Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Perasaan Sila Semak 7 Perkara Ini


Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Perasaan. Semak 7 Perkara Ini. Tabiat mencabut rambut gatal atau uban adalah perbuatan yang biasa kita lihat. Mungkin kawan kita, saudara-mara, atau kita sendiri melakukannya. Walaupun nampak remeh, tapi tak ramai tahu bahawa perbuatan ini merupakan tanda gangguan psikologi yang digelar trichotillomania.
1. APAKAH TRICHOTILLOMANIA
Pesakit trichotillomania memiliki keinginan yang kuat untuk mencabut rambut sama ada secara sedar atau tidak. Selain mencabut rambut, pesakit trichotillomania juga mempunyai tabiat mencabut bulu lain pada muka seperti bulu mata, bulu kening atau pada anggota badan lain.
Trichotillomania tergolong dalam kategori impulse disorder menurut sudut psikologi. Gangguan kawalan diri ini membuatkan seseorang rasa ketagih untuk melakukan satu tabiat yang sama walaupun mereka sedar bahawa perbuatannya akan membawa mudarat pada diri sendiri. Antara impulse disorder lain ialah ‘kleptomania’ iaitu ketagihan untuk mencuri dan ‘pyromania’ iaitu ketagihan untuk bermain dengan api.
2. SIMPTOM TRICHOTILLOMANIA
Selain kekerapan mencabut rambut, tanda-tanda lain orang yang mengalami trichotillomania adalah. Tetap meneruskan tabiat ini walaupun sudah sedar bahagian tersebut semakin botak. Pernah cuba menghentikan tabiat ini beberapa kali.
Mempunyai kelakuan seperti suka memeriksa rambut dari akar, memintal rambut dan boleh mencapai ke tahap mengunyah bahagian folikel, iaitu lapisan yang terdapat pada akar rambut. Tidak berada di bawah sebarang pengaruh ubat-ubatan atau penyakit berkaitan kulit.
3. PUNCA TRICHOTILLOMANIA
Sehingga ke hari ini punca gangguan ini masih belum dapat dikenalpasti. Namun sesetengah pakar berpendapat bahawa tabiat ini berpunca daripada aktiviti otak yang memberi kesan kepada emosi, pergerakan serta tabiat yang tidak dapat dikawal. Ada juga yang berpendapat bahawa tabiat ini disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh seseorang.
4. DIAGNOSIS
Secara umumnya, tiada ujian spesifik yang dapat mengesahkan penyakit ini. Namun, seseorang akan dirawat berdasarkan tanda-tanda yang dijelaskan kepada doktor. Doktor juga akan merujuk kepada ahli psikiatri untuk rawatan selanjutnya bagi memastikan sekiranya simptom-simptom yang ditunjukkan tergolong dalam ‘impulse disorder’ iaitu sejenis gangguan mental yang membuatkan seseorang melakukan tindakan yang membahayakan diri walaupun dalam keadaan sedar.

5. EMOSI PESAKIT TRICHOTILLOMANIA Tabiat mencabut rambut berkait rapat dengan emosi seseorang. Ia sebenarnya menjadi cara seseorang menangani emosi negatif seperti kesepian, keletihan mahupun kecewa. Orang yang menghadapi gangguan ini juga cenderung untuk mengulanginya kerana dengan melakukannya, ia meninggalkan emosi positif seperti puas hati sehingga terus menjadi tabiat kerana mahu kekal berasa gembira.
Dalam keadaan sedar dan fokus, seseorang akan mengulangi tabiat ini apabila mahu melepaskan tekanan yang dirasai. Dalam situasi ini, seseorang akan menumpukan perhatian, memilih rambut gatal daripada akar dan kemudian mencabutnya. Dalam keadaan tanpa sedar pula, seseorang akan melakukannya apabila berasa bosan atau ketika melakukan aktiviti santai seperti bermain gajet, menonton televisyen atau membaca. Sesetengah posisi juga membuatkan seseorang menjadi lebih cenderung untuk mencabut rambut seperti berehat dengan meletakkan tangan di kepala dan ketika sikat rambut.
6. KESAN TRICHOTILLOMANIA
Kebiasaan mencabut rambut ini boleh membuatkan seseorang akhirnya mengalami kebotakan pada bahagian tertentu. Lama-kelamaan ia dapat membuatkannya hilang rasa keyakinan dan berusaha untuk menyembunyikan bahagian botak tersebut.
7. CARA RAWATAN
Terapi utama yang biasa dipraktikkan oleh ahli psikologi bagi gangguan mental ini ialah dengan menggunakan teknik habit reversal training. Dalam latihan ini, seseorang dilatih untuk menggantikan tabiat yang tidak sihat dengan perkara lain yang tidak berbahaya. Apabila mula terbit rasa untuk mengulangi tabiat tersebut, mereka dilatih supaya bertenang dan melakukan perkara lain untuk meredakan keinginan untuk mencabut rambut.
Di rumah, anda juga boleh berlatih sendiri dengan menyibukkan diri dengan perkara yang lebih berfaedah seperti keluar bersiar-siar dengan keluarga apabila ada masa lapang atau mulakan hobi baru yang boleh membuatkan anda lebih fokus dan terhindar daripada mengulangi perbuatan tersebut. Ingatkan juga pada diri bahwa perbuatan tersebut bukan sahaja memudaratkan malah tidak berfaedah dan sekadar membuang masa.

BANTU DIRI SENDIRI ATAU SESIAPA DENGAN TABIAT INI Memang sukar untuk seseorang mengaku bahawa kita mengalami penyakit yang memalukan, lebih-lebih lagi penyakit mental. Apabila anda atau sesiapa yang lain mengalami masalah ini, semak simptomnya dengan jelas dan cuba dapatkan bantuan untuk menghentikannya segera. Jika perlu, rujuklah kepada pakar untuk tindakan lanjut. Mulakan hobi yang positif supaya masa lapang lebih terisi dengan perkara yang lebih sihat dan berfaedah.
Sumber: WebMD, MayoClinic
The post Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Perasaan. Sila Semak 7 Perkara Ini! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/tabiat-suka-cabut-rambut-petanda-gangguan-perasaan-sila-semak-7-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Semestinya Kena Cantik Sila Utamakan Enam Perkara Ini Ye

Tak Semestinya Kena Cantik Sila Utamakan Enam Perkara Ini Ye

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 345 hits
Tak Semestinya Kena Cantik Sila Utamakan Enam Perkara Ini Ye Selalu kita dengar wanita sanggup berhabis duit untuk tampil cantik dengan mengubah diri semata mata untuk menarik perhatian lelaki Bimbang jika dirinya tidak tampil cantik lelaki...
Pm Sila Ambil Tindakan Terhadap Pemimpin Ph Yang Suka Gugat Keharmonian Kaum Zahida

Pm Sila Ambil Tindakan Terhadap Pemimpin Ph Yang Suka Gugat Keharmonian Kaum Zahida

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR 27 Nov Puteri UMNO mendesak kerajaan Pakatan Harapan agar mengambil tindakan segera terhadap beberapa pemimpin mereka yang sering mengeluarkan kenyataan kenyataan yang mampu mengganggu gugat keharmonian kaum di negara ini Ketua...
Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana

Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 355 hits
Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di SanaRakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana
Jika Bayi Muntah Selepas Menyusu Sila Teliti Perkara Ini Segera Jumpa Pakar Kanak Kanak

Jika Bayi Muntah Selepas Menyusu Sila Teliti Perkara Ini Segera Jumpa Pakar Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 414 hits
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak s...
Rezeki Jadi Sempit Akibat Tabiat Si Suami Suka Menipu Isterinya

Rezeki Jadi Sempit Akibat Tabiat Si Suami Suka Menipu Isterinya

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 728 hits
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit Semua serba tak cukup Terasa dunia ni sempit Dah usaha macam macam Semua cara dah buat Hati pun resah dan rasa nak marah jer kenapa yer ustaz Abang ada ibubapa lagi ke Mak ayah saya dah tiada Aba...
Cara Mudah Semak Status Unifi Turbo Anda

Cara Mudah Semak Status Unifi Turbo Anda

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 436 hits
Sebelum ini pihak Telekom Malaysia telah menyediakan satu laman rasmi dimana setiap pengguna berpeluang untuk membuat mereka namun selepas beberapa ketika laman itu telah ditutup dan digantikan dengan penghantaran email bagi memaklumkan kep...
5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 954 hits
5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah Salam semua sejak kebelakangan ini kerap kali isu penderaan kanak kanak dan bayi yang selalu muncul dalam berita Sampaikan tak sanggup nak dengar ada jerr ...
Semak Status Bsh 2019 Dengan Aplikasi Android Atau Iphone

Semak Status Bsh 2019 Dengan Aplikasi Android Atau Iphone

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 617 hits
Cara Semak status BSH 2019 dengan aplikasi android atau iPhone Selain web aplikasi BSH di android dan iphone kini telah menjadi salah satu daripada platform yang digunakan oleh para penerima BSH 2019 untuk membuat semakan status BSH mereka ...
Elak Ditipu Scammer Semak No Telefon Akaun Bank Peniaga Di Laman Ini

Elak Ditipu Scammer Semak No Telefon Akaun Bank Peniaga Di Laman Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 592 hits
Aktiviti membeli belah secara online sekarang semakin berkembang pesat dengan pelbagai laman sesawang yang menawarkan harga murah nak mati nbsp Namun di dalam keterujaan atau kelekaan anda bershopping secara online ini ada pihak yang tidak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi