Hukum Tukar Wajah Jadi Gambar Patung Guna Ai Mufti Wp


Hukum Tukar Wajah Jadi Gambar Patung Guna AI – Mufti WP
Baru-baru ini, tular trend menukar wajah kepada patung mini menggunakan aplikasi AI di media sosial.
Ramai pengguna mencubanya kerana hasil gambar kelihatan menarik dan kreatif. Malah, seakan-akan seperti figura mini manusia yang realistik.
Namun, trend ini turut menimbulkan persoalan hukum dalam Islam kerana ia melibatkan imej makhluk bernyawa.
Bagi menjawab persoalan tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan tampil memberikan penjelasan berhubung hukum perkara ini.
Soalan Assalamualaikum SS Mufti. Saya ingin bertanya berkaitan trend terbaharu di media sosial yang menukar wajah kepada patung dengan menggunakan Artificial Intelligence (A.I).
Adakah diharuskan untuk melakukan sedemikian?
Mohon penjelasan. Terima kasih.
Ringkasan jawapan Hukum perbuatan menukar wajah kepada gambar patung dengan menggunakan artificial intelligence (A.I) adalah harus dan dibolehkan.
Ini kerana ia sama sekali berbeza dengan larangan pembuat patung yang mempunyai ukiran dan bertujuan untuk disembah.
Selain daripada itu, syarat selagimana tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan syarak seperti mengaibkan, mempamerkan aurat, menjatuhkan maruah dan seumpamanya.
Ini kerana ia hanya suatu penghasilan imej yang berbentuk patung daripada wajah yang sebenar yang tidak termasuk dalam larangan daripada syarak berkaitan perbuatan mengukir patung untuk disucikan dan diagungkan.
Waallahu a’lam.
Huraian jawapan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Perkembangan pesat teknologi Artificial Intelligence (A.I.) telah membuka dimensi baharu dalam pelbagai bidang, termasuk seni digital.
Seiring dengan kemajuan ini, satu trend media sosial yang semakin popular telah muncul di mana pengguna menggunakan aplikasi berasaskan A.I. untuk menukar foto wajah mereka kepada imej patung atau miniature.
Trend ini membolehkan pengguna mengambil gambar diri, haiwan peliharaan atau objek lain, lalu AI mengubahnya menjadi model 3D yang realistik atau bergaya mainan koleksi. Contohnya patung kecil di atas meja dalam kotak mainan dengan butiran seperti latar belakang alam sekitar atau kotak pembungkusan.
Platform A.I yang pelbagai ini telah membolehkan penggunanya untuk mencipta imej photorealistic atau bergaya 3D.
Fenomena ini yang pada dasarnya merupakan aktiviti santai dan hiburan telah menimbulkan persoalan fiqh yang penting dari sudut pandang Islam iaitu berkaitan dengan hukum perbuatan membuat gambar makhluk bernyawa.
Dalam hal ini, perbuatan tersebut sememangnya berbeza sekali dengan larangan hadis yang mengharamkan perbuatan mengukir patung. Seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Mas‘ud bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ أشَدَّ النّاسِ عَذابًا يَومَ القِيامَةِ المُصَوِّرُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya manusia yang paling pedih azabnya di hari Kiamat ialah orang-orang yang mengukir patung (untuk disembah).
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Hal ini kerana ‘illah larangan dalam hadis ini merujuk kepada pembuatan patung yang mempunyai ukiran dan digunakan untuk disembah.
Sedangkan trend yang berlaku itu melibatkan perbuatan menukar foto kepada gambar miniatur yang bukanlah patung diukir secara sebenar dan hakiki, melainkan hanya sekadar gambar sahaja.
Hal ini sepertimana yang dinukilkan daripada Imam al-Nawawi bahawa:
وَقَالَ النَّوَوِيُّ: هَذَا مَحْمُولٌ عَلَى مَنْ ‌صَوَّرَ ‌الْأَصْنَامَ لِتُعْبَدَ فَلَهُ أَشَدُّ الْعَذَابِ لِأَنَّهُ كَافِرٌ
Maksudnya: Imam al-Nawawi berkata: Ini difahami kepada sesiapa yang mengukir patung untuk disembah, maka dia akan mendapat yang paling pedih kerana dia seorang yang kafir.
Di samping itu, Syeikh Rashid Ridha juga menyatakan bahawa larangan dalam hadis ini merujuk kepada zaman jahiliah dahulu yang menyembah berhala dengan tujuan yang melalaikan dan mengambil berkat daripadanya.
Perkara ini akan membawa kepada perbuatan syirik kepada Allah SWT.
Namun, sekiranya kedua-dua perkara ini ternafi dan diniatkan untuk kemaslahatan, maka hukumnya sama seperti menggambarkan pokok dan tumbuh-tumbuhan. Kata beliau:
فإذا أوردت عليه حديث: ‌إن ‌أشد ‌الناس ‌عذابًا ‌يوم ‌القيامة ‌المصورون، أو ما في معناه مما ورد في الصحيح، فالذي يغلب على ظني أنه سيقول لك: إن الحديث جاء في أيام الوثنية، وكانت الصور تتخذ في ذلك العهد لسببين: الأول: اللهو، والثاني: التبرك بمثال من ترسم صورته من الصالحين، والأول مما يبغضه الدين، والثاني مما جاء الإسلام لمحوه. والمصور في الحالين شاغل عن الله، أو ممهد للإشراك به؛ فإذا زال هذان العارضان وقصدت الفائدة كان تصوير الأشخاص بمنزلة تصوير النبات والشجر في المصنوعات.
Maksudnya: Telah diriwayatkan hadis: “Sesungguhnya manusia yang paling pedih azabnya pada hari kiamat ialah orang yang mengukir patung” atau hadis sahih lain yang seumpama dengannya.
Apa yang menjadi sangkaan yang kuat bagi diriku bahawa beliau akan mengatakan kepada kalian bahawa:
Hadis ini disebutkan pada zaman penyembahan berhala dan patung pada ketika tersebut disiapkan atas dua tujuan:
Pertama, sekadar bersuka-suka dan kedua, untuk mengambil keberkatan daripada rupa bentuk yang ditiru daripada orang soleh.
Tujuan pertama itu merupakan perkara yang dibenci dalam agama, manakala tujuan yang kedua merupakan perkara yang ingin dihapuskan dengan kedatangan ajaran Islam.
Orang yang mengukir patung di dalam kedua-dua keadaan tersebut menyibukkan diri dengan selain Allah SWT atau membuka jalan kepada kesyirikan.
Justeru apabila hilangnya kedua-dua tujuan tadi dan meniatkan faedah yang baik, maka hukumnya sama seperti menggambarkan tumbuhan dan pokok dalam ukiran.
Seterusnya, Syeikh Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram menyatakan secara jelas pandangan beliau berkaitan gambar bagi makhluk yang mempunyai roh seperti haiwan dan manusia, bahawa: وإن كانت الصورة لذي روح، وليس فيها ما تقدم من المحظورات: أي لم تكن مما يقدس ويعظم ، ولم يقصد فيها مضاهاة خلق الله، فالذي أراه ، أنها لا تحرم أيضا.
Maksudnya: Sekiranya gambar itu merupakan makhluk yang mempunyai ruh dan tidak mempunyai unsur-unsur keharaman yang telah disebutkan iaitu tidak disucikan dan diagungkan serta tidak pula bertujuan menyaingi ciptaan Allah SWT.
Maka, menurut pandanganku bahawa hukumnya juga tidak haram.
Selain daripada itu, terdapat hadis lain yang memberikan pengecualian terhadap hukum tersebut dalam beberapa keadaan seperti ingin digunakan untuk faedah pembelajaran dan permainan bagi kanak-kanak. Hal ini dengan merujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA bahawa:
كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – وَكَانَ لِى صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِى ، فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ ، فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَىَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِى.
Maksudnya: Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku.
Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sehabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda.
Lalu Baginda SAW menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.
Riwayat al-Bukhari
Kesimpulan Oleh yang demikian, hukum perbuatan menukar wajah kepada gambar patung dengan menggunakan AI adalah harus dan dibolehkan selagimana tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan syarak.
Oleh yang demikian, kami menetapkan keharusan dengan beberapa garis panduan terhadap perbuatan ini seperti berikut:
Gambar yang dihasilkan tersebut hanya berbentuk patung mainan atau miniatur dan tidak digunakan bagi ukiran patung sebenar. Hendaklah gambar tersebut tidak menimbulkan fitnah atau syak yang menyebabkan pelakunya akan dituduh dengan tuduhan yang tidak baik. Hendaklah gambar tersebut tidak mengaibkan, mempamerkan aurat, menjatuhkan maruah dan seumpamanya. Tujuan gambar tersebut dihasilkan adalah tujuan sekadar untuk berhibur serta bukan berniat jahat seperti menjatuhkan orang lain, mencari perhatian orang ramai untuk ujub dan seumpamanya. Oleh itu, hukum perbuatan penghasilan imej yang berbentuk patung daripada wajah yang sebenar ini diharuskan selagimana mengikut kepada garis panduan yang ditetapkan di atas.
Waallahu a’lam.
BACA: Hukum Gali Semula Jenazah Yang Telah Dikebumikan – Mufti WP
BACA: Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh & Mempamerkan Anjing Di Media Sosial
BACA: Mufti Selangor Perjelas Hukum Jual Beli “Blind Box”
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Hukum Tukar Wajah Jadi Gambar Patung Guna AI – Mufti WP appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/23/hukum-tukar-wajah-jadi-gambar-patung-guna-ai-mufti-wp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Kongsi Gambar Ultrasound Bayi

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Kongsi Gambar Ultrasound Bayi

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 2627 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Kongsi Gambar Ultrasound Bayi Kehadiran dan kelahiran bayi merupakan detik istimewa yang ditunggu tunggu oleh setiap pasangan Ia bukan sekadar anugerah yang mengisi ruang kehidupan malah membawa makn...
Fatwa Terkini Mufti Wp Hukum Beli Barang Kemas Pakai Dulu Bayar Kemudian

Fatwa Terkini Mufti Wp Hukum Beli Barang Kemas Pakai Dulu Bayar Kemudian

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1136 hits
SoalanAssalamualaikum saya ada soalan berkenaan sebahagian kedai emas yang menawarkan pembelian barang kemas secara pakai dulu bayar kemudian secara ansuran Adakah perkara ini diharuskan Mohon pencerahan Ringkasan JawapanHukum membeli emas ...
Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh Mempamerkan Anjing Di Media Sosial

Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh Mempamerkan Anjing Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 642 hits
Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh Mempamerkan Anjing Di Media Sosial Terdapat pelbagai perbezaan pandangan di dalam kalangan ulama mengenai hukum memelihara anjing Namun begitu Islam tidak menafikan kepentingan haiwan itu dalam kehidup...
Terjebak Edit Gambar Guna Gemini

Terjebak Edit Gambar Guna Gemini

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 792 hits
Assalamualaikum Tengah trending sekarang ni ramai duk edit gambar guna Gemini so SA pun tak ketinggalan la tersampuk bukan SA je suami pun sama hahaha tapi jangan x percaya x semua gambar yang diedit menjadi sebiji muka kita ye SA lalui jug...
Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 4179 hits
Sahkan akaun Setel anda sekarang untuk dapatkan subsidi Petrol BUDI MADANI RON95 Tak perlu guna MyKad setiap kali masa nak isi nanti Ya betul tu anda boleh dapatkan BUDI95 dengan aplikasi Setel pada 30 September 2025 Ikut panduan di atas un...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 3518 hits
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna MyKad Tebus Subsidi RON95 Ramai rakyat Malaysia bimbang urusan menebus subsidi petrol RON95 akan memakan masa panjang di kaunter Namun perkongsian terbaru daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia Sha...
Jenis Walaun Bukan Tau Haapa Tapi Guna Juga

Jenis Walaun Bukan Tau Haapa Tapi Guna Juga

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 414 hits
De DeCuba baca komen2 dalam ni Tiap Kali ada berita baik oleh kerajaan Malaysia Kepada rakyat pasti akan masuk berita Dari seberang Dan rakyat mereka sentiasa tak henti2 puji cara negara kita Bina negara dengan menyamtuni rakyat Tapi rakyat...
Pakai Keta Mahal Lekeh Guna 95

Pakai Keta Mahal Lekeh Guna 95

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 542 hits
300L kalau kereta yang kapasiti tangkinya 60L je dah habis kuota Ishk Betul jugak kan Bro Jangan kira saiz tangki kereta bro Kira jumlah kilometer la Pada kebiasaan setiap 100km gunakan minyak dalam 6L 8L Bergantung kepada CC kereta Tapi ki...
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Ingin Jadi Content Creator Yang Bagus

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penggunaan Ayat Call To Action Dalam Kempen Pemasaran Beserta Contoh

Eu Asean Komited Perkasa Pendidikan Tinggi Tumpu Pembangunan Bakat Amp Kemahiran

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Ini Kesan Buli Di Sekolah Langkah Atasi