Selamat Tahun Baru 2023 Semoga Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya
Assalamualaikum gais.
Haih.Dah title mak-mak orang. masih lagi nak bergais-gais kan.haha.Bertabahlah korang.Makcik ni jiwa muda.Untunglah boleh menaip dan mengeja betul lagi kan.Alhamdulillah, rezeki tubuh badan sihat, perasaan tenang dan lapang, pekerjaan yang baik, rakan dan majikan baik, suami baik, anak-anak mendengar kata, jiran baik, keluarga mertua baik, anak kucing baik, ini semua rezeki yang kadang kala kita tak terlihat bukan?
Sedikit Quotes buat semangat menyambut tahun baru:)Tahun 2022 sudah berlalu.Kini sudah hari kelima kita menghirup udara Januari 2023.Time menaip ni, saya sebenarnya nak siapkan maklumat stok buku teks sekolah, tapi macam ni lah perginya.Payah jugak jadi Blogger.Bukak laptop, tak semestinya kena siapkan kerja sekolah dulu, ekau boleh lagi corner tang lain.kiki.
Takpelah.Gubeso pun tak marah.Asalkan kerja hakiki kita siap dan sempurna.InshaAllah.
Sedikit selpie Tuan Tanah Kedaung.haha.Sempena meninggalkan usia tahun lalu yang semakin berkurang.Semoga terus gigih mengupdate post di blog sendiri
Orait.Post kali ini takde mesej penting mana pun.Saya cuma nak kongsikan beberapa hal yang saya perolehi, yang saya usahakan untuk amalkan dalam kehidupan saya.Kotlah, ada kalangan readers saya ni, juga seperti saya yang menyimpan keinginan untuk perbaiki diri, akhlak dan ibadah-agar bila sampai hari kita bertemu dengan Tuhan Pemilik Alam, kita tak sesal dengan dunia yang kita miliki hari ini. Allahuu.
Family potret 2022.Syukur masih punya Ibu dan adik beradik yang boleh kita kasihi dan ruang untuk bersilaturrahim.Terkenang arwah abah yang telah meninggalkan kami sejak 12 tahun nan lalu.Semoga Allah tempatkan arwah abah dalam kalangan para solihin.Al Fatihah
Si Bulus kesayangan keluarga.Saya sering menganggap kehadiran Adeb dalam keluarga kami ibarat hadiah dari langit yang Allah hantar buat kami.Pada saat saya sedang bersedih kerana terpaksa berhenti dari mengasuh anak-anak bulus di rumah, tiba-tiba pada suatu malam dia muncul depan pintu rumah kami dalam keadaan kami tertanya-tanya anak kucing siapa ketika itu.Bila ditanya dalam grup residen, tiada yang mengenal si bulus ni.Kami tak mahu ambil risiko, takut anak kucing ini ada tuannya.Sehingga sebulan di rumah kami, diberi makan, tidur dalam sangkar yg selesa dan bebas berada dalam rumah, akhirnya Encik Suami setuju dan benarkan mengasuh si bulus ini.Alhamdulillah
Pertama : Ubah Skrip Doa Kita
Perkara ini saya tonton dari Reel di Instagram.Kata ustaz ni, saya pun dah tak ingat sapa namanya.Dari sejak kecik, sejak kita pandai berdoa, sampailah umur besar mak pak ni, cukuplah berdoa supaya murah rezeki, umur panjang, Tak salah pun doa macam tu.Tapi sebaik kita meningkat usia, cubalah berdoa supaya dikurniakan kemanisan dalam beribadah, kesungguhan dan istiqamah menjaga ibadah wajib dan sunat, kekuatan supaya lebih banyak bersedekah dan berinfaq dan sebagainya.
Mungkin korang doa yang lebih hebat, tapi saya terasa dengan teguran ustaz tu sebab saya kadang-kadang memang doa asyik mintak murah rezeki.huhu.Padahal Allah tu dah bagi macam-macam.Terlihat dan tak terlihat je.
Kedua : Yakin Dengan Perancangan Allah
Ini seperkara yang saya juga kadang-kadang tak dapat nak berlapang dada dengan ketentuan yang Allah dah aturkan.Akhir-akhir ini saya mula belajar berdoa, seperti ini, jika saya sedang berharap atau melaksanakan sesuatu. Ya Allah, jadikanlah rancangan kami lebih baik dengan rancangan Engkau.Lama-lama doa ini dah sebati dalam hati saya.Ternyata peranan doa ni sangat ajaib dalam hidup kita selagi mana kita yakin dengan pertolonganNya.
Ketiga : Bersangka Baik dengan sesiapa dan apa sahaja
Jika kita memilih hidup dengan melihat semua hal negatif,, maka kita akan mudah bersangka buruk.Malangnya, kita suka yang macam tu kan.Semua benda nak negatif.semua benda nak komen atau kritik.Padahal, belum tentu kalau kita berada dalam kasut orang yang kita pandang buruk tu, kita tak buat benda yang sama.Entah-entah, kita buat lagi teruk.huhu.
Cukuplah dengan perkongsian yang serba sedikit ini.Mudah-mudahan, Allah rezekikan kita mendapat pengampunan, mati dalam khusnul hotimah, Dikurniakan keselamatan dunia dan akhirat, diringankan dari hisab di titian sirat, mendapat redhoNya sehingga bertemuNya.
Syukur! Antara sweet moment kami sekeluarga meraikan puteri sulung dalam majlis graduasi sekolah.Bertambah manis kenangan ini, kerana pada masa sama, kakak turut dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Tokoh Fatimah Az Zahra di sekolahnya.Semoga Allah senantiasa merahmati kami sekeluarga dengan limpahan hidayah dan iman yang tidak berbelah bagi.aaminSelamat Tahun Baru 2023!
Semoga yang baik-baik mendatangi hidup kita sepanjang tahun 2023.Saya ada beberapa wishlist utk dicapai sepanjang tahun ini.Semoga Allah kurniakan kemudahan yang banyak kepada kita semua, tetap tenang, sabar dan ikhlas walau apa jua cabaran yang mendatang.
Ingatlah, setiap pengalaman pahit, itulah sebenarnya yang membuat kita lebih bijaksana dari semalam.Sampai jumpa lagi!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2023/01/selamat-tahun-baru-2023-semoga-lebih.html