Anjuran Berwuduk Sebelum Tidur



Soalan:Sebelum tidur disunatkan berwuduk. Sekiranya terbatal semasa di atas katil, perlukah bangun dan memperbaharui wuduk. Dan apakah kelebihan berwuduk sebelum tidur?
Jawapan:Daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.Anhuma, katanya: Rasulullah SAW bersabda kepadaku:
إِذَا أَتَيتَ مَضْجَعَكَ فَتَوضَّأْ وضُوءَكَ لِلصَّلاةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلى شِقِّكَ الأَيمَنِ، وقلْ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نفِسي إِلَيكَ، وَفَوَّضتُ أَمري إِلَيْكَ، وَأَلَجَأْتُ ظَهرِي إِلَيْكَ، رغبةً ورهْبَةً إِلَيْكَ، لامَلجأَ ولا مَنجي مِنْكَ إِلاَّ إِليكَ، آمنتُ بِكِتَابِكَ الذِي أَنزَلْت، وَبِنَبِيِّكَ الذِي أَرسَلتَ، فإِنْ مِتَّ. مِتَّ عَلَى الفِطرةِ، واجْعَلهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُApabila kamu datang ke tempat perbaringan, hendaklah kamu berwudhuk seperti wuduk solat, kemudian berbaring atas lambung kanan, dan berdoalah:
اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نفِسي إِلَيكَ، وَفَوَّضتُ أَمري إِلَيْكَ، وَأَلَجَأْتُ ظَهرِي إِلَيْكَ، رغبةً ورهْبَةً إِلَيْكَ، لامَلجأَ ولا مَنجي مِنْكَ إِلاَّ إِليكَ، آمنتُ بِكِتَابِكَ الذِي أَنزَلْت، وَبِنَبِيِّكَ الذِي أَرسَلتَ“Ya Allah, aku serahkan diriku pada-Mu, dan aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku sandarkan belakangku kepada-Mu dengan penuh rasa harap dan takut kepada-Mu. Tiada tempat bersandar dan selamat selain daripada-Mu. Aku beriman dengan kitab-Mu yang Kamu turunkan, dan nabi-Mu yang Kamu utuskan.”
Sekiranya kamu mati, nescaya kamu mati di atas fitrah dan jadikanlah rangkuman doa ini sebagai akhir apa yang kamu baca. [Riwayat al-Bukhari (6311)]
Dalam sebuah hadis yang turut diriwayatkan oleh al-Bara’ bin ‘Azib R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ، فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ“Apabila kamu pergi ke tempat perbaringan kamu, maka hendaklah kamu wuduk seperti kamu wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di lambung sebelah kananmu.” [Riwayat al-Bukhari (247) dan Muslim (2710)]
Al-Qadhi 'Iyadh berkata: “Hadis ini terdapat tiga sunnah, salah satunya berwuduk untuk tidur kerana dibimbangi Allah mematikannya tanpa taharah (tanpa dalam keadaan bersuci). Dan seterusnya supaya mimpinya benar serta jauh dari permainan syaitan dalam mimpinya dan yang menakutkannya. Ketiga, jika dia mati, maka akhir amalannya di dunia adalah bertaharah serta zikrullah.” (Lihat Ikmal al-Mu'lim, 8/207)
Menjawab persoalan di atas, apabila seorang Islam berwuduk untuk tidur dan kemudian terbatal sebelum dia tidur, maka sunat baginya mengulangi wuduk. Ini kerana maksud wuduk di sini supaya seseorang itu tidur dalam keadaan taharah (suci). Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Muaz bin Jabal R.A, daripada Nabi SAW, sabda Baginda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَبِيتُ عَلَى ذِكْرٍ طَاهِرًا، فَيَتَعَارُّ مِنَ اللَّيْلِ فَيَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ“Tiada seorang Islam yang tidur dengan berzikir dan dalam keadaan taharah, kemudian dia terjaga pada waktu malam, lalu dia memohon kepada Allah kebaikan di dunia dan akhirat, kecuali Allah SWT perkenankan hajatnya.” [Riwayat Abu Daud (5042) dan Ibn Majah (3881)]
Muhammad Kamil Abd al-Somad, dalam bukunya al-I’jaz al-Ilmi fi al-Islam wa al-Sunnah al-Nabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat dalam wuduk sangatlah besar untuk tubuh badan manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga buku lali. Justeru, bagaimana pula jika dilakukan wuduk sebelum tidur? Ramai pakar kesihatan sentiasa menganjurkan kita agar membersihkan kaki, mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka. Selain itu, galakan berwuduk juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Sebenarnya terlalu banyak rahsia dan hikmah wuduk kerana kita yakin dan percaya setiap perintah Allah pasti mempunyai maslahat dan manfaat serta menolak mudarat.
Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada mereka yang suka untuk berwuduk dan mengekalinya sebagaimana dilakukan oleh salafus soleh kerana menjunjung perintah Rasulullah SAW. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/anjuran-berwuduk-sebelum-tidur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Tidur Tidak Rugi Kalau

Sebelum Tidur Tidak Rugi Kalau

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 472 hits
Assalammualaikum wbtSEBELUM TIDUR TIDAK RUGI KALAU Setiap manusia perlukan tidur yang cukup Kalau ikut saranan yang diberi sebaik baiknya lapan jam waktu kita daripada dua puluh empat jam yang ada itu dikhaskan untuk tidur Namun dengan pelb...
6 Manfaat Hebat Rutin Bacakan Anak Dongeng Sebelum Tidur Mama Papa Sudah Tahu

6 Manfaat Hebat Rutin Bacakan Anak Dongeng Sebelum Tidur Mama Papa Sudah Tahu

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 384 hits
Peringati Hari Dongeng Sedunia yang jatuh pada hari ini yuk lebih rajin bacakan dongeng untuk anak sejak dini Jangan malas demi generasi yang lebih cerdas berwawasan tinggi dan nggak gampang ngegas
Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur Insha Allah Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur Insha Allah Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 899 hits
Amalan amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan Allah memberi jalan buat setiap hamba Nya untuk memperolehi rezeki dalam pel...
Kemendagri Pesimis Perekaman E Ktp Warga Bisa Rampung Sebelum Pemilu

Kemendagri Pesimis Perekaman E Ktp Warga Bisa Rampung Sebelum Pemilu

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 268 hits
Zudan menjelaskan saat ini jumlah masyarakat yang belum memiliki e KTP terbilang besar Setidaknya ada empat juta warga yang belum memiliki e KTP
Anwar Polis Tak Rujuk Menteri Sebelum Usir Warga Mesir

Anwar Polis Tak Rujuk Menteri Sebelum Usir Warga Mesir

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 413 hits
PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan polis tidak merujuk kepada menteri keputusan mengusir warga asing yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengganas Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Ment...
Ceo Ethiopian Airlines Akui Pilot Alami Masalah Kontrol Sebelum Pesawat Jatuh

Ceo Ethiopian Airlines Akui Pilot Alami Masalah Kontrol Sebelum Pesawat Jatuh

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 306 hits
Kecelakaan ini adalah kedua kalinya terjadi dalam kurun waktu kurang dari enam bulan pasca jatuhnya Lion Air JT 610 pada Oktober lalu yang sama sama menggunakan Boeing 737 MAX 8 serta seluruh penumpang dan awak kabin tewas
Sebelum Ippt Diajukan Pengembang Meikarta Tawarkan Rp 20 Miliar Pada Bupati Neneng

Sebelum Ippt Diajukan Pengembang Meikarta Tawarkan Rp 20 Miliar Pada Bupati Neneng

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 262 hits
Praktik suap perizinan proyek Meikarta sudah dimulai sejak pihak pengembang ingin mengajukan Izin Pemanfaatan Penggunaan Tanah Bupati Nonaktif Bekasi Neneng Hasanah Yasin dijanjikan uang Rp 20 miliar
Bakal Pengantin Kongsi Cara Solat Jenazah Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan

Bakal Pengantin Kongsi Cara Solat Jenazah Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 872 hits
BAKAL pengantin maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Batu 4 Jalan Kuala Krai di Wakaf Che Yeh Kota Bharu petang tadi Dalam kejadian 6 05 petang tadi Muhammad Afifi A...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph