Ibu Berpatang Perlu Tahu Bila Boleh Bertungku Bagi Kelahiran Normal Caesarean Amalan Ini Perlu Dilakukan Setiap Hari


Bertungku memang sinonim dengan rawatan berpantang selepas ibu melahirkan bayinya. Usai tempoh itu, anda sangat digalakkan untuk terus mengamalkan rutin bertungku. Sebenarnya, mana-mana wanita yang tidak berpantang boleh mengamalkan rutin bertungku sama seperti yang dijalani dalam tempoh berpantang.

Amalan ini sangat bagus untuk sesiapa sahaja terutamanya golongan yang sering mengalami masalah haid yang tidak teratur mahupun angin dalam badan.
Semasa di dalam pantang, penggunaan tungku adalah bertujuan untuk melancarkan darah, mengecutkan rahim dan menaikkan rahim. Penggunaannya di bahagian perut pula berperanan untuk mengempiskan perut di samping menyusutkan berat badan. Bertungku juga boleh digunakan untuk melancarkan darah beku yang tidak habis keluar.
Jenis-jenis tungku
Terdapat tiga jenis tungku yang biasa digunakan dalam amalan bertungku. Salah satu daripadanya ialah tungku besi. Dalam pada itu, tungku ini ada yang berbentuk bulat. Ada juga yang lonjong. Jika berbentuk bulat, ia agak sukar untuk menungku bahagian perut. Oleh sebab itulah, kebanyakan orang lebih gemar menggunakan tungku berbentuk lonjong.
Amalan bertungku melibatkan bahagian perut, ulu hati, dada (untuk lancarkan pengeluaran susu ibu), bawah lengan, belikat, pinggang, paha dan tapak kaki. Dalam pada itu, diingatkan bahawa semasa bertungku, tungku tidak boleh diletakkan di atas pusat atau perut. Cara bertungku untuk menaikkan peranakan pula perlu dibuat daripada bawah perut. Ia mesti ditolak dari bawah ke atas. Tekanan yang dibuat mesti mengikut arah jam.
Sementara itu, tungku batu pula biasanya menggunakan batu sungai. Tungku jenis ini sama cara penggunaannya dengan tungku besi. Namun, kelebihannya ialah ia kurang menyakitkan apabila digunakan dengan cara yang betul semasa bertungku.
Kaedah pemanasan tungku besi dan batu
Kaedah pemanasan tungku besi dan batu adalah sama. Ia perlu memakan masa selama 20 minit di atas api dapur gas. Diingatkan supaya hanya gunakan api yang perlahan supaya tahap kepanasan yang meliputi tungku besi dan batu adalah sama dan sekata. Jika api yang kuat digunakan, tungku akan cepat panas tetapi cepat sejuk. Kaedah pemanasan ini memang remeh tetapi jika diikuti, ia akan memberikan hasil yang memuaskan bila digunakan.

Daun-daun yang lazim digunakan adalah terdiri daripada mengkudu yang bermanfaat untuk melangsingkan badan dan melancarkan darah. Menariknya, bau wangi yang ada pada daun ini dapat menimbulkan ketenangan semasa bertungku. Antara lain, daun sirih turut digunakan kerana ia memainkan peranan membuang angin dalam badan. Daun kunyit hitam digunakan kerana baunya dipercayai boleh mengelakkan gangguan mistik. Selain daripada itu, daun lain yang digunakan ialah pandan, lengkuas dan serai wangi.
Bersalin Normal vs Caesarean, Bila Boleh Bertungku?
Bagi yang bersalin normal, anda boleh mula bertungku daripada seawal hari ke-3 lepas bersalin sehingga hari ke-44 dan boleh diteruskan selepas tempoh itu. Bagi yang bersalin menggunakan kaedah pembedahan caesarean pula, boleh bermula paling awal hari ke-7 selepas bersalin atau bergantung kepada luka pembedahan. Jika luka belum sembuh, tungku bahagian lain sahaja tanpa melibatkan bahagian perut.
Walau bagaimanapun, pada masa kini, para wanita lebih gemar menggunakan tungku herba. Ia diakui tidak mendatangkan rasa sakit apabila ditekan ke seluruh bahagian tubuh dan perut semasa bertungku. Hal ini kesan daripada tekanan tungku yang dilakukan adalah mengikut bentuk badan.
Tungku herba ini dihasilkan daripada pasir sungai atau batu kecil yang dikeringkan untuk bertahan lama. Untuk memanaskannya, anda perlu menggunakan pemanas khas. Walau bagaimanapun, jika tiada pemanas, anda boleh memanaskannya dengan menyalakan lilin semasa sesi urutan dilakukan selama setengah jam.
Jika tidak pun, anda boleh gunakan seterika. Panaskan dengan tekap tungku ke permukaan panas pada seterika dan kemudiannya tungku di bahagian yang diingini. Anda boleh juga kukus tungku. Namun selepas digunakan, anda perlu jemur tungku bagi membolehkan ia digunakan untuk tempoh jangka panjang.
Terdapat lebih daripada 40 jenis herba dimasukkan ke dalam tungku herba. Antaranya ialah jintan hitam, halba, serai wangi, lempoyang, temu kunci, pinang dan lain-lain. Kesemuanya dikeringkan terlebih dahulu sebelum disatukan di dalam kain khas dan diikat.
Boleh diguna setiap hari
Anda perlu tahu bahawa amalan bertungku boleh dilakukan setiap hari. Ia merupakan rawatan luaran yang baik. Tungku bahagian belakang, kaki, betis, paha, pinggang, belikat selama 15 hingga 20 minit setiap kali di bahagian hadapan dan belakang tubuh. Lakukan dalam keadaan tenang dan digalakkan berbaring semasa bertungku.
Jika mahu mendapatkan hasil yang memuaskan, anda perlu rajin. Namun, dalam keadaan tertentu, anda mungkin kesuntukan masa. Jika hal demikian berlaku, anda tetap digalakkan untuk bertungku. Paling minimum, digalakkan menumpukan perhatian dengan menungku bahagian tapak kaki.
The post Ibu Berpatang Perlu Tahu Bila Boleh Bertungku Bagi Kelahiran Normal & Caesarean. Amalan Ini Perlu Dilakukan Setiap Hari appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ibu-berpatang-perlu-tahu-bila-boleh-bertungku-bagi-kelahiran-normal-caesarean-amalan-ini-perlu-dilakukan-setiap-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandu Lebih 39 Minit Ke Kerja Setiap Hari Boleh Jejaskan Kesihatan Dan Hidup Anda

Pandu Lebih 39 Minit Ke Kerja Setiap Hari Boleh Jejaskan Kesihatan Dan Hidup Anda

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 385 hits
Adakah anda orang itu Berapa banyak masa yang anda habiskan sehari di jalan raya Sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja menghantar anak anak ke sekolah atau menyelesaikan sebarang urusan luar anda mungkin menghabiskan sebahagian besar ma...
Biasa Bayi Baru Lahir Mesti Ada Kuning 5 Amalan Ketika Ibu Hamil Boleh Kurangkannya

Biasa Bayi Baru Lahir Mesti Ada Kuning 5 Amalan Ketika Ibu Hamil Boleh Kurangkannya

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 413 hits
Kebanyakan bayi baru lahir mesti akan kena jaundis Kulit bayi akan berubah warna pucat kekuningan selepas hari ketiga dilahirkan Jaundis berlaku kepada bayi kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah Ketika bayi dalam kandungan hati...
Dedah Kisah Doula Ibu Ini Kongsi Di Hina Doula Kerana Obes Dituduh Makan Mcd Setiap Hari

Dedah Kisah Doula Ibu Ini Kongsi Di Hina Doula Kerana Obes Dituduh Makan Mcd Setiap Hari

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 410 hits
Puan Inora Putri pengguna Instagram telah memuatnaik gambar poster program Analisi Doula Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor Dengan Caption Tak Sabar nak tengok analisis malam ini Beliau turut menceritakan tentang pengalaman bagaimana dia men...
Sudahlah 4g Data Pula Unlimited Memang Boleh Layan Movie Setiap Hari

Sudahlah 4g Data Pula Unlimited Memang Boleh Layan Movie Setiap Hari

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 338 hits
Zaman sekarang ini ramai yang gemar muat naik gambar di media sosial ada yang gemar layan movie sampai pagi Nak nak lagi peniaga The post appeared first on
Seronoknya Kalau Arw4h Mama Masih Ada Boleh Bawa Dia Ingatan Aprena Buat Ibu Setelah Memiliki Kereta Sendiri

Seronoknya Kalau Arw4h Mama Masih Ada Boleh Bawa Dia Ingatan Aprena Buat Ibu Setelah Memiliki Kereta Sendiri

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 625 hits
Pelakon Aprena Manrose bersyukur atas segala hasil kerja kerasnya dalam lakonan setakat ini dia akhirnya mampu memiliki sebuah kereta Aprena berkongsi rasa gembira menerusi Instsgram semalam Turut sama berada di dalam foto berlatar belakang...
Tolak Gajet Tapi Boleh Bawa Restoran Kit Untuk Anak Setiap Kali Makan Di Luar Senang

Tolak Gajet Tapi Boleh Bawa Restoran Kit Untuk Anak Setiap Kali Makan Di Luar Senang

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 367 hits
Bila sudah ada anak kecil makan di restoran pastinya tak seselesa dahulu Anak berlari lari dan bermain di meja serta tidak mahu duduk diam adalah perkara biasa Rimas dengan situasi ini mama papa mulalah ambil jalan singkat untuk memberikan ...
Anak Terjatuh Tertusuk Pisau Ibu Ceritakan Bagaimana Boleh Berlaku Dan Ini Permintaan Terakhir Anak

Anak Terjatuh Tertusuk Pisau Ibu Ceritakan Bagaimana Boleh Berlaku Dan Ini Permintaan Terakhir Anak

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 726 hits
Permintaan Nur Qhaisara Medina Supian 2 untuk meminum susu adalah yang terakhir sebelum kanak kanak malang itu mening gal dunia akibat tertusuk pisau VIDEO ADA DI BAWAH ARTIKEL Ibu mangsa Hana Mazlan 27 berkata dalam kejadian kira kira puku...
Bersenam Tinggikan Kaki Pakai Stoking Khas Boleh Elak Ibu Hamil Kejang Kaki Saluran Darah Tertekan Jadi Punca

Bersenam Tinggikan Kaki Pakai Stoking Khas Boleh Elak Ibu Hamil Kejang Kaki Saluran Darah Tertekan Jadi Punca

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 380 hits
Kekejangan pada bahagian kaki dan betis yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan meresahkan ibu Ia sangat menyakitkan PUNCA KEKEJANGAN KAKI Sememangnya rasa kejang di kaki memang sering terjadi kepada wanita hamil terutamanya pada tr...
8 Perkara Yang Harus Dilakukan Untuk Hari Yang Awesome Di Yokohama

8 Perkara Yang Harus Dilakukan Untuk Hari Yang Awesome Di Yokohama

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 389 hits
Sesiapa yang pernah ke Tokyo akan memberitahu anda bahawa ia adalah tempat yang sangat menarik terutamanya untuk yang datang pertama kali Tetapi jika anda mencari sesuatu yang berbeza mungkin di suatu tempat yang lebih perlahan dan boleh di...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris