Hukum Suami Ambil Wang Isteri Tanpa Izin



Soalan:Isteri saya bekerja dan mempunyai pendapatan tetap. Apakah hukum sekiranya saya mengambil duit daripada isteri saya tanpa izin?
Jawapan:Hakikat yang sebenar, suami wajib menafkahkan kepada isteri sekalipun isteri tersebut seorang yang kaya atau berkerjaya. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّـهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafaqah) sebahagian dari harta mereka.” (Surah al-Nisa’: 34)
Ayat ini menunjukkan bahawa suamilah yang bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafaqah.
Begitu juga firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah: 233)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda:
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِى النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ. فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابَ اللَّهِ“Bertaqwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan. Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafaqah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah.” [Riwayat Muslim (1218)]
Berdasarkan kepada hujahan di atas, suami sepatutnya memberi nafkah kepada isteri. Kami nyatakan apabila isteri yang menafkahkan kepada suami atau tidak diberi haknya, maka di situ berlaku qiwamah yang berpindah dari lelaki kepada isterinya. Begitu juga, antara hikmah Allah memberi tanggungjawab kepada lelaki supaya memberi nafkah kepada isterinya adalah agar rasa kasih sayang, penghormatan dan cinta isteri menjadi subur sehingga melahirkan mahabbah, mawaddah dan sakinah dalam melayari bahtera kehidupan. Inilah yang kita dambakan.
Menjawab persoalan di atas, kami tegaskan, tidak sewajarnya suami mengambil harta isteri tanpa izinnya. Walaupun begitu, binalah rumahtangga dengan sifat toleransi, kasih sayang dan tolong-menolong agar kebahagiaan sentiasa menyinari kehidupan rumahtangga.
Kami memetik kenyataan guru kami yang menyebut: “Undang-undang ekonomi dan sosial menyatakan, sesiapa yang mengeluarkan belanja, maka dialah yang berkuasa.” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/120)
Justeru isu nafkah tidak boleh dipandang enteng oleh suami sekalipun isterinya mampu, kaya dan berkerjaya.
Kami menutup perbincangan ini dengan berdoa kepada Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74)

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/hukum-suami-ambil-wang-isteri-tanpa-izin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ohzarina Isteri Gaji Besar Dari Suami Di Dera

Ohzarina Isteri Gaji Besar Dari Suami Di Dera

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 402 hits
AYU menceritakan kisah ditumbuk suami kepada wartawanPengorbanan mereka mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga bukan saja tidak dihargai malah suami yang mereka tanggung bertindak kejam dengan memukul mengugut serta mendera secara se...
Daki Gunung Bersalji Tapi Masih Gigih Menyusukan Suami Isteri Ini Kongsi Pengalaman Aktiviti Outdoor Dengan Bayi

Daki Gunung Bersalji Tapi Masih Gigih Menyusukan Suami Isteri Ini Kongsi Pengalaman Aktiviti Outdoor Dengan Bayi

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 674 hits
Walau pun di mana berada ibu tetap ibu Mendaki dan kembara dalam cuaca sejuk tidak mematahkan semangat ibu ini untuk terus memberikan susu ibu kepada anaknya Aktiviti outdoor diperkenalkan sejak anak berusia 3 bulan memberikan kesan positif...
Salah Ke Aku Bagi Ubat Peransang Kat Laki Aku Isteri Kecewa Suami Abai Tanggungjawab

Salah Ke Aku Bagi Ubat Peransang Kat Laki Aku Isteri Kecewa Suami Abai Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 538 hits
The ReporterBila sudah mendirikan rumah tangga suami isteri perlukan menjaga hati pasangannya sepanjang masa Adakalanya perlu mengalah adakalanya perlu bertanya jika tidak memahami tindakannya Itu semua asam garam berumah tangga Baru baru i...
Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri

Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 569 hits
Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri Apabila seseorang itu sudah mendirikan rumah tangga pastinya tiada lain yang diharapakan ialah kebahagiaan Suami yang diharapkan mampu menjadi pemimpin untuk ...
Ww Suami Isteri Itu Memang Sepadan

Ww Suami Isteri Itu Memang Sepadan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 799 hits
Suami isteri itu memang sepadan Kadangkala kita je tak perasan Tapi orang lain perasan dengan kita Yang kita suami isteri memang sepadan
Aku Isteri Kedua Aku Jd Pelik Kenapa Suami Xbalik Rumah Isteri Pertama Lagi Jawapan Suami Buatkan Aku Terkedu

Aku Isteri Kedua Aku Jd Pelik Kenapa Suami Xbalik Rumah Isteri Pertama Lagi Jawapan Suami Buatkan Aku Terkedu

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 441 hits
FOTO SEKADAR HIASAN Assalamualaikum Aku nak bercerita tentang kisah yang tak seberapa ini Nak cerita di FB dan blog sendiri tak bolehlah Nanti di makki dan di cerrca orang Jadi aku abadikan cerita peribadi ini di sini Cerita aku ini agak un...
Ini Sebabnya Kita Kena Tahu Dulu Kenapa Isteri Suka Tag Suami Di Media Sosial

Ini Sebabnya Kita Kena Tahu Dulu Kenapa Isteri Suka Tag Suami Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 348 hits
Kegunaan media sosial sudah menjadi keutamaan dalam masyarakat kita Selain dapat menrapatkan hubungan yang jauh media sosial menjadi platform bagi mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan termasuk bab keibubapaan Tidak hairanlah ramai yang mem...
Baru Selesai Pantang Isteri Diuji Kehilangan Suami Bayi 62 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah

Baru Selesai Pantang Isteri Diuji Kehilangan Suami Bayi 62 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 590 hits
Kehilangan orang tersayang adala ujian yang sangat berat Tanpa disangka teks WhatsApp yang diterima si isteri pada jam 1 pagi adalah yang terakhir sebelum suaminya pergi buat selama lamanya Kehilangan ini dihadapi oleh Nor Asilah Arahim 29 ...
Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia Suami Gigih Twit Airasia Tanya Mana Nak Cari Lihat Jawapan Balas Airasia Bikin Gamat

Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia Suami Gigih Twit Airasia Tanya Mana Nak Cari Lihat Jawapan Balas Airasia Bikin Gamat

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 574 hits
Wanita hamil ada macam macam ragamnya Antara ragam paling suami suami kat luar sana kena tahan ialah nafsu mengidam mereka yang macam macam Nak makan itu ini kesian pulak kan Baru baru ni viral di Twitter kisah seorang suami gigih mencari n...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Doa Agar Amal Diterima Dan Taubat Diterima Teladan Dari Nabi Ibrahim Dan Ismail

Video Pembongkaran Operasi Sindiket Geng Kartel Jual Air Dan Belon

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi

Intense Rainfall Triggers Flash Floods In Selangor Impacting Four Areas