Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang


Pada 27 Disember 2024, yang jatuh pada hari Jumaat, satu hukuman sebat mengikut undang-undang syariah telah dilaksanakan buat pertama kalinya di Terengganu, Malaysia. Hukuman ini telah dijatuhkan ke atas seorang pesalah khalwat berulang. 
Hukuman ini telah dilakukan secara terbuka di sebuah Masjid dan sebanyak enam sebatan dikenakan ke atas pesalah iaitu Mohd Affendi Awang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hukuman dan kes ini, pastikan anda terus membaca artikel ini hingga ke penghujung artikel. 
Hukuman Sebat di Malaysia Di negara Malaysia, hukuman sebat ini sebelum ini dilakukan berdasarkan undang-undang sivik sahaja. Dalam konteks undang-undang sivik di Malaysia hukuman ini dijalankan dengan cara yang berbeza daripada hukuman yang dilaksanakan di bawah undang-undang syariah.
Dalam konteks undang-undang sivik, hukuman ini biasanya dikenakan sebagai sebahagian daripada hukuman bagi kesalahan berat, dan ia berlandaskan kepada sistem perundangan yang ditetapkan oleh negara.
Proses pelaksanaan hukuman ini dalam undang-undang sivik dimulakan dengan perbicaraan di mahkamah, di mana pesalah akan diadili dan keputusan mengenai sabitan serta hukuman akan dibuat. Jenis dan jumlah sebatan juga akan ditentukan oleh undang-undang.
Namun begitu, baru-baru ini, negeri Terengganu telah menjalankan satu hukuman sebatan ke atas pesalah khalwat. Hukuman ini dijalankan berdasarkan undang-undang syariah, dan bukannya sivik.
Hukuman Sebat Sivik Baca: Tesla Phone: Sekadar Ura-Ura Atau Berita Palsu?
Hukuman Sebat dalam Islam Dalam agama Islam, hukuman sebat merupakan salah satu bentuk hukuman yang dikenakan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pelanggaran syariah.
Pelaksanaan hukuman ini dilakukan berlandaskan kepada nas-nas dalam Al-Quran dan hadis, yang menetapkan hukuman bagi kesalahan seperti zina, khalwat, minum arak dan sebagainya.
Dalam hukum Islam, hukuman sebatan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Sebatan Hudud: hukuman tetap yang ditetapkan oleh syarak untuk kesalahan tertentu Sebatan Ta’zir: hukuman yang ditentukan oleh hakim berdasarkan budi bicara dan keadaan kesalahan, yang boleh berbeza mengikut situasi. Prosedur pelaksanaan hukuman sebat memerlukan pesalah melalui proses perbicaraan dan disahkan bersalah oleh pihak berkuasa syariah. Pelaksanaan hukuman harus dilakukan dengan penuh ketertiban dan tidak bertujuan untuk menghina pesalah.
Hukuman Sebat Shariah Kes Terkini Pada 27 Disember 2024 (Jumaat) yang lepas, satu hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah telah dilaksnakan ke atas pesalah khalwat berulang, Mohd Affendi Awang, yang berusia 42 tahun, di negeri Terengganu, Malaysia buat pertama kalinya.
Pesalah tersebut didakwa atas Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang memperuntukkan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara boleh dikenakan bagi kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khalwat dengan seorang wanita berusia 52 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada pukul 1.40 pagi, 16 Jun lalu. Kes ini bukanlah kes pertama bagi tertuduh, yang sebelum ini pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara kerana kesalahan yang sama pada 11 Julai 2023. Kesalahan serupa diulang pada 25 Januari lalu, yang membawa kepada hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 pada 19 Februari.
Prosedur Hukuman Dalam prosiding hukuman di Dewan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, tertuduh telah diberi hukuman sebatan sebanyak enam kali bersaksikan 70 orang individu yang terdiri daripada pegawai berkelayakan dan pegawai media. Namun, sebarang rakaman tidak dibenarkan untuk dilakukan sama sekali.
Hukuman tersebut telah dilaksanakan selepas melalui prosedur ketat mengikut garis panduan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Takzir) dan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Ketua-ketua Hakim Syarie seluruh Malaysia, Jabatan Penjara, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut saksi, sebatan tidak dilakukan dengan tangan diangkat dan tidak mencederakan secara fizikal. Rotan yang digunakan mempunyai diameter 1.2 inci dan lebih lembut berbanding yang digunakan dalam kes sivil. Hukuman sebat ini juga dilaksanakan oleh pegawai terlatih dengan kaedah yang tidak menyebabkan kecederaan atau lebam pada kulit pesalah.

Sumber: PAS Terengganu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hukuman-sebat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hukuman-sebat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukuman Khalwat Berulang Kekal Pesalah Disebat 27 Dis

Hukuman Khalwat Berulang Kekal Pesalah Disebat 27 Dis

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 170 hits
N Faizal GhazaliMahkamah Rayuan Syariah Terengganu mengekalkan hukuman enam sebatan terhadap pesalah khalwat berulang selepas pelaksanaannya digantung sementara susulan ada permohonan semakan keputusan Menurut sumber perkembangan terkini it...
Janda Pasangan Berdepan Hukuman Sebatan Kerana Khalwat Berulang

Janda Pasangan Berdepan Hukuman Sebatan Kerana Khalwat Berulang

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 136 hits
Baharom Bakarbhnews bh com myKUALA TERENGGANU Seorang janda bersama pasangannya bakal berdepan dengan hukuman sebatan selepas ditangkap berkhalwat kali kedua pada Selasa lalu Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Eh...
Perkasa Undang Undang Syariah Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai Sejajar Perintah Allah

Perkasa Undang Undang Syariah Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai Sejajar Perintah Allah

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 125 hits
Hukuman sebat terhadap tukang rumah yang melakukan kesalahan khalwat berulang kali membuktikan komitmen kerajaan Terengganu dalam memperkasakan undang undang syariah Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Seri T...
Sebatan Khalwat Beza Pandangan Tak Jejaskan Iman

Sebatan Khalwat Beza Pandangan Tak Jejaskan Iman

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 154 hits
Perbezaan pandangan dalam pelaksanaan hukuman sebatan syariah terhadap pesalah khalwat tidak menjejaskan iman seseorang kata ulama Umno Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno Mohd Khairuddin Aman Razali berkata selain hudud dan qisas hukuman ...
Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 267 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mufti Perlis Asri Zainul Abidin berkata menyebat kesalahan khalwat di khalayak ramai hanyalah pilihan penguasa semata bukan hukum Allah dan rasul Menurut beliau ia di bawah takzir yang merupakan ijtihad pemerintah...
Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah

Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 122 hits
KUANTAN Hukuman sebat di khalayak ramai sebagai langkah menegakkan undang undang bertujuan mencetuskan rasa hormat dan gerun dalam kalangan masyarakat agar menjauhi kesalahan jenayah Mufti Pahang Datuk Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim menega...
Hukuman Kali Ke 4 Pu Azman Dihukum 6 Tahun Penjara 1 Sebatan

Hukuman Kali Ke 4 Pu Azman Dihukum 6 Tahun Penjara 1 Sebatan

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 224 hits
Pendakwah selebriti PU Azman dihukum penjara 6 tahun dan 1 sebatan selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada ...
Didi Astillah Berang Ruhainies Tuduh Bella Astillah Rancang Kes Tangkap Khalwat Kau Dm Dato Founder Sebar Fitnah

Didi Astillah Berang Ruhainies Tuduh Bella Astillah Rancang Kes Tangkap Khalwat Kau Dm Dato Founder Sebar Fitnah

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 115 hits
Setelah sekian lama tidak bersuara akhirnya adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah tampil pertahankan kakaknya lagi selepas tular video temubual pelakon Ruhainies Didi Astillah berang dengan Ruhainies Tampil bid...
Perlis Mufti Public Caning For Khalwat Not Stipulated In Islamic Law

Perlis Mufti Public Caning For Khalwat Not Stipulated In Islamic Law

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 265 hits
Islamic law does not make specific stipulations that khalwat must be punished with public caning said Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin ADSHe said such punishment may even clash with Islamic law s determination to cover an individual s s...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh