Hukum Mualaf Menukar Nama Setelah Memeluk Islam



SOALAN:
Perlukah mereka yang bukan beragama Islam menukar nama mereka atau nama bapa setelah memeluk Islam?

JAWAPAN:
Syariat Islam menekankan soal penggunaan nama yang bermaksud baik. Nama menjadi bentuk pengisytiharan identiti sebagai seorang Muslim, pengagungan terhadap syiar agama, hiasan dan pakaian buat bayi yang baru dilahirkan dan individu yang baru memeluk agama Islam.

Nama yang baik ini bukan hanya bermanfaat untuk tujuan kehidupan di dunia, bahkan nama ini juga yang akan digunakan sewaktu dipanggil oleh Allah SWT di hari akhirat nanti seperti yang dinyatakan di dalam hadis Nabi SAW:

«إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ، فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ»
“Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, oleh itu perelokkanlah nama-nama kamu.” [Riwayat Abu Daud (1996)]

Ketika mensyarahkan hadis ini, Imam Al-Bahuti menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab para ayah untuk memilih nama yang baik untuk anak-anak mereka. (Rujuk: Kasyaf Al-Qana', 2/26)

Hukum Menukar Nama Sendiri Setelah Islam

Berdasarkan himpunan nas-nas syarak, dapat disimpulkan bahawa hukum menukar nama bagi seorang Muslim adalah berbeza mengikut keadaan. (Rujuk: Al-Adzkar An-Nawawiyyah, hlm. 247; Tuhfah Al-Maudud bi Ahkam Al-Maulud, hlm. 76; Ahkam Al-Maulud fi Al-Fiqh Al-Islami, hlm. 360; Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah, 11/334)

1. Wajib
Para sarjana Islam telah bersepakat bahawa wajib menukarkan nama yang berunsur kufur, syirik dan menyaingi Allah seperti nama-nama dewa dan berhala. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إن أَخْنَعَ اسم عند الله رجل تسمى ملك الأملاك
“Sesungguhnya sehina-hina nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malik al-Amlak (Raja segala raja).” [Riwayat al-Bukhari (1385)]

2. Sunat
Nama yang mengandungi makna yang tidak elok (selain daripada nama-nama yang diharamkan) sunat untuk diubah, namun tiada paksaan dalam mengubahnya. Hal ini kerana tidak ada dalil yang jelas berhubung perkara ini. Hal ini diisyaratkan melalui hadith daripada Said al-Musayyib daripada bapanya:

أن أباه جاء إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم، فقال له: «مَا اسْمُكَ؟» قال: حزن، قال له: «أَنْتَ سَهْلٌ»، قال: لا أغير اسمًا سمّانيه أبي. قال سعيد بن المسيب: "فما زالت الحزونة فينا بعد"
“Bahawasanya bapanya telah datang kepada Nabi SAW lalu baginda bertanya: “Siapakah namamu?” Jawab beliau: “Hazn (dukacita).” Sabda Nabi: “Engkau Sahl (mudah).” Jawabnya: “Aku tidak akan mengubah nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku.” Kata Said Bin al-Musayyib: “Selepas itu kami terus-terusan dirundung kesedihan.” [Riwayat Abu Daud (4948)]

Dalam hadis ini Rasulullah SAW mendiamkan (taqrir) perbuatan seorang sahabat yang mempertahankan namanya yang tidak baik. Ini merupakan petunjuk (qarinah) bahawa menggunakan nama yang pengertiannya tidak baik hukumnya adalah makruh dan bukannya haram. (Rujuk: Ahkam Al-Maulud fi Al-Fiqh Al Islami, hlm. 363)

3. Harus
Apabila seseorang itu sudah memiliki nama yang baik maknanya, beliau boleh menukarnya kepada nama lain yang juga baik maknanya atau mengekalkan nama yang sedia ada. Contohnya menukarkan nama yang baik dalam bahasa ibundanya kepada nama dalam bahasa arab.

4. Makruh
Orang Islam digalakkan memiliki nama yang baik. Oleh itu menukar suatu nama yang sudah elok kepada yang kurang elok atau yang tiada makna, hukumnya makruh. Contoh yang ketara ialah tindakan meringkaskan nama hingga membawa kepada tiada makna.

5. Haram
Menukar suatu nama kepada nama yang dilarang, hukumnya haram.

Berdasarkan hukum menukar nama yang telah kami jelaskan, dapat disimpulkan bahawa tuntutan menukar nama ke atas mualaf adalah berdasarkan makna yang dikandung oleh nama tersebut. Jika namanya mengandungi nama dewa tertentu, contohnya Siva atau Murugan sebagaimana yang dilakukan oleh penganut agama Hindu atau membawa maksud kekufuran maka dia wajib mengubahnya. Jika namanya sekadar mengandungi maksud yang tidak baik, maka sunat baginya untuk mengubahnya.

Di samping itu, seseorang yang memiliki nama yang membawa maksud yang baik dalam bahasa ibundanya (selain dari bahasa arab) juga tidak diwajibkan untuk menukarnya. Hal ini kerana tiada dalil yang mensyaratkan bahawa nama mesti berasal dari bahasa arab. Ini dapat dilihat menerusi amalan Nabi SAW yang mengekalkan nama para sahabat yang berasal dari bangsa selain Arab.

Namun, sekiranya nama beliau mempunyai makna yang baik (di dalam bahasa ibundanya), tetapi beliau masih mahu menukar nama tersebut kepada nama dalam bahasa arab, maka hukumnya adalah harus. (Rujuk: al-Bayan wa al-Tahsil, 14/3)

Adapun sekiranya nama sebelum Islam beliau adalah nama yang popular dalam kalangan orang kafir (seperti nama paderi atau sebagainya) adalah lebih baik nama tersebut ditukar. (Rujuk: Majmu’ Fatawa Ibn Baz, 18/55)

Hukum Menukar Nama Bapa Setelah Islam

Tiada sebarang dalil daripada al-Quran atau hadis Nabi SAW yang menuntut seorang mualaf untuk menukar nama bapa mereka selepas memeluk Islam. Perbuatan Rasulullah SAW menukar nama yang buruk seperti yang dibahaskan sebelum ini juga jelas menunjukkan bahawa perbuatan tersebut terhenti setakat menukar nama diri para sahabat sahaja tanpa menukar nama bapa mereka.

Buktinya jelas apabila ramai para sababat Baginda SAW yang mengekalkan nama bapa mereka setelah memeluk Islam antaranya ialah Umar ibn al-Khattab, Bilal ibn Rabah, Ali ibn Abu Thalib dan Utbah ibn Abu Lahab. Bahkan nama Ikrimah ibn Abu Jahal juga kekal begitu walaupun bapanya adalah seorang individu yang kuat menentang Islam. (Rujuk: Fatwa al-Lajnah ad-Daimah, 20/327)

Justeru, menukar nama bapa adalah tidak diwajibkan bagi seorang Muslim malah ditegah oleh Islam sebagaimana hadis:

مَن ادَّعَى إلى غَيْرِ أبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أنَّهُ غَيْرُ أبِيهِ فَالجَنَّةُ عَلَيهِ حَرامٌ
“Barangsiapa yang mengaku anak dari selain ayahnya, padahal dia tahu bahawa yang diakuinya itu bukan ayahnya, maka haram baginya syurga.” [Riwayat al-Bukhari (6269) dan Muslim (95)]

Selain itu, amalan menukar nama bapa mualaf selepas mereka memeluk Islam dikhuatiri akan menghilangkan nasab keturunan, menimbulkan kekeliruan dan masalah dalam jangka masa panjang. (Rujuk: Fatwa al-Lajnah ad-Daimah, 20/327)

Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah di atas, pada pengamatan kami, seorang mualaf berhak mengekalkan nama asalnya yang bermaksud baik walaupun ia mungkin tidak selari dengan penganut agama Islam yang lain. Lebih-lebih lagi jika ia mengandungi maslahah yang berkaitan dengan pekerjaan, perniagaan, dokumen perjalanan apatah lagi hubungan kekeluargaan. Di samping itu, bagi mualaf yang mahu mengekalkan nama asal bapa mereka berhak untuk berbuat demikian bagi memelihara penasaban dan hubungan kekeluargaan.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-mualaf-menukar-nama-setelah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suruh Mengucap Pun Tak Pandai Lelaki Rohingya Perguna Nama Islam Kutip Derma

Suruh Mengucap Pun Tak Pandai Lelaki Rohingya Perguna Nama Islam Kutip Derma

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 479 hits
Kehadiran golongan pengemis di sekitar bandar ini menimbulkan persoalan kepada penduduk setempat kerana jumlah mereka dilihat semakin ramai Selain kawasan tumpuan seperti kedai makan mereka juga menjadikan lokasi taman perumahan sebagai lub...
Hukum Orang Islam Menganjurkan Christmas Party

Hukum Orang Islam Menganjurkan Christmas Party

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 252 hits
SOALAN Seorang ahli keluarga saya memohon pendapat dari alim ulama mengenai trend pada zaman sekarang dimana anak anak Melayu mula menganjurkan Christmas Party Kebiasaannya pada waktu dahulu orang Kristian yang menganjurkannya namun kini an...
Tiada Hukum Karma Dalam Islam Islam Percayakan Qadha Dan Qadhar 9542

Tiada Hukum Karma Dalam Islam Islam Percayakan Qadha Dan Qadhar 9542

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 1562 hits
Bagaimana Islam Menyikapi Karma Jumat 6 Juli 2018Salam pak admin nanya dong Apakah dalam Islam ada istilah hukum karma Kalau ada bagaimana penjelasannya Terima kasih Karma atau hukum karma kita kenal hari ini sebagai istilah yang mewakili f...
Ambrich Enterprise Telah Menukar Nama Kepada Kilang Balang Eyna

Ambrich Enterprise Telah Menukar Nama Kepada Kilang Balang Eyna

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 778 hits
Ingin dimaklumkan nama AMBRICH ENT telah ditukar kepada KILANG BALANG EYNA Penukaran nama ini berkuat kuasa 1 Jan 2020 Namun para pelangan tidak perlu bimbang kerana kami masih menjalankan barang yang sama hanya nama syarikat sahaja berubah...
Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam

Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 261 hits
SOALAN Saya bekerja di syarikat pest control Syarikat saya berjaya dapatkan tender untuk buat kerja kerja pembasmian makhluk perosak di gereja dan pekerja saya semua Muslim Bagaimana pula dengan penyediaan perkhidmatan lain seperti pendawai...
Hukum Tiup Lilin Kek Hari Jadi Ulang Tahun Kelahiran Dalam Islam

Hukum Tiup Lilin Kek Hari Jadi Ulang Tahun Kelahiran Dalam Islam

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 1016 hits
Apabila umur semakin meningkat dan tarikh lahir semakin dekat itulah saat yang ditunggu dengan penuh kebahagiaan untuk meniup lilin Menjemput rakan taulan sanak saudara dan ahli keluarga datang ke rumah untuk bersama meraikan majlis hari ja...
Garis Panduan Murid Islam Sertai Pesta Ponggal Di Sekolah Kpm

Garis Panduan Murid Islam Sertai Pesta Ponggal Di Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 883 hits
Satu surat dikeluarkan oleh Sektor Operasi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 13 Januari 2020 memaklumkan bahawa penyertaan masyarakat muslim dalam perayaan Pesta Ponggal adalah haram terutamanya upacara memasak nasi susu Ini...
Pas Agama Islam

Pas Agama Islam

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 237 hits
Miqdad ZakariaPAS Agama IslamParti PAS memang sinonim dengan semangat islam yang mereka laungkan Akan tetapi jika dilihat dari sudut perlaksanaan Jelaslah apa yang dihebohkan itu hanya omongan kosong yang tiada nilai sedikit pun Dulu zaman ...
Kenapa Orang Islam Tak Boleh Ada Tattoo

Kenapa Orang Islam Tak Boleh Ada Tattoo

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 723 hits
Kenapa orang islam tak boleh ada tattoo Assalamualaikum dan salam sejahtera Ha ini boleh jadi soalan atau pemberitahuan Boleh atau tidak orang islam buat tattoo Al kisahnya waktu muda tu waktu jahil dulu la aku pernah terasa nak ada tattoo ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp