50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis




KUANTAN – Sebanyak 50 syarikat perlombongan gagal memperbaharui lesen mencari gali bijih emas dan besi yang diusahakan dalam kawasan hutan simpan kekal di tanah kerajaan di daerah Lipis.


Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri (JPNP), Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, sikap cuai dan ambil mudah untuk tidak memperbaharui lesen antara yang dikesan dalam operasi lombong 4.0 di daerah itu yang diadakan sejak dua hari lalu.

Menurutnya, syarikat perlombongan yang beroperasi tanpa lesen boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 dan akta pihak berkuasa lain.


“Pengusaha perlu memperbaharui lesen melombong sebelum tamat tempoh kuat kuasa, bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang. Jika tiada lesen sah, kita tidak akan berkompromi dengan syarikat dan individu yang terbabit dengan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal di negeri ini secara haram tanpa memiliki permit atau lesen.

“Tindakan tegas menanti pihak terbabit, selain dikenakan denda peralatan dan jentera mereka turut akan dirampas. Lesen mencari gali bijih emas dan besi hanya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sementara permit penggunaan hutan simpan bagi membabitkan jentera dan pekerja dikeluarkan jabatan perhutanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JPNP mengadakan operasi lombong 4.0 di daerah Lipis dan program empat hari itu disertai lebih 180 anggota pelbagai agensi kerajaan.

Selain kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang turut sama menyertai operasi berkenaan PTG, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG), Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Badan Kawal Selia Air (BKSA), Jabatan Imigresen dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Mohd Hizamri berkata, dalam operasi tersebut pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap lebih 55 lombong yang berada dalam kawasan hutan simpan kekal dan tanah kerajaan seluas 60,000 hektar di daerah itu.

Jelasnya, selain gagal memperbaharui lesen cari gali bijih besi dan emas terdapat beberapa kesalahan lain dilakukan.

Bagaimanapun, pihaknya akan terus mengadakan ops lombong setiap tahun bagi memastikan semua syarikat perlombongan di negeri ini mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan terutama membabitkan permit atau lesen.

Selain itu, pihaknya berjaya menahan tujuh pekerja warga asing yang berada dalam kawasan lombong tanpa permit.

“Mereka diserahkan kepada jabatan imigresen untuk tindakan selanjutnya, palung yang dibina secara haram turut dirobohkan,” katanya. #sumber
< Previous PageNext Page >http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/04/sebanyak-50-syarikat-lombong-gagal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Gagal Pinda Perlembagaan

Kerajaan Gagal Pinda Perlembagaan

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 368 hits
Dewan Rakyat 9 April Kerajaan mencatat kekalahan hatrik dalam seminggu sebentar tadi apabila cadangan meminda artikel perlembagaan 1 bagi mengembalikan status Sabah dan Sawarak gagal diluluskan di peringkat dasar malam tadi lapor Malaysiaki...
Ptptn Terlalu Berharga Untuk Gagal Walau Dibebani Hutang Besar

Ptptn Terlalu Berharga Untuk Gagal Walau Dibebani Hutang Besar

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan bakal menghampiri detik setahun pemerintahannya bulan depan tempoh yang sarat dengan pelbagai perkembangan serta isu yang perlu ditangani Walaupun tanggung jawab yang digalas itu tidak semudah dijangkak...
Osman Sapian Salah Satu Contoh Pemimpin Gagal Dari Bersatu

Osman Sapian Salah Satu Contoh Pemimpin Gagal Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 427 hits
Yang lain bila lagi bila pula Bukankah lebih mudah UNTUK melakukanya secara terhormat tanpa perlu perkenan dari pihak lain kerana IA dibawah budibicara PM sahaja Berhubung amaran PM bahawa tiada sesiapapun mengatasi undang sepatutnya disamb...
Mp Umno Bn Punca Gagal Pinda Perlembagaan Status Sabah Sarawak Anwar

Mp Umno Bn Punca Gagal Pinda Perlembagaan Status Sabah Sarawak Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 447 hits
Ahli Parlimen Barisan Nasional menjadi punca Rang Undang undang Persekutuan 2019 gagal mendapat majoriti undi 2 3 ketika dibentangkan di Dewan Rakyat semalam kata Anwar Ibrahim Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson berkata Dewan Rakyat...
Gagal Pinda Perlembagaan Tun Mahathir Tak Salahkan Mp Sarawak

Gagal Pinda Perlembagaan Tun Mahathir Tak Salahkan Mp Sarawak

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 342 hits
Kegagalan kerajaan meminda peruntukan perlembagaan berhubung status Sabah dan Sarawak malam tadi di Parlimen Foto Kosmo Perdana menteri kelihatan bersikap terbuka dengan pendirian anggota parlimen pembangkang yang enggan menyokong usul diba...
Pinjam Uang Selalu Gagal Hindari Kesalahan Ini

Pinjam Uang Selalu Gagal Hindari Kesalahan Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 448 hits
Pinjam uang lewat aplikasi jadi solusi yang paling mudah mendapatkan dana tunai Sayangnya masih saja ada beberapa yang ditolak dengan Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Tiada Duit Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya

Tiada Duit Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 904 hits
Tiada Duit Seorang Bapa Hampir Gagal Kebumi Jenazah Bayinya ok Disebabkan tiada wang membayar kos pengebumian sebanyak RM300 diminta pengurusan jenazah surau seorang bapa hampir gagal menyempurnakan pengebumian jenazah bayi lelakinya yang m...
Batalkan Aturan Pajak E Commerce Pemerintah Dinilai Gagal Membuat Kebijakan

Batalkan Aturan Pajak E Commerce Pemerintah Dinilai Gagal Membuat Kebijakan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 292 hits
Kementerian Keuangan secara resmi membatalkan Peraturan Menteri Keuangan Nomor 210 PMK 010 2018 tentang Perlakuan Perpajakan atas Transaksi Perdagangan melalui Sistem Elektronik atau e commerce
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin

Sabah Leaders Cast Doubt On Muhyiddin S 40pc Revenue Pledge Point To Inaction When He Was Pm

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Don T Be Trapped By Uncertainty Nostalgia Hamzah Tells Bersatu

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jjcm Minum Petang Di Parit Yusof

Roti Sunshine Baru

Ultimate Beef Tenderloin Recipe Green Egg

Soalan Bocor Atau Strategi Inilah Cara Sebenar Lulus Temuduga Kerajaan

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan