaklancaran peredaran darah.
Ada dua cara yang boleh dilakukan untuk mencegah kekejangan hingga boleh menyebabkan darah membeku. Gunakan compression sock yang membantu merangsang pengaliran darah di kaki dengan lancar.
Satu lagi cara ialah setiap satu jam, lakukan regangan ringan sekadar yang mampu selama kira-kira lima minit. Mulakan dengan gerakan leher, bahu hingga hujung kaki.
The post Ibu Hamil Yang Ingin Bercuti Pastikan Anda Melakukan 5 Perkara ini Sebelum Menaiki Pesawat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ibu-hamil-yang-ingin-bercuti-pastikan-anda-melakukan-5-perkara-ini-sebelum-menaiki-pesawat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Terangkan 9 Sebab Ibu Perlu Kawal Berat Sebelum Hamil Paling Menakutkan Darah Beku Pada Paru Paru

Doktor Terangkan 9 Sebab Ibu Perlu Kawal Berat Sebelum Hamil Paling Menakutkan Darah Beku Pada Paru Paru

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 459 hits
Ibu yang mengalami berat badan berlebihan berisiko untuk berhadapan pelbagai masalah ketika hamil dan bersalin Mendapatkan berat unggul atau pada paras yang normal merendahkan risiko yang mungkin dihadapi oleh ibu dan bayi Paling menakutkan...
Lelaki Bakar Ibu Mertua Sebelum Rentung

Lelaki Bakar Ibu Mertua Sebelum Rentung

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 310 hits
Gambar HiasanNIBONG TEBAL Lelaki yang rentung dalam kebakaran rumahnya semalam dipercayai bertindak menyimpah petrol dan membakar ibu mertuanya sebelum kediamannya di Taman Cegar Simpang Ampat di sini turut musnah dalam kebakaran Ketua Poli...
Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara

Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 535 hits
Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara
Bolehkah Ibu Hamil Santap Makanan Pedas

Bolehkah Ibu Hamil Santap Makanan Pedas

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 318 hits
Penting untuk ibu hamil menjaga pola makan Sebab itu tidak hanya memberi energi untuk Anda tetapi juga bayi dalam kandungan Yang jadi pertanyaan bolehkah mengonsumsi makanan pedas saat hamil Mengonsumsi makanan pedas saat hamil tidak memeng...
Tumpah Darah Lepas Bersalin Bukan Hal Biasa Biasa Boleh Sebabkan Kematian Ibu Hamil Perlu Ada Ilmu

Tumpah Darah Lepas Bersalin Bukan Hal Biasa Biasa Boleh Sebabkan Kematian Ibu Hamil Perlu Ada Ilmu

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 589 hits
Kes kematian ibu selepas melahirkan anak bukanlah hal biasa yang boleh dipandang ringan oleh ahli keluarga Disebabkan itulah orang orang lama selalunya menasihatkan ibu berpantang supaya ditemani suami atau ahli keluarga ketika berpantang S...
Tolong Turunkan Berat Badan Sebelum Merancang Untuk Hamil 15 Risiko Kehamilan Wanita Obes Turut Jejaskan Bayi

Tolong Turunkan Berat Badan Sebelum Merancang Untuk Hamil 15 Risiko Kehamilan Wanita Obes Turut Jejaskan Bayi

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 387 hits
Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan Menurut Dr Sharina Mohd Razali Pakar Perbidanan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit R...
Ramai Suami Tidak Sedar Allah Laknat Suami Yang Melakukan 7 Perkara Ini Terhadap Isterinya Rileks Media

Ramai Suami Tidak Sedar Allah Laknat Suami Yang Melakukan 7 Perkara Ini Terhadap Isterinya Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 497 hits
Duhai saudara seislam ada beberapa hal yang boleh buat seorang suami dianggap berbuat derhaka pada istri dan akan mendapatkan ganjarannya Dan laknat Allah beberapa di antaranya sebagai berikut 1 Menjadikan Istri Sebagai Pemimpin Rumah Tangg...
Ibu Perlu Bersedia Untuk Hamil Bukan Termengandung Tanpa Sengaja Doktor Jelaskan Pilihan Kaedah Perancang Keluarga

Ibu Perlu Bersedia Untuk Hamil Bukan Termengandung Tanpa Sengaja Doktor Jelaskan Pilihan Kaedah Perancang Keluarga

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 336 hits
Untuk hamil sebaik baiknya ibu ibu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal Sekiranya baru bersalin pastikan tubuh pulih sepenuhnya dan menyusukan bayi Doktor Muhammad Izzat menerangkan mengenai menggunakan kaedah perancangan keluarga un...
Mitos Makanan Panas Sejuk Tajam Untuk Ibu Hamil Apakah Kebenaranya

Mitos Makanan Panas Sejuk Tajam Untuk Ibu Hamil Apakah Kebenaranya

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 333 hits
Bila disahkan hamil anak sulung orang orang di sekelilingnya mula menyampaikan maklumat tentang makanan yang patut dielakkan semasa awal usia kandungan Dikatakan ia perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah terhadap kandungannya kelak Situas...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Mastura Kemuka Rayuan Lebih Rm830 000 Diserah Ke Peguam