7 Petugas Istana Negara Positif Covid 19


Bernama Istana Negara
KUALA LUMPUR- Istana Ne gara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin
 Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.

“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,”  katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Fadil berkata sehubungan itui, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini. Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya.

Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-213 semalam, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik COVID-19 di negara ini.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, akan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Semalam, Zulkifli dalam kenyataannya berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan it.u

Mengenai jangkitan Covid-19 petugas Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan Covid-19 itu dan Pusat Kesihatan Kepong sedang mengesan semua kontak rapat dan mereka yang bertugas bersama tujuh petugas berkenaan.

“Kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut telah diarahkan menjalani proses saringan jangkitan Covid-19. Untuk memastikan pendedahan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara, kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut turut diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, mulai semalam,” katanya.

Ahmad Fadil berkata Istana Negara akan terus melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman yang menyeluruh mengikut garis panduan keselamatan dan kesihatan ditetapkan KKM.

Pihak pengurusan Istana Negara sentiasa memastikan tahap kesihatan dan persekitaran kondusif yang maksimum di Istana Negara mengikut tatacara serta panduan KKM.

“Langkah-langkah awal untuk memastikan kesejahteraan para pegawai dan petugas di Istana Negara sentiasa diberi keutamaan oleh Seri Paduka Baginda dan ia telah dilaksanakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.

“Istana Negara akan terus memberi bekerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan jangkitan pandemik ini dibendung dengan segera dan berkesan,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/7-petugas-istana-negara-positif-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Agong Permaisuri Kuarantin Diri Selepas 7 Petugas Istana Negara Positif

Covid 19 Agong Permaisuri Kuarantin Diri Selepas 7 Petugas Istana Negara Positif

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 302 hits
Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid 19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Beliau berkata Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah...
Tujuh Petugas Istana Negara Positif Covid 19 Saringan Agong Permaisuri Negatif

Tujuh Petugas Istana Negara Positif Covid 19 Saringan Agong Permaisuri Negatif

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR 26 MAC Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid 19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Beliau berkata Yang di Pertuan Agon...
Amerika Kini Negara Paling Teruk Dilanda Wabak Covid 19 Catat Lebih 100 000 Kes Positif

Amerika Kini Negara Paling Teruk Dilanda Wabak Covid 19 Catat Lebih 100 000 Kes Positif

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 365 hits
Washington 28 Mac Menurut data terkini Amerika Syarikat telah mencatatkan lebih 104 142 kes COVID 19 setakat ini Angka kes menjadikan AS sebagai negara paling teruk terkesan akibat COVID 19 selepas Itali Sepanyol dan China Semalam sahaja se...
Covid 19 Menara City One Dilingkungi Kawat Berduri 17 Positif Covid 19

Covid 19 Menara City One Dilingkungi Kawat Berduri 17 Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 249 hits
AKMAL MANAF Menara City One di Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur kini dilingkungi dengan pagar kawat berduri susulan terdapat 17 kes positif jangkitan Covid 19 di situ Menurut hantaran di Facebook Azlan Zambry yang juga wartawan Wilayahku ...
Dubes Ri 9 Wni Di Spanyol Positif Covid 19

Dubes Ri 9 Wni Di Spanyol Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 138 hits
Duta Besar Indonesia untuk Spanyol Hermono mengungkapkan ada sembilan warga negara Indonesia terjangkit virus corona di negara itu Jumlah WNI yang tercatat resmi di seluruh Spanyol ada 1 468 orang
Update Covid 19 Nasional 1 April 2020 1 677 Positif Dan 103 Sembuh

Update Covid 19 Nasional 1 April 2020 1 677 Positif Dan 103 Sembuh

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 224 hits
Yuri menjelaskan pasien yang meninggal dunia bertambah 21 kasus Sebelumnya pada Selasa tercatat 136 orang meninggal dunia menjadi 157 orang
142 Positif Covid 19 108 Discaj Hari Ini

142 Positif Covid 19 108 Discaj Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 188 hits
142 positif COVID 19 108 discaj hari iniDua lagi kes kematian COVID 19 dicatatkan 108 kes pulih142 positif Covid 19 108 discaj hari iniDUA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepa...
300 Siswa Positif Covid 19 Setukpa Polri Di Sukabumi Ditutup Sementara

300 Siswa Positif Covid 19 Setukpa Polri Di Sukabumi Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 180 hits
Kepala Pusat Kedokteran Kesehatan Polri Brigjen Pol Musyafak menjelaskan dari 1 550 siswa yang menjalani pendidikan di Setukpa 1 250 siswa dipulangkan ke Sekolah Kepolisian Negara yang ada di tiap tiap Polda Sedangkan sisanya 300 siswa diis...
Alat Bantu Pernapasan Dilepas 3 Pasien Positif Covid 19 Di Rsmh Palembang Membaik

Alat Bantu Pernapasan Dilepas 3 Pasien Positif Covid 19 Di Rsmh Palembang Membaik

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 182 hits
Tiga pasien positif Covid 19 yang tengah dirawat di ruang isolasi Rumah Sakit Umum Pusat Mohammad Hoesin Palembang mulai membaik
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game