Khidmat Doula Apa Kata Mufti



Pada Februari 2018, tular kes kematian bayi yang dilahirkan di rumah yang dikaitkan dengan khidmat doula. Namun setelah siasatan dijalankan, pihak berkuasa mengesahkan bahawa punca kematian tersebut bukanlah kerana khidmat doula. Namun begitu, isu tentang doula ini tidak terhenti di situ sahaja.
Masih ada pihak yang berpendapat bahawa tidak ada salahnya menggunakan khidmat doula ini sebagai peneman dan juga penyambut kelahiran bayi. Mereka ingin merasai pengalaman melahirkan anak tanpa tekanan, intervensi ubat dan juga kebebasan memilih posisi kelahiran.
Semalam, 22 Februari 2019, TV Al-Hijrah sekali lagi menyediakan pentas perbincangan tentang isu ini dibawah tajuk Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor.
Siapakah Doula?
Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula merupakan seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi emosi, pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas) dan fizikal (secara sentuhan seperti urutan). Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin.
Doula bukanlah bidan tetapi peneman atau pendamping yang akan memberi sokongan tambahan kepada ibu untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat dan menenangkan.
Wujudkah Doula Bertauliah Di Malaysia?
Khidmat doula ini memang sudah ada digunakan di negara-negara barat seperti di Kanada, Amerika Syarikat dan juga Australia. Namun di Malaysia, belum wujud kesatuan doula yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di luar negara, doula menggalakkan kelahiran bayi di hospital dengan dibantu oleh doktor. Mereka tidak mempunyai hak untuk mengambil alih peranan doktor atau bidan terlatih kerana jika berlaku sebarang komplikasi semasa kelahiran secara bersendirian seperti berlaku pendarahan, janin stres di dalam kandungan, uri terlekat, dan juga kelahiran songsang – ia memerlukan tindakan segera oleh pakar dan jika terlambat, boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.

Apa Kata Mufti?
Pihak Mufti Wilayah Persekutuan juga telah mengeluarkan pendapat bahawa penggunaan khidmat doula adalah tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih.
Selain itu, alasan tidak mahu melahirkan anak di hospital kerana isu aurat sepatutnya tidak timbul kerana dalam prinsip Maqasid Syariah, nyawa adalah jauh lebih penting maslahatnya berbanding aurat dalam situasi tersebut. Malah, kini telah ada hospital-hospital yang menawarkan cara bersalin dengan menutup aurat serta adanya inovasi seluar bersalin yang lebih mesra aurat.
Dalil Yang Boleh Dirujuk
Pihak Mufti juga telah mengetengahkan hadis-hadis yang boleh dirujuk apabila berlakunya masalah seperti ini:
Daripada Amru’ bin Syu’aib, daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ تَطَبَّبَ، وَلَا يُعْلَمُ مِنْهُ طِبٌّ، فَهُوَ ضَامِنٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengubati dan tidak diketahui daripadanya (tidak mahir) ilmu perubatan, maka dia bertanggungjawab (atas apa-apa yang terjadi).”
(Riwayat Abu Daud, no. 2633)
Mulla ‘Ali al-Qari menjelaskan kalimah (وَلَا يُعْلَمُ مِنْهُ طِبٌّ) dengan katanya:
مُعَالَجَةٌ صَحِيحَةٌ غَالِبَةٌ عَلَى الْخَطَأِ فَأَخْطَأَ فِي طِبِّهِ وَأَتْلَفَ شَيْئًا مِنَ الْمَرِيضِ
Maksudnya: “(Dia tidak mengetahui) Rawatan yang sahih, yang kebiasaannya boleh membawa kepada kesalahan. Maka dia tersilap dalam rawatannya dan menyebabkan terjadi sesuatu yang buruk (atau kecacatan/kematian) pada pesakit. (Lihat Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih, 6/2293)
Al-Muzhiri menjelaskan,
مَنْ شرع في علم الطب ولا يكون مشهورًا فيه، فإذا عالج مريضًا فهو ضامن
Maksudnya: Barangsiapa yang memasuki ilmu perubatan dan dia tidak menjadi masyhur dalamnya (tidak menguasainya), jika dia mengubat pesakit, dia bertanggungjawab (atas apa-apa yang terjadi).” (Lihat al-Mafatih Syarh al-Masabih, 4/217)
Kesimpulannya, tidak dinafikan wujud pihak yang mempunyai kelayakan latar belakang profesional seperti bakal doktor atau mereka yang menerima kursus perbidanan dan kejururawatan yang diiktiraf yang juga mengambil peranan sebagai ‘doula’, berlainan dengan ‘doula ekstremis’ yang dikatakan seolah-olah ingin mengambil alih peranan doktor.
Ditegaskan sekali lagi bahawa tugas mereka bukanlah pengganti doktor yang menyambut kelahiran bayi secara berseorangan di rumah. Mereka hanyalah peneman yang boleh bersama-sama memberi sokongan bersama doktor dan bidan semasa proses kelahiran.
Sumber rujukan:
Bayan Linnas Siri Ke-125: Hukum Menggunakan Khidmat Doula
 
Sumber: tzkrh.com
The post Khidmat Doula: Apa Kata Mufti? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/khidmat-doula-apa-kata-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menggunakan Khidmat Doula Mufti Wilayah

Hukum Menggunakan Khidmat Doula Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 472 hits
MukadimahIsu doula mula timbul beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi semakin hangat apabila dikejutkan dengan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah tanpa kehadiran bidan atau pakar perubatan bertauliah Bayi berkenaan dikataka...
Terkedu Tengok Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi Ibu Meroyan Selepas Bersalin Guna Khidmat Doula

Terkedu Tengok Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi Ibu Meroyan Selepas Bersalin Guna Khidmat Doula

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 426 hits
Terkedu tengok uri dibiar kering di sebelah bayi ibu meroyan selepas bersalin guna khidmat doula
Pantau Khidmat Doula

Pantau Khidmat Doula

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 425 hits
Perkataan doula berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud hamba wanita Golongan ini telah pun wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberikan pengalaman positif kepada para ibu yang hamil dan bakal bersalin Kehadiran doula dihara...
Sebarang Pengurangan Khidmat Awam Akan Dibuat Berperingkat Kata Muhyiddin

Sebarang Pengurangan Khidmat Awam Akan Dibuat Berperingkat Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 506 hits
Sebarang pengurangan khidmat awam akan dibuat berperingkat kata Muhyiddin nbsp
Parti Komponen Ph Bebas Tentukan Cara Terima Ahli Baru Kata Saifuddin

Parti Komponen Ph Bebas Tentukan Cara Terima Ahli Baru Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan memberi kebebasan kepada setiap parti komponen dalam gabungan itu untuk menentukan sendiri kaedah penerimaan masuk anggota baharu ke dalam parti kata Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah Jelasnya perkara...
Bukti Wany Hasrita Bercinta Dengan Sufian Suhaimi Ini Kata Katanya Buat Peminat Tersenyum

Bukti Wany Hasrita Bercinta Dengan Sufian Suhaimi Ini Kata Katanya Buat Peminat Tersenyum

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 835 hits
Sudah menjadi lumrah sekiranya peminat mahu menjodohkan artis pujaan mereka dengan artis lain yang dirasakan secocok dan sepadan Selalunya kes sebegini berlaku bila pasangan artis berlakon dalam sesebuah drama atau filem Meskipun artis berl...
Polis Tidak Patut Terima Tajaan Syarikat Luar Kata Bekas Kpn

Polis Tidak Patut Terima Tajaan Syarikat Luar Kata Bekas Kpn

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 503 hits
February 15 2019 7 06 AMBekas ketua polis negara Musa Hassan berkata tajaan yang diterima adalah salah dari segi undang undang kerana pihak yang menaja mempunyai kepentingan PETALING JAYA Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata pihak polis seh...
Ph Tetap Akan Menang Besar Di Semenyih Walaupun Bn Dan Pas Bekerjasama Kata Muhyiddin Viralhancing

Ph Tetap Akan Menang Besar Di Semenyih Walaupun Bn Dan Pas Bekerjasama Kata Muhyiddin Viralhancing

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR 14 Feb Pakatan Harapan membayangkan kerjasama Pas UMNO tidak akan berjaya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini berdasarkan simulasi yang telah dilakuk...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi

Majlis Makan Malam

Sinopsis Ejen Ali The Movie 2

Jumpa Juga Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung Setelah Sekian Lama Mencari

Puding Kastard Jagung Mudah Sedap Confirm Jadi