Hukum Nafkah Zahir Dan Batin Termasuk Keperluan Emosi Dan Kesihatan Mental Bagi Isteri


SOALAN
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Apakah nafkah zahir dan batin itu termasuk sekali dengan keperluan emosi dan kesihatan mental yang baik bagi seorang isteri? Adakah emosi yang baik termasuk dalam nafkah batin? Membaca tragedi seorang suami menembak isteri, bukti pentingnya kefahaman pasangan berkenaan pengurusan emosi. Kata-kata makian daripada seorang suami yang ditonton oleh anak-anak akan menggangu psikologi anak-anak. Langkah menuntut fasakh bukan pilihan sesetengah isteri yang salah faham konsep sebenar. Saya juga ingin bertanya berkenaan hadis yang mengatakan Arasy bergegar apabila berlaku penceraian. Mohon pencerahan. Terima kasih.
RINGKASAN JAWAPAN
Keperluan emosi, mental dan fizikal yang baik merupakan salah satu nafkah batin yang wajib suami tunaikan terhadap isteri. Islam melarang seorang suami melayan isteri dengan cara yang tidak baik. Antaranya mengeluarkan kata-kata kesat dan mempamerkan sikap kasar terhadap isteri di hadapan anak-anak. Dalam hal ini juga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan tunjuk ajar serta nasihat dari sudut pendidikan agama dan kefahaman berkenaan pengurusan emosi. Manakala, fasakh merupakan hak bagi isteri menuntut penceraian yang diberi ruang oleh Islam dengan syarat-syarat tertentu dalam menyelesaikan konflik rumahtangga.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Dalam Islam terdapat hak-hak yang wajib ditunaikan oleh suami terhadap isterinya. Firman Allah SWT:
وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِي عَلَيۡهِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيۡهِنَّ دَرَجَةٞۗ
Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).”
Surah al-Baqarah (228)
Imam al-Thobari dalam menjelaskan ayat di atas, beliau menukilkan daripada kata-kata al-Dhahhak bahawa jika para-para isteri taat kepada Allah dan para suami mereka, maka wajib bagi suami berkelakuan baik serta bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dengan sebaik mungkin.
(Rujuk: Jaami’ al-Bayan li al-Thobari, 4/531)[1]
Keperluan emosi dan kesihatan mental yang baik termasuk nafkah yang wajib ditunaikan. Suami dan isteri harus berlaku adil antara satu sama lain. Komunikasi dengan baik serta layanan secara lemah lembut terhadap isteri, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yang lembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi SAW dari Abu Hurairah R.A. Sabda Rasulullah SAW:
اسْتَوْصُوا بِالنساءِ خَيْرًا، فإنَّ المرأةَ خُلقتْ من ضِلَعٍ ، وإنَّ أَعْوَجَ شيءٍ في الضِّلعِ أَعْلَاه ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ ، وإن تركتَه لم يزلْ أَعْوَجَ ، فاستوصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا
Maksudnya: “Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”.
Riwayat al-Bukhari (3331) dan Muslim (1468)
Berdasarkan hadis ini, Imam Ibnu Hajar dalam menjelaskan hadis ini menyebut bahawa asal kejadian wanita ialah tulang rusuk lelaki (Nabi Adam AS) iaitu ia bersifat bengkok secara semula jadi. Ini bermakna wanita tidak mampu menerima pelurusan sepenuhnya kerana sifat asal kejadiannya yang bengkok. Oleh itu, jika si lelaki (suami atau bapa) cuba melurusnya pasti ia akan patah.
(Rujuk: Fath al-Bari, 6/368)[2]
Tambahan juga dari Abu al-Hasan Nuruddin dalam menghuraikan hadis di atas menyebut bahawa seorang suami tidak sepatutnya berlebih-lebihan dalam meluruskan kekurangan si isteri kerana ia akhirnya membawa kepada penceraian dan pengakhiran yang tidak baik. Oleh itu si suami perlu ada sikap toleransi dan pemaaf atas kekurangan yang ada pada isteri.
(Rujuk: Mirqah al-Mafatih, 5/2117)[3]
Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita. Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri, melenting, marah menganggu emosinya dan sebagainya. Islam mengajar agar suami sentiasa menggauli isteri dengan cara yang sangat baik. Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ
Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
Surah an-Nisa’ (19)
Menurut Imam al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan bahawa ayat ini secara umumnya perintah Allah ke atas para suami agar berinteraksi dengan isteri-isterinya dengan pergaulan yang baik.
(Rujuk: al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/97)[4]
Menurut Syeikh al-Maraghi pula, ayat ini mengisyaratkan tentang kebersamaan dan kerjasama antara suami dan isteri dalam menghulurkan layanan yang baik antara kedua-duanya yang mana isteri sebagai sumber kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumahtangga.
(Rujuk: Tafsir al-Maraghi, 2/213-214)[5]
Tambahan pula, suami dalam melayari bahtera rumahtangga perlu mengambil teladan akhlak terbaik yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda SAW dalam sebuah hadis:
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي
Maksudnya: “Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.”
Riwayat Ibn Majah (2053)
Sehubungan itu, suami tidak mempunyai hak untuk memukul sehingga mencederakan isteri, apatalagi menganiayainya. Mendatangkan kecederaan dan menganiayai isteri memiliki implikasi dalam undang-undang persekutuan, dan undang-undang Syariah. Contohnya. Seksyen 52 Akta 303 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh. Seksyen itu memperuntukkan, antara lain;
(1) “Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu:
lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;”
Ini menunjukkan bahawa perbuatan mencederakan dan menganiayai isteri adalah darar Syarie yang mengharuskan tuntutan fasakh. Dalam masa yang sama, Kanun Keseksaan (Akta 574) memperuntukkan dalam Seksyen 319 ke atas berkenaan kesalahan mendatangkan kecederaan dan kecederaan parah kepada mana-mana orang. Justeru, tidak menjadi kesalahan kepada ibu bapa untuk membuat laporan polis atau memberikan keselamatan dan perlindungan kepada anaknya, sama ada lelaki atau perempuan, yang dipukul, dicederakan dan dianiaya oleh pasangan.
KESIMPULAN
Islam telah menetapkan tanggugjawab ke atas suami dalam kepimpinan rumahtangga, tanggungjawab memenuhi hak-hak isteri dan juga Islam memerintahkan agar bersikap santun dan berkelakuan baik terhadap mereka. Oleh itu, apabila hak-hak isteri tidak ditunaikan dengan baik oleh suami sedangkan ia menyedari dan mampu melaksanakan hak-hak tersebut, maka dia telah melampaui batas-batas Allah dan RasulNya. Dalam melayari bahtera kehidupan setiap pasangan perlu tahu tanggungjawab masing-masing agar setiap seorang di antara mereka tidak dinafikan hak-hak masing-masing sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Hukum Nafkah Zahir dan Batin Termasuk Keperluan Emosi dan Kesihatan Mental Bagi Isteri appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-nafkah-zahir-dan-batin-termasuk-keperluan-emosi-dan-kesihatan-mental-bagi-isteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Kerana Isteri Ada Gaji Berniaga Online Redha Suami Tak Bagi Nafkah Silap Besar

Jangan Kerana Isteri Ada Gaji Berniaga Online Redha Suami Tak Bagi Nafkah Silap Besar

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 403 hits
Allah suruh Allah dah kata Allah tinggikan darjat lelaki kerana memberi nafkah kepada perempuan Minta Minta macam kita minta duit dari mak ayah kita Kita minta elok elok Kalau hari ini tak bagi Minta lagi esoknya Kita minta sebab kita sayan...
Hubungan Suami Isteri Perlu Kekal Kestabilan Emosi

Hubungan Suami Isteri Perlu Kekal Kestabilan Emosi

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 282 hits
Hubungan suami isteri perlu kekal kestabilan emosi DALAM menghadapi cabaran dalam alam rumahtangga ketika penularan wabak Covid 19 ini pasangan suami isteri diminta mewujudkan suasana toleransi dalam usaha mengekalkan kestabilan emosi masin...
Makan Banyak Buah Dan Sayur Baik Untuk Kanak Kanak Berpotensi Miliki Kesihatan Mental Lebih Baik

Makan Banyak Buah Dan Sayur Baik Untuk Kanak Kanak Berpotensi Miliki Kesihatan Mental Lebih Baik

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 330 hits
Makan Banyak Buah Dan Sayur Baik Untuk Kanak Kanak Berpotensi Miliki Kesihatan Mental Lebih Baik BUAH buahan dan sayur sayuran adalah makanan yang amat penting dalam diet harian kerana ia membekalkan pelbagai khasiat dan nutrisi yang tidak ...
Nak Anak Ramai Tapi Abaikan Nafkah Ini Penjelasan Hukum Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Nak Anak Ramai Tapi Abaikan Nafkah Ini Penjelasan Hukum Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 402 hits
Setiap anak itu mempunyai rezekinya sendiri Namun harus diingatkan perlu ada perancangan jika mahu anak yang ramai Pastikan berkemampuan dan ambil berat soal kesihatan isteri sebelum merancang untuk hamil lagi Artikel Menarik Dalam kehidupa...
Hiburan Penat Duduk Hospital Berbulan Terseksa Zahir Batin Akhirnya Adik Balik Rumah Ibu Izuan Fitri

Hiburan Penat Duduk Hospital Berbulan Terseksa Zahir Batin Akhirnya Adik Balik Rumah Ibu Izuan Fitri

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 300 hits
Ibu kepada pelakon remaja Izuan Fitri iaitu Nor Abdul Rani memaklumkan anak lelakinya sudah pulang ke rumah pada Isnin lalu setelah berbulan dirawat di hospital akibat jangkitan tibi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Nor dia menitipkan...
Isteri Curang Dengan Saudara Kembar Sendiri

Isteri Curang Dengan Saudara Kembar Sendiri

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 832 hits
Isteri curang dengan saudara kembar sendiri Seorang lelaki mendedahkan dia tidak menyangka bahawa hubungan erat antara isteri dan saudara kembarnya rupa rupanya menjadi petunjuk bahawa mereka sebenarnya menjalinkan hubungan sulit tanpa peng...
Isteri Shuk Sahar Akui Sudah Putus Asa Aku Terkilan Sebab Aku Masih Mahu Baiki Bertahan Lagi

Isteri Shuk Sahar Akui Sudah Putus Asa Aku Terkilan Sebab Aku Masih Mahu Baiki Bertahan Lagi

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 284 hits
Sebelum ini rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah nyar1s mvsnah apabila pelawak tersebut dipercayai menjalinkan hubungan bersama seorang wanita Terbaharu Rossa dilihat memuat naik beberapa Instastor...
Anak Shahrol Shiro Selamat Jalani Pembed4han Isteri Shahrol Shiro Dedah Keadaan Terkini Anak Mereka

Anak Shahrol Shiro Selamat Jalani Pembed4han Isteri Shahrol Shiro Dedah Keadaan Terkini Anak Mereka

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 449 hits
Anak pelawak terkenal Shahrol Shiro Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani pembed4han ak1bat mas4lah buah p1nggang kron1k di pusat pervbatan
Kalau Tidak Dilayan Suami Marah Marah Tolak Permintaan Hubungan Kelamin 5 Kali Sehari Suami Bakar Isteri Hamil Dan Anak

Kalau Tidak Dilayan Suami Marah Marah Tolak Permintaan Hubungan Kelamin 5 Kali Sehari Suami Bakar Isteri Hamil Dan Anak

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 314 hits
Hanya kerana cemburu buta dan berang si isteri tidak melayani nafsu serakahnya seorang suami tergamak membakar isterinya menggunakan minyak petrol Lebih menyayat hati apabila mengetahui wanita itu dibakar dalam keadaan dirinya sedang hamil ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall