Hukum Orang Islam Menganjurkan Christmas Party



SOALAN:
Seorang ahli keluarga saya memohon pendapat dari alim ulama’ mengenai ‘trend’ pada zaman sekarang dimana anak-anak Melayu mula menganjurkan Christmas Party. Kebiasaannya pada waktu dahulu, orang Kristian yang menganjurkannya namun kini anak-anak Melayu yang beragama Islam yang menganjurkan Christmas Party di rumah-rumah kediaman mereka. Mohon pandangan dan penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan sabda Rasulullah SAW:

«لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ» قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: «فَمَنْ»
“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Lantas siapa lagi?” [Riwayat Muslim (2669)]

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith tersebut, menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan syibr (sejengkal) dan dziro’ (sehasta) serta lubang dhob adalah permisalan terhadap tingkah laku kaum Muslimin yang begitu serupa dengan tingkah Yahudi dan Nasrani dari segi mengikuti mereka dalam hal kemaksiatan begitu juga perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. [Lihat: Syarh Muslim ‘ala al-Nawawi; 2/219]

Penganjuran Christmas Party kebiasaannya akan dihiasi dengan perkara-perkara yang melalaikan dan merosakkan agama, seperti makanan dan minuman yang tidak halal, perjudian, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Maka, dalam hal menganjurkan Christmas Party yang sememangnya sambutan perayaan bagi orang Kristian dalam kalangan orang Islam, ia merupakan suatu sikap tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang Kristian. Walhal, tasyabbuh terhadap agama selain agama Islam adalah dilarang sama sekali. Ia dibuktikan dengan hadith Rasulullah SAW:

‏ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Sesiapa yang bertasyabbuh dengan sesuatu kaum maka dia sebahagian dari mereka.” [Riwayat Abu Daud (4031)]

Dalam lafaz yang lain Nabi SAW bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا
“Bukan dari kalangan kami mereka yang menyerupai selain kami.” [Lihat: Majmu’ al-Fatawa; 22/154]

Penganjuran Christmas Party ini juga pada dasarnya jika diteliti pada niat dan juga maksud menganjurkan sambutan tersebut, dapat dilihat di sini seolah-olah membawa konotasi mengiktiraf agama lain, dan menyebarkan syiar mereka. Secara umumnya, jumhur ulama’ keempat-empat mazhab meletakkan hukum haram mengucapkan tahniah kepada orang bukan Islam sempena perayaan mereka. Maka, dalam hal menganjurkan Christmas Party adalah lebih utama dan lebih berat hukumnya berbanding melafazkan ucapan tahniah kepada orang Kristian.

Di samping itu, penganjuran Christmas Party ini juga perlulah dielakkan dan amatlah tidak digalakkan untuk dianjurkan sebagai jalan ataupun cara bagi menutup ruang-ruang yang membawa kepada kemungkaran dan juga kemaksiatan. Justeru, konsep sadd al-zari’ah (menutup jalan atau ruang) diaplikasikan di sini ke atas penganjuran Christmas Party bagi mengelakkan berlakunya hal-hal mahupun perkara keji apatah lagi yang merosakkan akidah. Ini juga berdasarkan kepada firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Dan saling membantulah ke atas perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jangan saling membantu atas perkara dosa dan permusuhan.” [Surah al-Maidah (2)]

Di sini kami lampirkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut:

Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam. Maksud “bertentangan dengan aqidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam di negara ini. Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam. Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.[Lihat: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-68]

Penutup

Kesimpulannya, kami cenderung untuk mengatakan bahawa penganjuran Christmas Party dalam kalangan orang Muslim adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan dari menyerupai orang Kristian dalam perayaan mereka serta perbuatan mengagungkan kesyirikan mereka serta membantu kekufuran mereka di samping melindungi diri dari perkara-perkara yang mungkar dan keji. Sehubungan dengan itu, kami menasihati orang ramai agar tidak meraikan perayaan agama lain sepertimana meraikan perayaan Islam iaitu ‘Eid al-Fitri dan juga ‘Eid al-Adha.

Akhir kalam, kami mendoakan agar Allah SWT memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agama-Nya, memberikan kemudahan dan keikhlasan dalam beribadah kepada-Nya, semoga Allah SWT memberkati juga segala amal perbuatan kita dan menganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-orang-islam-menganjurkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mualaf Menukar Nama Setelah Memeluk Islam

Hukum Mualaf Menukar Nama Setelah Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 728 hits
SOALAN Perlukah mereka yang bukan beragama Islam menukar nama mereka atau nama bapa setelah memeluk Islam JAWAPAN Syariat Islam menekankan soal penggunaan nama yang bermaksud baik Nama menjadi bentuk pengisytiharan identiti sebagai seorang ...
Tiada Hukum Karma Dalam Islam Islam Percayakan Qadha Dan Qadhar 9542

Tiada Hukum Karma Dalam Islam Islam Percayakan Qadha Dan Qadhar 9542

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 1631 hits
Bagaimana Islam Menyikapi Karma Jumat 6 Juli 2018Salam pak admin nanya dong Apakah dalam Islam ada istilah hukum karma Kalau ada bagaimana penjelasannya Terima kasih Karma atau hukum karma kita kenal hari ini sebagai istilah yang mewakili f...
Hukum Tiup Lilin Kek Hari Jadi Ulang Tahun Kelahiran Dalam Islam

Hukum Tiup Lilin Kek Hari Jadi Ulang Tahun Kelahiran Dalam Islam

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 1066 hits
Apabila umur semakin meningkat dan tarikh lahir semakin dekat itulah saat yang ditunggu dengan penuh kebahagiaan untuk meniup lilin Menjemput rakan taulan sanak saudara dan ahli keluarga datang ke rumah untuk bersama meraikan majlis hari ja...
Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam

Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 291 hits
SOALAN Saya bekerja di syarikat pest control Syarikat saya berjaya dapatkan tender untuk buat kerja kerja pembasmian makhluk perosak di gereja dan pekerja saya semua Muslim Bagaimana pula dengan penyediaan perkhidmatan lain seperti pendawai...
Malam Tahun Baru 2020 Mui Imbau Umat Islam Berzikir Dan Tidak Berhura Hura

Malam Tahun Baru 2020 Mui Imbau Umat Islam Berzikir Dan Tidak Berhura Hura

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 361 hits
Majelis Ulama Indonesia mengimbau umat Islam mengisi malam Tahun Baru 2020 dengan berzikir atau menghadiri acara pengajian istigasah dan muhasabah
Islam Terancam Di Bawah Ph

Islam Terancam Di Bawah Ph

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 253 hits
Pasti kita terbiasa membaca pernyataan pernyataan dan serangan pihak tidak bertanggungjawab bahawa Islam terancam di Malaysia Islam tidak terbela Islam dihina di bawah pentadbiran PH Namun apabila membuat perbandingan apa berlaku di bawah P...
Banggalah Wahai Kaum Melayu Kerana Islam Agama Kamu

Banggalah Wahai Kaum Melayu Kerana Islam Agama Kamu

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 416 hits
Oleh Jebat1 Al Quran turun dalam Bahasa Arab Nabi Muhammad S A W adalah orang Arab dan bertutur dalam bahasa Arab 2 Namun dikalangan bangsa Arab sehingga hari ini masih ada yang kafir malah menolak ajaran Nabi Muhammad S A W Lihat sahaja ke...
What Islam Offers To Modern Self Help An Islamic Paradigm Of Psychology

What Islam Offers To Modern Self Help An Islamic Paradigm Of Psychology

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 791 hits
Islam offers not only a theological framework within which we can position ourselves in relation to God but it also offers a holistic map for how to navigate the human experience on a path of development of the self or soul While we may und...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah