Hukum Ganti Serbuk Milo Kepada Serbuk Coklat Yang Murah Jika Dalam Menu Dinyatakan Milo Menurut Mufti Wp


Selalunya bila kita pesan air Milo pasti kita boleh rasa perbezaan serbuk Milo sebenar atau serbuk coklat.
Mungkin ada sesetengah pengusaha kedai makan yang tidak tahu bahawa hukum menukarkan serbuk Milo dengan serbuk coklat yang lebih murah adalah berdosa dan dilarang dalam Islam.
Penjelasan di bawah dibawakan oleh Datuk Seri Dr. Zulkifli, Mufti Wilayah Persekutuan secara terperinci dalam menghuraikan tindakan sedemikian adalah dikira menipu dan curang terhadap urusan jual dan beli. Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
SOALAN
Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Apakah hukum sekiranya tauke sesebuah kedai makan menukarkan serbuk Milo dengan serbuk Coklat yang lebih murah harganya dalam meningkatkan keuntungan? Mohon pejelasan Dato’ Seri Mufti. Terima kasih.
JAWAPAN
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Mu’amalah jual beli di dalam agama Islam adalah harus dan dibolehkan. Islam juga tidak melarang umatnya untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dalam setiap jual beli yang dijalankan. Namun begitu, Islam meletakkan garis panduan yang jelas agar mu’amalah yang dijalankan selari dengan kerangka syariat yang ditetapkan.
Gambar Hiasan Antara syarat sah jual beli ialah saling reda meredai antara penjual dan pembeli. Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”
(Surah al-Nisa’: 29)
Syeikh al-Maraghi berkata: Jual beli mestilah dijalankan dengan prinsip saling reda-meredai antara penjual dan pembeli. Oleh sebab itu, kecurangan, pendustaan dan pemalsuan merupakan perbuatan yang diharamkan dalam jual beli.
Maksud ‘batil’ dalam ayat ini bermaksud mengambil harta harta orang tanpa imbalan yang sewajarnya atau kerelaan pemiliknya atau dengan cara tipu daya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1168-1169)
Dalam satu hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri R.A, Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا الْبَيْعُ عَنْ تَرَاضٍ Maksudnya: “Sesungguhnya jual beli itu dengan cara sukarela.”
Riwayat Ibn Majah (2185)
Gambar Hiasan Jual beli yang harus dan menepati syarak memberi kesan dan implikasi akan bertukar pemilikan dengan syarat berlaku keredaan antara pembeli dan penjual. Berlainan pula jika dengan paksaan. Ia tidak dianggap memberi kesan tetapi barang jualan tetap milik penjual. Jika sekiranya berlaku bentuk jual beli dengan adanya akad yang diredhai bersertakan syarat dan mengikut syarak, maka dianggap muktabar. Ini kerana keredaan adalah perkara yang tersembunyi. (Lihat Masabih al-Tanwir ‘ala Sahih al-Jami’ al-Saghir, 1/425)
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
أَنّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم مَرّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ، فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا، فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلاً. فَقَالَ: “مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطّعَامِ؟” قَالَ: أَصَابَتْهُ السّمَاءُ يَا رَسُولَ اللّهِ! قَالَ: “أَفَلاَ جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النّاسُ، مَنْ غَشّ فَلَيْسَ مِنّي”. Maksudnya: “Bahawa Rasul SAW melalui setumpuk makanan lalu Baginda memasukkan tangannya ke dalamnya, kemudian tangan Baginda menyentuh sesuatu yang basah. Maka Baginda pun bertanya: “Apakah ini wahai pemilik makanan?” Pemilik makanan menjawab: “Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa kamu tidak meletakkan bahagian yang basah ini di atas supaya manusia dapat melihatnya, siapa yang menipu, maka dia bukan dariku.”
Riwayat Muslim (102) dan al-Tirmizi (1315)
Larangan terhadap amalan menipu dalam perniagaan amat jelas dalam hadis di atas. Perbuatan menukarkan serbuk milo kepada serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pembeli bagi mengaut keuntungan yang lebih tinggi adalah dikira sebagai menipu dan curang dalam perniagaan. Syarat sah jual beli juga menetapkan bahawa penjual dan pembeli mengetahui dengan jelas barang yang diniagakan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 6/13)
Dalam situasi ini, pembeli tidak mengetahui pertukaran tersebut sehinggalah barang tersebut diterima. Justeru, perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang sama sekali.
Gambar Hiasan Konsep keuntungan dalam Islam bukanlah diperolehi dengan cara menipu atau muslihat, tetapi dengan cara reda-meredai. Sekiranya, jual beli berlaku dengan cara yang tidak betul (menipu dan sebagainya), sudah pasti pembeli tidak lagi mahu mengulangi muamalah jual beli dengan penjual yang sama. Keuntungan juga boleh diperolehi dengan cara kepandaian, kecergasan dan ketelitian ketika bermuamalah.
Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat kami simpulkan ialah, hukum perbuatan menukarkan serbuk milo dengan serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pelanggan adalah dilarang dan berdosa. Ini kerana terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli sebagai imbalan kepada harga pembelian yang dibayar. Selain itu, syarat sah jual beli juga ialah, kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa ‘aib yang ada pada barangan yang diniagakan itu. Justeru, sekiranya perkara-perkara seperti di atas berlaku, maka penjual dikira telah menipu dan akad pembelian tersebut adalah tidak sah.
Kami cadangkan kepada pengusaha kedai kopi supaya sentiasa bertekad untuk meraih keberkatan dalam mendapat rezeki sebagaimana yang selalu kita doakan ketika membaca doa qunut:
وَبَارِكْ لَنا فِيمَا أَعْطَيْتَ Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda dan kefahaman kita dalam memahami syariat Islam dengan lebih baik pada masa hadapan. Amin.
Sumber : MuftiWP via SK


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/hukum-ganti-serbuk-milo-dengan-serbuk-coklat-murah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haram Kedai Makan Guna Milo Murah Tanpa Pengetahuan Pelanggan Kata Mufti

Haram Kedai Makan Guna Milo Murah Tanpa Pengetahuan Pelanggan Kata Mufti

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 685 hits
PERBUATAN pengusaha kedai makan menukar serbuk milo kepada serbuk coklat yang lebih murah untuk dijadikan minuman adalah haram kata Mufti Wilayah Persekutuan Dalam satu kiriman menerusi Facebook Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri menegask...
Warung Acik Gobu Tampil Menu Lempeng Siram Coklat Di Rembau

Warung Acik Gobu Tampil Menu Lempeng Siram Coklat Di Rembau

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 1174 hits
Korang suka tak makan lempeng yang ada inti lepas tu disiram dengan coklat Susah nak describe tapi rasa dia memang super power Jom try makan lempeng coklat leleh ni Warung Acik Gobu ni ada di Kampung Seberang Batu Hampar Rembau Negeri Sembi...
Presiden Pks Akan Taati Hukum Soal Kasus Ganti Rugi Rp 30 M Ke Fahri Hamzah

Presiden Pks Akan Taati Hukum Soal Kasus Ganti Rugi Rp 30 M Ke Fahri Hamzah

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 215 hits
Sohibul pun menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa hukum partainya Zainudin Paruh
Petua Langsing Dengan Air Asam Keping Mudah Murah Paling Syok Memang Berkesan

Petua Langsing Dengan Air Asam Keping Mudah Murah Paling Syok Memang Berkesan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 379 hits
Bayangkan dengan hanya amalkan asam keping yang sering kita gunakan sebagai bahan dalam masakan dikatakan boleh membantu mengawal berat badan Petua Langsing Dengan Air Asam Keping Mudah Murah Paling Syok Memang Berkesan
Ebby Yus Selamat Berangkat Ke Umrah Dan Beliau Pergi Dengan Tajaan Seorg Sahabat Allahu Murah Rezeki Sahabat Itu

Ebby Yus Selamat Berangkat Ke Umrah Dan Beliau Pergi Dengan Tajaan Seorg Sahabat Allahu Murah Rezeki Sahabat Itu

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 427 hits
PELAWAK Ebby Yus selamat berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah pada Isnin bersama seorang sahabat Menurut pelawak itu pemergian selama dua minggu dibiayai seorang sahabat prihatin yang mahu dirahsiakan namanya Saya berharap sepan...
Synthesizer Paling Murah Dan Kecil Di Pasaran

Synthesizer Paling Murah Dan Kecil Di Pasaran

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 413 hits
Bagi sesiapa yang berminat dan baru nak mulakan pengembaraan muzik menggunakan synthesizer ini adalah saranan saya Synthesizer paling murah dan kecil yang boleh anda beli di pasaran ialah Korg Monotron Terdapat 3 jenis variasi Korg monotron...
Kontrak Makanan Sekolah Asrama Penuh Murah Sebab Tender Terbuka

Kontrak Makanan Sekolah Asrama Penuh Murah Sebab Tender Terbuka

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 545 hits
Kementerian Pendidikan menolak dakwaan kerajaan memotong belanja untuk katering makanan pelajar
Abang Berhenti Anak Tidur Paknil Cuba Selamatkan Keadaan Doa Supaya Mereka Murah Rezeki Dapat Kenderaan Selamat

Abang Berhenti Anak Tidur Paknil Cuba Selamatkan Keadaan Doa Supaya Mereka Murah Rezeki Dapat Kenderaan Selamat

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 474 hits
Datuk Aznil Hj Nawawi atau mesra di panggil Paknil memang sangat terkenal dalam industri tanah air sebagai pengacara yang disegani Semalam beliau telah memuatnaik sebuah video di instagramnya yang telah mendapat perhatian ramai Paknil cuba ...
Delyva Sedia Membantu Online Seller Untuk Penghantaran Barang Yang Lebih Cepat Murah Dan Menjimatkan Masa

Delyva Sedia Membantu Online Seller Untuk Penghantaran Barang Yang Lebih Cepat Murah Dan Menjimatkan Masa

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 877 hits
Delyva Sedia Membantu Online Seller Untuk Penghantaran Barang Yang Lebih Cepat Murah Dan Menjimatkan Masa Salam semua Siapa kat sini online seller mana tahu kan yang tengah baca entri ini ada yang online seller kan Baru baru ini ada ternamp...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Lirik Lagu Kerana Ego Khai Bahar

Gula Itu Racun

Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya