Tiada Sumber Meragukan Pengambilan Vaksin Harus Ikut Syarak Mufti Wilayah Persekutuan


Rentetan isu pengambilan vaksin yang hangat diperkatakan sekarang, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi respon mengenai kewajipan mengambil vaksin mengikut jadual imunisasi kebangsaan daripada perspektif Islam.
Berikut artikel yang dikongsikan di laman web rasmi Pejabat Mufti Persekutuan, penggunaan vaksin bagi menambah imunisasi badan adalah diharuskan oleh syarak.
Namun menurut Mufti, kesan gerakan anti-vaksin dalam masyarakat Malaysia sebenarnya semakin parah dan membimbangkan.
Penolakan pengambilan vaksin meningkat
Dalam artikel tersebut memberitahu bahawa gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pihak KKM melalui pemantauan yang dilakukan mendapati gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat daripada 637 kes pada tahun 2013 kepada 1,603 kes pada tahun 2016.
Kesan daripada penolakan tersebut, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak sekali!
Dalam masa yang sama, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak, contohnya kes penyakit demam campak, daripada 195 kes pada tahun 2013 kepada 1,934 kes pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 891.8% bagi tempoh 5 tahun! Dalam jumlah tersebut, kes demam campak yang tiada imunisasi meningkat daripada 125 kes pada tahun 2013 kepada 1,467 kes pada tahun 2018.
Begitu juga menurut Kementerian Kesihatan, pada tahun 2018, terdapat enam rekod kematian demam campak di mana semuanya akibat tiada imunisasi, lima kes kematian berpunca daripada difteria dan empar daripadanya akibat tiada imunisasi, manakala 22 kematian akibat batuk kokol, di mana 19 kes daripadanya akibat tiada imunisasi.
Apakah imunisasi dan vaksin? Bagi anda yang masih belum jelas mengenai apa itu imunisasi dan vaksin, Mufti turut menerangkannya dalam artikel tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) mendefinisikan “imunisasi” sebagai proses di mana seseorang itu dijadikan imun atau tahan penyakit berjangkit, biasanya melalui pengambilan vaksin. Vaksin merangsang sistem imun badan sendiri untuk melindungi seseorang itu daripada jangkitan berikutnya atau sebarang jenis penyakit.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.
Tiada Sumber Meragukan
Vaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup. Sesetengah organisma tersebut adalah penyebab penyakit berbahaya. Oleh itu, penghasilan vaksin dijalankan dalam keadaan yang dikawalselia dengan rapi. Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Secara amnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas:
Pembiakan: Pembiakan organisma hidup yang digunakan dalam vaksin. Pengasingan: Pengasingan organisma hidup daripada sel atau media pertumbuhan yang digunakan semasa langkah pembiakan. Penulenan: Mengeluarkan semua bahan yang mungkin melekat pada organisma yang dikultur, atau memisahkan bahagian khusus daripada organisma untuk digunakan dalam vaksin. Formulasi: Melibatkan pencampuran bahan yang telah ditulenkan ke dalam larutan sehingga ia mencapai kepekatan yang sesuai. Proses ini juga merangkumi penambahan komponen seperti pengawet, pelarut, adjuvant dan agen penstabil. Di peringkat akhir proses penghasilan, vaksin diisi ke dalam botol atau picagari dan dibungkus untuk dihantar ke fasiliti kesihatan. Kesan Pengambilan Vaksin Mungkin ada dalam kalangan anti-vaksin yang menganggap vaksin tidak ‘mujarab’ untuk mencegah penyakit. Tapi, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melalui vaksin:
Smallpox(cacar) telah berjaya dibasmi (eradikasi) di seluruh dunia pada tahun 1980. Smallpox adalah penyakit yang tiada rawatan dengan kadar kematian yang tinggi. Ia menyebabkan parut atau buta kepada orang yang dijangkiti. Poliomyelitistelah dibasmi di tiga rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia telah mencapai status eradikasi polio pada Oktober 2000. Kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) penyakit cegahan vaksin telah berkurangan dengan ketara. Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat dengan menyelamatkan jutaan nyawa dari dijangkiti penyakit yang boleh dicegah ini. Tanpa imunisasi, dua hingga tiga juta lagi kanak-kanak dan orang dewasa akan mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain. Kita dilindungi dari barah (kanser) tertentu seperti vaksin Human papilloma virus(HPV) memberi perlindungan terhadap kanser pangkal rahim manakala vaksin hepatitis B memberi perlindungan terhadap kanser hati. Selain itu, pengambilan vaksin juga dapat melindungi kita serta orang lain dalam masyarakat (imuniti kumpulan). Apabila sebahagian besar masyarakat telah dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit cegahan vaksin, bakteria/virus penyebab penyakit tersebut sukar mencari seseorang yang boleh dijangkiti.
Nasihat Mufti Dalam artikel berkenaan, Mufti juga berpesan kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam tidak sepatutnya menolak vaksin.
Memandang kajian mengenai vaksin sudah menempuh ratusan eksperimen dan puluhan tahun pengalaman, sehingga menghasilkan penawar dan pencegahan antara yang terbaik dalam sejarah perubatan manusia, maka tidak sepatutnya kita sebagai orang Islam menolak pemberian vaksin ini atas alasan yang tidak kukuh sehingga menyebabkan kerosakan dan penyakit kembali merebak dalam masyarakat kita.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Tiada Sumber Meragukan, Pengambilan Vaksin Harus Ikut Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tiada-sumber-meragukan-pengambilan-vaksin-harus-ikut-syarak-mufti-wilayah-persekutuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kembara Ilmu Mufti Wilayah Persekutuan

Kembara Ilmu Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 362 hits
Inshallah moh kite ramai2 untuk rekod ini adalah kunjungan kedua Sahibul Samahah Dato Mufti ke Cameron Highlands sejak 2 tahun ini Biasanya Ada jualan buku agama dimasjid hasil penulisan Dato Mufti Inshallah
Perwira Darul Iman Abdul Bari Pergi Dalam Syahid Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Perwira Darul Iman Abdul Bari Pergi Dalam Syahid Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 417 hits
ABDUL Bari Asyraf Mohd 31 yang lemas ketika menyelamatkan lima sekeluarga di muara Sungai Terengganu Kuala Terengganu kelmarin meninggal dunia dalam syahid kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri Mayat Abdul B...
Tidak Percaya Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Ss Tetap Dengan Pendirian Pegang Fatwa Ulama Arab Saudi

Tidak Percaya Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Ss Tetap Dengan Pendirian Pegang Fatwa Ulama Arab Saudi

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 493 hits
Kata pihak Mufti fakta bumi itu bulat adalah yang paling tepat sejajar dengan pendapat ulamak zaman dulu termasuk kajian sains moden Dalam pada itu Suhaimi Saad telah menulis respon balas kepada Mufti tentang hal ini Malam tadi Suhaimi Saad...
Masuk Pdip Ahok Harus Ikut Sekolah Partai Baru Bisa Jadi Kader

Masuk Pdip Ahok Harus Ikut Sekolah Partai Baru Bisa Jadi Kader

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 217 hits
Mantan Gubernur DKI Jakarta itu bakal diperlakukan sama dengan kader baru partai berlambang banteng moncong putih itu Ahok bakal digembleng sebagai Pancasilais dari bawah Tak ada keistimewaan
Prestasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Untuk Tahun 2018

Prestasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Untuk Tahun 2018

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 474 hits
Mengambil tanggungjawab untuk menyerahkan hak pada setiap dari mereka yang layak menerima zakat sekali lagi PPZ MAIWP berjaya mencapai sasaran lebih dari jangkaan pada kutipan keseluruhan tahun 2018 yang lepas Pengumuman secara lansung diad...
Hukum Menggunakan Khidmat Doula Mufti Wilayah

Hukum Menggunakan Khidmat Doula Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 419 hits
MukadimahIsu doula mula timbul beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi semakin hangat apabila dikejutkan dengan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah tanpa kehadiran bidan atau pakar perubatan bertauliah Bayi berkenaan dikataka...
Kerajaan Ambil Alih Tol Lain Ikut Kemampuan Kata Pm

Kerajaan Ambil Alih Tol Lain Ikut Kemampuan Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 284 hits
Kerajaan ambil alih tol lain ikut kemampuan kata PM Dikemas kini 41 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 24 Feb 2019 8 21
Emosi Anak Banyak Ikut Ibu Ayah Kena Jaga Hati Ibu Jika Mahu Anak Membesar Dengan Baik

Emosi Anak Banyak Ikut Ibu Ayah Kena Jaga Hati Ibu Jika Mahu Anak Membesar Dengan Baik

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 411 hits
Zaman sekarang zaman semua hendak CEPAT Kita ada perkhidmatan fast food Drive Thru Service Jimat masa makan dalam kereta sahaja Ada perkhidmatan grab car grab food Dari segi pengangkutan semua kalau boleh hendak naik LRT jika kerja di kota ...
Puluhan Ribu Orang Ikut Haul Gus Dur Di Solo Ibunda Jokowi Tampak Hadir

Puluhan Ribu Orang Ikut Haul Gus Dur Di Solo Ibunda Jokowi Tampak Hadir

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 203 hits
Yenny Wahid sangat terharu melihat masyarakat dengan ikhlas hadir di Kota Solo Dia mengucapkan terima kasih sedalam dalamnya Semasa hidup katanya Gus Dur pernah berpesan pada anak anaknya bahwa hidup itu adalah cinta dan ibadah
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri