Nak Anak Ramai Tapi Abaikan Nafkah Ini Penjelasan Hukum Dari Mufti Wilayah Persekutuan


Setiap anak itu mempunyai rezekinya sendiri. Namun harus diingatkan, perlu ada perancangan jika mahu anak yang ramai. Pastikan berkemampuan dan ambil berat soal kesihatan isteri sebelum merancang untuk hamil lagi.
Artikel Menarik: [“Saya Nak Sangat Dia Panggil Saya.” Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih Pasangan Mahu Dengan Anak Bercakap]
Dalam kehidupan sekarang ni, belanja sangat besar. Maka perlu bijak merancang kewangan untuk kemudahan hidup sekeluarga. Salah satu perkara yang menjadi kerungsingan sekiranya mempunyai anak yang ramai, mungkinkah si suami akan mengabaikan nafkah?

Jika seorang suami mahukan anak yang ramai, perlu ketahui apakah hukum sekiranya mengabaikan nafkah keluarga. Dipetik dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ini penjelasan tentang hukumnya;
SOALAN
Salam Dato’. Apakah hukum seorang suami yang inginkan anak ramai. Namun, mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga?
RINGKASAN JAWAPAN
Menginginkan anak yang ramai adalah suatu yang digalakkan dalam Islam bagi meramaikan zuriat nabi SAW, dan wanita yang terbaik adalah yang mampu melahirkan anak yang ramai. Namun, jika pihak suami mengabaikan nafkah anak, maka dia dianggap cuai melaksanakan tanggungjawab dan berdosa. Dalam agama Islam tanggungjawab nafkah sesebuah keluarga terletak di bahu suami/bapa di dalam keluarga. Nafkah yang dimaksudkan di sini meliputi perbelanjaan makan dan minum, pakaian, menyediakan tempat tinggal dan apa sahaja keperluan asas dalam kehidupan suami isteri dan kehidupan keluarga. Apabila suami isteri masing-masing menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin, maka ahli keluarga tersebut akan berada dalam keadaan selesa dan tenteram.
Artikel Menarik: [Melompat-Lompat Tepuk Dada, Rupanya Tercekik! Tindakan Pantas Ibu Ini Selamatkan Nyawa Anaknya]
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Dalam agama Islam suami bertanggungjawab menyediakan nafkah kepada isteri dan ahli keluarganya kerana suami berperanan sebagai pemimpin keluarga. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah SWT:
ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”
Surah an-Nisa’ (34)
Syeikh Zainuddin di dalam karyanya menyebut bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isterinya sekiranya isteri merelakan dirinya untuk bermesra dalam keadaan apa sekalipun:
‌وإذا ‌مكنت ‌من ‌يمكن التمتع بها ولو من بعض الوجوه وجبت مؤنها
Maksudnya: “Jika isteri merelakan dirinya untuk bermesra walaupun dengan apa cara sekalipun, maka nafkah wajib disediakan untuknya.”
(Fath al-Mu’in, hlm 535)
Meninggalkan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah satu dosa sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash bahawa Rasulullah SAW bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ
Maksudnya:“Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.”
Riwayat Abu Daud (1692)
KESIMPULAN
Perkahwinan yang dibina dengan matlamat yang jelas untuk melahirkan kebahagiaan dan keamanan dalam sesebuah keluarga adalah lahir dari sikap tanggungjawab daripada suami dan isteri. Syariat Islam dan undang-undang Islam memberi garis panduan yang jelas supaya setiap pasangan perlu menghormati dan melaksanakan hak serta tanggungjawab demi mencapai kebahagiaan dan keharmonian untuk semua ahli keluarga.

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti dan event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Nak Anak Ramai, Tapi Abaikan Nafkah. Ini Penjelasan Hukum Dari Mufti Wilayah Persekutuan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-anak-ramai-tapi-abaikan-nafkah-ini-penjelasan-hukum-dari-mufti-wilayah-persekutuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tujuan Nak Bergurau Tapi Disangka Bertunang Dengan Naim Daniel Ini Penjelasan Iman Troye

Hiburan Tujuan Nak Bergurau Tapi Disangka Bertunang Dengan Naim Daniel Ini Penjelasan Iman Troye

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 451 hits
Baru baru ini gambar yang dimuat naik oleh penyanyi Iman Troye sedang duduk di atas pelamin sambil memegang bunga telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMalah tindakan penyanyi itu meletakkan pau...
Tak Larat Nak Ligan Dah Pandai Berjalan Anak Mat Salleh Mua Bellaz Makin Lasak

Tak Larat Nak Ligan Dah Pandai Berjalan Anak Mat Salleh Mua Bellaz Makin Lasak

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 308 hits
Kelibat MUA jelita Mua Bellaz ini sentiasa mencuri perhatian ramai Bukan hanya cerita kejayaan dan inspirasinya bahkan anak ketiga MUA yang cukup dikenali ramai ini seringkali menarik perhatian sesiapa sahaja Mana tidaknya wajah persis mat ...
Hiburan Saya Ni Memang Pendosa Tapi Tak Lah Sampai Tahap Nak Duakan Tuhan King Coco

Hiburan Saya Ni Memang Pendosa Tapi Tak Lah Sampai Tahap Nak Duakan Tuhan King Coco

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 230 hits
Selebriti media sosial King Coco tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyekutukan Allah SWT dengan menggunakan ilmu hitam serta perbuatan yang khurafat ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut King Coco atau nama sebenarnya Masyaira Ismail ...
Nak Anak Anak Selesa Niat Bantu Perbelanjaan Suami Isteri Tak Berani Berhenti Kerja

Nak Anak Anak Selesa Niat Bantu Perbelanjaan Suami Isteri Tak Berani Berhenti Kerja

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 260 hits
Setiap hari isteri balik dengan melangkah longlai kerana terlalu penat bekerja Dia penat namun bila mana memikirkan kemahuan dirinya dan niat untuk membantu suami dalam menguruskan perbelanjaan rumah isteri tegar bertahan Isteri terus kuat ...
Anak Nak Exam Pakai Laptop Wanita Rela Gadai Rantai Emas Ibu Terpaksa Korb4nkan

Anak Nak Exam Pakai Laptop Wanita Rela Gadai Rantai Emas Ibu Terpaksa Korb4nkan

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 319 hits
Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa sudah pasti mahukan yang terbaik buat anak mereka Insan mulia ini sanggup berkorban apa sahaja dalam membesarkan anak anak dan perkara tersebut sama sekali tidak terbalas dengan wang ringgit Nak beli ...
Siang Jadi Rider Malam Tulis Tesis Abang Foodpanda Keluar Awal Pagi Cari Rezeki Nak Sara 5 Anak Bayar Yuran Pengajian

Siang Jadi Rider Malam Tulis Tesis Abang Foodpanda Keluar Awal Pagi Cari Rezeki Nak Sara 5 Anak Bayar Yuran Pengajian

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 224 hits
HENDAK seribu daya tak hendak seribu dalih Tugas sebagai penghantar makanan bukanlah sesuatu yang mudah Mereka terpaksa mengharungi pelbagai cabaran termasuk cuaca panas dan hujan ribut Semua ini memakan tenaga dan masa yang bukan kepalang ...
Anak Sumbing Instafamous Lambat Kongsi Gambar Bukan Sebab Malu Saya Nak Tunggu Cukup

Anak Sumbing Instafamous Lambat Kongsi Gambar Bukan Sebab Malu Saya Nak Tunggu Cukup

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 695 hits
Bukan malu tapi Andika ada sebab lambat kongsi gambar anak sulung Personaliti media sosial Andika Putera akhirnya berkongsi foto anak sulungnya Alisha Puteri yang baru dilahirkan bulan lalu Menegaskan bukan malu untuk berkongsi keadaan anak...
Hiburan Saya Nak Tunggu Andika Putera Cerita Keadaan Sebenar Anak Lambat Kongsi Foto Bukan Sebab Malu

Hiburan Saya Nak Tunggu Andika Putera Cerita Keadaan Sebenar Anak Lambat Kongsi Foto Bukan Sebab Malu

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 757 hits
Baru baru ini personaliti media sosial iaitu Andika Putera berkongsikan foto anak sulungnya Alisha Puteri yang baru sahaja dilahirkan beberapa bulan yang lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBeliau menegaskan bukan malu untuk berkongsi gamba...
Wow Tudia Nak Joging Pun Tak Senang 4 Anak Kambing Seronok Ikut Wanita Ini Berlari Sambil Panggil Mak Mak

Wow Tudia Nak Joging Pun Tak Senang 4 Anak Kambing Seronok Ikut Wanita Ini Berlari Sambil Panggil Mak Mak

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 504 hits
Nak joging pun tak senang 4 anak kambing seronok ikut wanita ini berlari sambil panggil mak mak pernah jatuh kolam sebab brek tak makan Ahad 26 September 2021 3 30 PMOleh IWAN SHU ASWAD SHUAIBKak Jerung bersama empat ekor anak kambing berjo...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator