Covid 19 Agong Permaisuri Kuarantin Diri Selepas 7 Petugas Istana Negara Positif


Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.
“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Ahmad Fadil berkata sehubungan itui, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.

Loading… “Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini. Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya.
Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-213 semalam, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik Covid-19 di negara ini.
Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, akan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Semalam, Zulkifli dalam kenyataannya berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu.
Mengenai jangkitan Covid-19 petugas Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan Covid-19 itu dan Pusat Kesihatan Kepong sedang mengesan semua kontak rapat dan mereka yang bertugas bersama tujuh petugas berkenaan.
“Kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut telah diarahkan menjalani proses saringan jangkitan Covid-19. Untuk memastikan pendedahan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara, kesemua kontak rapat dan kakitangan tersebut turut diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, mulai semalam,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Istana Negara akan terus melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman yang menyeluruh mengikut garis panduan keselamatan dan kesihatan ditetapkan KKM.
Pihak pengurusan Istana Negara sentiasa memastikan tahap kesihatan dan persekitaran kondusif yang maksimum di Istana Negara mengikut tatacara serta panduan KKM.
“Langkah-langkah awal untuk memastikan kesejahteraan para pegawai dan petugas di Istana Negara sentiasa diberi keutamaan oleh Seri Paduka Baginda dan ia telah dilaksanakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.
“Istana Negara akan terus memberi bekerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan jangkitan pandemik ini dibendung dengan segera dan berkesan,” katanya.
-Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/03/covid-19-agong-permaisuri-kuarantin-diri-selepas-7-petugas-istana-negara-positif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tujuh Petugas Istana Negara Positif Covid 19 Saringan Agong Permaisuri Negatif

Tujuh Petugas Istana Negara Positif Covid 19 Saringan Agong Permaisuri Negatif

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 400 hits
KUALA LUMPUR 26 MAC Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid 19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Beliau berkata Yang di Pertuan Agon...
Agong Permaisuri Jalani Proses Kuarantin 7 Kakitangan Istana Positif Covid 19

Agong Permaisuri Jalani Proses Kuarantin 7 Kakitangan Istana Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan negatif COVID 19 Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddi...
Tolong Doakan Kami Di Istana Agong Permaisuri Jalani Kuarantin Tengku Puteri Mohon Doa Semua

Tolong Doakan Kami Di Istana Agong Permaisuri Jalani Kuarantin Tengku Puteri Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 364 hits
Sebentar tadi tujuh petugas Istana Negara disahkan positif COVID 19 Berita itu pastinya menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat dan keluarga diraja sendiri Mengulangkicau berita berkenaan memohon orang ramai mendoakan mereka di istana...
7 Petugas Istana Negara Positif Covid 19

7 Petugas Istana Negara Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 350 hits
Istana Negara KUALA LUMPUR Istana Ne gara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid 19 19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Beliau berkata Yang di P...
Sudah Sembilan Positif Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah

Sudah Sembilan Positif Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 457 hits
RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memohon doa kesejahteraan daripada rakyat selepas kakitangan Istana Negara disahkan dijangkiti C0v 19 Sudah Sembilan Positif Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pem...
Penggambaran Filem Bogota Ditunda Song Joongki Kuarantin Diri Selepas Pulang Dari Colombia

Penggambaran Filem Bogota Ditunda Song Joongki Kuarantin Diri Selepas Pulang Dari Colombia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 345 hits
Novel coronavirus merupakan satu pandemik yang telah menggegarkan dunia sejak daripada penghujung tahun lepas lagi Disebabkan terlalu teruk sehinggakan sudah puluhan ribu kematian yang direkodkan di serata tempat sehingga menimbulkan kerisa...
Agong Raja Permaisuri Negatif Covid 19 Kuarantin 14 Hari

Agong Raja Permaisuri Negatif Covid 19 Kuarantin 14 Hari

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 370 hits
Diterbitkan Hari ini 1 39 pmIstana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid 19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Beliau berkata Yang di Pert...
Kisah Pilu Perawat Italia Positif Covid 19 Dan Bunuh Diri Karena Tak Mau Menularkan

Kisah Pilu Perawat Italia Positif Covid 19 Dan Bunuh Diri Karena Tak Mau Menularkan

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 292 hits
Italia hingga kini masih berperang melawan pandemi virus corona Dengan jumlah kematian di atas 10 ribu orang menjadikan Italia negara tertinggi korban meninggal Tenaga medis pun menjadi kalangan yang paling berisiko terinfeksi Covid 19
Jururawat Bunuh Diri Lepas Positif Covid 19 Kerana Takut Jangkiti Orang Lain

Jururawat Bunuh Diri Lepas Positif Covid 19 Kerana Takut Jangkiti Orang Lain

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 354 hits
Bimbang menjangkiti orang lain dengan virus Covid 19 seorang jururawat bertindak membunuh diri Menurut Mirror perkara itu didedahkan persekutuan kejururawatan di Itali Kredit foto Mirror NewsflashDaniela Trezzi 34 sebelum ini bertugas di ba...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked