Hukum Solat Jamak Bagi Petugas Covid 19



Jamak bermaksud menggabung dua solat di dalam satu waktu. Iaitu menggabung solat Zohor dengan solat solat Asar dan solat Maghrib dengan solat Isyak.

Imam Al-Nawawi menyebut: “Mazhab kami (mazhab Al-Syafi’i mengharuskan jamak di antara solat Zohor dan Asar pada waktu yang dia suka dan juga solat Maghrib dengan Solat Isyak. Ini juga merupakan ijma'.” (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab , 4/249)

Pada asasnya, di dalam mazhab Al-Syafi’i, menjamakkan di antara dua solat diharuskan atas tiga sebab iaitu:

MusafirHujanKetika Hari Arafah
(Rujuk: Minhaj Al-Tolibin Wa ‘Umdah Al-Muftin, 1/ 417-423)

Inilah pandangan yang muktamad di dalam mazhab Al-Syafi’i berkenaan sebab-sebab yang membolehkan untuk menjamakkan solat. Namun begitu, sebahagian daripada ulama' bermazhab Al-Syafi’i dan sebahagian fuqaha' mengharuskan untuk menjamakkan solat selain dari sebab-sebab yang disebutkan dengan sebab ada hajat dan keperluan.

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A, beliau berkata:

جَمَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالعَصْرِ ، وَبَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالعِشَاءِ بِالمَدِينَةِ مِنْ غَيْرِ خَوْفٍ وَلاَ مَطَرٍ ، قَالَ : فَقِيلَ لاِبْنِ عَبَّاسٍ : مَا أَرَادَ بِذَلِكَ ؟ قَالَ : أَرَادَ أَنْ لاَ يُحْرِجَ أُمَّتَهُ
“Rasulullah SAW menjamakkan di antara solat Zohor dengan Asar dan di antara solat Maghrib dengan Isyak di Madinah tanpa ada kegawatan dan bukan kerana hujan.” Lalu ditanya kepada Ibnu Abbas: “Apa tujuan Nabi buat sedemikian rupa?” Ibnu Abbas berkata: “Baginda tidak ingin menyusahkan umatnya.” [Riwayat Al-Tirmidzi (187), Al-Nasai’i (1574)]

Sheikh Abdurrahman Al-Mubarakfuri menyebut sesiapa yang ada keuzuran maka diharuskan untuk dia menjamakkan solat. Adapun bagi mereka yang ada keuzuran akan tetapi tidak mahu menjamakkan solat sehingga meninggalkan solat maka dia berdosa tanpa syak lagi. (Rujuk: Tuhfah Al-Ahwazi Syarah Jami’ Al-Tirmizi, 2/205)

Maka dapat difahami daripada hadith tersebut bahawa jika ada sebab keuzuran, ada kegawatan dan terdapat urusan yang mendesak maka ianya lebih utama untuk dijamakkan solat.

Imam Al-Nawawi menukilkan pandangan sebahagian ulama' bermazhab Al-Syafi’i seperti Al-Qadhi Husain, Abu Sulaiman Al-Khattabi, Al-Ruyani, Abu Qasim Al-Rafi’i dan lain-lain. Mereka menyatakan bahawa harus untuk menjamakkan solat kerana keadaan yang gawat ketakutan dan sakit. Boleh dilakukan sama ada secara taqdim dan ta’khir. Keluasan ini diberikan adalah kerana ingin memberikan keringanan kepada mereka-mereka yang terlibat atau ditimpa sebab-sebab tersebut. Bahkan keadaan seperti gawat dan takut adalah lebih utama daripada hujan. (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/263)

Imam Abdullah Al-Kharasyi Al-Maliki menyebut bahawa sebab jamak bukan sahaja musafir akan tetapi apa sahaja yang mendatangkan kepayahan untuk berwudhu' dan solat pada waktunya. Bahkan kepayahan yang dilalui oleh orang yang berada di dalam keadaan yang gawat lebih payah daripada kepayahan yang ada pada musafir dan juga hujan. (Rujuk: Syarh Mukhtasar Khalil, 5/120)

Bagi mazhab Hanbali sebab keharusan untuk menjamakkan solat lebih luas lagi. Sheikh Dr Wahbah Al-Zuhaili menyenaraikan ada 8 sebab yang mengharuskan jamak di sisi mazhab Hanbali. Di antara sebab tersebut ialah keuzuran dan sesiapa yang terlibat dengan sesuatu perkara yang penting yang mana jika tidak dijamakkan solat akan menyebabkan kemudaratan. (Rujuk: Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/510).

Ibnu Qudamah mengatakan: “Kami telah berijma' bahawa solat tidak boleh dijamakkan melainkan ada keuzuran.” (Rujuk: Al-Syarh Al-Kabir ‘Ala Al-Muqni’, 2/116)

Beliau menyebutkan lagi bahawa harus untuk menjamakkan solat jika ada keperluan yang mendesak dan ianya perlulah tidak dianggap sebagai adat. Beliau bersandarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. (Rujuk: Al-Mughni, 2/121)

Sheikh Abdurrahman Al-‘Asimi Al-Najdi menyebut, harus untuk menjamakkan solat kerana ada keuzuran dan keperluan disebabkan ada tugasan penting yang tidak boleh ditinggalkan dan jika ditinggalkan akan mendatangkan mudarat. (Rujuk: Hasyiah Al-Raudh Al-Murbi’, 2/401)

Apatahlagi jika tugasan tersebut melibatkan nyawa dan tidak boleh sewenang-wenangnya ditinggalkan seperti petugas COVID-19. Maka lebih utama baginya untuk menjamakkan solat daripada dia meninggalkan solat dengan sengaja.

Di dalam sebuah hadith yang lain, Nabi SAW bersabda:

مَنْ جَمَعَ بَيْنَ الصَّلَاتَيْنِ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ فَقَدْ أَتَى بَابًا مِنْ أَبْوَابِ الْكَبَائِ
“Sesiapa yang menjamakkan dua solat tanpa ada keuzuran, sesungguhnya dia telah mendatangi salah satu dari pintu dosa besar.” [Riwayat Al-Tirmidzi (188)]

Imam Al-Tirmizi mengatakan bahawa hadith ini lemah di sisi ahli hadith akan tetapi ianya diamalkan oleh fuqaha'. Maka, berdasarkan hadith ini, tidak salah menjamakkan antara dua solat jika ada keperluan dan keuzuran. Justeru itu, kami melihat akan keharusan untuk menjamakkan solat bagi petugas COVID-19 kerana tugasan tersebut adalah tugasan yang getir, yang tidak boleh ditinggalkan dan boleh membawa mudarat jika tidak dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini dianggap sebagai satu keuzuran untuk membenarkan mereka menjamakkan solat.

Perkara ini juga bertepatan dengan kaedah:

المشَقَّة تَجْلِبُ التَّيْسِيَر
“Kepayahan dan kesukaran mendatangkan kemudahan.”

Kesimpulannya, diharuskan jamak untuk mereka yang terlibat sebagai frontliner atau petugas bagi menangani wabak COVID-19 khususnya di tempat awam seperti hospital dan lain-lain. Mengambil kira pandangan sebahagian fuqaha' mazhab Al-Syafi’i dan juga pandangan fuqaha' mazhab Hanbali yang menyebut akan keharusan jamak disebabkan ada keuzuran atau tugas yang penting.

Namun begitu ada beberapa garis panduan berkaitan solat jamak yang perlu diikuti oleh para petugas COVID-19:

Hendaklah waktu syif tersebut meliputi sekurang-kurangnya dua waktu solat yang jika tidak ada keharusan jamak akan menyebabkan terlepas salah satu waktu;Tiada pilihan waktu syif lain;Tidak dibenarkan untuk membuka pakaian PPE ketika waktu syif;Melakukan jamak taqdim jika waktu syif berpanjangan sehingga terkeluar kepada waktu solat kedua;Melakukan jamak ta’khir jika waktu syif bermula sebelum waktu solat pertama dan berakhir sehingga masuk waktu solat kedua;Hanya dibenarkan melakukan jamak tamam iaitu melakukannya secara sempurna tanpa perlu qasar. Ini kerana qasar iaitu memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat hanya dilakukan ketika musafir.
Semoga Allah memelihara kita daripada wabak yang sedang melanda kita dan perbanyakkan doa agar Allah segera menghilangkan wabak ini.Semoga Allah memberikan ganjaran dan pahala kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam tugasan menangani wabak COVID-19 ini. Wallahu’alam.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-solat-jamak-bagi-petugas-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Agong Permaisuri Kuarantin Diri Selepas 7 Petugas Istana Negara Positif

Covid 19 Agong Permaisuri Kuarantin Diri Selepas 7 Petugas Istana Negara Positif

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 308 hits
Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid 19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Beliau berkata Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah...
Tujuh Petugas Istana Negara Positif Covid 19 Saringan Agong Permaisuri Negatif

Tujuh Petugas Istana Negara Positif Covid 19 Saringan Agong Permaisuri Negatif

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR 26 MAC Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid 19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Beliau berkata Yang di Pertuan Agon...
7 Petugas Istana Negara Positif Covid 19

7 Petugas Istana Negara Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 272 hits
Istana Negara KUALA LUMPUR Istana Ne gara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid 19 19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Beliau berkata Yang di P...
Elaun Khas Petugas Perubatan Naik Dari Rm400 Ke Rm600 Sebulan Hingga Wabak Covid 19 Berakhir

Elaun Khas Petugas Perubatan Naik Dari Rm400 Ke Rm600 Sebulan Hingga Wabak Covid 19 Berakhir

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 247 hits
Putrajaya 27 Mac Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan penambahan elaun kepada petugas barisan hadapan yang memerangi COVID 19 Keutamaan kerajaan pada waktu ini adalah untuk membendung penularan COVID 19 Kakitangan k...
Covid 19 Hukum Baca Qunut Nazilah Dalam Solat Fardhu

Covid 19 Hukum Baca Qunut Nazilah Dalam Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 295 hits
SOALAN Bolehkah seseorang itu membaca Qunut Nazilah di dalam solatnya disebabkan Covid 19 yang berlaku sekarang ini Mohon penjelasan JAWAPAN Qunut Nazilah merupakan suatu perbuatan yang tsabit di sisi syarak Ia dilakukan setiap kali ada sah...
Hukum Solat Jumaat Dalam Suasana Covid 19

Hukum Solat Jumaat Dalam Suasana Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 360 hits
SOALAN Apa hukum hadiri solat Jumaat dalam keadaan wabak COVID 19 sedang merebak JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Wahai orang orang yang beriman Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat maka segeralah...
Covid 19 Tujuh Lagi Petugas Kkm Positif Keseluruhan 80 Kes

Covid 19 Tujuh Lagi Petugas Kkm Positif Keseluruhan 80 Kes

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 323 hits
SHAH ALAM 26 MAC Tujuh lagi petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dikesan dijangkiti Covid 19 setakat pagi tadi kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata laporan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul anggota K...
Covid 19 Usim Hasilkan Pelindung Muka Untuk Petugas Kesihatan

Covid 19 Usim Hasilkan Pelindung Muka Untuk Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 268 hits
Bagi menyokong usaha kerajaan dalam menangani wabak COVID 19 Universiti Sains Islam Malaysia hari ini mengambil inisiatif menghasilkan pelindung muka untuk diagihkan kepada petugas kesihatan Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataan d...
Timbalan Mufti Solat Jenazah Ghaib Mangsa Covid 19 Talkin Guna Whatsapp

Timbalan Mufti Solat Jenazah Ghaib Mangsa Covid 19 Talkin Guna Whatsapp

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 260 hits
SHAH ALAM 26 MAC Waris dan kenalan individu Islam yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid 19 boleh melakukan solat jenazah ghaib ke atas arwah kata timbalan mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir berkata solat jenazah ghaib berserta doa mer...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia