Ibu Sebak Terima Ijazah Arwah Anak


TERIMA KASIH: Juliana mewakili Allahyarhamah anaknya menerima ijazah daripada Naib Canselor UMS. Foto Ihsan Universiti Malaysia Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU: Tiada ungkapan mampu dilafazkan oleh seorang ibu tatkala menerima ijazah Allahyarhamah anak kesayangan pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-22 di Dewan Canselor UMS.

Gambar kenangan Allahyarhamah Nusratina di hadapan Bangunan UMS Kampus Antarabangsa Labuan.
Juliana Baru, 57, mewakili Allahyarhamah Nusratina Jalaludin, 24, yang meninggal dunia pada April 2021 di kediamannya di Sipitang.

Ibu arwah kelihatan sebak dan tidak dapat menahan air mata semasa menerima ijazah tersebut yang disampaikan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin.


Menurutnya, Allahyarhamah amat gembira ketika berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) pada tahun 2020.

“Masih terngiang-ngiang dalam ingatan saya, arwah sangat teruja untuk menghadiri hari konvokesyennya dan berhasrat ingin bergambar bersama-sama kami sekeluarga.


“Namun, malang tidak berbau, ajal terlebih dahulu menjemput Allahyarhamah,” katanya ketika ditemui selepas menerima ijazah anaknya, di sini, pada Ahad.

Ujar Juliana, sebelum kejadian, arwah ada mengadu sakit kepala.

“Lebih memilukan, Allahyarhamah meninggal dunia ketika berada dalam pangkuan ayahnya sambil disaksikan ahli keluarga yang lain.



“Kami masih bersedih dan rindu dengan arwah, tetapi kami juga berbangga dengan pencapaiannya,” katanya menahan sebak.

Juliana menyifatkan anak kelima dari lapan adik beradik itu sebagai seorang anak yang baik, ceria, peramah, taat kepada ibu bapa serta seorang pelajar yang cemerlang sejak di peringkat sekolah rendah.

Ahli keluarga Allahyarhamah Nusratina mengambil gambar kenangan kenangan bersama skrol ijazah sarjana muda yang diterima. Turut kelihatan Juliana (depan lima kanan).
“Arwah sentiasa mendengar nasihat dan tidak pernah melukakan hati kami. Arwah ingin berjaya dalam hidupnya dan membanggakan saya dan ayahnya.

“Namun Allah lebih sayangkan arwah, dan saya reda dengan semua ini,” katanya.


Pada istiadat konvosekyen itu, Juliana hadir ditemani suami dan anak-anaknya yang lain.

“Saya berterima kasih kepada pihak UMS kerana sudi menjemput kami sekeluarga, saya amat hargainya,” kata Juliana.

SOURCE: UB

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2022/03/ibu-sebak-terima-ijazah-arwah-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Balik Balik Ibu Nak Jumpa Anak Tapi Akhirnya Ditengking Suruh Pulang Netizen Luah Rasa Sebak

Hiburan Balik Balik Ibu Nak Jumpa Anak Tapi Akhirnya Ditengking Suruh Pulang Netizen Luah Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 181 hits
Tular di media sosial Twitter semalam mengenai sebuah video si tanggang moden yang mengundang sebak ramai netizen Dalam video tersebut seorang wanita warga emas bergelar ibu difahamkan sanggup menaiki bas datang dari kampung yang terletak d...
Guna Buah Delima Bantu Hilangkan Batuk Anak Ibu Ini Kongsi Cara Nak Buat

Guna Buah Delima Bantu Hilangkan Batuk Anak Ibu Ini Kongsi Cara Nak Buat

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 184 hits
Buah delima bantu hilangkan batuk anak macam mana tu Demam batuk dan selesema itu memang sinonim dengan anak anak yang masih kecil Tambah pula dengan keadaan sekarang yang mana bukan sahaja kanak kanak malah orang dewasa juga mudah untuk di...
Anak Buat Perangai Ibu Ayah Jadi Kusut Cuba Check Mungkin Perkara Ini Yang Berlaku Kena Selalu Alert

Anak Buat Perangai Ibu Ayah Jadi Kusut Cuba Check Mungkin Perkara Ini Yang Berlaku Kena Selalu Alert

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 205 hits
Bila anak buat perangai mungkin ada yang sering tertanya tanya apa yang tak kena Sebenarnya cuba audit hubungan dengan si kecil itu sendiri Sudah cukup atau tidak perhatian yang diberikan untuk mereka Biasanya anak anak bila buat perangai k...
Ibu Menangis Hanya Tahu Anak Buat Banyak Kerja Part Time Dari Berita Im Jaehyuk Dedah Reaksi Ibunya

Ibu Menangis Hanya Tahu Anak Buat Banyak Kerja Part Time Dari Berita Im Jaehyuk Dedah Reaksi Ibunya

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 162 hits
Menempa nama dek kepopularitian All Of Us Are Dead siapa sangka Im Jae hyuk masih lagi meneruskan kehidupannya seperti biasa ARTIKEL BERKAITAN Pernah berkongsi bahawa dia terus melakukan pelbagai kerja separuh masa hingga kini pelakon lelak...
Siti Badriah Akhirnya Melahirkan Anak Pertamanya Kini Resmi Jadi Ibu

Siti Badriah Akhirnya Melahirkan Anak Pertamanya Kini Resmi Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 201 hits
Memiliki berat 3 8 kg bayi berjenis kelamin perempuan tersebut lahir melalui proses persalinan caesar Selamat
Ibu Buntu Tak Dapat Keluar Bekerja Cari Wang Besarkan Anak Hid4p Sindr0m Gdd Gaji Suami Hanya Rm1 500

Ibu Buntu Tak Dapat Keluar Bekerja Cari Wang Besarkan Anak Hid4p Sindr0m Gdd Gaji Suami Hanya Rm1 500

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 193 hits
BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikul Tiada kata dapat diungkap bagi menggambarkan situasi kanak kanak ini Fayyad yang mempunyai sindr0m GDD sejak kecil lagi Menurut ibunya Azura Balqis anaknya sudah menderita menghid4p peny4kit...
Ibu Gar4ng Tapi Comel Memb3bel Salahkan Anak Positif Cov1d 19 Lebih P4rah Nak Ke Tandas Masa Kuarantin Pun Susah

Ibu Gar4ng Tapi Comel Memb3bel Salahkan Anak Positif Cov1d 19 Lebih P4rah Nak Ke Tandas Masa Kuarantin Pun Susah

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 176 hits
SUDAH lumrah seseorang yang bergelar ibu sememangnya tidak lepas daripada sikap suka memb3bel Lebih lebih lagi apabila anak anak ada melakukan kesilapan atau sengaja mengundang peny4kit maka pastinya beb3lan si ibu makin menjadi jadi sebaga...
Tak Ada Isu Nak Kena Riba Anak Waktu Drive Ibu Bapa Tunggal Kena Latih Anak Pakai Carseat Awal

Tak Ada Isu Nak Kena Riba Anak Waktu Drive Ibu Bapa Tunggal Kena Latih Anak Pakai Carseat Awal

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 154 hits
Bukan sekadar menyelamatkan nyawa anak bahkan pemakaian carseat kerusi keselamatan sebenarnya banyak memudahkan ibu dan ayah lebih lebih lagi pada ibu atau bapa tunggal Takkanlah nak beriba anak sambil drive kan Walau anak menangis perkenal...
Anak Anak Raja Copy Cctv Paling Power Apa Ibu Ayah Buat Semua Dia Tiru

Anak Anak Raja Copy Cctv Paling Power Apa Ibu Ayah Buat Semua Dia Tiru

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 188 hits
Cuba tengok gaya anak kita marah Gaya anak kita jerit Gaya anak kita mengamuk Gaya anak kita mintak tolong Gaya anak kita merajuk Agak agak mereka ni ikut perangai siapa Anak anak ni RAJA COPY CCTV paling power Apa kita buat semua dia tiru ...
Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian