Sembilan Tahun Tunggu Kelahirannya Ibu Reda Anak Pergi Dahulu Bersama Datuknya


Limpahan kasih sayang yang diberikan oleh seorang datuk buat cucunya pasti tiada tolok bandingnya dan kita semua dapat rasakan kasih sayang tersebut cukup istimewa. Apatah lagi dengan insiden apabila seorang datuk dan cucu yang ditakdirkan sehidup semati bersama, mengundang sebak dan kesan di hati wargamaya.
Azmi Abdullah, 77, dan Muhammad Ziyaad Mikhail, tujuh bulan ditemui lemas dalam sebuah kolam lama berdekatan restoran ikan bakar di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah. Lebih memilukan, anak kecil berkenaan adalah zuriat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapanya, Zarina Azmi, 34, dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35.
“Sembilan tahun saya tunggu kelahirannya, namun dia ‘pergi’ dahulu,” luah Zarina sebak.

Berkongsi lanjut berkenaan kejadian pilu tersebut sebagaimana memetik berita di Sinarplus, Zarina merasakan ianya ujian yang cukup besar bagi dirinya apabila kehilangan dua insan tersayang sekelip mata. Pun begitu, Zarina pasrah dengan ketentuan Allah yang meminjamkan cahaya mata kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun telah sembilan tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Menurut Zarina, sepanjang hari Isnin, si kecil itu memeluknya sahaja seolah-olah tidak puas bermanja sebelum bapa tiba di kedai makan tempatnya bekerja untuk mengambil bayi itu kira-kira jam 5 petang.
Namun, tak lama kemudian ibu berkenaan dikejutkan dengan berita datuk dan cucu itu ditemukan lemas di kolam berhampiran.

Datuk Yang Penyayang
Difahamkan Azmi adalah seorang datuk yang penyayang dan merupakan pesara kerajaan yang dahulunya bekerja sebagai tukang kebun.
Menurut adiknya, Yusof Abdullah, 61, berkata warga emas itu sudah lama bersara dan menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang dengan menaiki motosikal.
Menurut Yusof, abangnya mempunyai lima orang anak dan 10 cucu. Muhammad Ziyaad Mikhail dan ibu bapa tinggal serumah dengan Azmi.
Dakwanya, kemungkinan Azmi yang ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan, namun turut lemas.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tidak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.

Berikut adalah kronologi tragedi yang menimpa datuk dan cucu berkenaan:
1-Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 77 tahun bersama cucunya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal ketika kejadian.
2- polis menerima maklumat pada jam 7.20 petang menerusi panggilan MERS 999 yang memaklumkan terdapat dua mangsa dilihat terapung dalam kolam terbabit.
3- Timbalan Ketua Polis Balai Tikam Batu bersama lima anggota tiba di tempat kejadian pada 7.28 petang dan mendapati mangsa terapung dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
4- Saksi yang merupakan pekerja restoran ikan bakar menyatakan ternampak orang ramai berkumpul di kawasan kolam lama tersebut dan apabila menghampiri mendapati ada dua mangsa lemas seterusnya membuat panggilan kecemasan.
5-Temu bual bersama bapa bayi berkenaan, Muhammad Yuzarith Martin berkata si kecil itu selalu dibawa datuknya berjalan-jalan setiap petang selepas diambil daripada ibunya yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Kempas.
6- Sehingga jam 7 petang, dia mendapati kedua-duanya belum pulang menyebabkannya membuat carian di sekitar kawasan sebelum ternampak orang ramai berkumpul dekat kolam. Apabila sampai, didapati kedua-duanya sudah terapung.
7- Pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah
Sumber : SinarPlus
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
The post “Sembilan Tahun Tunggu Kelahirannya..”- Ibu Reda Anak ‘Pergi’ Dahulu Bersama Datuknya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sembilan-tahun-tunggu-kelahirannya-ibu-reda-anak-pergi-dahulu-bersama-datuknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tragedi Budak Lemas Dalam Kolam Dengan Atuk 9 Tahun Kami Tunggu Zuriat Tak Sampai 2 Tahun Dah Pergi

Hiburan Tragedi Budak Lemas Dalam Kolam Dengan Atuk 9 Tahun Kami Tunggu Zuriat Tak Sampai 2 Tahun Dah Pergi

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 167 hits
Ibu kepada kanak kanak berusia 2 tahun yang meninggal dunia akibat lemas bersama datuk Zarina Azmi berkongsi kesedihan ketika ditemui media semalam Ujar Zarina anaknya Muhammad Ziyaf Mikhail Muhammad Yuzarith berusia setahun tujuh bulan mer...
Anak 5 Tahun Pun Kata Sedap Ibu Ni Kongsi Resipi Nasi Kari Kambing Senang Buat Enak

Anak 5 Tahun Pun Kata Sedap Ibu Ni Kongsi Resipi Nasi Kari Kambing Senang Buat Enak

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 308 hits
Sekali sekala teringin juga untuk menyediakan menu istimewa untuk dihidang kepada keluarga Jadi apa kata anda sediakan hidangan nasi dan lauk special seperti yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah ini Menurutnya hidangan Nasi Kari Kambing y...
Pencetus Hemolisis Anak Kurang G6pd Penting Ibu Bapa Mesti Tahu

Pencetus Hemolisis Anak Kurang G6pd Penting Ibu Bapa Mesti Tahu

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 242 hits
Pencetus hemolisis anak kurang G6PD penting ibu bapa mesti tahu Ubat gegat kacang parang dan ubat nyamuk lingkaran antara ENAM pencetus hemolisis anak kurang G6PD Mama papa mesti tahu dan mesti sentiasa peka G6PD ialah singkatan nama enzim ...
Polisi Kembali Olah Tkp Rumah Ibu Dan Anak Jadi Kerangka Di Depok Ini Hasilnya

Polisi Kembali Olah Tkp Rumah Ibu Dan Anak Jadi Kerangka Di Depok Ini Hasilnya

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 232 hits
Penyidikan dilakukan secara scientific crime investigation yang melibatkan interprofesi
Termarah Anak Menyinga Tak Tentu Pasal Itu Normal Bukan Ibu Tak Baik

Termarah Anak Menyinga Tak Tentu Pasal Itu Normal Bukan Ibu Tak Baik

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 323 hits
Mak mak mana yang tak pernah terlepas marah anak dan menyinga tak tentu pasal jika anak ada terbuat salah Yang perlu anda tahu itu normal mama Namun jangan dibiasakan angkat tangan pada anak anak Itu salah sama sekali Belajarlah untuk menga...
Tertutupnya Ibu Dan Anak Tinggal Tulang Di Depok Suami Wafat Tidak Ada Tetangga Yang Tahu

Tertutupnya Ibu Dan Anak Tinggal Tulang Di Depok Suami Wafat Tidak Ada Tetangga Yang Tahu

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 365 hits
Ibu dan anak itu dikenal sangat tertutup Saking tertutupnya tetangga tidak ada yang tahu saat suami Grace meninggal tahun 2011
Fakta Kematian Ibu Dan Anak Di Cinere Mirip Kasus Satu Keluarga Tewas Di Kalideres

Fakta Kematian Ibu Dan Anak Di Cinere Mirip Kasus Satu Keluarga Tewas Di Kalideres

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 184 hits
Kematian keduanya terungkap dari kecurigaan tetangga yang lama tidak melihat penghuni rumah
Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Lirik Lagu Dia Imamku Asfan Shah Ft Keka Nizam

10 Tempat Menarik Di Batam Indonesia 2025


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre

Kehebatan Seni Bina Pada Zaman Firaun Jadi Perdebatan Ilmiah