Hukum Solat Jumaat Dalam Suasana Covid 19



SOALAN:
Apa hukum hadiri solat Jumaat dalam keadaan wabak COVID-19 sedang merebak?

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu‘ah: 9)

Ayat di atas adalah merupakan antara dalil pensyariatan dan kewajipan solat Jumaat. Selain itu, solat Jumaat juga adalah antara beberapa kelebihan yang dikurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW supaya mereka mendapat kemuliaan hari Jumaat tersebut. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji (1/198)]

Solat Jumaat juga merupakan ibadat yang sangat agung dan mempunyai fadhilat yang banyak. Antaranya ialah sebagai penghapus dosa dalam setiap minggu. Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
“Solat Fardhu lima waktu, (sembahyang) Jumaat hingga ke Jumaat (seterusnya), Ramadahan hingga Ramadhan seterusnya adalah semuanya ini penebus dosa di antara keduanya selama mana tidak dilakukan dosa-dosa besar.” [Riwayat Muslim (209)]

Solat Jumaat diwajibkan kepada mereka yang memenuhi tujuh syarat berikut, iaitu:

Beragama IslamBalighBerakalMerdeka (bebas) sepenuhnya.LelakiSihat tubuh badan.Bermukim di tempat solat Jumaat didirikan.
Sekiranya seseorang itu telah cukup ketujuh-tujuh syarat ini, maka diwajibkan solat Jumaat ke atas dirinya. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 1/200-201 dan Matla’ al-Badrain (disusun oleh PMWP), 1/159)]

Dalam isu di atas, kami nyatakan di sini pandangan daripada beberapa Badan Fatwa Berautoriti, antaranya:

Majlis Fatwa Syar’i UAE: “Haram hukumnya bagi sesiapa yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti virus tersebut untuk berada di tempat yang umum atau pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, berjemaah mahupun solat hari raya. Wajib juga untuk mengambil segala langkah pencegahan.”Majlis Fatwa Wilayah Kurdistan: “Solat Jumaat tidak boleh dibatalkan, melainkan di tempat-tempat di mana virus tersebut telah menjadi satu epidemik yang tersebar secara meluas.” Pendapat yang sama dikemukakan oleh Fatwa Committee of the Assembly of Muslim Jurists of America (AMJA).
Kami nukilkan juga di sini pendapat Syeikh Ali al-Qaradaghi yang menyebut: “Harus untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam keadaan virus yang sedang tersebar disebabkan oleh takut dijangkiti virus tersebut. Beliau menyebut keharusan tersebut perlulah disyaratkan bahawa ketakutan penyebaran itu benar-benar yakin berlaku dan bukanlah pada sangkaan semata-mata.”

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ
“Sesiapa yang mendengar orang yang melaungkan azan maka tidaklah yang keuzuran menghalangnya dari mengikutinya (hadir solat berjemaah).” Para sahabat bertanya: “Apa maksud uzur?” Jawab Rasulullah SAW: “Ketakutan atau sakit.” [Riwayat Abu Daud (551) dan al-Daraqutni (1/420)]

Dan ketakutan itu ada tiga jenis. Iaitu takut ke atas diri sendiri, takut ke atas harta benda, dan juga takut ke atas ahli keluarga. Justeru, berdasarkan apa yang telah disebutkan maka dibolehkan untuk meninggalkan solat Jumaat dan juga solat berjamaah ketika tersebarnya wabak (seperti Covid 19) kerana ia merupakan suatu yang menakutkan.

Akan tetapi ia dengan syarat ketakutan itu hendaklah suatu yang telah ditahqiqkan bukan semata-mata berdasarkan waham (sangkaan). Ini kerana meninggalkan yang wajib tidak dibenarkan kecuali setelah ghalabah zhan (sangkaan yang kuat). Ataupun disebabkan arahan dari ulil amri (pemerintah) dan juga ahli ikhtisas (golongan yang pakar). [Lihat: Al-Ittihad al-'Alami Li 'Ulama al-Muslimin, “فتوى مفصلة حول الأحكام المتعلقة بانتشار المرض الوبائي فايروس كورونا المستجد (كوفيد-19)”, http://iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=11019]

Syeikh Muhammad al-Zuhaili juga menyebut: “Dan setiap keuzuran yang sama tahap kesusahannya dengan kesusahan akibat sakit, dianggap juga sebagai uzur yang diqiyaskan dengan sakit yang dinaskan ke atasnya. Justeru, tidak wajib Jumaat ke atas orang yang berasa takut ke atas dirinya atau hartanya.” [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 1/497)]

Kesimpulan

Berdasarkan kepada nas dan pandangan ulama’, kami bahagikan isu ini kepada dua keadaan:

1. Dalam keadaan wabak COVID-19 masih terkawal menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam keadaan ini, solat Jumaat hendaklah diteruskan dengan beberapa syarat seperti:

Khutbah dipendekkan.Orang ramai berwuduk di rumah.Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.
2. Dalam keadaan wabak COVID-19 merebak tanpa terkawal (menurut KKM).

Dalam keadaan ini, solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Dalam hal ini, terdapat beberapa dawabit:

Larangan tersebut dengan nasihat pihak yang berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak.Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu telah disahkan positif COVID-19 di tempat tersebut.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-solat-jumaat-dalam-suasana-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Covid 19 Dijelaskan Mufti

Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Covid 19 Dijelaskan Mufti

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 518 hits
Sejak penularan meluas COVID 19 di seluruh Malaysia semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan dibatalkan termasuklah aktiviti keagamaan Hasil perbincangan antara mufti mufti dan pakar kesihatan ahli agama mengambil keputusan untuk menghent...
Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Akibat Dikuarantin Penyakit Berjangkit

Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Akibat Dikuarantin Penyakit Berjangkit

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 428 hits
Terkini media melaporkan bahawa penyakit berjangkit daripada Virus Covid 19 telah mencapai angka yang tinggi dan merisaukan semua pihak Seluruh pihak kesihatan telah mula memberikan amaran dan menasihati rakyat untuk mengambil langkah berja...
Covid 19 Hukum Baca Qunut Nazilah Dalam Solat Fardhu

Covid 19 Hukum Baca Qunut Nazilah Dalam Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 288 hits
SOALAN Bolehkah seseorang itu membaca Qunut Nazilah di dalam solatnya disebabkan Covid 19 yang berlaku sekarang ini Mohon penjelasan JAWAPAN Qunut Nazilah merupakan suatu perbuatan yang tsabit di sisi syarak Ia dilakukan setiap kali ada sah...
Apa Hukum Solat Pakai Mask Pakai Sanitizer Beralkohol Solat Jumaat Musim Covid 19

Apa Hukum Solat Pakai Mask Pakai Sanitizer Beralkohol Solat Jumaat Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 539 hits
Dalam perkembangan isu virus Covid 19 ini ada beberapa persoalan yang timbul 3 ini antara dua persoalan yang popular Kesemuanya di jawab oleh menteri di jabatan perdana menteri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri 1 Apa hukum solat pakai mask Rey C...
Covid 19 Amalan Sunat Solat Jumaat Sepanjang Covid 19

Covid 19 Amalan Sunat Solat Jumaat Sepanjang Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 403 hits
Covid 19 Amalan Sunat Solat Jumaat Sepanjang Covid 19 ADAKAH disunatkan lagi amalan sunat hari Jumaat jika sekiranya tergugurnya solat Jumaat seperti disebabkan Covid 19 ini Umum sedia maklum terdapat fatwa daripada institusi fatwa antaraba...
Hukum Bersalaman Ketika Suasana Wabak Covid 19

Hukum Bersalaman Ketika Suasana Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 334 hits
SOALAN Apa hukum saling bersalaman dalam keadaan virus COVID 19 sedang menular JAWAPAN Tidak dinafikan bersalaman di atas tujuan bersilaturrahim kerana Allah SWT merupakan satu kemuliaan dan dijanjikan pengampunan dosa Ini seperti hadith ya...
Covid 19 Menangis Imam Masjidil Nabawi Ketika Sedang Solat Jumaat

Covid 19 Menangis Imam Masjidil Nabawi Ketika Sedang Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 558 hits
20 Mac 2020 tercatat dalam sejarah Solat Jumaat yang sangat menghibakan hati kaum Muslimin pabila Masjidil Nabawi yang sentiasa meriah dengan kehadiran jemaah dari pelosok dunia menjadi sepi kerana ancaman virus Covid 19 ketika ini Solat Ju...
Covid 19 Berasa Janggal Tidak Dapat Solat Jumaat

Covid 19 Berasa Janggal Tidak Dapat Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 259 hits
Oleh Aslam WiraFoto Khairan Mat JusohMARANG 20 Mac Pastinya berasa janggal bagi umat Islam hari ini tidak dapat menunaikan Solat JumaatBagaimanapun atas dasar Maqasid Syariah yang menetapkan solat Jumaat di seluruh negara termasuk Terenggan...
Terkini Semua Masjid Surau Solat Jumaat Solat Berjemaah Ditangguhkan 10 Hari

Terkini Semua Masjid Surau Solat Jumaat Solat Berjemaah Ditangguhkan 10 Hari

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 349 hits
Sebentar tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri turut telah mengeluarkan arahan dan pengumuman penting untuk menghentikan segala aktiviti di masjid dan surau untuk solat Jumaat dan solat berjemaah selama ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip