Husam Yakin Pakatan Strategik Umno Ph Boleh Dibentuk


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan 9 Mar 2021, 7:52 pm

Kerjasama strategik boleh dibentuk antara Umno dan Pakatan Harapan (PH) setelah DAP menolak kerjasama secara gabungan (coalition) dengan parti Melayu terbabit, kata bekas naib presiden Amanah, Husam Musa

Dakwanya, kerjasama secara pakatan strategik adalah berbeza berbanding melalui bentuk gabungan.

Kata Husam pakatan secara strategik itu sudah pun dilakukan oleh Umno bersama PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Kerjasama ini ada banyak bentuk, sebagai coalition (dengan Umno) DAP dah kata tak boleh terima.

"(Tapi) Kerjasama sebagai strategic alliance ini berbeza. Macam PAS dengan Umno pada PRU lepas bekerjasama secara strategic alliance untuk menutup (mengaburi) mata rakyat dan ahli.

"Mereka bertanding tiga penjuru, secara besar-besaran dan akibatnya Umno tumbang," katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan kerusi roda kepada keluarga asnaf di Kampung Gerong, Tumpat, hari ini.

Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan kerjasama terjalin di antara parti-parti dalam PH dengan Umno.

Terdahulu, PKR menyatakan untuk tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan Umno, manakala DAP pula memberi gambaran kerjasama boleh dijalinkan atas kepentingan dan manfaat rakyat.

Sementara itu Husam berkata, jika kerjasama strategik itu wujud, apa yang berlaku pada PRU lalu boleh diambil kira dan dipertimbangkan.

"Tidak semestinya Umno masuk PH, atau (adakan) kerjasama secara terbuka. Tetapi strategic alliance ini mengambil kira kepentingan-kepentingan dan prinsip-prinsip tertentu.

"Kepentingan utama, negara perlu ada satu susunan (jumlah ahli parlimen dengan majoriti) yang stabil, sekarang kerajaan sangat tak stabil.

"Secara moral kerajaan sudah dianggap rosak," ujarnya.

Sehubungan katanya untuk membolehkan pakatan strategik itu berlaku sebuah parti tunjang diperlukan untuk membentuk kerajaan yang stabil dan kukuh.

"PH sudah menjadi anchor party tetapi tidak cukup kekuatan. Jadi prinsipnya perlu dihuraikan oleh pimpinan-pimpinan parti.

"Umno pun kena datang dengan prinsip dan naratif baru. Jadi tak bertentangan dengan pendirian DAP," jelas Husam yang juga anggota Dewan Negara.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/husam-yakin-pakatan-strategik-umno-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Mustahil Umno Boleh Jalinkan Kerjasama Dengan Pakatan Harapan Pada Pru 15 Nanti

Tak Mustahil Umno Boleh Jalinkan Kerjasama Dengan Pakatan Harapan Pada Pru 15 Nanti

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Tidak mustahil UMNO akan menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight ahli po...
Annuar Musa Yakin Gandingan Umno Bersatu Dan Pas Boleh Menang 149 Kerusi Parlimen

Annuar Musa Yakin Gandingan Umno Bersatu Dan Pas Boleh Menang 149 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 288 hits
Gandingan UMNO Parti Pribumi Bersati Malaysia dan Pas mampu memenangi 149 kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Keyakinan itu disuarakan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa sekiranya ketiga tig...
Umno Boleh Mufaraqah Lepas Pm Balik Dari Mekah Husam Musa

Umno Boleh Mufaraqah Lepas Pm Balik Dari Mekah Husam Musa

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 240 hits
N Faizal GhazaliUmno tidak perlu menunggu sehingga datangnya pilihan raya umum untuk berpisah dengan Perikatan Nasional yang diterajui Bersatu kata anggota Dewan Negara Husam Musa Sebaliknya kata Husam Umno boleh melakukan gerakan itu sebai...
Apologise For Claiming Pakatan Manipulated Form 4 History Textbook Or Face Legal Action Maszlee Tells Umno Youth Chief

Apologise For Claiming Pakatan Manipulated Form 4 History Textbook Or Face Legal Action Maszlee Tells Umno Youth Chief

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 398 hits
Maszlee thanked the Ministry of Education for clearing the air on the claim that the Form 4 History textbook was revised to glorify communism during his tenure as the education minister File picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Feb 25 Maszl...
Pn Yakin Jalinan Kerjasama Dengan Umno Perlis Kekal Shukri

Pn Yakin Jalinan Kerjasama Dengan Umno Perlis Kekal Shukri

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 212 hits
KANGAR Perikatan Nasional Perlis menzahirkan keyakinan bahawa ia mampu meneruskan kerjasama bersama UMNO di negeri itu bukan sahaja dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 malah pada masa akan datang Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Perikat...
Nothing Is Impossible Ku Li Says Of Umno And Pakatan Pact

Nothing Is Impossible Ku Li Says Of Umno And Pakatan Pact

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR March 10 The idea of Umno forming a pact with Pakatan Harapan for the next general election is not impossible veteran Umno politician Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah said Fondly known as Ku Li the Umno advisory board chairman h...
Who Speaks On Behalf Of Umno Pkr Perikatan And Pakatan

Who Speaks On Behalf Of Umno Pkr Perikatan And Pakatan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 174 hits
On Umno s side if what they say is true in that Umno has already cerai talak tiga with Perikatan Nasional then to continue sleeping in the same Perikatan Nasional bed with Bersatu would be zina NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin The probl...
Sediakah Umno Jadi Pengikut Pakatan Harapan

Sediakah Umno Jadi Pengikut Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 243 hits
SEKIAN lama bagi yang telah bersama dengan pembangkang Umno adalah epitome atau lambang politik rasuah penyelewengan salah guna kuasa dan perkauman Ramai yang bersama pembangkang dan tidak bersama kerajaan yang dibentuk Umno atas sebab itu ...
Umno Tidak Boleh Halang Pas Bantu Bersatu

Umno Tidak Boleh Halang Pas Bantu Bersatu

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 320 hits
ARAU UMNO mesti menyatakan pendirian sejelas jelasnya sama ada ingin bekerjasama dengan Pas yang sememangnya perlu dibawa bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau bergerak sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Sebagai sebuah parti berpe...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor