Hukum Menyertai Maraton Anjuran Syarikat Judi



Soalan:
Apakah hukum menyertai acara maraton yang dianjurkan oleh syarikat judi? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Jawapan:
Sukan marathon adalah suatu perlumbaan yang melibatkan barjalan, berlari biasa ataupun berlari anak-anak dengan jarak yang tetap sebanyak 42.195 kilometer (26.219 batu atau 26 batu 385 ela)[1]. Secara umumnya, agama Islam tidak menghalang aktiviti pertandingan seperti ini. Justeru, pertandingan seperti ini adalah dibenarkan oleh Islam selagimana tidak menyalahi kerangka syariat Islam yang digariskan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah R.Anha, beliau telah berkata:

سابقنِي رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وآلِه وسلَّم فَسَبَقْتُه فلبِثْنَا حتى إذا أَرْهَقَنِي اللحمُ سابَقَنِي فسَبَقَنِي فقال هذه بِتِيكِ
“Rasulullah SAW berlumba lari mendahuluiku dan kemudian aku pula yang mendahuluinya. Sehinggalah tubuhku agak berisi dan baginda mendahuluiku dan terus mendahuluiku. Kemudian baginda mengatakan: “Ini adalah balasan kepada kekalahan yang lalu.” [Riwayat Ibn Hibban (4691)]

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:

Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan, 2004)
Menjawab kepada persoalan di atas, kita dapat melihat bahawa sesuatu yang membawa kepada haram adalah haram hukumnya. Dosa perbuatan haram tersebut bukan hanya dipikul oleh si pelaku sahaja, malah dosa tersebut turut dipikul oleh mereka yang menyumbang ke arahnya, sama ada sumbangan tersebut melalui wang ringgit ataupun sokongan moral. Setiap orang akan menanggung dosa mengikut kadar sumbangannya. (Lihat Halal dan Haram di Dalam Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 27)

Kesimpulan

Setiap mukallaf dipertanggungjawabkan di atas apa yang dilakukan di dunia ini. Dalam isu ini, kami cendurung mengatakan bahawa haram dan dilarang untuk menyertai maraton atau apa sahaja pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat judi atau syarikat yang menjalankan perniagaan yang dilarang oleh syarak. Ini kerana, perbuatan menyertainya dilihat secara langsung sebagai tanda sokongan serta merestui apa yang dilakukan oleh penganjur tersebut. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Nu’man Ibn Bashir R.A, Nabi SAW telah bersabda:

إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَإِنَّ بَيْنَ ذَلِكَ أُمُورًا مُشْتَبِهَاتٍ
“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar.” [Riwayat al-Tirmidzi (1205) dan al-Nasa’ie (5710)]

Justeru di atas dasar untuk mengelakkan perkara-perkara syubhah, maka perkara seperti ini perlu dijauhi dan dielakkan. Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda dan melapangkan hati kita semua untuk terus istiqamah beramal mengikut syariat yang sebenar.

[1] Lihat di laman: https://ms.wikipedia.org/wiki/Maraton

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/hukum-menyertai-maraton-anjuran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Syarikat Pengeluar Sabun Meah Mael Industry Milik Muslim

Sokong Syarikat Pengeluar Sabun Meah Mael Industry Milik Muslim

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 2381 hits
SABUN PENCUCI PAKAIAN MEAH MAEL INDUSTRYTidak perlu beli 50 botol untuk mendapat harga kilang 30 bukan 20 bukan 5 botol pun bukan Percaya atau tidak dengan kami anda boleh membeli 1 botol MEAH MAEL dgn harga kilang RM18 90 sebotol Ini bukan...
Pramugari Syarikat Penerbangan Tambang Murah Tak Mahu Bagi Makanan Yang Dah Dibayar

Pramugari Syarikat Penerbangan Tambang Murah Tak Mahu Bagi Makanan Yang Dah Dibayar

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 263 hits
Ada berapa syarikat penerbangan tambang murah kat negara kita Kalau dilihat dari segi harga tambang yang ditawarkan sekarang boleh dikatakan ada 3 pilihan utama AirAsia Malindo dan sudah tentu MAS Ketiga tiga syarikat tersebut menawarkan ta...
Informasi Trend Syarikat Asing Tinggalkan Pp Sekurang2nya 10 Oh Tong Keong

Informasi Trend Syarikat Asing Tinggalkan Pp Sekurang2nya 10 Oh Tong Keong

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 285 hits
ANTARA syarikat elektrik dan elektronik antarabangsa yang didakwa akan memindah mengecil dan menutup operasi masing masing di Pulau Pinang dari semasa ke semasa UTUSAN ONLINEPelabur asing lari apa Kerajaan Negeri P Pinang buat PULAU PINANG ...
Anthony Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat

Anthony Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Maut Akan Disiasat

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 350 hits
SERDANG Jabatan Pengangkutan Jalan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia telah diarahkan untuk melakukan siasatan serta audit keselamatan ke atas syarikat pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan maut di S8 Jalan Pe...
Pedas Kj Bidas Ph Isu Harta Tok Mat Hasan Apa Nak Hairan Tok Mat Hasan Dia Ceo Syarikat Eropah

Pedas Kj Bidas Ph Isu Harta Tok Mat Hasan Apa Nak Hairan Tok Mat Hasan Dia Ceo Syarikat Eropah

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 756 hits
Pedas Kj Bidas Ph Isu Harta Tok Mat Hasan Apa Nak Hairan Tok Mat Hasan Dia Ceo Syarikat Eropah
50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis

50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 403 hits
KUANTAN Sebanyak 50 syarikat perlombongan gagal memperbaharui lesen mencari gali bijih emas dan besi yang diusahakan dalam kawasan hutan simpan kekal di tanah kerajaan di daerah Lipis Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Datuk Dr Mohd Hizamri...
Edotco Rangkul Anugerah Syarikat Menara Telekomunikasi Asia Pasifik 2019

Edotco Rangkul Anugerah Syarikat Menara Telekomunikasi Asia Pasifik 2019

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 383 hits
Hari ini edotco sebuah syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi bersepadu menerima anugerah penghargaan Frost Sullivan selaku Syarikat Menara Telekomunikasi Asia Pasifik Tahun 2019 Ini adalah tahun ketiga edotco menerima anugerah ...
Beli Sekarang Kek Ikan Dan Bebola Ikan Keluaran Syarikat Muslim

Beli Sekarang Kek Ikan Dan Bebola Ikan Keluaran Syarikat Muslim

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 776 hits
YPF Yong Perak Food antara jenama Kek ikan Bebola ikan yg di usahakan oleh Yong Zaleha Yob Salim di Kg Tersusun Blkg Masjid Jamek Hutan Melintang Perak Kini Syarikat HARDEEN ENTERPRISE telah bekerjasama dengan Yong Zaleha Food untuk memasar...
Anjuran Berwuduk Sebelum Tidur

Anjuran Berwuduk Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 344 hits
Soalan Sebelum tidur disunatkan berwuduk Sekiranya terbatal semasa di atas katil perlukah bangun dan memperbaharui wuduk Dan apakah kelebihan berwuduk sebelum tidur Jawapan Daripada al Bara bin Azib R Anhuma katanya Rasulullah SAW bersabda ...
Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Ayasan Mr D I Y Kekalkan Gelaran Yayasan Terbaik Tahunan Di Csr Malaysia Awards


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How A Professional Handyman Can Help Transform Your Home

Pemuda Maut Selepas Tak Sedarkan Diri Ketika Sertai Acara Berbasikal

Resipi Gulai Ayam Kelantan Rasa Macam Beli Nasi Berlauk Bungkus Pagi Pagi

Justice For Zara

The Bolt A Retro Yamaha Scrambler That Harkens Back To Simpler Times

Beli Rendang Nyet Berapi Khairul Amingi