Hukuman Kali Ke 4 Pu Azman Dihukum 6 Tahun Penjara 1 Sebatan




Pendakwah selebriti, PU Azman dihukum penjara 6 tahun dan 1 sebatan, selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada tujuh tahun lalu

Ini kali keempat dia dijatuhi hukuman penjara ;Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhi hukuman penjara tujuh 7 tahun dan 2 sebatan, Mahkamah Sesyen Klang (24 tahun penjara dan dua sebatan) Mahkamah Majistret Klang (penjara 14 bulan).
Hakim, Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman, 43, atau nama sebenar Azman Syah Alias menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula Isnin

Tertuduh juga dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan pertuduhan kedua yang dihadapi pelakon drama ‘7 hari mencintai musim ketiga’ itu sebagai ‘Take Into Consideration’ (TIC) mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah

Ia selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi yang dikemukakan pasukan pembelaan pada Oktober lalu

Pada 22 Disember 2022, tertuduh yang lebih dikenali sebagai Cik Man mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di bilik sebuah rumah inap desa, di Jalan Kebun di sini, antara jam 12 tengah malam dan 5.30 pagi, September 2017

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan

Mengikut fakta kes, semasa kejadian, tertuduh mengajak mangsa dan rakan-rakannya melepak di sebuah rumah inap desa

Pada jam 12 tengah malam, tertuduh mempelawa mangsa tidur di lokasi kejadian manakala rakan lain pulang ke rumah masing-masing

Tertuduh kemudiannya masuk ke bilik mangsa dan melakukan kesalahan berkenaan

Semasa rayuan untuk mengurangkan hukuman, peguam, Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili PU Azman, memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana anak guamnya telah insaf dan kesal atas perbuatan yang dilakukan

“Dia yang juga seorang duda, sedang menjalani hukuman penjara di Kajang sejak 27 September lalu atas kes seksual lain, namun sebelum ditahan, dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan lampau.
“Di penjara itu, dia terlibat dengan program keagamaan yang memberikan manfaat kepada banduan lain dan kakitangan penjara,” katanya yang turut ditemani peguam, Fahmi Adilah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran

“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam, melebihi keperluan peribadi tertuduh.
“Walau apa juga mitigasi yang dikemukakan, kesalahan seksual terhadap kanak-kanak tidak sewajarnya berlaku, terutama tertuduh merupakan seorang pendakwah selebriti,” katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, S Ruthra Raj.
Pada 27 September lalu, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhi Azman hukuman penjara 24 tahun dan 2 sebatan, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki ketika kejadian berusia 17 tahun, pada 2022 lalu

Hakim, Noridah Adam memerintahkan pendakwah selebriti itu menjalani hukuman di Penjara Kajang serta-merta, selepas menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu

Pada 6 Disember, Mahkamah Majistret Klang pula menjatuhi tertuduh hukuman penjara 14 bulan selepas Azman mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, pada 10 Jun 2022

Sementara di Mahkamah Sesyen Seremban pada 17 Disember, dia dihukum penjara 7 tahun dan 2 sebatan atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki bawah umur, pada tahun sama

Sementara di Mahkamah Sesyen Ampang, satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang dihadapi Azman, telah ditarik balik

Sementara itu, Mohamad Zahid berkata, semua hukuman yang dihadapi anak guam, berjalan serentak bermula tarikh jatuh hukum

“Dia menghadapi 12 pertuduhan, namun dua kes telah diberi perintah TIC dan semua hukuman berjalan serentak, tiada pertambahan bagi hukuman penjara,” katanya ketika di luar mahkamah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2024/12/hukuman-kali-ke-4-pu-azman-dihukum-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pu Azman Dijatuhi Hukuman Penjara Kali Keempat Untuk Kali Ini Di Tambah 6 Tahun

Pu Azman Dijatuhi Hukuman Penjara Kali Keempat Untuk Kali Ini Di Tambah 6 Tahun

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 238 hits
MAHKAMAH Sesyen Shah Alam pada Isnin menjatuhi hukuman penjara enam tahun serta satu sebatan terhadap Pencetus Ummah Azman Hukuman itu diputuskan selepas Azman atau Azman Syah Alias 43 menukar pengakuan kepada bersalah Kerana melakukan aman...
Pu Azman Dipenjara 7 Tahun 2 Sebatan Atas Kesalahan Amang Seksual Terhadap 2 Remaja

Pu Azman Dipenjara 7 Tahun 2 Sebatan Atas Kesalahan Amang Seksual Terhadap 2 Remaja

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 333 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pendakwah selebriti Azman Syah Alias yang lebih dikenali PU Azman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua ...
Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara Lapan Tahun Terhadap Empat Warga Indonesia

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara Lapan Tahun Terhadap Empat Warga Indonesia

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 349 hits
BernamaPUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan tahun terhadap empat warga Indonesia yang didapati bersalah kerana membawa masuk 29 pendatang asing ke dalam negara secara haram tahun lepas Panel tiga hakim yang t...
Ibu Han So Hee Akhirnya Dihukum Penjara Selepas Mengendalikan Sarang Perjudian

Ibu Han So Hee Akhirnya Dihukum Penjara Selepas Mengendalikan Sarang Perjudian

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 198 hits
Mahkamah Korea Selatan telah menjatuhkan hukuman kepada ibu aktres Han So Hee selepas mengendalikan perjudian haram Pada 25 Disember hakim Kim Do Hyeong dari Mahkamah Daerah Chuncheon cawangan Wonju telah menjatuhkan hukuman penjara dua tah...
Janda Pasangan Berdepan Hukuman Sebatan Kerana Khalwat Berulang

Janda Pasangan Berdepan Hukuman Sebatan Kerana Khalwat Berulang

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 273 hits
Baharom Bakarbhnews bh com myKUALA TERENGGANU Seorang janda bersama pasangannya bakal berdepan dengan hukuman sebatan selepas ditangkap berkhalwat kali kedua pada Selasa lalu Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Eh...
Buah Pinggang Dalam Badan Ceo Ternyata Milik Gadis Yang Dihumbannya Dalam Penjara 4 Tahun Lalu

Buah Pinggang Dalam Badan Ceo Ternyata Milik Gadis Yang Dihumbannya Dalam Penjara 4 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 223 hits
Gadis yang dimasukkan ke dalam penjara oleh CEO kerana CEO itu tersalah anggap gadis itu membunuh kekasihnya Selepas meninggalkan penjara gadis itu bekerja sebagai pelayan bar CEO tidak memaafkannya malah terus menyeksanya untuk masa yang l...
22 Tahun Dulu Berapa Kali Dia Penaik Gaji

22 Tahun Dulu Berapa Kali Dia Penaik Gaji

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 266 hits
Nasib baik beliau cuma Penasihat SG4 sekarang Kalau beliau masih PM jangan harap kakitangan awam nak dapat kenaikan gaji
Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 407 hits
Pada 27 Disember 2024 yang jatuh pada hari Jumaat satu hukuman sebat mengikut undang undang syariah telah dilaksanakan buat pertama kalinya di Terengganu Malaysia Hukuman ini telah dijatuhkan ke atas seorang pesalah khalwat berulang Hukuman...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

As Gold Prices Climb Many Malaysian Families Find A Hidden Financial Cushion

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bunga Liar Bidens Alba

Folder Korporat Elemen Penting Untuk Imej Profesional Syarikat

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh

Ya Saya Kini Sah Bercerai Dan Dalam Tempoh Idah Dayana Roza