Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib


malaysiakini.comHariz Mohd
Diterbitkan: Mar 8, 2022 5:16 PM

Bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata dia akan memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya - bahawa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai- selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor selesai.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Gambir, Johor hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu berkata dia akan berhubung dengan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun esok.

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai surat speaker yang meminta dia memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung perkara itu.

"Saya akan jawab balik.

"Esok tak boleh sebab saya ada di Johor. Saya akan berhubung dengan dia, lepas PRN saya jelaskan," katanya.

Semalam dilaporkan Azhar telah menulis surat kepada bekas perdana menteri itu untuk meminta dia memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat pada Rabu ini.

Azhar itu berkata demikian ketika ditanya di parlimen mengenai usul Tony Pua (PH-Damansara) agar Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) Dewan Rakyat berhubung kenyataan itu.

Pua mengemukakan usul itu susulan ucapan Najib di Dewan Rakyat pada 2 Mac lalu yang dikatakan mengandungi kenyataan mengelirukan Dewan berhubung isu hutang 1MDB dan boleh ditafsirkan sebagai menghina Dewan Rakyat.
Najib ketika membahaskan titah yang di-Pertuan Agung di Dewan Rakyat sebelum ini berkata tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

'Mengarutlah'

Kenyataan Najib itu juga menimbulkan kemarahan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang menyangkal dakwaan bahawa tiada dana awam digunakan untuk membayar balik jumlah pokok hutang 1MDB.

Menurut Muhyiddin, hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan dan oleh itu apabila 1MDB gagal membayar balik hutangnya, kerajaanlah yang terpaksa mengeluarkan wang untuk membayar hutang.

Najib semasa sidang akhbar hari ini menganggap kenyataan pengerusi Perikatan Nasional itu sebagai “mengarut".

Dia mendakwa wang yang digunakan kerajaan adalah wang yang diperoleh daripada bank pelaburan Goldman Sachs, dan bukan daripada pembayar cukai.

"Itu bukan wang rakyat. Goldman Sachs duit rakyat ke?

"Di mana dia kata duit rakyat? Duit Goldman Sachs, dibayar dari Goldman Sachs. Bukan duit rakyat, mengarutlah," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/hutang-1mdb-saya-akan-jelaskan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Digesa Jelaskan Kenyataan Mengelirukan Sekarang Bukan Selepas Prn Johor

Najib Digesa Jelaskan Kenyataan Mengelirukan Sekarang Bukan Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 270 hits
freemalaysiatoday com March 8 2022 10 35 PMRSN Rayer berkata keputusan Najib Razak menangguhkan jawapan balas menunjukkan beliau enggan memberi sebarang penjelasan kepada Dewan Rakyat KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Najib Razak perlu mem...
Lebih Utamakan Kempen Prn Johor Daripada Hormati Parlimen Najib Perlu Digantung

Lebih Utamakan Kempen Prn Johor Daripada Hormati Parlimen Najib Perlu Digantung

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 259 hits
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menggesa agar Najib Razak digantung daripada sidang parlimen kerana sikap keras kepala dan degilnya Ini selepas bekas perdana menteri itu berkata dia hanya akan menjelaskan skandal 1MDB kepada Dewan Rakyat s...
Hutang 1mdb Tak Guna Dana Awam Pakar Ekonomi Tempelak Najib Menipu Dalam Parlimen

Hutang 1mdb Tak Guna Dana Awam Pakar Ekonomi Tempelak Najib Menipu Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 267 hits
perakinsights com Kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan tiada dana awam digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad adalah tidak benar dan tepat Menurut pakar ekonomi Datuk Dr Nungsari A...
Ini Komen Netizen Bila Najib Kata Tiada Satu Sen Pun Wang Rakyat Diguna Bayar Hutang 1mdb

Ini Komen Netizen Bila Najib Kata Tiada Satu Sen Pun Wang Rakyat Diguna Bayar Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 457 hits
Semalam ketika membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong di Parlimen Najib Razak berkata tiada satu sen pun dana awam digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1MDB Ini kerana katanya pelbagai entiti termasuk Gold...
Prn Johor Azmin Cabar Najib Debat 2 X 5 Saja

Prn Johor Azmin Cabar Najib Debat 2 X 5 Saja

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 323 hits
Azmin pejuang felda atau Najib Najib pengkhianat atau Azmin
Mahathir Tak Sepopular Najib Di Prn Johor Tak Perlu Bimbang

Mahathir Tak Sepopular Najib Di Prn Johor Tak Perlu Bimbang

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 565 hits
Tidak ada dendam peribadi di pihak saya terhadap Najib Perlu diingatkan ketika skandal 1Malaysia Development Berhad memuncak adik Najib Tan Sri Nazir sendiri telah datang menemui saya meminta saya lakukan sesuatu kerana wang berbilion telah...
Tajuddin Ingatkan Mp Kerajaan Jangan Bawa Sentimen Prn Johor Dalam Parlimen

Tajuddin Ingatkan Mp Kerajaan Jangan Bawa Sentimen Prn Johor Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 331 hits
Ahli Parlimen kerajaan diingatkan supaya tidak membawa sentimen kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke Dewan Rakyat ataupun dalam pentadbiran di peringkat persekutuan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Tajuddin Abdul Rahman berkata ahli Parlim...
5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih

Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

Huawei Kicks Off The Holidays With Its Biggest Year End Celebration Joy Sale Season

Hidup Dalam Koridor Algoritma Menyelami Rasa Penat Dan Ketentuan

Assalam Buat Bos Mara Azhar Sulaiman Seru Asyraf Wajdi Berkenaan Konflik Rita Rudaini Dan Muafakat Mrsm

Surah Al Muzzammil Rumi Jawi Audio Mp3 Terjemahan

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Contact Sebab Malas Nak Ganggu Privacy

Best Singapore Beef Noodle Soup Recipe

Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Senyum Di Luar Perang Di Dalam Tentang Luka Yang Tak Semua Nampak

U S Plans To Scrutinize Foreign Tourists Social Media History

Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri