I Dah Lepas U Belum Betulkah Ini Kata Kata Ku Nan Kepada Najib Dan Zahid


agendadaiky.com18/7/2021
Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beberapa pihak sejak semalam membuat pelbagai andaian berhubung pembebasan Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta yang diputuskan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu.

Dalam keputusan 2-1 panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Suraya Othman, mahkamah melepas dan membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu daripada tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Selepas keluar dari mahkamah berkenaan Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan dikatakan sempat mengaminkan doa dibaca seorang pengikutnya, susulan keputusan itu.

Tular juga di media sosial gambar Ku Nan dan beberapa penyokongnya mengaminkan doa dibacakan.

Beberapa pihak kemudian mendakwa Ku Nan menghubungi bekas bossnya Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Agenda Daily yang turut dihubungi pembaca bertanyakan perkara itu bagaimanapun tidak dapat memastikan kebenarannya. Usaha menghubungi Ku Nan setakat ini bagaimanapun gagal, tetapi masih diteruskan.

Antara lain Ku Nan didakwa berkata kepada Najib dan Zahid bahawa gilirannya sudah lepas dan sekarang menunggu giliran kedua-duanya pula untuk diputuskan oleh mahkamah.

“I dah lepas, U belum”. Itu antara kata-kata yang didakwa dinyatakan Ku Nan kepada Najib dan Zahid. Bagaimanapun Agenda Daily tidak dapat memastikan kebenaran kata-kata itu.
Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaminkan doa dibaca selepas Mahkamah Rayuan pada Jumaat (16 Julai 2021) membebaskan beliau daripada tuduhan rasuah.

Najib kini sedang berdepan beberapa tuduhan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pengubahan wang haram.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Najib kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun dan denda yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi itu.

Pada 18 Mei lalu Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya selepas selesai mendengar hujah pembelaan Najib dan pendakwaan selama 15 hari.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menangguhkan keputusan itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Turut bersidang Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera. Bagaimanapun mahkamah tidak menetapkan bila keputusan rayuan itu akan dibuat.

Sementara Zahid pula sedang menunggu keputusan kesnya setelah Mahkamah Tinggi pada 2 Julai lalu menetapkan penghujahan 47 pertuduhan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkannya didengar selama enam hari bermula 5 Ogos ini, sebelum keputusan sama ada beliau dibebaskan atau diperintah membela diri.

Penghujahan lisan pada akhir kes pendakwaan itu dijadualkan didengar di mahkamah terbuka di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah pada 5, 6, 9, 11, 13 dan 24 Ogos.

Pada 19 Mac lalu, pihak pendakwaan menutup kes pada hari ke-53 perbicaraan selepas mengemukakan keterangan 99 saksi.

Kedua-duanya Najib dan Zahid juga kini berdepan beberapa pertuduhan lain di mahkamah membabitkan jutaan ringgit


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/i-dah-lepas-u-belum-betulkah-ini-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alasan Terperinci Bebas Ku Nan Belum Dikeluarkan William

Alasan Terperinci Bebas Ku Nan Belum Dikeluarkan William

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 176 hits
Pembebasan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya lima tahun lalu perlu penjelasan lanjut kata Ahli Parlimen Se...
Zahid Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah

Zahid Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 201 hits
Usaha berterusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan karibnya Datuk Seri Najib Razak yang mahu membawa UMNO keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional adalah disebabkan terdesak mahu menyelamatkan diri masing masing daripada kes mahkam...
Cadangan Keluar Kerajaan Ditolak Mp Umno Semasa Pertemuan Zahid Najib

Cadangan Keluar Kerajaan Ditolak Mp Umno Semasa Pertemuan Zahid Najib

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 253 hits
agendadaily com5 7 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang galak mengutip akuan bersumpah untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen UMNO dan Barisan ...
Tajuddin Lepas Kemarahan Zahid Pecat Beliau Dari Jawatan Pengarah Pilihan Raya

Tajuddin Lepas Kemarahan Zahid Pecat Beliau Dari Jawatan Pengarah Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 237 hits
agendadaily com14 7 2021Ahli MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilihat begitu marah terhadap perbuatan Presiden UMNO Datuk Seri Ah...
Kerjasama Pkr Umno Boleh Tapi Tidak Jawatan Pm Kata Pkr Kepada Zahid

Kerjasama Pkr Umno Boleh Tapi Tidak Jawatan Pm Kata Pkr Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 258 hits
agendadaily comJohari Abdul perlekeh cita cita Zahid Hamidi jadi Perdana Menteri PKR menafikan jawatan Perdana Menteri akan diberikan kepada UMNO sekiranya jajaran baharu dibentuk ia selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan memberita...
Ahli Parlimen Menteri Umno Tolak Langkah Keluar Kerajaan Ketepi Zahid Najib

Ahli Parlimen Menteri Umno Tolak Langkah Keluar Kerajaan Ketepi Zahid Najib

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 257 hits
Ahli ahli Parlimen Umno hari ini menolak cadangan parti itu untuk keluar daripada kerajaan mengetepikan presidennya Ahmad Zahid Hamidi susulan tarikh akhir bersama kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin MalaysiaNow dimaklumkan Difahamkan...
Sediakah Zahid Lepas Jawatan Presiden Untuk Tunjuk Umno Bersih

Sediakah Zahid Lepas Jawatan Presiden Untuk Tunjuk Umno Bersih

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 217 hits
agendadaily com8 7 2021Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul AbidinAhli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin berpendapat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi punca pengundi menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 1...
Panas Zahid Guna Ismail Sabri Untuk Cuba Jatuhkan Muhyiddin Kata Tokoh Wartawan

Panas Zahid Guna Ismail Sabri Untuk Cuba Jatuhkan Muhyiddin Kata Tokoh Wartawan

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 229 hits
July 9 2021 Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu A Kadir Jasin mendakwa Umno jelas mahu merampas kerajaan Perikatan Nasional menerusi naib presidennya Ismail Sabri Yaakob Kadir berkata ia dapat dilihat setelah Umno selepas keputusan...
Zahid Hamidi Jangan Ulangi Kesilapan Najib

Zahid Hamidi Jangan Ulangi Kesilapan Najib

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 189 hits
UMNO tidak akan kalah PRU14 lalu jika Najib Razak mengadakan pilihanraya lebih awal misalnya pada penghujung 2016 atau bila bila masa di tahun 2017 Tetapi disebabkan Najib melewatkan PRU14 sehingga Mei 2018 iaitu betul betul genap lima tahu...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Terjebak Dengan Cushion Powder 2 In 1 Jenama O Two O

Hiburan Hidup Balik Mangkuk Ni Individu Kecam Puteri Sarah Bella Aktif Semula Sarah Minta Pertolongan Caprice

Resipi Pizza Guna Nasi Tak Perlu Uli Uli Doh Luar Crispy Dalam Lembut Sedap

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Berlakon Pun Nak Jadi Ikon Generasi Kenyataan Cha Eunwoo Raih Pelbagai Reaksi

Pelakon Sampingan Wanita Lovely Runner Dituduh Cuba Ambil Kesempatan Dengan Byun Wooseok