Umno Tidak Boleh Halang Pas Bantu Bersatu
ARAU: UMNO mesti menyatakan pendirian sejelas-jelasnya sama ada ingin bekerjasama dengan Pas yang sememangnya perlu dibawa bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau bergerak sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Sebagai sebuah parti berpengaruh, UMNO perlu bersikap ‘gentleman’ menyatakan pendirian dan tidak perlu mengugut mana-mana parti bersama mereka kerana langkah tersebut hanya membuang masa.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rusdi Omar berkata, jika UMNO mahu Pas, mereka juga perlu menerima Bersatu kerana parti Islam itu telah menyatakan dengan jelas tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN).
Katanya, jika berlaku pertembungan antara UMNO dengan Bersatu dalam pilihan raya, sudah pasti sebagai sekutu dalam gabungan, Pas akan membantu Bersatu.
“Kecualilah kalau Pas mahu bermain dua kolam apabila menyedari UMNO mungkin mempunyai kekuatan dalam pilihan raya nanti maka mereka akan membantu UMNO. Sekarang, sudah pastilah Pas akan bersama Bersatu kerana mereka sudah berada di dalam kerajaan.
“Bagi saya, UMNO tidak perlulah main ugut-ugut, nyatakan sahaja pendirian jelas sama ada mahu bekerjasama atau sebaliknya.
“Jangan biarkan akar umbi terus pening dengan masalah ini apabila UMNO mahu Pas tetapi dalam masa sama tidak mahu Bersatu yang menjadi rakan kepada Pas,” katanya.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, UMNO tiada masalah jika Pas ingin terus bekerjasama dengan Bersatu namun jangan menyusahkan UMNO.
Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata, parti Islam itu secara jelas tidak boleh berkempen untuk Bersatu di mana-mana kawasan yang bertembung dengan calon UMNO.
Mengulas lanjut, Rusdi berkata, UMNO juga perlu berani membuat keputusan untuk keluar daripada kerajaan PN apabila sudah tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu.
“Ini tidak mahu Bersatu, tetapi masih mahu bersama di dalam kerajaan. Nyatakan pendirian dengan jelas dalam soal tersebut juga.
“Begitu juga jika hendak bersama Pas, perlulah menerima Bersatu. Jika fikirkan penyatuan orang Melayu, ketiga-tiga parti ini perlu bekerjasama,” katanya. – UTUSAN ONLINE
MR : Umno aklan tersungkur dengan keegoaan sendiri dengan pimpinan yang cuba selamat perut nasi
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2021/03/umno-tidak-boleh-halang-pas-bantu.html