Aku Isteri Kedua Aku Jd Pelik Kenapa Suami Xbalik Rumah Isteri Pertama Lagi Jawapan Suami Buatkan Aku Terkedu


FOTO SEKADAR HIASAN: Assalamualaikum… Aku nak bercerita tentang kisah yang tak seberapa ini. Nak cerita di FB dan blog sendiri tak bolehlah. Nanti di makki dan di cerrca orang. Jadi aku abadikan cerita peribadi ini di sini. Cerita aku ini agak unik sebab cerita aku ini adalah dari sisi seorang isteri kedua sejak 27 tahun yang lalu.
Aku katakan unik sebab aku tak merasakan aku adalah isteri kedua kerana suami sentiasa ada dengan kami sekeluarga. Tapi suami juga tidak pernah mengabaikan makan pakai, tempat tinggal dan segala keperluan isteri pertama. Buktinya isteri pertama hanya seorang suri rumah sepenuh masa dari dulu kini dan selamanya.
Berbanding aku yang pada awal perkahwinan bekerja di pejabat dan setelah mendapat anak pertama berhenti kerja. Tapi aku tetap mencari nafkah membuat pelbagai kerja dari rumah. Buat, kuih, menjahit, menyulam dan zaman ini berniaga online pula. Semua aku lakukan demi mencari rezeki.
Pendek kata setakat belanja dapur, pakaian aku dan anak- kelengkapan rumah semuanya dari duit aku. Suami hanya bayar sewa rumah, air, letrik dan mencukupkan apa yang selebihnya saja. Berbanding dengan isteri pertama dan anak-anaknya yang segala keperluan mesti di penuhi. Kalau lambat atau tak dapat apa kehendak mereka, boleh jadi gaduh dan huru hara hidup di buatnya.
Di awal perkahwinan, setiap kali suami pulang ke sana pasti ada kekecohan tak puashati berlaku. Pernah di adukannya ke pejabat agama, nak perbelanjaan di beri secara tunai, tak nak beli barang-barang. Jadi, atas perintah mahkamah, duit perbelanjaan di beri tunai tetapi sewa rumah, letrik dan air masih tanggungan suami.
Selepas perkara itu di bawa ke mahkamah, suami sudah tak balik ke rumah isteri pertama lagi tapi masih tetap menghantar dan mengambil anak-anak isteri pertama kesekolah dan memberi duit belanja sekolah.
Ada aku tanyakan sebab apa tak nak balik ke sana. Tapi kebiasaannya dengan aku tak di jawab. Puas aku risik dan pujuk tapi dia hanya jawab acuh tak acuh iaitu tak mendengar kata. Sepupu suami aku pernah bertanya kalau tak nak balik, kenapa tak di craikan. Dia jawab kalau isteri pertama tu minta dia akan bagi. Tapi, dia tak nak jauh dari anak-anaknya. Jadi perkara ini tinggal tergantung macam itu sajalah sehingga kini. Anak-anak mereka pernah bertanya pada suami tapi hanya dikatakan oleh suami adalah tanyalah ibu mereka sendiri. Aku sendiri tak faham. Cuma yang aku tahu mereka ada bergaduh besar sebelumnya.
Apapun yang aku tahu selepas itu isteri pertama tak pernah memujuk atau merayu suami untuk pulang ke rumahnya sehingga ke sudah. Malah dari sumber yang di percayai dia pernah mengatakan suami kami nanti yang akan menyembah dan merayu meminta maaf untuk kembali kepada dia dan aku akan di tinggalkan sehelai sepinggang. Keringnya hati dia, nau’zubillah
Dari sumber di percayai juga dia galak ke merata tempat masa tu jumpa bomoh, dukun dan pawang kononnya mengatakan suaminya di guna-gunakan oleh aku. Di sebabkan aku berasal dari utara, ada bomoh mengatakan aku menggunakan bomoh Siam. Itu sebab benda-benda yang di hantar kepada aku tak berkesan.
Yang sebenarnya aku dan suami hanya berserah dan bertawakkal kepada Allah. Tak pernah sekalipun aku mendekati dan melakukan perkara syirik yang di laknat Allah. Minta di jauhkanlah Ya Allah. Alhamdulillah, tiada apa-apa musibah berlaku kepada kami sekeluarga.
Yang paling aku ta percaya yang aku boleh rapat dengan adik beradik dan saudara mara suami berbanding isteri pertama. Isteri pertama ini sejak awal perkahwinan diorang di katakan tidak menyukai keluarga suami yang kurang berada berbanding keluarganya. Takut mereka nak menumpang senang agaknya.
Aku jenis yang mudah mesra dan agak peramah jadi adik-adik dan sepupu sepapat suami semuanya baik-baik belaka dengan aku. Dari situ macam-macam cerita yang aku dengar tentang isteri pertama yang tak menyukai mereka. Anak-anak buah suami semua akhirnya jadi geng dengan aku.
Di majlis perkahwinan anak-anak buah suami, aku biasanya menjadi pembantu tuan rumah menguruskan majlis. Isteri pertama hanya akan hadir sebagai tetamu jemputan saja. Awal aku kahwin nampak janggal apabila aku di perkenalkan pada saudara mara. Sekarang aku sudah tak kisah pandangan orang.
Ini di sebabkan suami dan isteri pertama berasal dari kampung yang sama di selatan tanahair. Masa anak-anak kecil dulu kalau balik beraya suami akan hantarkan diorang dulu ke rumah mertuanya lepas tu ambil aku anak beranak pula bawa ke rumah keluarganya pula, apabila giliran raya di kampung suami. Sesekali giliran aku dan suami ke kampung aku beraya di utara pula.
Setelah sekian lama begini, anak-anak isteri pertama 2 orang itu sudahpun habis sekolah. Seorang saja menyambung pelajaran dan berkerjaya besar. Apapun suami masih menanggung keperluan rumah isteri pertama seperti biasanya.
Anak-anak aku seramai 4 orang juga sedang meningkat dewasa. 2 orang sedang melanjutkan pelajaran ke universiti dan 2 lagi di asrama penuh. Alhamdulillah mereka amat memahami situasi kami dan apabila cuti semester dan cuti sekolah rajin membuat kerja sambilan untuk membeli kelengkapan persekolahan dan pelajaran sendiri. Selain itu tak lokek menghulurkan duit gaji pada aku dan suami.
Anak-anak isteri pertama pula jangan haraplah nak merasa duit gaji mereka. Ada tidak di hulurnya duit pada suami pada Hari Raya Puasa sahajalah. Kami redha dan faham pada situasi ini. Tak jadi hal langsung.
Satu perkara yg tak pernah aku cakap dan suruh adalah menceraikan isteri pertama sebab aku redha menjadi isteri kedua. Dari dulu ku amat menjaga adab iaitu takut terambil apa yang bukan hak aku. Jadi aku berusaha mencari pendapatan sendiri. Alhamdulillah berkat ini, rezeki untuk apa yang aku buat secara sambilan ini walau tak sebanyak mana cukup untuk segala keperluan aku anak beranak malah sesekali membantu suami dengan isteri pertama bila keperluan mendesak.
Pernah sesaja berbual dengan suami kalau tak berkahwin dengan aku, mungkinkah dia akan hidup bahagia suami isteri macam orang lain. Jawapan yang di beri adalah tak mungkin sebab isteri pertama itu adalah seorang berhati kering, perengus, kepala angin dan tak mendengar kata. Entahlah, di luar pengetahuan aku hal ini.
Sepanjang aku bermadu, apabila bertembung di majlis kenduri saudara-mara, setakat bersalam tu ada sesekal. Pernah aku cuba bertegur sapa tapi tak di layan. Sekali itu ajelah aku memberanikan diri.. huhu!
Mesti ada yang bertanya bagaimana suami boleh berkahwin dengan isteri pertama? Ceritanya, suami di tunangkan dengan isteri pertama tanpa pengetahuannya. Mereka tak mengenali pun antara satu sama lain. Pada mulanya dia tak mau di jodohkan tapi dia dan keluarganya di pujuk bermati-matian oleh orang tua pencari jodoh di kampung mereka. Akhirnya suami akur dan menerima perjodohan ini.
Pada awal perkahwinan lagi suami telah berusaha menerima setiap perangai isteri pertama dengan sabar. Sehingga mereka mempunyai 2 orang anak dan dalam tempoh itu hanya kemarahan yang sering suami rasakan di sebabkan perangainya. Itu seperti yang di ceritakan oleh suami.
Cara dia melayan keluarga dan sanak saudara suami, cara dia dia membawa diri ke majlis dan sering bergaduh dan sombong dengan jiran tetanga kerap menjadi kemarahan suami. Juga cara dia menjaga anak- anak juga membuat suami marah sebab anak sering menangis dan demam sewaktu kecil.
Pernah suatu masa mak saudara suami cuba menjodohkan suami dengan seseorang kerana tak tahan dengan perangai isteri pertama. Entah kenapa tetiba tak menjadi. Mungkin tak ada jodoh. Isteri pertama tahu tentang hal ini tetapi ia tak langsung menginsafi diri dia. Ini cerita suami dan juga mak saudara suami yer!
Jadi apabila mengenali aku, suami tak teragak-agak memperkenalkan aku kepada saudara-maranya dan seterusnya meminta mereka masuk meminang kerana tahu mereka memang akan merestui perkahwinan keduanya. Itulah rentetan cerita perkahwinan suami dengan isteri pertama dan aku selaku isteri kedua.
Sikap suami setelah berkahwin dengan aku berubah 360 darjah kata saudara mara, adik beradik dan anak-anak buahnya. Dari seorang yang tak banyak cakap menjadi seorang yang ceria dan mesra dengan mereka. Suami yang aku kenal memang seorang yang tegas tapi penyayang sangat dengan anak-anaknya. Bukan jenis yang romantik tapi suka bercerita dan bergurau asalkan ceritanya tu jangan di potong. Kita boleh tahu isi hatinya dari penceritaannya itu. Sepanjang perkahwinan kami tak pernah bergaduh besar. Gaduh- gaduh manja sikit-sikit saja. Perasaan cemburu ada tapi aku dah campak jauh- jauh ke laut dalam, tau..!
Apabila anak-anak sudah besar, hidup aku semakin tenang senang dan aman bahagia. Tapi aku tak tahu sampai bila dan bagaimana nak menyelesaikan masaalah yang satu ini iaitu mendamaikan suami dengan isteri pertama. Tak nampak bergaduh tapi tak pernah benar-benar berbaik.
Bila di fikirkan, siapalah aku yang nak mencampuri urusan suami dan isteri pertama. Apapun kalaulah aku, sekiranya seorang suami, seorang lelaki, mengatakan tiada rasa cinta, kasih dan sayangnya untuk seorang isteri dan hanya sekadar tanggungjawab, aku tak akan tunggu lagi. dan berlalu pergi mencari kehidupan sendiri. Aku juga ada hati yang perlu di belai dan aku pasti akan merasakan aku juga berhak mendapat kasih cinta sejati.
Isteri pertama sewajarnya cermin kekurangan diri dan isteri kedua, ketiga dan seterusnya pula mesti pandai membawa diri. Barulah aman dunia poligami. Apapun terpulanglah pada anda untuk menilai cerita ini dari persepsi masing-masing.
– Rima Melati via iiumc
The post Aku isteri kedua. Aku jd pelik kenapa suami xbalik rumah isteri pertama lagi. Jawapan suami buatkan aku terkedu appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/aku-isteri-kedua-aku-jd-pelik-kenapa-suami-xbalik-rumah-isteri-pertama-lagi-jawapan-suami-buatkan-aku-terkedu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keji Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Helmet Gara Gara Keluar Dari Rumah

Keji Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Helmet Gara Gara Keluar Dari Rumah

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 640 hits
Keji Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Helmet Gara Gara Keluar Dari RumahKUALA TERENGGANU Seorang suami menghentak kepala isterinya dengan topi keledar selepas bengang wanita itu tidak mahu mendengar kata katanya di tepi jalan di Kampung To...
Gambar Terkini Rumah Kampung Transformasi Hasil Imaginasi Luar Biasa Suami Isteri Ini Buat Semua Terpukau

Gambar Terkini Rumah Kampung Transformasi Hasil Imaginasi Luar Biasa Suami Isteri Ini Buat Semua Terpukau

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 462 hits
Sebentar tadi pihak kami telah dihubungi Pemilik Rumah Kampung terletak di Tuaran Sabah Tuan Asri Meris Anthony Gambar Terkini Rumah Kampung Transformasi Hasil Imaginasi Luar Biasa Suami Isteri Ini Buat Semua Terpukau
Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia Suami Gigih Twit Airasia Tanya Mana Nak Cari Lihat Jawapan Balas Airasia Bikin Gamat

Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia Suami Gigih Twit Airasia Tanya Mana Nak Cari Lihat Jawapan Balas Airasia Bikin Gamat

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 560 hits
Wanita hamil ada macam macam ragamnya Antara ragam paling suami suami kat luar sana kena tahan ialah nafsu mengidam mereka yang macam macam Nak makan itu ini kesian pulak kan Baru baru ni viral di Twitter kisah seorang suami gigih mencari n...
Padah Serbu Suami Isteri 4 Anggota Polis Dipecat

Padah Serbu Suami Isteri 4 Anggota Polis Dipecat

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 668 hits
Empat pegawai polis terbabit disumbat ke lokap dan telah dibuang kerja ISLAMABAD PAKSITAN Polis Karachi hari ini memecat empat anggota polis yang mengganggu mengaib dan mengugut sepasang suami isteri di pantai peranginan Seaview dalam kejad...
Suami Lebih Muda Jangan Risau Jodoh Tak Salah Alamat Pasangan Suami Isteri Dengan Jarak Umur Ini Didapati Lebih Bahagia

Suami Lebih Muda Jangan Risau Jodoh Tak Salah Alamat Pasangan Suami Isteri Dengan Jarak Umur Ini Didapati Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 619 hits
P s gambar sekadar hiasan semata mataKajian baru baru ini mendapati perbezaan umur dalam perkahwinan memainkan peranan penting untuk menentukan kebahagiaan rumah tangga itu Anda percaya tak Pasti anda tertanya tanya kalau betul perbezaan um...
Peganglah Tangan Isteri Setiap Kali Sedih Kerana Isteri Adalah Harta Suami

Peganglah Tangan Isteri Setiap Kali Sedih Kerana Isteri Adalah Harta Suami

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 400 hits
Best sangat rasanya bila dapat bergambar berdua dengan bidadari tercinta Tengok semula gambar bila dalam kereta jalan jauh pergi ceramah Terus mesej Allah beri rasa rindu pada bidadari abang semoga jadi asbab hidayah buat semua kenapa makin...
Wanita 30 An Lebih Sukar Hamil Berbanding 20 An 3 Rawatan Ini Boleh Bantu Kesuburan Suami Isteri

Wanita 30 An Lebih Sukar Hamil Berbanding 20 An 3 Rawatan Ini Boleh Bantu Kesuburan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 386 hits
Merawat ketidaksuburan boleh jadi suatu perkara yang menyukarkan Ia memerlukan pelbagai usaha terutama jika anda berada dalam lingkungan 30 an bermakna peluang anda untuk hamil adalah rendah berbanding wanita yang berusia awal 20 an Ini bel...
Baru Saja Suami Tiba Tiba Nak Bercerai Namun Isteri Ketawa Dan Berkata Sesuatu Yang Buat Suaminya Menangis Teresak Esak

Baru Saja Suami Tiba Tiba Nak Bercerai Namun Isteri Ketawa Dan Berkata Sesuatu Yang Buat Suaminya Menangis Teresak Esak

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 353 hits
Satu kejadian berlaku dalam rumah tangga aku Ketika itu aku sedang menonton TV dan tiba tiba suami muncul lalu berkata Aku ingin bercerai Dia kelihatan serius dan tidak kelihatan seperti sedang bergurau Tapi yang berlega legar di fikiranku ...
Lawanya Your Wife Walaupun Baru Lepas Bersalin Billy Timang Anak Kedua Kecantikan Isteri Jadi Perhatian

Lawanya Your Wife Walaupun Baru Lepas Bersalin Billy Timang Anak Kedua Kecantikan Isteri Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 631 hits
Penyanyi Gegar Vaganza 5 Billy yang juga ahli kumplan duo atau nama sebenar Sheikh Amad Rabily Bin Sheikh Abdul Rahman baru sahaja menimang cahaya mata yang kedua pada jam 11 05 pagi pada 6 Mac 2019 Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun ...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment