Ikea Date Dan Selamat Tahun Baru 2023


Assalamuaikum & holla gais ! Dah seminggu di tahun baru, sekejap je masa berlalu kan?  Let my blog be my diary today ya coz why not ~ hehe so macamana hidup korang, azam korang tahun lepas dah tercapai ke belum ? Erm azam aku banyak benda yang aku dapat walaupun sebenarnya bukanlah wishlist aku, alhamdulillah. 
Cuma wishlist aku yang sebenar-benarnya belum tercapai lagi, ia bukan benda, ia bukan gajet mahupun barang-barang yang perlu dibeli tapi lebih pada 1 impian yang maybe one day akan tercapai. But sokaylah, kadang-kadang perancangan kita banyak buruknya dari perancangan Allah yang selalu indah, jika masih tidak dapat maka ada hikmah tersembunyi yang mana mungkin bila kita disini, urusan kita lebih dipermudahkan, yang mana bila kita disana banyak hal yang menyusahkan. 
Hurmm malas lah nak fikir, harap tahun ni dapat tercapai :) Doakan ye hihi takde apa pun sebenarnya just simple wishlit. 

Nah, seminggu aku di tahun baru ni, sama je macam tahun-tahun sebelum hehe so far masih malas dan hodoh macam ni je lah hakhak, makin tua adalah. Haih dah 35 ye tahun ni, 5 tahun lagi dah 40 tahun, weii seriouslah ! Nape aku masih rasa macam seorang budak kecik yang masih lagi memerlukan bantuan di kala kebuntuan aaa gitu

Semoga Allah panjangkan usia ku sebab amalku yang tak pernah cukup. Tahun 2022 banyak benda sebenarnya aku lupa, kahkah adoi rasa macam makin pelupa la pulak, tapi alhamdulillah tahun 2022 bagi aku sebenarnya tahun yang lebih baik dari tahun 2021, sebab aku trauma dengan covid, rasa penat sangat bila ingat kembali

Bulan 1 ni ada tarikh-tarikh penting , my birthday boy, big boy & little boy dan my bff kawen uols ! Untunglah besday bulan sama, tapi cukuplah 1 kek je , sape suruh lahir bulan sama haha, Umi dan Rania beza sebulan je tapi takpe dapat kek asing kahkah. Hadiah ? Cukuplah kasih sayang ek :p
So minggu ni tak banyak urusan pun, takde hal-hal mustahak untuk di buat. Setelah sebulan cuti sekolah nasib baik lah semangat sekolah Rayyan tetap utuh ye, walaupun hari kedua sekolah dah ponteng kihkih lagipun modul membaca dia, dah habis. Good boy ! 

Tq suami belikan durian, beli kan ketam dan tolong masakkan juga. Bukan aku yang nak tau, tapi anak laki dia lah nak, abah ~ rayyan nak makan ketam, abah ~ rayyan nak durian. Seorang bapak mithali kan, tunaikan lah hajatnya itu hihi. Rezeki tahun baru ~ 

Minggu ni laki ku ajak pergi Ikea, yahuu btw lama dah tak lepak Ikea ye, lama tak makan meatball Ikea tu haaa, walaupun sekarang rasa macam biasa-biasa je tapi dapatlah hilangkan kempunan sambil-sambil cari barang sikit


Kisahnya nak beli langsir je dalam Ikea sebab langsir ku terkoyak, Rayyan dengan Rania lah ni duk main-main belakang langsir, huh dah tiba masanya ia terkoyak, tapi tu lah tu bila masuk Ikea, nak beli benda lain pasti terbeli benda lain jugak, heheh eleh korang pun sama jugak kan ! 
Lamb shank ~ 
Ciken ciken 
Mushroom soup 
Walaupun nampak sikit ~ tapi nak menghabiskan tu agak lelah ~ kenyang ~Tq suamiku ~ lebiyuu

So yaa, aku pakai baju besar gedabak ye, hurmm saiz aku M je sekarang tapi terbeli saiz L, tapi laki iols cakap okay je nahhh never mind sekarang fesyen orang pakai baggy-baggy so layankan je la ~ erm apa lagi ye berlaku dalam hidupku dalam seminggu ni? 
Lepas pergi Ikea, shopping-shopping sikit lepastu lapar, lah baru je lepas melantak ! Beli Empire Sushi dan try GIGI COFFEE, i pilih caramel machiato ! Orang cakap coffee ni sedap ermm qaseh rasa macam biasa je ~ heee mungkin kena cuba banyak kali. So far, caramel machiato Starbuck paling sedap hukhuk 

So minggu ni so far so good, siap dah dapat jemputan buffet ramadhan ~ alhamdulillah rezeki masih ada.Cuma plan kami rosak T_T, im so sad ! Plannya nak jalan-jalan Penang sehari sebelum wedding tapi ada taklimat darjah 1 lah pulekkk ~ terpaksa gerak lewat ! Boleh tak kalau tak pergi taklimat tu ahaha ~ jalan-jalan pun penting jugak :p Okay gurau je ~ settlekan yang penting dulu okie. 
Harapnya hari-hari korang juga okay-okay dan indah sahaja, selagi nama hidup tak pernah lari dari ujian, semoga korang yang tengah di uji ataupun yang tengah happy, semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan okay ! Dua beradik lain peel ~ sorang hati tisu , sorang boo layan je haha biasa hati tisu anak sulong kan :p
Oh ye hari tu aku rasa macam nak beli fon baru tau, sebab fon aku sekarang ada heating issue tapi time buat hotspot je la, mungkin fon aku fikir dia hotpot ! Tu yang panas semacam ~ tapi ia jadi lepas aku update, sekarang dah okay dah, so aku rasa taknak beli lah haha, atau tengokla macamana nanti ~ fikiran aku ni selalu berubah setiap saat ~ 
Sebelum balik tersinggah BOOK EXCESS, first time aku masuk sini, wah banyak betul buku-buku kat sini dan tenang je, nak release stress pun nice ni, cuma aku dah lama tinggalkan hobi membaca buku sejak anak dah dua ni, ntahlah banyak benda nak kena buat so rasa macam tak cukup masa ~ 


Tapi memang best lah BookXcess ni ye sebab banyak buku untuk anak-anak, so beli lah buku untuk Rayyan dan Rania sajork, online pun boleh beli, ada di shopee jugak if BookXcess ni jauh dari tempat korang —>  https://shope.ee/407tkiLSOe  Okay gais ~ Okay adios ! Tq sudi membaca ~ 

Comel la konon buat macam ni ek, nak muntoh hijau rasanya kahkah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.qasehdalia.com/2023/01/ikea-date-dan-selamat-tahun-baru-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bab 1 Januari 2023 Selamat Tahun Baru

Bab 1 Januari 2023 Selamat Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 234 hits
Selamat tahun baru 2023 Mari buka buku baru Bab 1 Januari 2023 yang berakhir dengan kesedihan Bukan mudah untuk menghadapi orang yang kita sayang Kasih seorang abah sepanjang masa sampai bila bila Tahun 2023 perlu bangkit walaupun payah Kit...
End Of Year 2022 With Gather With Family Selamat Tahun Baru 2023

End Of Year 2022 With Gather With Family Selamat Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 264 hits
Salam to all readers End of Year 2022 with Gather with Family Selamat tahun baru 2023 gais Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya Buat pertama kalinya pengakhiran penghujung tahun kami berkumpul satu family beramai ramai sekali den...
Selamat Tahun Baru 2023

Selamat Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun yang baharu iaitu 2023 Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat tinggal tahun 2022 dan selamat datang tahun 2023 Selamat Tahun Baru 2023 kepada semu...
Selamat Tahun Baru 2023 Dan Tamat Drama 365 Hari 2022

Selamat Tahun Baru 2023 Dan Tamat Drama 365 Hari 2022

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 291 hits
SELAMAT TAHUN BARU 2023 DAN TAMAT DRAMA 365 HARI 2022 Banyak kisah suka duka dalam drama 365 hari untuk tahun 2022 Ada suka dan ada duka yang kita ketahui sendiri Beralih pula di tahun 2023 Semoga ditahun yang baru ini akan hadir permulaan ...
Selamat Tahun Baru 2023 Time To Success

Selamat Tahun Baru 2023 Time To Success

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 175 hits
Baca GAMBAR LOKASI Selamat Tahun Baru 2023 Time To Success Inilah masanya untuk bergerak ke depan Lupakan masa lalu yang muram Korang hadapi je apa yang mendatang Kerana kesenangan tak datang bergolek dan kejayaan tak dicapai dengan hanya b...
30 Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2023 Untuk Text Si Dia Sempena New Year

30 Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2023 Untuk Text Si Dia Sempena New Year

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 223 hits
Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai Dalam menempuh sebuah perjalanan hidup di tahun 2022 pastinya terselit pelbagai jenis kisah dan cerita yang tersemat menjadi memori 2023 membuka lembaran baru semoga menjadi lebih baik daripada tahun sebelu...
Koleksi Senarai Pantun Selamat Tahun Baru 2023

Koleksi Senarai Pantun Selamat Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 292 hits
Tahun Baru semakin hampir Jadi takkan setiap tahun anda hanya berikan ucapan biasa sahaja kepada yang tersayang Apa kata kali ini kita hadiahkan serangkap pantun Selamat Tahun Baru 2023 untuk mereka Anda boleh kongsikan dan sampaikan pantun...
Selamat Datang Tahun Baru 2023

Selamat Datang Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum dan selamat malam Hari ini masuklah sudah tahun 2023 Apa azam tahun baru dan pembaharuan yang akan dibuat Semoga apa yang diimpikan berjalan dengan lancar Masuk tahun baru hendaklah berazam menjadi lebih berjaya di dunia dan...
Selamat Tahun Baru 2023 Apa Azam Yang Nak Dicapai

Selamat Tahun Baru 2023 Apa Azam Yang Nak Dicapai

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 336 hits
Selamat Tahun Baru 2023 Apa Azam Yang Nak Dicapai Selamat Tahun Baru 2023 Cepatnya masa berjalan macam pejam celik eh dah tahun baru lagi Atau saya sorang je yang perasan begitu Pelbagai nikmat dan ujian yang diturunkan bertali arus syukuri...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense