Sarawakpay Cara Pendaftaran Skas 2025


Sarawak Pay telah menjadi aplikasi e-wallet popular di kalangan rakyat Sarawak sejak beroperasi pada November 2017. 
Kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Multimedia Authority telah melancarkan Sarawak Pay untuk memacukan ekonomi Sarawak melalui inisiatif ekonomi digital, serta menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Sarawak. 
Sarawak Pay dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan berfungsi sebagai dompet digital yang menawarkan teknologi untuk mengurus proses perniagaan dan pembayaran digital yang selamat, cepat dan mudah.
Di sini dikongsikan lebih lanjut tentang SarawakPay dan bagaimana anda boleh mendaftarkannya untuk menerima bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS 2025).
BACA JUGA; Endowment Fund Sarawak (EFS) – Bantuan Kelahiran Bayi RM 1,000
Apakah Sarawak Pay? Sarawak Pay adalah aplikasi e-wallet (dompet elektronik) rasmi negeri Sarawak yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sarawak.
Ia dilancarkan untuk mempromosikan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan penduduk Sarawak dan menyokong inisiatif ke arah ekonomi tanpa tunai.
Pada tahun 2022, Sarawak Pay telah dijenamakan semula sebagai SPay Global.
S Pay Global membolehkan pengguna membeli barangan, menyelesaikan bil utiliti dan majlis bandaraya melalui telefon bimbit mereka bila-bila masa dan di mana sahaja.
Pengguna hanya perlu mengimbas dan membayar melalui kod QR dari peniaga yang menggunakan S Pay Global atau pada bil mereka.
S Pay Global juga bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN di kawasan pedalaman yang tiada akses kepada kemudahan perbankan.
Ini bertujuan untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar.
Sehingga Januari 2025, S Pay Global telah mencatatkan lebih 770,000 pengguna berdaftar dan 91,000 peniaga, dengan nilai transaksi melebihi RM4.2 bilion.
Aplikasi ini diuruskan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT) bagi pihak Kerajaan Sarawak dan memegang lesen e-Wallet yang sah dari Bank Negara Malaysia.
Cara Daftar Sarawak Pay untuk Bantuan SKAS 2025 Untuk mendaftar S Pay Global (dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay) bagi menerima bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS 2025), ikuti langkah-langkah berikut:
Muat turun aplikasi S Pay Global dari Google Play Store atau App Store. Buka aplikasi dan pilih “Register Now”. Pilih kewarganegaraan anda (Malaysian atau Others). Isi maklumat peribadi yang diperlukan dan tetapkan kata laluan. Lakukan pengesahan identiti (eKYC): Ambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda Rakam gambar ‘selfie’ untuk pengesahan. Sahkan nombor telefon anda: Masukkan nombor telefon bimbit Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS. Tetapkan nombor PIN 6-digit untuk transaksi masa hadapan. Selesai! Setelah selesai mendaftar, akaun S Pay Global anda akan sedia untuk menerima bayaran SKAS 2025.
Bantuan SKAS akan dikreditkan ke dalam akaun S Pay Global anda bermula 18 Februari 2025. Nilai bantuan adalah RM800 bagi kategori isi rumah, RM400 bagi warga emas, dan RM250 bagi kategori bujang.
Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan SKAS, iaitu rakyat Sarawak yang mempunyai kad pengenalan K, menetap di Sarawak, dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 Tahun 2024 berdasarkan maklumat LHDN.
Bantuan ini boleh dituntut pada bila-bila masa sepanjang tahun dan sah sehingga 31 Disember 2025.
BACA JUGA: Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username S Pay Global
Pendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal Cara daftar Sarawak Pay (S Pay Global) sebagai peniaga:
Muat turun dan daftar di aplikasi S Pay Global sebagai pengguna.  Pilih “Merchant Account” dan isikan borang pendaftaran.  Muat Naik: Gambar IC (Depan & Belakang) Gambar Premis Perniagaan atau Gambar Lesen Perniagaan
* Harap Maklum : Akaun bank yang diisi haruslah akaun bank persendirian.
* Pastikan gambar kad pengenalan diambil dari sudut yang tepat dan maklumat adalah jelas untuk dibaca. . Sila tunggu emel pengesahan dari pihak S Pay Global untuk status pendaftaran akaun perniagaan SarawakPay. Setelah pendaftaran anda berjaya, kod QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran Templat QR kod S Pay Global boleh dimuat turun di SINI Selesai! Anda boleh mula menerima pembayaran melalui aplikasi S Pay Global. Cara Daftar Sarawak Pay Untuk Syarikat, Organisasi & Persatuan Muat turun dan isi borang permohonan di sini Sertakan dokumen sokongan berikut Sdn Bhd/Bhd – Borang 49 / perincian SSM Sijil Pendaftaran Perniagaan dan penyata bank Photocopies of NRIC of business owner, all partners or authorized director. Logo syarikat dan 1-2 keping gambar premis perniagaan Hubungi mana-mana ejen SarawakPay yang berdaftar di bawah untuk melengkapkan permohonan anda. Tiada yuran atau caj yang akan dikenakan. Pendaftaran adalah PERCUMAN Muat turun Surat Persetujuan di sini. Maklumat Lanjut Bagi mengetahuai info terkini dan maklumat lebih lanjut mengenai S Pay Global, termasuk cara untuk menjadi pengguna atau peniaga, anda boleh melawat laman web rasmi S Pay Global.
Atau, hubungi perkhidmatan pelanggan melalui email ([email protected]) dan talian (082-22 45 99). 
Facebook : https://www.facebook.com/spayglobal.my Youtube : https://www.youtube.com/@spayglobal

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sarawak-pay/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sarawak-pay

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Skas 2025 Syarat Proses Pendaftaran Manfaat

Permohonan Skas 2025 Syarat Proses Pendaftaran Manfaat

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 212 hits
Permohonan SKAS bagi tahun 2025 kini kembali menawarkan bantuan untuk rakyat Sarawak Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup dan memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terus terjaga SKAS menjadi salah satu progr...
Tips Kurus 2025 Cara Mudah Realistik Untuk Turunkan Berat Badan

Tips Kurus 2025 Cara Mudah Realistik Untuk Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 248 hits
Adakah korang salah seorang yang berazam untuk kurus pada tahun 2024 tetapi azam tersebut tinggal sekadar azam Jangan risau tahun 2025 adalah peluang baru untuk kita sama sama capai berat badan idaman Sis percaya dengan pendekatan yang lebi...
Cara Membuat Skck Online 2025

Cara Membuat Skck Online 2025

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 315 hits
Anda harus membuat Surat Keterangan Catatan Kepolisian untuk berbagai keperluan Kini bisa membuat SKCK secara online Berikut ini nbsp Cara Membuat SKCK Online 2025 Jadi pembuatan SKCK tahun 2025 bisa dilakukan secara online melalui aplikasi...
Cara Semak Nombor Pendaftaran Doktor Bertauliah Berlesen

Cara Semak Nombor Pendaftaran Doktor Bertauliah Berlesen

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 166 hits
Ancaman doktor palsu semakin meningkat menyebabkan pengguna perlu lebih berhati hati dan antara caranya adalah dengan semak nombor pendaftaran doktor bertauliah Kesihatan adalah aset paling berharga dan mendapatkan rawatan daripada doktor b...
Buffet Ramadan 2025 Lokasi Cara Tempah Harga Early Bird

Buffet Ramadan 2025 Lokasi Cara Tempah Harga Early Bird

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 266 hits
Buffet Ramadan 2025 Lokasi Cara Tempah Harga Early Bird Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti nantikan oleh seluruh umat Islam Selain berpeluang untuk menjalani ibadah puasa dan meningkatkan amalan rohani bulan ini juga memberi peluang un...
I Saraan 2025 Pendaftaran Semakan Kelebihan

I Saraan 2025 Pendaftaran Semakan Kelebihan

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 239 hits
Program i Saraan 2025 KWSP diteruskan lagi dengan beberapa penambahbaikan Tahukah anda kerajaan dan KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i Saraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja ...
Rayuan Skas Syarat Kelayakan Dan Cara Buat Rayuan

Rayuan Skas Syarat Kelayakan Dan Cara Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 150 hits
Bagi yang tidak mendapat Sumbangan Keperluan Asas Sarawak anda masih boleh membuat rayuan SKAS Senarai penerima SKAS 2025 dijana daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 2024 dan oleh itu sekiranya anda tidak melengkapkan permohonan ...
Isnin 6 Januari 2025

Isnin 6 Januari 2025

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum Hi uolls Hari ni SA bekerja walau badan sakit sakit sangat ni kesan dari urut satu badan dengan bidan semalam perghhh memang sedap betul badan SA kena urut sakit memang sakit la bidan tu asyik burppp keluar angin dari mula d...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Duit Raya Guna Beli Emas Gadis Minat Emas Sejak Sekolah Menengah

Anak Mengamuk Dekat Mall Tanda Autism Ke

Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Asal Usul Nama Simpang Pelangai

Perkembangan Pesat Kereta Api China

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Kini Ada Netflix