Hukum Menggunakan Khidmat Doula Mufti Wilayah


MukadimahIsu doula mula timbul beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi semakin hangat apabila dikejutkan dengan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah, tanpa kehadiran bidan atau pakar perubatan bertauliah. Bayi berkenaan dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi kerana bayi dan ibunya hanya berada di bawah pengawasan doula. Walaupun kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, kami merasa terpanggil untuk mengulas isu ini secara menyeluruh berdasarkan laporan-laporan yang diperoleh daripada sumber-sumber kedua-dua belah pihak. Kami namakan Bayan Linnas pada kali ini dengan tajuk Hukum Menggunakan Khidmat Doula.DefinisiSebelum kami memberi jawapan dengan lebih terperinci, kami mulakan dahulu dengan definisi khidmat doula. Perkataan ‘doula’ itu sendiri berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “hamba wanita”. Kamus English Oxford menghuraikan doula sebagai “woman, typically without formal obstetric training, who is employed to provide guidance and support to a pregnant woman during labour.” (wanita, tipikalnya tanpa latihan perbidanan yang formal, yang mana diambil bekerja untuk menyediakan panduan dan sokongan kepada wanita mengandung semasa proses kelahiran)Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi emosi, pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas) dan fizikal (secara sentuhan seperti urutan)[1] Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin. Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.Jenis DoulaMenurut WebMD, secara asasnya, terdapat 3 jenis doula iaitu doula antepartum, doula labor, dan doula pospartum. Doula antepartum membantu memberi ilmu kehamilan dan mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung. Doula labor pula berada di sisi ibu ketika bersalin. Manakala, doula postpartum akan berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan termasuk penjagaan ibu dan pengurusan kerja rumah.[2]Hukum Menggunakan Khidmat DoulaKes kematian bayi yang melibatkan doula baru-baru ini di Malaysia membuka mata banyak pihak akan betapa seriusnya isu ini dalam kalangan masyarakat kita. Begitu juga ada kes kematian wanita yang bersalin akibat daripada khidmat doula yang tidak profesional. Doula sebagaimana pengamalan di luar negara, menggalakkan kelahiran bayi di hospital dengan dibantu oleh doktor. Mereka tidak berperanan mengambil alih tugas bidan dan doktor terlatih. Ini kerana, sekiranya berlaku apa-apa komplikasi seperti pendarahan selepas kelahiran, proses kelahiran yang memerlukan caesarean, janin stres di dalam kandungan, tersangkut dan bayi songsang, ia memerlukan kemahiran yang tinggi oleh pakar. Jika tidak, ia mungkin boleh membawa kepada kematian ibu atau bayi atau kedua-duanya. Setelah meneliti dan menekuni isu ini, disamping mendapatkan maklumat dari pakar perubatan[3], kami berpandangan penggunaan khidmat doula adalah tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih. Alasan tidak mahu melahirkan anak di hospital kerana isu aurat tidak timbul kini dengan adanya seluar bersalin mesra aurat, hospital-hospital tertentu yang menawarkan khidmat bersalin dengan menutup aurat, disamping perlu difahami bahawa nyawa adalah jauh lebih penting maslahatnya berbanding aurat dalam situasi tersebut. Selain itu, meyakini bahawa melahirkan anak di rumah adalah mencontohi Maryam alahissalam adalah tidak benar kerana kejadian yang berlaku di zaman tersebut adalah kehendak Allah SWT untuk membuktikan kekuasaan-Nya. Adapun bagi manusia selainnya, tidak terlepas daripada aspek sabab-musabab-musabbib al-asbab (causality).Apa yang diusahakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia jelas menunjukkan kejayaan dalam pengurangan kadar kematian ibu bersalin dari tahun demi tahun, begitu juga kadar kematian bayi. Bagi tahun 2017, 12.5 kematian bayi dalam setiap 1,000 kelahiran berbanding 12.9 pada tahun 2016 dan 13.69 pada tahun 2014.  Dalam masa yang sama, amat penting supaya penjagaan sejak mengandung dilakukan di tempat-tempat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bukannya hanya melalui konsultasi doula semata-mata.Suka untuk kami ingatkan kepada pengamal perubatan dan juga doula, sebuah hadis daripada Amru’ bin Syu’aib, daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Nabi SAW bersabda:مَنْ تَطَبَّبَ، وَلَا يُعْلَمُ مِنْهُ طِبٌّ، فَهُوَ ضَامِنٌMaksudnya: “Barangsiapa yang mengubati dan tidak diketahui daripadanya (tidak mahir) ilmu perubatan, maka dia bertanggungjawab (atas apa-apa yang terjadi).”(Riwayat Abu Daud, no. 2633)Mulla ‘Ali al-Qari menjelaskan kalimah (وَلَا يُعْلَمُ مِنْهُ طِبٌّ) dengan katanya:مُعَالَجَةٌ صَحِيحَةٌ غَالِبَةٌ عَلَى الْخَطَأِ فَأَخْطَأَ فِي طِبِّهِ وَأَتْلَفَ شَيْئًا مِنَ الْمَرِيضِMaksudnya: “(Dia tidak mengetahui) Rawatan yang sahih, yang kebiasaannya boleh membawa kepada kesalahan. Maka dia tersilap dalam rawatannya dan menyebabkan terjadi sesuatu yang buruk (atau kecacatan/kematian) pada pesakit. (Lihat Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih, 6/2293)Al-Muzhiri menjelaskan,مَنْ شرع في علم الطب ولا يكون مشهورًا فيه، فإذا عالج مريضًا فهو ضامنMaksudnya: Barangsiapa yang memasuki ilmu perubatan dan dia tidak menjadi masyhur dalamnya (tidak menguasainya), jika dia mengubat pesakit, dia bertanggungjawab (atas apa-apa yang terjadi).” (Lihat al-Mafatih Syarh al-Masabih, 4/217)Ini juga satu bentuk peringatan daripada Rasulullah SAW untuk tidak bermudah-mudahan dalam ilmu perubatan sekiranya tidak ada pengetahuan yang cukup mendalam tentangnya kerana ia akan membawa risiko kepada pesakit sendiri. Sebuah hadis Nabi SAW yang menjadi kaedah fiqh menyebut:لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَMaksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri sendiri dan orang lain.”Riwayat Ibn Majah (2341) dan al-Daruqutni (4/228) serta selainnya dengan sanad yang bersambung, juga diriwayatkan oleh Imam Malik (2/746) dalam Muwattho’ secara mursal dari Amr bin Yahya dari bapanya dari Rasulullah SAW, beliau tidak menyebutkan Abu Sa’id. Namun ia memiliki jalan-jalan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.) Hadis hasan.Perkataan dharar (ضرر) dan dhirar (ضرار) sebahagian ulama berpendapat kedua lafaz ini dengan satu makna dan disebut dengan kedua-duanya sebagai ta’kid (penguat).Ibn Habib berpendapat dharar (ضرر) di sisi ahli bahasa arab adalah isim (kata nama). Sebaliknya dhirar (ضرار) pula memberi maksud fi'il (kata kerja)Al-Khusyani berpendapat: “Dharar (ضرر) ialah yang mendapat manfaat bagi kamu sedangkan jiran kamu pula mendapat mudarat. Sebaliknya perkataan dhirar (ضرار) di mana ia tidak memberi sebarang manfaat dan ke atas jiran kamu sedangkan kamu mendapat mudarat. Inilah wajah yang baik dari sudut maknanya.”Imam Ibn Daqiq al-‘Id menyebut, bahawa al-Mahasini berkata:  “Bahawa yang dimaksudkan dengan merugikan adalah melakukan sesuatu  yang bermanfaat bagi dirinya, tetapi menyebabkan orang lain mendapatkan  mudharat”. Ini adalah pendapat yang benar. Sebahagian ulama berkata: “Yang dimaksud dengan ‘kamu membahayakan’ iaitu engkau merugikan orang yang tidak merugikan kamu.  Sedangkan yang dimaksudkan “saling merugikan” iaitu engkau membalas orang yang merugikan kamu dengan hal yang tidak setara dan bukan untuk membela kebenaran.”Berdasarkan hadis di atas, menyelamatkan nyawa dari sebarang mudharat dan yang membawa kepada mudharat adalah wajib. Ini bertepatan dengan prinsip penjagaan nyawa (hifz al-nafs) dalam maqasid syari’ah yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam bahagian dharuriyyat. Kita amat berharap agar setiap nyawa dapat diselamatkan dari tindakan yang boleh membawa kepada kematian disebabkan oleh doula yang tidak bertanggungjawab.Dalam banyak hadis, Rasulullah SAW melarang segala perlakuan yang boleh membahayakan sesama Muslim. Sabda Nabi SAW:إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْMaksudnya: Sesungguhnya darah kalian dan harta kalian haram atas kalian
(Riwayat Muslim, no. 1218)Melakukan sesuatu yang membahayakan atau mencalarkan kehormatan dan juga melibatkan harta atau jiwa umat Islam adalah tindakan kezaliman yang diharamkan oleh Allah SWT. Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi seperti dalam isu ini dengan merujuk kepada pakar-pakar perubatan yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar sebarang tindakan rawatan kesihatan sentiasa dalam keadaan yang selamat.  Akhukum fillah,SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Februari 2018_________________________________________________[1] https://ift.tt/2vQGsGY[2] https://ift.tt/2Bp1MFp[3] Temuramah dengan Dr. Abdul Latif Mohamad pada 10 Februari 2018.Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2019/02/hukum-menggunakan-khidmat-doula-mufti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khidmat Doula Apa Kata Mufti

Khidmat Doula Apa Kata Mufti

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 375 hits
Pada Februari 2018 tular kes kematian bayi yang dilahirkan di rumah yang dikaitkan dengan khidmat doula Namun setelah siasatan dijalankan pihak berkuasa mengesahkan bahawa punca kematian tersebut bukanlah kerana khidmat doula Namun begitu i...
Tiada Sumber Meragukan Pengambilan Vaksin Harus Ikut Syarak Mufti Wilayah Persekutuan

Tiada Sumber Meragukan Pengambilan Vaksin Harus Ikut Syarak Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 317 hits
Rentetan isu pengambilan vaksin yang hangat diperkatakan sekarang Mufti Wilayah Persekutuan Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tampil memberi respon mengenai kewajipan mengambil vaksin mengikut jadual imunisasi kebangsaan daripada persp...
Kembara Ilmu Mufti Wilayah Persekutuan

Kembara Ilmu Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 368 hits
Inshallah moh kite ramai2 untuk rekod ini adalah kunjungan kedua Sahibul Samahah Dato Mufti ke Cameron Highlands sejak 2 tahun ini Biasanya Ada jualan buku agama dimasjid hasil penulisan Dato Mufti Inshallah
Hukum Melaungkan Azan Menggunakan Rakaman Cd

Hukum Melaungkan Azan Menggunakan Rakaman Cd

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 321 hits
Koleksi Soal Jawab AgamaHukum Melaungkan Azan Menggunakan Rakaman CDCredit pic Hukum Melaungkan Azan Menggunakan Rakaman CDSoalan Saya ingin bertanya adakah boleh peranan bilal muazzin sebagai org yg melaungkan azan digantikan dengan launga...
Perwira Darul Iman Abdul Bari Pergi Dalam Syahid Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Perwira Darul Iman Abdul Bari Pergi Dalam Syahid Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 424 hits
ABDUL Bari Asyraf Mohd 31 yang lemas ketika menyelamatkan lima sekeluarga di muara Sungai Terengganu Kuala Terengganu kelmarin meninggal dunia dalam syahid kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri Mayat Abdul B...
Hukum Ganti Serbuk Milo Kepada Serbuk Coklat Yang Murah Jika Dalam Menu Dinyatakan Milo Menurut Mufti Wp

Hukum Ganti Serbuk Milo Kepada Serbuk Coklat Yang Murah Jika Dalam Menu Dinyatakan Milo Menurut Mufti Wp

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 1434 hits
Selalunya bila kita pesan air Milo pasti kita boleh rasa perbezaan serbuk Milo sebenar atau serbuk coklat Mungkin ada sesetengah pengusaha kedai makan yang tidak tahu bahawa hukum menukarkan serbuk Milo dengan serbuk coklat yang lebih murah...
Terkedu Tengok Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi Ibu Meroyan Selepas Bersalin Guna Khidmat Doula

Terkedu Tengok Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi Ibu Meroyan Selepas Bersalin Guna Khidmat Doula

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 405 hits
Terkedu tengok uri dibiar kering di sebelah bayi ibu meroyan selepas bersalin guna khidmat doula
Apakah Hukum Menggunakan Kuali Yang Pernah Dimasak Makanan Tidak Halal

Apakah Hukum Menggunakan Kuali Yang Pernah Dimasak Makanan Tidak Halal

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 519 hits
Koleksi Soal Jawab AgamaApakah Hukum Menggunakan Kuali Yang Pernah Dimasak Makanan Tidak HalalCredit pic Apakah Hukum Menggunakan Kuali Yang Pernah Dimasak Makanan Tidak HalalSoalan Apakah hukum menggunakan kuali dan periuk yang pernah digu...
Hukum Menggunakan Selipar Tandas Dalam Kawasan Rumah

Hukum Menggunakan Selipar Tandas Dalam Kawasan Rumah

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 1095 hits
Koleksi Soal Jawab AgamaHukum Menggunakan Selipar Tandas Dalam Kawasan RumahCredit pic Hukum Menggunakan Selipar Tandas Dalam Kawasan RumahSoalan Jika seseorg keluar dari tandas dan menggunakan selipar tandas tersebut di seluruh kawasan rum...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Lirik Lagu Kerana Ego Khai Bahar

Gula Itu Racun

Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya