Hukum Tentang Rambut Dalam Islam Fesyen Qaza Cabut Uban Warnakan Potong Sendiri


Hukum Tentang Rambut dalam Islam | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pagi tadi pak sedara saya, Pakchu, yang juga seorang Ustaz dan pengetua sekolah tahfiz; ada beri sedikit tazkirah mengenai 'hukum tentang RAMBUT'. Yeahh our hair~
Haa ingatkan pasal rambut tak banyak sangat hukum rupanyaaa.. berderet! Hahaha. Tu belum kira para wanita yang memakai tudung tapi sanggul tinggi dan besaq bak hang kan? Rasa macam nak request kat Pakchu untuk cerita hukum bab pemakaian hijab perempuan pula hee walaupun saya pun takde lah 'alim' sangat dalam menutup aurat. But.. selagi masih hidup, selagi tu lah ruang untuk memperbaiki diri tu masih terbuka kan? InshaaAllah~
Pehal tiba tiba masuk ruangan muhasabah diri ni Sayidah uitt haha. Okay back to the topic.
Persoalan atau kemusykilan yang kita biasa dengar bab bab rambut sepanjang zaman ni.. kena tanam atau tidak rambut selepas potong, boleh ke dye/ warna kan rambut hitam, lelaki boleh ke potong style rambut Qaza', tentang cukur rambut ketika haji/ tahalul, boleh ke sambung rambut dengan rambut palsu.
Okay jom kita ketahui jawapannya!
16 Hukum Tentang Rambut dalam Islam- cukur, potong, mewarnakan, stail fesyen terkini
TAZKIRAH PAGI NIEOleh: Ustazdin
Kenapa gunting rambut sendri hukumnya makruh??
Terima kasih yang bertanya.. asbab daripada pertanyaan tu terfikir nak tazkirah tentang RAMBUT.
1. Makruh menurut pendapat sebahagian ulama jika kita potong rambut sendiri.. dibimbangi tercedera
2. Makruh, hukumnya kalau cabut uban
3. Haram potong sebahagian rambut dan sebahagian lagi dibiarkan tanpa dipotong.. seperti fesyen qaza' zaman sekarang .. (siap ada ekor lagi ciss)Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza' adalah HARAM!Sedikit info tambahan bab hukum fesyen rambut yang dilarang dalam Islam - Qoza' / Qaza menurut Mufti Wilayah Persekutuan:

MENCUKUR SEBAHAGIAN RAMBUT DAN MENINGGALKAN SEBAHAGIAN LAIN
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 244 (11 APRIL 2016 M / 3 REJAB 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum wbt, Tuan Mufti stail rambut ini haram kah?Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza' adalah HARAMJAWAPAN:
Waalaikumusalam wbt,
Kami cenderung bahawa perbuatan ini termasuk dalam makna qaza` yang dilarang Syarak secara makruh.
Daripada Ibn Umar R.anhuma:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ القَزَعِ
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW melarang melakukan al-qaza’.
Hadis riwayat Imam Bukhari (5921) dalam Sahih-nya dan Imam Imam Muslim (2120) dalam Sahih-nya
Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (14/100) menyatakan bahawa qaza’ itu bererti mencukur sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian secara mutlak. Sebahagian ulama mengatakan qaza’ itu mencukur bahagian-bahagian kepala secara terpecah-pecah. Yang sahih, ialah pendapat pertama berdasarkan penafsiran rawi.
Telah ijmak ulama atas hukum makruh tanzih melakukan qaza’ pada bahagian-bahagian kepala secara terpecah-pecah kecuali bagi tujuan perubatan (berbekam dan lain lain).
Larangan ini termasuk ke atas lelaki dan wanita dan hikmahnya dikatakan ialah kerana memburukkan ciptaan, melambangkan kebodohan, dan menyerupai fesyen agama Yahudi.
Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW pernah melihat seorang bayi dicukur sebahagian rambutnya dan dibiarkan bahagian lain. Baginda SAW menegah perbuatan itu dan bersabda:
احْلِقُوهُ كُلَّهُ، أَوِ اتْرُكُوهُ كُلَّهُ
Maksudnya: Cukurlah semuanya, atau tinggalkan semuanya.
Hadis riwayat Imam Abu Daud (4195) dalam Sunan-nya. Wallahua’lam.Hukum Tentang Rambut dalam Islam - fesyen Qaza'  HARAM! (style rambut qoza')4. Sunat cukur rambut 'baby'. Time nya!.. selepas haiwan aqiqahnya disembelih.
5. (saya kurang pasti hukum ini - samaada haram/ makruh).. Iaitu mereka yang mewarnakan rambut dengan warna putih atau warna hitam.
6. Sunat dibelah dua ketika kita sikat rambut - belah bahagi tengah-tengah kepala, sunnah nabi.
7. Sunat gondol kepala bagi lelaki semasa bertahalul.. untuk orang pompuan makruh hukumnya.. taw ker apa itu 'gondol'?
8. (yang ni pun saya kurang pasti hukumnya.. tak silap hukumnya sunat).. Iaitu sembelih haiwan dam dahulu, sebelum tahalul.
9. Haram menyambung rambut. Hukum tanam rambut? maaf! saya tak pasti hal itu.
10. Makruh berdandan rambut secara keterlaluan .. ni ada hadis.
11. Sunat mualaf yang baru masuk islam cukur semua rerambutnya (khas untuk mualaf lelaki je)
12. Sunat orang lelaki yang melaksanakan korban bercukur rambut. Masanya selepas haiwan korban disembelih.
13. Haram orang yang ber-ihram gugurkan rambutnya (dah laa haram kena dam lagi).. kalau tak sengaja, dia kena fidyah sahaja.
14. Haram melihat rambut  kepunyaan yang bukan mahram, yang berlainan jantina, walaupun tengok rambut tu dalam tong sampah.
15. Haram dai rambut dengan benda bernajis atau bahan yang tak serap air
16. Sunat warnakan rambut / janggut yang beruban dengan colour kekuningan / kemerahan.
Fuhhh! Jenuh juga nak ngingat .. sampai 16 list.. Wallahualam.
Info tambahan dari Berita Harian:
HUKUM LELAKI DAN WANITA MEWARNAKAN RAMBUTOleh: Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
SOALAN: Suami menyuruh saya mewarnakan rambut dengan warna merah. Adakah berdosa perbuatan itu sedangkan ia dilakukan untuk memuaskan hati suami.Hukum Tentang Rambut dalam Islam - mewarnakan rambutJAWAPAN: Mewarnakan rambut dengan pewarna tertentu selain hitam adalah dibolehkan dalam Islam. Bahkan ia menjadi sunat jika dilakukan dengan warna inai. Perkara ini telah dibuktikan menerusi hadis Nabi yang begitu banyak menggalakkan sahabatnya menginai rambut mereka apabila usia meningkat.
Antaranya hadis diriwayatkan oleh Aisyah, Nabi SAW bersabda: "Ubahlah rambut yang beruban (dengan berinai), janganlah kamu semua menyerupai golongan Yahudi dan Nasrani (yang suka membiarkan rambut mereka putih)." (Sunan al-Nasaie)
Sabda Nabi SAW lagi: "Warnakanlah rambut kamu semua dengan inai. Sesungguhnya perbuatan itu akan menyebabkan kamu semua kelihatan lebih muda dan bergaya ketika hendak melangsungkan perkahwinan." (Riwayat al-Bukhari)
Periksa status halal
Dapatlah disimpulkan bahawa perbuatan mewarnakan rambut telah dibenarkan oleh Nabi SAW untuk umatnya sama ada lelaki ataupun wanita. Namun, perlu diingatkan pewarna rambut selain inai mestilah disahkan status halalnya terlebih dahulu.
Ia berikutan terdapat sesetengah pewarna rambut mengandungi bahan terlarang dan diharamkan oleh Islam. Adakalanya pewarna rambut berkenaan akan mengakibatkan air wuduk tidak sampai kepada rambut sedangkan ia rukun dalam wuduk.
Jika dua keadaan ini berlaku, maka hukum mewarnakan rambut dengan pewarna itu adalah haram. Justeru, penggunaan pewarna rambut daripada inai adalah yang terbaik memandangkan ia tidak mengandungi bahan meragukan.
Walau bagaimanapun, wanita perlu mengambil perhatian bahawa mewarnakan rambut tidak boleh dilakukan kecuali setelah mendapat keizinan suami. Manakala bagi wanita yang belum berkahwin, keizinan mereka tertakluk kepada keizinan ibu bapa.
Mereka juga tidak boleh mempertontonkan rambut yang telah diwarnakan itu kepada lelaki yang bukan mahram kerana rambut wanita adalah aurat yang wajib ditutup daripada pandangan lelaki bukan mahram.

SOALAN: Bolehkah saya mewarnakan rambut supaya uban tidak kelihatan dan untuk nampak muda depan isteri.
JAWAPAN: Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada saudara kerana berjaya memelihara keharmonian rumah tangga dengan cara tidak bercanggah syarak. Mewarnakan rambut dengan inai adalah dibenarkan kerana terdapat dalil menyokong.
Sabda Nabi SAW kepada seorang sahabat yang datang berjumpa baginda dalam keadaan rambut dan janggutnya putih: "Tidakkah kamu seorang Muslim? Dia berkata: Ya. Maka warnai (rambut dan janggutmu dengan inai)." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: "Warnakan (rambut) dengan inai kerana ia akan menampakkan kamu kelihatan muda pada usia dan perkahwinan." (Riwayat al-Bukhari)
Dalil menunjukkan perbuatan mewarnakan rambut dengan warna tertentu seperti inai adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan Islam. Syaratnya bahan pewarna itu halal.

Moga bermanfaat! Jangan lupa share pada orang ramai bagi semua tahu dan alert bab hukum hukum ni.

Daa~ wassalam! :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2018/12/hukum-tentang-rambut-dalam-islam-fesyen-qaza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skim Potong Gaji Ptptn Dasar Syok Sendiri Wan Saiful

Skim Potong Gaji Ptptn Dasar Syok Sendiri Wan Saiful

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 343 hits
Mesyuarat kabinet akhirnya memutuskan agar dasar baru pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui Potongan Gaji Berjadual atau PGB sebagaimana diumumkan baru baru ini dan dijadual akan dilaksanakan pada Januari 2019 digantung atau ditangguhkan ...
Makalah Tentang Hadits Maudhu Hukum Dan Cirinya

Makalah Tentang Hadits Maudhu Hukum Dan Cirinya

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 203 hits
Makalah tentang Hadits Maudhu Hukum dan Cirinya Kali ini admin posting makalah tentang hadits maudhu atau haduts palsu dan penjelasannya berikut ini if supportLists 1 1 endif Pengertian Hadits Maudhu Ditinjau secara bahasa Hadits Maudhu mer...
Tulis Ujaran Kebencian Tentang Umat Islam Akun Facebook Putra Netanyahu Diblokir

Tulis Ujaran Kebencian Tentang Umat Islam Akun Facebook Putra Netanyahu Diblokir

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 217 hits
Putra Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu Yair Netanyahu mengatakan bahwa Facebook memblokir akunnya selama 24 jam karena menulis ujaran kebencian terhadap umat Islam Atas langkah tersebut Yair pun menyebut jaringan media sosial terke...
Para Isteri Wajib Baca Ini Janganlah Pernah Jerkah Suami Inilah Hukum Menjerkah Suami Menurut Islam Rileks Media

Para Isteri Wajib Baca Ini Janganlah Pernah Jerkah Suami Inilah Hukum Menjerkah Suami Menurut Islam Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 351 hits
Dalam kehidupan Rumah Tangga berjalan sedikit perbedaan pendapat pada suami istri yaitu hal yang wajar dengan kondisi seperti apapun seorang istri mesti memelankan suaranyaketika bicara dengan suaminya walaupun dia mengganggap gagasannya be...
Rapunzel Dari Ukraina Tak Pernah Potong Rambut 2 Meternya Sejak Usia 5 Tahun

Rapunzel Dari Ukraina Tak Pernah Potong Rambut 2 Meternya Sejak Usia 5 Tahun

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 298 hits
Rapunzel dari Ukraina tak pernah potong rambut 2 meternya sejak usia 5 tahun Tidak ada yang lebih indah di dunia selain wanita dengan rambut yang terurai alami kata Alena
Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Perasaan Sila Semak 7 Perkara Ini

Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Perasaan Sila Semak 7 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 509 hits
Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Perasaan Semak 7 Perkara Ini Tabiat mencabut rambut gatal atau uban adalah perbuatan yang biasa kita lihat Mungkin kawan kita saudara mara atau kita sendiri melakukannya Walaupun nampak remeh tapi t...
Hukum C1um Mushaf Al Quran Dengar Apa Kata Dari Ss Dato Dr Asri Tentang Perkara Ini Rileks Media

Hukum C1um Mushaf Al Quran Dengar Apa Kata Dari Ss Dato Dr Asri Tentang Perkara Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 345 hits
Waktu saya kecil setiap selesai belajar Al Qur an saya selalu menci umnya Ini ajaran orang tua saya Kebiasan ini kemudian saya teruskan kepada anak anak saya Saya yakin ini adalah kebiasaan yang baik Saya ingin bertanya kepada redaksi Bahts...
Khutbah Jumaat Ingatkan Umat Islam Tentang Status Islam Institusi Raja

Khutbah Jumaat Ingatkan Umat Islam Tentang Status Islam Institusi Raja

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 305 hits
December 7 2018Khutbah Jumaat meminta umat Islam tetap setia kepada raja selagi tidak melanggar syariah SHAH ALAM Khutbah Jumaat di Selangor hari ini mengingatkan umat Islam tentang status Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan men...
Islam Bertambah Lemah

Islam Bertambah Lemah

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 293 hits
ISLAM BERTAMBAH LEMAH BILA MENTERI NI AMBIL ALIH JAWATAN MENTERI DI JABATAN P M Pak Karamu Apa tujuan himpunan bantah ICERD Nina Farzuin Md Sharom 7 Disember 2018 AddThis Sharing Buttons Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa KUALA LUMPUR Menteri di J...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization