Corat Coret 2022 Selamat Datang 2023


Corat Coret 2022 | Selamat Datang 2023. Assalamua’laikum semua. Tenggelam timbul owner blog ni. Jarang sangat dah buat entry berkisar kan kehidupan si pemilik blog dan anak-anaknya ini kan. Entry Blog sekarang ni pun kebanyakan nya berkisar kan dengan kerja Blog. Maklumlah… Blog masih lagi releven untuk sumber pendapatan sampingan kan walaupun tak banyak sangat. Tapi tetap juga lah ada. Tapi bila dah jarang sangat menulis ni, memang boleh nampak skill nak mengarang tu dah makin mengurang. Nak kena rajin menulis balik untuk dapatkan semula skill tersebut. 

Alhamdulillah... Tahun 2022 sudah pun melabuhkan tirai nya. Nak masuk 20 hari berlalu, masih belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Datang 2023. Better late than never kan. How time flies. Saban tahun akan terasa betapa cepat masa berlalu. Syukur masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas hingga saat ini. Boleh dikira dengan jari berapa sahaja entry untuk tahun 2022. Untuk tahun 2023 pula, saya cuba untuk menjadi seorang yang rajin menulis semula untuk tahun baru ini… Insyaallah. Tak nak cerita banyak, jom lah kita imbas kembali corat coret yang terjadi sepanjang tahun 2022 ini dalam hidup seorang Afizah 😊
Suka Duka 2022Berjaya Menabung Biasalah, bila awal tahun kan kita akan pecah tabung untuk kira hasil tabungan sepanjang tahun. Alhamdulillah… Untuk tahun 2021, saya berjaya dengan konsisten nya menabung. Sejujurnya, memang mencabar juga. Tapi bila tengok duit yang berwarna warni tu semakin membukit degan jaya nya, memang kau akan excited. Saya buat tabungan duit Biru dan Hijau lah yang banyak. Sebab duit Merah, Oren dengan Ungu tu asyik kena usik saja… Hahaha… 

Hasil terkumpul duit tabung dapat juga lah dalam RM1k lebih. Alhamdulillah… Tapi untuk tahun 2022 ni, memang sangkut ditengah jalan. Banyak dugaan dan cabaran menabung tahun tu. Jadi nya… Untuk tahun 2023 ni, nak konsisten balik menabung. Semoga berjaya buat diri sendiri hendak nya. Hasil tabungan tu saya beli mesin basuh sebab mesin basuh yang lama tu tak boleh nak spin. Macam tahu-tahu saja orang tengah ada duit kan. Nak tak nak kena beli juga, Mesin basuh tu pon dah 13 tahun usia nya. At least nampak juga lah barang hasil dari menabung kan.
Patah Jari KelingkingBukan saya, tapi the one and only anak peremuan yang ada. Macam mana boleh patah jari kelingking? Sebab jadi keeper masa main bola. Tak padan dengan anak dara ya. Begitu lah… Bila dikelilingi oleh adik beradik lelaki dan kebanyak kan kawan pon lelaki. Perangai pon boleh tahan juga. Tapi bila dah makin remaja ni, dah nampak lah kelembutan nya. Jarang dah keluar main. Jadi anak dara duduk dekat rumah pula.

Kisahnya… 25 Januari 2022. Balik dari main tu Qahirah bagitahu tangan dia sakit. Masa tangkap bola jari kelingking dia terkehel ke belakang. Ibu dia ni ingat biasa-biasa saja. Sekali dia menangis sebab sakit. Bawa lah pergi klinik. Doctor check dan buat x-ray, memang nampak ada kesan retak. Tapi Doctor tak pasti ada patah atau pon tidak. Jadi… Kena refers Hospital. Memang nampak lah tangan bengkak. Esok tu pergi Hospital, buat X-Ray sekali lagi, memang patah ya jari kelingking nya. 
Doctor explain tak perlu simen sebab tulang budak ni akan cepat bercantum. Tulang yang patah tu akan baik dengan sendirinya. Follow up dua minggu seterusnya, Kalau tak bercantum elok, baru kena simen. Alhamdulillah… Cantik kejadian tulang yang retak tu. Cuma nampak jari kelingking tu bengkok sikit. Kurang lah duit hantaran lepas ni 😊
Rumah Pertama Bertukar NamaDalam erti kata lain, rumah pertama yang kami beli sudah habis dibayar, Tak ada hutang lagi dah. Nama pemilik pon sudah bertukar dari Bank kepada nama kami. Alhamdulillah… Rasa macam tak percaya yang hutang rumah sudah habis di bayar. Satu pencapaian besar buat kami dan satu keputusan yang bukan mudah sebab banyak peruntukan kewangan yang perlu kami sediakan. Cukai pintu dan cukai tanah kalau ada yang masih berbaki kena langsaikan. Yang penting, kena sediakan duit lawyer yang uruskan proses documentation. 
Untuk proses bebas hutang rumah ni, kami semak dulu dengan bank berapa jumlah pinjaman rumah yang masih berbaki. Lepas tu buat permohonan dekat KWSP untuk keluarkan semua duit dari akaun 2. Cukup ke duit tu untuk bayar hutang rumah? Memang tak cukup dan kena top up sikit dengan duit simpanan. Sebab tu saya cakap, kena ada peruntukan lebih kalau nak selesaikan hutang rumah ni. Memang pejam mata saja lah sebab memang sayang kan duit KWSP tu. Tapi demi nak bebas hutang, terpaksa ku relakan.
Alhamdulillah juga, Allah permudahkan semua proses. Dari urusan dengan KWSP, Bank dan juga Lawyer, semua nya lancar. Keputusan kami untuk langsaikan hutang rumah adalah sangat tepat bila melihat situasi OPR yang naik beberapa kali dalam setahun, secara tidak langsung memberi kesan dimana hutang rumah juga akan naik. Memang lega sangat bila rumah pertama ni dah habis bayar. Cuma terkesan dengan OPR dekat rumah yang kami duduk sekarang ni. Tapi tetap bersyukur sebab ada juga side income dari rumah sewa yang boleh cover mana yang tak cukup.
Rumah dekat Bangi ni memang sayang nak jual sebab kawasan strategik dan dekat dengan hot spot. Bila baca kes penyewa dari neraka yang pengotor, tak bayar sewa rumah, sewa rumah tertunggak dan banyak lagi lah. Rasa bersyukur sangat sebab kami dapat penyewa yang bagus dan pembersih. Nampak kemas terjaga lah rumah kami tu. Akan datang tak tahu lah kalau harga hartanah kawasan tu naik, mungkin kami ubah fikiran nak jual ke kan.  
Raya Mengejut Yang ni dah macam kena scam. Tiba-tiba hari raya. Memang kelam kabut lah semua sebab masak juadah raya pon belum lagi. Selalunya malam umum lusa baru raya. Tapi this year malam umum esok nya dah raya. Tak terkejut semua orang dibuatnya. Mana yang dah pergi surau/masjid untuk solat tarawih dan yang berbuka puasa dekat luar mesti bergegas balik kan. Nasib dah balik rumah mertua pagi tu.

Raya tahun ni juga merupakan Raya pertama tanpa Abah. Memang terasa sangat. Rasa masih tak percaya yang abah dah tak ada. Pagi-pagi dah pergi melawat rumah baru Abah. Walaupun Abah mertua, tapi Abah lah tempat menumpang kasih lepas kehilangan Ayah 17 tahun yang lalu.
Jalan-Jalan PenangAlhamdulillah… Rezeki dapat pergi Pulau Pinang. Masih tak ada kesempatan lagi nak up entry.  Kalau orang lain mesti dah banyak kali pergi kan. Tapi bagi saya itu lah pertama kali menjejak kan kaki ke Penang. Pergi selama 3 hari 2 malam dengan family in law. Alhamdulillah… Cuaca pon cantik. Buat pertama kali pergi ni, memang best lah Penang. Tak puas 3 hari 2 malam sebab ada banyak tempat yang tak sempat nak pergi terutama sekali tempat makan yang orang recommend. 

Padang kota lama pon hanya lalu sahaja. Malam hari pertama kami sampai tu, ingat nak lepak-lepak ambil angin malam. Sekali ramai betul orang. Sebab hari minggu agak nya kan. Nak cari parking pon payah. Kalau ada pun, jauh sangat nak berjalan. Kesian dekat Mak mertua nanti. Jadi nya… Kami tumpang lalu sahaja. Kalau ada rezeki, memang nak repeat ke Penang lagi.
Positive COVID-19Sekalii lagi anak dara nan seorang ni diuji. Kalau awal bulan patah tangan. Nak masuk hujung tahun kena COVID-19 pula. Masa kami satu family kena tahun 2021, Qahirah seorang sahaja yang immune masih kuat. Setelah 2 tahun CO-VIRGIN, akhirnya terkena juga. Tak tahu dapat dari mana sebab kami semua negative. Tengah hari 2/12 tu, balik dari sekolah Qahirah Whatsapp. Katanya demam. Dekat sekolah lagi dah start demem. Balik dari office petang tu, suruh dia buat saliva test. Tapi result negative.

Bawa juga lah pergi klinik sebab badan pon panas. Lepas tu badan rasa sakit-sakit, selsema, sakit tekak, pening kepala… haishhh… Instinct seorang ibu ni macam dah boleh rasa. Sampai giliran jumpa Doctor, saya explain lah semua. Test dah buat tapi Negative. Doctor suruh monitor and buat test lagi keesokan hari nya sebab symptom tu mamang macam COVID. Sekali bila esok pagi-pagi 3/12 tu test, naik double line clear. Maka bermula lah episode kena kurung dalam bilik. 
Update dekat MySejahtera semua, kena kuarantin 7 hari. Kalau boleh dia nak pergi sekolah sebab cuti sekolah lagi seminggu kan. Tapi test hari kelima, masih naik lagi double line, jadinya terpaksa lah cuti awal.
Rezeki dari Social Media Orang kata, sehebat mana pon kerjaya anda, sentiasalah mencari side income kerana kita tak tahu apa akan terjadi di masa akan datang. Ramai yang buat lebih dari satu kerja untuk menampung hidup yang serba serbi nya mahal sekarang ini. Gaji yang ada pon tak setara dengan kehidupan seharian. Alhamdulilah… Social Media dan Blog antara medium tempat saya mencari sumber pendapatan sampingan. 

Untuk tahun 2022, rezeki dari media social dan blog nak kata sentiasa ada tu, tidak juga. Tapi ada lah. Tak dinafikan saingan memang banyak sekarang ni memandangkan umur kau pon dah makin meningkat sebab kebanyak kan job perlukan yang muda-muda. Apa yang kita kena buat, sentiasa rebut peluang dan cuba buat yang terbaik. Kalau rezeki dah tertulis, tetap akan dapat dekat kita. Walaupon aktif dekat IG sebab IG antara job yang mudah nak buat, tapi blog tetap di hati. 
Ok… Sekian kisah corat coret 2022 saya. Ini pon dah panjang berjela. Harapan saya untuk tahun 2023 ni, semoga semuanya baik-baik saja. Fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan sangka yang baik-baik. Insyaallah semoga yang datang nanti semuanya baik-baik buat kita semua. Baik dari segi hidup, ekonomi, kesihatan dan pekerjaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizarahman.com/2023/01/corat-coret-2022-selamat-datang-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2023

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2023

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 382 hits
Tahun Baru Cina 2023 akan disambut oleh masyarakat Cina pada hari Ahad 22 Januari 2023 sehingga hari ke 15 Tahun Baru Cina 5 Februari 2023 Tahun ini merupakan tahun Arnab Jadi ucapan Selamat Tahun Baru Cina atau Happy Chinese New Year simbo...
Pengumuman Dividen Kwsp 2023 Bagi Tahun Kewangan 2022

Pengumuman Dividen Kwsp 2023 Bagi Tahun Kewangan 2022

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 413 hits
PENGUMUMAN SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2022 2023 Apakah Dividen KWSP Tahukah anda di bawah Akta KWSP 1991 Seksyen 27 jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2 5 setahun ke atas simpanan ahli Oleh itu dalam keadaan apa sekali pun ahli diberi ...
Peluang Melanjutkan Pengajian Peringkat Diploma Di Politeknik Seberang Perai Bagi Sesi Ii 2022 2023

Peluang Melanjutkan Pengajian Peringkat Diploma Di Politeknik Seberang Perai Bagi Sesi Ii 2022 2023

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 216 hits
K fiezz share kat sini Mana tahu ada adik adik lepasan SPM yang bercadang nak melanjutkan pelajaran Kebetulan ada hebahan kat e mail Kementerian berkaitan melanjutkan pelajaran selepas SPM ni Jadi tepek lah kat sini untuk rujukan sesiapa ya...
Ikea Date Dan Selamat Tahun Baru 2023

Ikea Date Dan Selamat Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 258 hits
Assalamuaikum holla gais Dah seminggu di tahun baru sekejap je masa berlalu kan Let my blog be my diary today ya coz why not hehe so macamana hidup korang azam korang tahun lepas dah tercapai ke belum Erm azam aku banyak benda yang aku dapa...
Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023

Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 252 hits
Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023 Negara Malaysia terdapat kepelbagaian bangsa agama dan bahasa menjadikan Malaysia sebuah negara yang sangat unik Hidup di dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama menjad...
Selamat Tahun Baru 2023 Semoga Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya

Selamat Tahun Baru 2023 Semoga Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum gais Haih Dah title mak mak orang masih lagi nak bergais gais kan haha Bertabahlah korang Makcik ni jiwa muda Untunglah boleh menaip dan mengeja betul lagi kan Alhamdulillah rezeki tubuh badan sihat perasaan tenang dan lapan...
Takwim Waktu Solat Selangor 2023

Takwim Waktu Solat Selangor 2023

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 379 hits
Takwim Waktu Solat Selangor 2023 Sebagai umat Islam adalah tanggungjawab kita untuk mendirikan solat 5 waktu setiap hari Bagi yang berada di kawasan Selangor di sini kami ingin kongsikan jadual waktu solat bagi tahun 2023 seperti yang dikon...
Cantiknya Laksmi Deneefe Suardana Perempuan Bali Pertama Di Miss Universe 2023

Cantiknya Laksmi Deneefe Suardana Perempuan Bali Pertama Di Miss Universe 2023

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 228 hits
Cantiknya Laksmi DeNeefe Suardana Perempuan Bali Pertama di Miss Universe 2023 Puteri Indonesia Laksmi DeNeefe Suardana menjadi perempuan Bali pertama yang mewakili Indonesia di ajang Miss Universe Dalam babak preliminary competition Laksmi...
Togel Singapore Website Provider Togel Termantap Paling Laku Di 2023

Togel Singapore Website Provider Togel Termantap Paling Laku Di 2023

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 349 hits
Dominannya banyak golongan model perjudian berjudi permainan nan saat ini begini luas diindonesia Menghasilkan kita bakal menerka barangkali didalam salah satu sortiran game beradu nasib bettor akan menemukan permainan togel online Permaina...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran