Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam



SOALAN:
Saya bekerja di syarikat ‘pest control’. Syarikat saya berjaya dapatkan tender untuk buat kerja-kerja pembasmian makhluk perosak di gereja, dan pekerja saya semua Muslim.

Bagaimana pula dengan penyediaan perkhidmatan lain seperti pendawaian dan perpaipan? Bolehkah masuk gereja dengan niat untuk buat kerja?

JAWAPAN:
Sebagai mukadimah, kami bawakan dua noktah penting berikut:

1. Hukum asal seorang Muslim masuk ke dalam rumah ibadat agama lain ialah harus jika mempunyai tujuan yang diharuskan syarak.

2. Namun kami juga telah tegaskan bahawa hukum keterlibatan Muslim dalam pembinaan rumah ibadat agama lain adalah haram sebagaimana pandangan majoriti ulama’.

Berkenaan khidmat pendawaian, perpaipan dan seumpamanya di rumah ibadat agama lain, maka kami berpendapat ia adalah diharuskan, kerana ia termasuk di bawah keumuman bidang muamalat sesama manusia yang bersifat luas dan anjal.

Perkhidmatan-perkhidmatan ini merupakan khidmat duniawi yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan ritual keagamaan agama lain. Tanpa kemudahan elektrik dan air paip sekalipun, tempat tersebut tetap dinamakan rumah ibadat dan ritual keagamaan tetap boleh dijalankan.

Maka kami melihat ia diharuskan atas dasar tolong-menolong dan hubungan muamalat dua hala sesama manusia, bukan atas dasar membantu memakmurkan syiar agama lain. Firman Allah SWT:

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.” [Surah al-Mumtahanah (8)]

Menurut Imam Ibnu Battol, muamalah dan pergaulan dengan orang kafir adalah diharuskan kecuali jual beli sesuatu yang digunakan untuk membantu orang kafir yang memerangi kaum Muslimin. (Rujuk Fath al-Bari 4/410)

Adapun khidmat kawalan haiwan perosak, maka ia termasuk di bawah keumuman perintah Rasulullah SAW melalui hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha:

خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِي الْحَرَمِ الْعَقْرَبُ وَالْفَارَةُ وَالْحُدَيَّا وَالْغُرَابُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ
“Khams fawasiq (haiwan perosak yang lima) yang perlu dibunuh meskipun di dalam keadaan berihram; kala jengking, tikus, burung ‘kite’ (burung pemangsa seakan helang), burung gagak dan anjing ganas.” [Sahih Muslim (1198)]

Kesimpulan

Tuntasnya, pada hemat kami hukum menyediakan khidmat pendawaian, perpaipan, kawalan haiwan perosak dan seumpamanya di rumah ibadat agama lain adalah diharuskan, dan ia tidak dikira memakmurkan syiar agama lain.

Perkara ini tidak boleh diqiyaskan kepada pengharaman keterlibatan Muslim dalam pembinaan rumah ibadat agama lain, kerana perkara yang dibincangkan dalam artikel ini hanya berkisar soal servis-servis umum untuk kemudahan hidup seharian.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-beri-khidmat-pendawaian-perpaipan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm10 Juta Disalur Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam Kata Mb Perak

Rm10 Juta Disalur Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam Kata Mb Perak

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 260 hits
RM10 juta disalur untuk rumah ibadat bukan Islam kata MB Perak Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Dec 2019 11
Hukum Tangkap Haiwan Ternakan Yang Berkeliaran Dan Menyaman Pemiliknya

Hukum Tangkap Haiwan Ternakan Yang Berkeliaran Dan Menyaman Pemiliknya

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 317 hits
SOALAN Sejak akhir akhir ini terdapat berita yang melaporkan tentang kewujudan haiwan ternakan di atas jalan raya lebih lebih lagi di atas lebuhraya utama Persoalan saya adakah dibolehkan untuk Pihak Berkuasa Tempatan menangkap haiwan terna...
Orang Ketiga Hukum Merosakkan Rumah Tangga Orang Lain

Orang Ketiga Hukum Merosakkan Rumah Tangga Orang Lain

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 635 hits
Media sosial hari ini masih lagi dikecam hebat dengan tindakan beberapa orang artis mahupun pendakwah yang menceraikan isteri sekali gus melangsungkan perkahwinan dengan wanita lain Apabila timbulnya isu isu sedemikian ramai juga di kalanga...
Sangat Menyentuh Hati Detik Cemas Haiwan Haiwan Selamatkan Diri Dari Rumah Yang Terbakar

Sangat Menyentuh Hati Detik Cemas Haiwan Haiwan Selamatkan Diri Dari Rumah Yang Terbakar

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 516 hits
Bukan setakat manusia sahaja yang menderita bahkan yang paling merasai keperitan kepanasan kebakaran hutan adalah kehidupan liar di hutan Australia Kebanyakan haiwan selamatkan diri daripada krisis ini Habitat yang sepatutnya menjadi tempat...
Hukum Menggunakan Lafaz Istirja Kepada Orang Kafir Dan Haiwan

Hukum Menggunakan Lafaz Istirja Kepada Orang Kafir Dan Haiwan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 348 hits
SOALAN Adakah boleh digunakan lafaz istirja pada makhluk lain selain orang Islam contohnya orang kafir dan juga haiwan haiwan Mohon pencerahan JAWAPAN Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu d...
Berhenti Guna Nama Islam Jika Terus Hina Hukum Agama Siti Zailah

Berhenti Guna Nama Islam Jika Terus Hina Hukum Agama Siti Zailah

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 640 hits
Siti Zailah Mohd YusoffKUALA LUMPUR Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam dinasihatkan agar berhenti menggunakan nama Islam sekiranya badan itu terus mempertikaikan hukum hakam agama Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan Siti Zailah Mohd Y...
Hukum Orang Islam Menganjurkan Christmas Party

Hukum Orang Islam Menganjurkan Christmas Party

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 270 hits
SOALAN Seorang ahli keluarga saya memohon pendapat dari alim ulama mengenai trend pada zaman sekarang dimana anak anak Melayu mula menganjurkan Christmas Party Kebiasaannya pada waktu dahulu orang Kristian yang menganjurkannya namun kini an...
Hukum Tiup Lilin Kek Hari Jadi Ulang Tahun Kelahiran Dalam Islam

Hukum Tiup Lilin Kek Hari Jadi Ulang Tahun Kelahiran Dalam Islam

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 1036 hits
Apabila umur semakin meningkat dan tarikh lahir semakin dekat itulah saat yang ditunggu dengan penuh kebahagiaan untuk meniup lilin Menjemput rakan taulan sanak saudara dan ahli keluarga datang ke rumah untuk bersama meraikan majlis hari ja...
Hukum Menggantung Ayat Suci Al Quran Di Rumah

Hukum Menggantung Ayat Suci Al Quran Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 361 hits
SOALAN Apakah hukum menggantung ayat suci al Quran atau kalimah Allah atau Muhammad di dalam rumah Bagaimana pula jika kalimah tersebut digantung di bahagian dinding belakang tv kemudian kaki kita dihalakan ke arahnya ketika berbaring Adaka...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik