Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023



Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023. Negara Malaysia terdapat kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa menjadikan Malaysia sebuah negara yang sangat unik. Hidup di dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama menjadikan masyarakat Malaysia sentiasa bertimbang-rasa, bertolak ansur serta menghormati antara satu sama lain.
Bersempena Tahun Baru Cina 2023 pada kali ini, suka ingin kami kongsikan pada ruangan Sistem Guru Online kali ini mengenai hukum menyambut Tahun Baru Cina bagi masyarakat Islam di Malaysia dengan mengubah tajuk kepada “Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina”.
Kami berkongsi mengikut dari kerangka syara’ sama ada Islam membenarkannya ataupun tidak serta pengenalan berkenaan dengan sejarah sambutan Tahun Baru Cina dan yang berkaitan dengannya. Semoga dengan perkongsian pencerahan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kita kefahaman dalam beragama dengan mengangkat nilai kemasyarakatan dan sosial dalam kehidupan seharian kita ini.
Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023 Setiap tahun, Malaysia tidak akan terlepas dalam meraikan perayaan sempena Tahun Baru Cina dan lain-lain perayaan yang ada dalam negara kita. Kaum Cina yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina kita faham dan tidak campur tangan dalam urusan agama dan kepercayaan mereka. Persoalannya, bolehkah umat Islam sambut perayaan yang lain seperti Tahun Baru Cina ini? Apa hukum sambut tahun baru cina?
Sejarah Tahun Baru Cina Bagaimana Masyarakat Cina Menyambut Tahun Baru Mereka Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Yee Sang (Mengajukan Ucap Selamat Demi Kemakmuran/Prosperity Toss) Maksud ‘Gong Xi Fa Cal’ Layari telegram rasmi Sistem Guru Online untuk saluran terpantas info dan maklumat terkini yang diupdate dari semasa ke semasa

Ucap Dan Sambut Perayaan Cina Sejarah Tahun Baru Cina Sejarah terperinci mengenal sejarah sambutan Tahun Baru Cina tidak dapat ditentukan secara pasti namun apabila melihat kepada versi-versi cerita yang ada, terdapat sebuah kisah yang selalu diceritakan mengenai asal-usul sambutan tahun baru ini.
lanya bermula dengan ketakutan penduduk sebuah kampung yang selalu diburu oleh seekor makhluk mistik yang akan memakan mereka. Dipendekkan cerita terdapat seorang tua yang mencadangkan agar membuat bising dengan bunyi-bunyian seperti pukulan gendang, membakar mercun serta menggantung kertas berwarna merah dan juga menampalkannya pada tingkap rumah kerana dipercayai makhluk itu amat takutkan warna merah dan juga bunyi bising. Cadangan orang tua itu berhasil dan makhluk tersebut melarikan diri dan meraikan kemenangan penduduk kampung itu, maka ianya telah sinonim dengan meraikan tahun baru pada ketika itu.
Secara hakikatnya, sambutan Tahun Baru Cina adalah demi menyambut tahun baru bagi masyarakat Cina mengikut kalendar mereka. Mengikut kalendar Cina, setiap tahun akan diwakili dengan satu zodiak halwan yang mana pada tahun ini (2016), jatuh pada tahun monyet. Bagi masyarakat Cina, setiap tahun mempunyai kelebihannya yang tersediri berdasarkan zodiak haiwan kalendar Cina. Sambutan Tahun Barl Cina akan berterusan selama 15 hari dan pada hari yang ke lima belas merupakan perayaan pesta tanglung
Bagaimana Masyarakat Cina Menyambut Tahun Baru Mereka Sambutan tahun baru bagi masyarakat Cina adalah sambutan perayaan yang terbesar bagi mereka. Pada waktu inilah akan berkumpulnya sanak- saudara ahli keluarga untuk menyambutnya bersama-sama. Antara amalan serta adat yang berkaitan bagi menyambut tahun baru dapatlah disenaraikan secara ringkas seperti berikut:
Ahli keluarga akan membersihkan rumah dan menurut kepercayaan masyarakat Cina ianya bagi menghilangkan hantu dan juga sial. Makan malam bersama pada malam sambutan tahun baru adalah perkara yang sangat penting. Sampul merah (hong bao di dalam bahasa Mandarin/ang pow di dalam bahasa Hokkien) akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan oleh pasangan yang sudah berkahwin. Warna merah bagi melambangkan nasib dan juga masa hadapan yang baik: Dekorasi rumah juga akan dihiasi dengan hiasan-hiasan yang berwarna merah. Memakan mee yang panjang dengan kepercayaan bahawa semakin panjang mee yang dimakan, semakin panjang umur yang bakal dinikmati. Jika mahu umur yang panjang, jangan dipotong mee tersebut. Memakai pakaian yang berwarna merah dan mengelak dari memakai pakaian berwarna hitam. Pandangan Islam Menyambut Perayaan Cina Yee Sang (Mengajukan Ucap Selamat Demi Kemakmuran/Prosperity Toss) Di Malaysia mahupun Singapura, masyarakat Cina amat sinonim dengan Yee Sang iaitu satu upacara makan bersama yang diadakan bagi mengucapkan kemakmuran. Uniknya Yee Sang ini adalah apabila ianya hanya popular bagi masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura dan tidak pula di tanah besar China, Hong Kong dan juga Taiwan
Yee Sang atau disebut juga Yusheng adalah sebuah hidangan yang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia, la dihidangkan dengan mencampurkan tujuh jenis warna yang berlainan seperti hirisan betik, lobak putih, lobak merah, salmon mentah, kekacang, aneka sayur- sayuran dan aneka sos serta ramuan lain.
Dari kaca mata Islam, makanan yang halal lagi baik maka tidak ada halangan baginya untuk dimakan. Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah: 168)
Melihat kepada amalan ini, ianya lebih kepada adat dan tidak ada sangkut pautnya dengan permasalahan akidah dan harus hukumnya bagi umat Islam yang diajak untuk turut serta dalam upacara Yee Sang ini selama mana makanan yang dihidangkan halal dan tidak ada perkaitannya dengan permasalahan akidah baik dari segi ucapan mahupun iktikad terhadap upacara tersebut. Begitu juga selama mana tidak ada unsur-unsur maksiat dalam upacara tersebut.
Maksud ‘Gong Xi Fa Cai “Gong xi fa cal” (Tulisan Cina Tradisional: Tulisan Cina Ringkas, pinyin: göngxi fácái; Bahasa Kantonis (Yale): günghel faatchoih: bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hi hoat-chai; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai “Tahniah dan semoga mendapat rezeki”. Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan “Selamat tahun baru mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk). Melihat kepada maksudnya ini, ianya jelas tidak bermasalah dan tidak bercanggah dengan akidah Islam malah ianya satu ucapan yang amat baik dan melambangkan perpaduan yang erat sesama kita.
Perhatian, segala maklumat dan info yang telah dikongsikan diatas adalah merujuk kepada Laman Rasmi Page Mufti Wilayah, anda boleh ke halaman tersebut untuk mengetahui lebih lanjut.
Islam Dan Perayaan Cina Semoga dengan perkongsian Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023 ini dapat diberikan kefahaman yang bai kkepada kita semua. Jangan lupa kongsikan info kepada rakan-rakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/01/hukum-orang-islam-ucap-selamat-menyambut-perayaan-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023

Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 370 hits
Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023 Untuk masyarakat Tionghua Yee Sang ini adalah merupakan satu hidangan yang wajib ada serta disediakan ketika makan besar setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersam...
Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2023

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2023

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 382 hits
Tahun Baru Cina 2023 akan disambut oleh masyarakat Cina pada hari Ahad 22 Januari 2023 sehingga hari ke 15 Tahun Baru Cina 5 Februari 2023 Tahun ini merupakan tahun Arnab Jadi ucapan Selamat Tahun Baru Cina atau Happy Chinese New Year simbo...
Pm Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

Pm Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 249 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu Ahad ini Beliau menyifatkan perayaan besar di negara ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai ...
Corat Coret 2022 Selamat Datang 2023

Corat Coret 2022 Selamat Datang 2023

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 302 hits
Corat Coret 2022 Selamat Datang 2023 Assalamua laikum semua Tenggelam timbul owner blog ni Jarang sangat dah buat entry berkisar kan kehidupan si pemilik blog dan anak anaknya ini kan Entry Blog sekarang ni pun kebanyakan nya berkisar kan d...
Pm Ucap Selamat Berjuang Buat Skuad Hoki Negara

Pm Ucap Selamat Berjuang Buat Skuad Hoki Negara

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 169 hits
ANWAR IBRAHIMSelamat berjuang saya ucapkan kepada skuad hoki negara yang akan memulakan aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela India Skuad The Speedy Tigers akan bertemu Belanda pada petang ini sebelum dijadual menenta...
Macho Bergaya Di Mahkamah Sharnaaz Ahmad Ucap Selamat Pagi

Macho Bergaya Di Mahkamah Sharnaaz Ahmad Ucap Selamat Pagi

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 151 hits
Pelakon kacak terkenal Sharnaaz Ahmad hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi ini bagi kes dakwaan menendang dan menumbuk seorang penghuni kondominium di Segambut Jun lalu Pelakon berusia 38 tahun itu tiba nbsp sekitar jam 9 35 pagi tadi d...
Ikea Date Dan Selamat Tahun Baru 2023

Ikea Date Dan Selamat Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 258 hits
Assalamuaikum holla gais Dah seminggu di tahun baru sekejap je masa berlalu kan Let my blog be my diary today ya coz why not hehe so macamana hidup korang azam korang tahun lepas dah tercapai ke belum Erm azam aku banyak benda yang aku dapa...
Selamat Tahun Baru 2023 Semoga Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya

Selamat Tahun Baru 2023 Semoga Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum gais Haih Dah title mak mak orang masih lagi nak bergais gais kan haha Bertabahlah korang Makcik ni jiwa muda Untunglah boleh menaip dan mengeja betul lagi kan Alhamdulillah rezeki tubuh badan sihat perasaan tenang dan lapan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa