I Saraan 2025 Pendaftaran Semakan Kelebihan


Program i-Saraan 2025 KWSP diteruskan lagi dengan beberapa penambahbaikan.
Tahukah anda, kerajaan dan KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i-Saraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap termasuk suri rumah untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan?
@ecentral.my Untuk yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, ini cara daftar i-Saraan KWSP secara online. Kalau rajin carum setiap bulan, boleh dapat insentif RM500 setahun! #kwspisaraan #isaraan #isaraankwsp #kwsp #bekerjasendiri #insentifkwsp
♬ Vlog opening cute pop(1297796) – KBYS

Lebih menarik lagi, ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Jom kami kongsikan sepenuhnya tentang insentif ini.
Penambahbaikan i-Saraan 2025 (KWSP) Belanjawan 2025 Malaysia MADANI menyaksikan penambahbaikan penyaluran bantuan tunai apabila had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dengan menaikkan insentif padanan daripada 15% kepada 20%.
Untuk tahun 2025, had caruman bagi program i-Saraan KWSP turut dikekalkan pada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 seumur hidup.
Penambahbaikan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025, dijangka memberi manfaat kepada lebih 330,000 peserta i-Saraan sedia ada dan baharu. 
Perubahan jumlah insentif caruman padanan untuk program i-Saraan ini merupakan antara penambahbaikan strategik produk dan polisi yang memberi kesan terhadap memperkukuh masa depan persaraan dan jaminan pendapatan ahli KWSP.
Apakah i-Saraan KWSP? Mungkin ramai lebih mengetahui tentang i-Suri, namun i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih.
Manakala i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.
Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
Antara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP:
Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini.
Faedah i-Saraan KWSP Insentif Khas
– Menerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasa.
– Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​.
– Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan. Dividen Tahunan
Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda. Bantuan Kematian
Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP. Pelepasan Cukai
Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN. Siapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP Tiada perubahan kepada syarat-syarat kelayakan i-Saraan iaitu:
Mendaftar sebagai ahli KWSP Warganegara Malaysia Berumur 60 tahun ke bawah Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig. *Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri
Petani/ nelayan/ pemandu teksi Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown Pengasuh bayi Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah) Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding) Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan Pemilik perniagaan dalam talian (online business) Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam) Suri rumah Pekerja Berpencen Baca juga : 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen
Cara Daftar & Saluran Pembayaran Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan.
Rujuk cara pendaftaran seperti berikut:
LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP
Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
ATAU
Sekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms untuk pendaftaran i-Saraan.
LANGKAH 2: TEKAN MENU ‘REGISTER I-SARAAN’
LANGKAH 3: ISIKAN BUTIRAN ANDA & SAHKAN PENDAFTARAN
Jika berjaya, anda akan menerima notis seperti berikut:
LANGKAH 4 : BUAT CARUMAN
Akhir sekali, anda bolehlah buat caruman secara online atau manual mengikut amaun yang diinginkan.
Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:
1. Perbankan Elektronik Maybank Public Bank RHB Bank Bank Muamalat CIMB Bank 2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek) BSN Maybank Public Bank RHB Bank 3. Ejen Bank Berdaftar Ejen Bank (EB) BSN
4. Kaunter KWSP Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli.
Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun.
Rujuk ilustrasi di bawah:
AhliJumlah Caruman
Terkumpul Tahun SemasaAmaun
Insentif KhasAhmadRM 1,000RM 200BabaRM 2,500RM 500KevinRM 5,000RM 500 Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan? KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.
Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).
Baca juga : Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP
Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP MyKad Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja) Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran) Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan) Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:
Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000
Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan 
ATAU
Borang Pertanyaan Online
ATAU
Rujuk pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
Sumber : kwsp.gov.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/i-saraan-2025-kwsp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=i-saraan-2025-kwsp

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawakpay Cara Pendaftaran Skas 2025

Sarawakpay Cara Pendaftaran Skas 2025

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 136 hits
Sarawak Pay telah menjadi aplikasi e wallet popular di kalangan rakyat Sarawak sejak beroperasi pada November 2017 Kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Multimedia Authority telah melancarkan Sarawak Pay untuk memacukan ekonomi Sarawak melalui ...
Permohonan Skas 2025 Syarat Proses Pendaftaran Manfaat

Permohonan Skas 2025 Syarat Proses Pendaftaran Manfaat

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 137 hits
Permohonan SKAS bagi tahun 2025 kini kembali menawarkan bantuan untuk rakyat Sarawak Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup dan memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terus terjaga SKAS menjadi salah satu progr...
Semakan Mrsm 2025 Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Semakan Mrsm 2025 Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 176 hits
Jom buat semakan MRSM 2025 Berita baik kepada semua calon yang memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA bagi sesi 2025 2026 Semakan keputusan permohonan untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 kini boleh dilakukan mulai 13 Januari 2025 pada ...
Tips Kurus 2025 Cara Mudah Realistik Untuk Turunkan Berat Badan

Tips Kurus 2025 Cara Mudah Realistik Untuk Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 182 hits
Adakah korang salah seorang yang berazam untuk kurus pada tahun 2024 tetapi azam tersebut tinggal sekadar azam Jangan risau tahun 2025 adalah peluang baru untuk kita sama sama capai berat badan idaman Sis percaya dengan pendekatan yang lebi...
Azam Tahun 2025 Apa Yang Diceritakan Sama Dengan Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Azam Tahun 2025 Apa Yang Diceritakan Sama Dengan Apa Yang Sebenarnya Berlaku

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 204 hits
Setiap detik yang berlalu dalam kehidupan anda dipenuhi dengan seribu satu peristiwa yang berlaku serentak Istilah seribu satu itu pun adalah terlalu sedikit kerana pada hakikat yang sebenar tak terkira banyaknya berlaku berbagai peristiwa ...
Happy New Year 2025 Dan Salam Rejab 1446h

Happy New Year 2025 Dan Salam Rejab 1446h

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 193 hits
Happy New Year 2025 Dan Salam Rejab 1446H Alhamdulillah Masih bernyawa pada harini Dapat jugak berjumpa dengan Tahun 2025 Semoga dipanjangkan usia ke Tahun 2026 Dan seterusnya InshaAllah Al Fatihah buat yang sudah pergi meninggalkan kita da...
Catatan Hari Pertama Tahun 2025

Catatan Hari Pertama Tahun 2025

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 289 hits
Catatan pertama pada tahun 2025 Kalau ikut kalendar semalam iaitu hari pertama pada tahun 2025 bukanlah hari cuti umum bagi negeri Perlis Tapi sejajar dengan pengumuman mengejut oleh Menteri Besar Perlis pada hari Selasa lalu maka dapatlah ...
January 1st 2025 Great Expectations

January 1st 2025 Great Expectations

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 179 hits
Happy New Year 2025 folks First of all January 1st for the new year does make plenty of sense because it is based on a scientific calendar It is based on the fixed and highly predictable movement of the earth around the sun January 1st is t...
Tahun Baru 2025 Semangat Pun Baru Nadi Busyra 1

Tahun Baru 2025 Semangat Pun Baru Nadi Busyra 1

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 215 hits
Hai semua Tahun baru 2025 semangat pun baru Tahun 2024 banyak sangat aku tinggalkan blog Nak update satu post sehari pun gagal Hopefully tahun ni dapat lah seperti yang aku target Dulu nak buat blog ni macam diari sebab tengok orang lain ra...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Svg Ss25 Runway Fesyen Sebagai Suara Kebebasan