Hutang 1mdb Tak Guna Dana Awam Pakar Ekonomi Tempelak Najib Menipu Dalam Parlimen


perakinsights.com
March 3, 2022 10:25 am
Kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar dan tepat.

Menurut pakar ekonomi, Datuk Dr Nungsari Ahmad Radhi, semua hutang 1MDB mempunyai kadar faedah yang perlu dilangsaikan dan ia perlu dibayar oleh kerajaan.

Katanya, dalam konteks 1MDB, syarikat pelaburan tersebut juga mengeluarkan bon untuk berhutang.

“Jadi dakwaan Najib tidak betul. Bon itu ada faedah. Jadi, siapa yang membayar faedah ini? Kerajaanlah yang bayar.

“Ini tak termasuk dengan duit pokok (prinsipal). Hutang ini perlu dibayar pada ketika ia matang. Mungkin pada tahun ini, tahun depan atau tahun seterusnya.

“Perlu diingat 1MDB mengeluarkan bon menggunakan jaminan kerajaan. Oleh itu ia dikira sebagai liabiliti kerajaan. 1MDB tidak ada duit nak bayar, sebab itu kerajaan yang kena bayar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Bon merujuk kepada sijil pelaburan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yang menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah.

Najib pada sidang Parlimen pada Rabu memberitahu, tiada satu sen dana awam digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1MDB.

Najib menjelaskan pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.

Bagaimanapun, Nungsari berkata, dalam mahkamah di Amerika Syarikat, bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner mengaku membantu menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1MDB.

“Malah pada tahun lalu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan juga mengumumkan telah memperoleh semula RM1.9 bilion lagi dana 1MDB yang dicuri dengan bantuan DOJ yang menyerahkan wang itu ke Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia.

“Jadi, wang dan harta yang disita daripada individu yang mencuri duit 1MDB datang secara berperingkat. Ini akan melibatkan beberapa tahun setelah bon dikeluarkan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/hutang-1mdb-tak-guna-dana-awam-pakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib

Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 227 hits
malaysiakini comBekas Perdana Menteri Najib Razak berkata dia akan memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya bahawa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai selepas pilihan raya negeri Johor selesai B...
Dakwaan Najib Hutang 1mdb Belum Dibayar Tak Berasas Zafrul

Dakwaan Najib Hutang 1mdb Belum Dibayar Tak Berasas Zafrul

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 252 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 3 2022 11 14 AMPARLIMEN l Dakwaan hutang prinsipal 1Malaysia Development Bhd masih belum dibayar sehingga kini adalah tidak berasas memandangkan ia hanya akan matang antara tahun 2022 hingga 2039 jelas Menter...
Ini Komen Netizen Bila Najib Kata Tiada Satu Sen Pun Wang Rakyat Diguna Bayar Hutang 1mdb

Ini Komen Netizen Bila Najib Kata Tiada Satu Sen Pun Wang Rakyat Diguna Bayar Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 415 hits
Semalam ketika membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong di Parlimen Najib Razak berkata tiada satu sen pun dana awam digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1MDB Ini kerana katanya pelbagai entiti termasuk Gold...
Probe Najib Over 1mdb Funds For Polls Claim Guan Eng Tells Macc

Probe Najib Over 1mdb Funds For Polls Claim Guan Eng Tells Macc

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 321 hits
Lim Guan Eng said Tim Leissner had also testified that he had personally met Najib Razak PETALING JAYA DAP secretary general Lim Guan Eng has urged graft busters to investigate Najib Razak over a claim in a US court that funds from a bond s...
Saksi Utama Dedahkan Setiausaha Sulit Najib Terbabit Di Dalam Terbitan Bon Ketiga 1mdb

Saksi Utama Dedahkan Setiausaha Sulit Najib Terbabit Di Dalam Terbitan Bon Ketiga 1mdb

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 199 hits
NEW YORK Bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner mendedahkan dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam penerbitan bon ketiga untuk 1Malaysia Development Berhad Leissner saksi utama perbicaraan kes ra...
1mdb Leissner Dedah Penglibatan Dua Bekas Setiausaha Sulit Najib

1mdb Leissner Dedah Penglibatan Dua Bekas Setiausaha Sulit Najib

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 268 hits
satuberita myBy March 1 2022BEKAS pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner memberitahu dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam urusan penerbitan bon ketiga di bawah Projek Catalyze yang bernilai A...
Timbalan Menteri Kami Tak Pernah Berhenti Siasat Najib 1mdb

Timbalan Menteri Kami Tak Pernah Berhenti Siasat Najib 1mdb

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 228 hits
malaysiakini comPARLIMEN Pihak berkuasa tidak pernah berhenti menyiasat bekas perdana menteri Najib Razak berhubung skandal kewangan 1MDB kata timbalan menteri undang undang Mas Ermieyati Samsudin Mas menjawab soalan Lim Guan Eng yang mempe...
Duit 1mdb Lah Bro Saksi Imbas Bekas Pembantu Najib Hilang Sabar

Duit 1mdb Lah Bro Saksi Imbas Bekas Pembantu Najib Hilang Sabar

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 202 hits
Sekadar ingin bertanya kepada yang mengetahui ya je dalam laporan mengesahkan berlaku kerosakkan tapi apakah kerosakan helikopter benar rosak atau sebaliknya Sama kita fikirkan Duit 1MDB lah bro Saksi imbas bekas pembantu Najib hilang sabar...
Najib Not A Single Sen Of Public Funds Used To Repay 1mdb Debts

Najib Not A Single Sen Of Public Funds Used To Repay 1mdb Debts

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 352 hits
PARLIAMENT Not a single sen of public funds has been used by the government to repay the principal amount of 1MDB debts argued former prime minister Najib Abdul Razak in the Dewan Rakyat today He said this is because various entities includ...
Pencuri Rumah Imam

Academic Redirect Anger Over Preacher Pair Not At Agc

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Gubahan Hantaran Nikah

Malaysia S Leviathan Anwar S Pact For Order

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Pm S Announcement Shows Comprehensive Effort To Address Rising Cost Of Living Says Fahmi

Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali Kali


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jellyfish Parenting Gaya Baru Ibu Bapa Muda Zaman Sekarang Lembut Tapi Tetap Tegas

Bila Anak Batuk Tak Berhenti Apa Yang Perlu Ibu Bapa Risaukan

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Apa Saya Boleh Beli Dengan Rm100 Di Lotus S Supermarket

Petai Belalang Mengkarung Dan Timun Tikus

Bosan Menjadi Guru