Covid 19 Hukum Baca Qunut Nazilah Dalam Solat Fardhu



SOALAN:
Bolehkah seseorang itu membaca Qunut Nazilah di dalam solatnya disebabkan Covid-19 yang berlaku sekarang ini? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Qunut Nazilah merupakan suatu perbuatan yang tsabit di sisi syarak. Ia dilakukan setiap kali ada sahaja peristiwa tertentu atau lebih khususnya suatu musibah menimpa umat Islam. Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan Qunut Nazilah di dalam solat ketika berlakunya pengkhianatan dan juga pembunuhan terhadap beberapa orang sahabat baginda. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata:

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ‏
“Sesungguhnya Ri’l, Zakwan, Usaiyyah dan Bani Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka baginda SAW menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qurra’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’unah, mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca Qunut (Nazilah) selama sebulan dalam solat Subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas sebahagian Arab, Ri’il, Zakwan, Usaiyyah dan puak Lahyan.” [Riwayat Al-Bukhari (4090)]

Selain itu, antara riwayat lain yang menyebutkan berkenaan dengan bacaan Qunut Nazilah ini adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

بَيْنَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي الْعِشَاءَ إِذْ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ‏ ثُمَّ قَالَ قَبْلَ أَنْ يَسْجُدَ اللَّهُمَّ نَجِّ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ، اللَّهُمَّ نَجِّ سَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ، اللَّهُمَّ نَجِّ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ، اللَّهُمَّ نَجِّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ، اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ
Ketika Nabi SAW sedang mengerjakan solat Isyak sebaik sahaja baginda membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kemudian terus membaca doa sebelum baginda sujud dengan sebutan: “Ya Allah, selamatkanlah ‘Ayyash bin Abi Rabi’ah, Ya Allah, selamatkanlah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, selamatkanlah Al-Walid Ibn al-Walid. Ya Allah, selamatkanlah golongan yang tertindas dari kalangan orang beriman. Ya Allah, Kau beratkanlah hukuman-Mu ke atas suku kaum Mudhar. Ya Allah, jadikanlah ia seperti tahun-tahun Yusuf (tujuh tahun yang penuh kesulitan).” [Riwayat Al-Bukhari (122)]

Justeru, hadith-hadith di atas ini jelas menganjurkan bacaan Qunut Nazilah di dalam solat yang dibaca semasa i’tidal pada rakaat solat yang terakhir. Selain dari mendoakan keburukan ke atas musuh-musuh Islam yang telah melakukan kejahatan dan menyakiti umat Islam, Qunut Nazilah juga dituntut sekiranya berlaku wabak penyakit atau bencana yang menimpa umat Islam. Imam Al-Nawawi berkata: “Disyariatkan Qunut dalam kesemua solat fardhu disebabkan nazilah (kejadian tertentu yang berlaku) dan bukanlah (ia dibaca) secara mutlak (yakni tanpa sebarang sebab).” [Rujuk: Minhaj Al-Thalibin, Al-Nawawi (1/222)]

Manakala Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam mensyarahkan kata-kata Imam Al-Nawawi di atas beliau berkata: “Sama ada Nazilah (kejadian yang berlaku) itu bersifat umum atau pun perkara khusus yang melibatkan masyarakat umum yang mana kemudharatannya akan melibatkan umat Islam seperti wabak dan juga Taun, demikian juga hujan lebat yang memudharatkan.” [Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj, Ibn Hajar al-Haitami (2/68)]

Oleh yang demikian, merujuk kepada situasi semasa negara kita khususnya dan dunia secara umumnya yang diuji dengan wabak penyakit berjangkit Covid-19 ini, maka kami menyatakan adalah dituntut bagi umat Islam untuk membaca Qunut Nazilah di dalam solat mereka.

Berikut kami nyatakan beberapa hukum hakam Qunut Nazilah secara ringkas:

Disunatkan untuk dibaca secara kuat sama ada di dalam solat al-sirriyyah (seperti solat Zohor dan solat Asar) atau solat al-jahriyyah (seperti solat Subuh, Maghrib, dan Isyak).Qunut Nazilah hanya disyariatkan di dalam solat-solat fardhu sahaja dan tidak pada solat-solat sunat.Boleh dibaca di dalam solat fardhu berjemaah mahupun solat fardhu secara bersendirian. Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca secara perlahan.Dibaca pada rakaat solat yang terakhir, semasa i’tidal selepas bangun daripada rukuk.Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal Qunut Nazilah kerana ia bukan termasuk di dalam sunat ab’aadh.Disunatkan mengangkat kedua tangan semasa berdoa.Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.
Berikut pula merupakan antara cadangan doa qunut nazilah :

‎اللَّهُمَّ اهْدِنا فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنا فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لنا فِيمَا أَعْطَيْتَ وقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
‎اللهم إلَيكَ نَشْكُو وَإيَّاكَ نَرْجُو أَنْ تَدْفَعَ عَنَّا الْبَلَاء والوَبَاء والفِتَنَ والمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بطَن يا أرحم الراحمين ويا مُجِيبَ السَّائلِين
‎اللهم إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ وَالجُنُونِ والْجُزَامِ وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَام
‎وصَلَّى اللهُ وسلَّم علَى نَبيِّنا محمَّدٍ وعَلى آله وصَحْبِهِ أجمعين

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa bacaan Qunut Nazilah semasa musibah menimpa umat Islam adalah disyariatkan dan hukumnya adalah mustahab (sunat). Dalam usaha semua pihak untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam dari sebarang wabak dan penyakit berjangkit.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/covid-19-hukum-baca-qunut-nazilah-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Mulai Esok Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Diminta Baca Qunut Nazilah

Covid 19 Mulai Esok Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Diminta Baca Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 391 hits
Gambar HiasanSHAH ALAM Mulai esok semua masjid dan surau di Selangor diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah pada bacaan qunut solat Subuh berikutan peningkatan jangkitan COVID 19 di negara ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Sha...
Seruan Membaca Qunut Nazilah Setiap Kali Solat

Seruan Membaca Qunut Nazilah Setiap Kali Solat

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 199 hits
Saya menyeru seluruh umat Islam supaya membaca Doa Qunut Nazilah setiap kali solat bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya diselamatkan daripada wabak Covid 19 Semoga Allah melindungi seluruh rakyat Malaysia dan suasana kembali ...
Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Covid 19 Dijelaskan Mufti

Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Covid 19 Dijelaskan Mufti

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 518 hits
Sejak penularan meluas COVID 19 di seluruh Malaysia semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan dibatalkan termasuklah aktiviti keagamaan Hasil perbincangan antara mufti mufti dan pakar kesihatan ahli agama mengambil keputusan untuk menghent...
Doa Qunut Nazilah Disaat Negara Di Landa Musibah Covid 19

Doa Qunut Nazilah Disaat Negara Di Landa Musibah Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 1585 hits
Doa Qunut Nazilah Disaat Kita Dilanda Musibah Covid 19 Saat dan ketika ini kita satu dunia sedang dilanda musibah virus yang membawa maut Kebanyakan negara yang terkena virus ini melancarkan cara terbaik bagi mengekang wabak ini dari menula...
Hukum Solat Jamak Bagi Petugas Covid 19

Hukum Solat Jamak Bagi Petugas Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 217 hits
Jamak bermaksud menggabung dua solat di dalam satu waktu Iaitu menggabung solat Zohor dengan solat solat Asar dan solat Maghrib dengan solat Isyak Imam Al Nawawi menyebut Mazhab kami Pada asasnya di dalam mazhab Al Syafi i menjamakkan di an...
Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 306 hits
Qunut NazilahAllahumma inna naj a lukaFinuhuri a dainaWanna u zubika minshururihimAllahumma badid shamlahumWafariq jama humWashatit kalimatahumWazalzil aqdamahumWasalit a laihim kalbamin kilabikYa qahhar ya jabbar ya muntaqimuYa Allah Ya Al...
Bacaan Doa Qunut Nazilah Sesuai Imbauan Mui Bisa Dibaca Untuk Hindari Musibah Corona

Bacaan Doa Qunut Nazilah Sesuai Imbauan Mui Bisa Dibaca Untuk Hindari Musibah Corona

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 403 hits
Doa Qunut Nazilah merupakan salah satu amalan atau doa yang dianjurkan untuk dilakukan umat Islam saat ditimpa musibah Bacaan qunut nazilah disesuaikan dengan musibah yang menimpa umat Islam Doa tersebut dilafalkan dalam bahasa Arab yang in...
Covid 19 Selangor Tangguhkan Solat Fardhu Jumaat Di Masjid Dan Surau

Covid 19 Selangor Tangguhkan Solat Fardhu Jumaat Di Masjid Dan Surau

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 242 hits
Negeri Selangor menangguhkan solat fardhu berjemaah solat Jumaat aktiviti aktiviti ceramah dan kuliah agama di surau dan masjid setelah diperkenan oleh Sultan Selangor sendiri Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga 17 April disebabkan penul...
Covid 19 Amalan Sunat Solat Jumaat Sepanjang Covid 19

Covid 19 Amalan Sunat Solat Jumaat Sepanjang Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 403 hits
Covid 19 Amalan Sunat Solat Jumaat Sepanjang Covid 19 ADAKAH disunatkan lagi amalan sunat hari Jumaat jika sekiranya tergugurnya solat Jumaat seperti disebabkan Covid 19 ini Umum sedia maklum terdapat fatwa daripada institusi fatwa antaraba...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip