Penipuan Pekerjaan Makin Berleluasa Di Media Sosial Kosmo 19 03 2022


 

PETALING JAYA – Lambakan iklan pekerjaan di media sosial membuka ruang kepada pelbagai pihak menggunakan platform tersebut untuk menjalankan penipuan termasuk mengiklankan pekerjaan tidak wujud.
Isu ini turut menjadi barah kepada golongan pencari kerja apabila ada agensi pekerjaan mengambil kesempatan me­nyasarkan graduan muda dengan menawarkan kerja berbeza dalam iklan yang ditawarkan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan membabitkan iklan pekerjaan yang tidak sama dengan tawaran kerja.
“Banyak aduan yang kita terima yang mana iklan pekerjaan kononnya menawarkan gaji tinggi, namun tawaran diperoleh adalah sebaliknya dan tidak berkaitan dengan skop kerja.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.“Tujuan sesetengah pihak melakukan aktiviti itu untuk memperdaya pencari kerja, malah ada kes graduan muda ditipu dengan membuat bayaran pendahuluan kepada pihak tidak bertanggungjawab.
“Kita menerima aduan daripada mangsa ditawarkan pekerjaan dikatakan di luar negara, tetapi gaji ditolak sehingga 50 peratus seterusnya menyukarkan mang­sa untuk membayar komitmen lain,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.
Jelasnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) perlu berganding bahu bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi melaksanakan satu sistem pusat untuk menapis kesemua iklan pekerjaan di media sosial.
“Kesemua iklan sedemikian seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berwajib supaya mereka tidak berani mengambil kesempatan mengiklankan tawaran pekerjaan yang tidak sepatutnya.
Sementara itu, Ketua Operasi Bahagian Pengambilan dan Sumber Manusia, Prospect Outsourcing Sdn. Bhd., Zetty Zakaria berkata, kebanyakan syarikat tertentu melakukan penipuan dengan mengiklankan jawatan menggunakan nama syarikat terkemuka, namun hakikatnya ia hanyalah tipu helah.
“Ini kerana asas pengambilan pekerja itu sama seperti pemasaran, kita mesti mengiklankan sesuatu yang boleh menarik minat calon, tetapi dari segi etika pula, ia bergantung kepada syarikat pekerjaan itu sendiri.
“Jumlah syarikat yang menggunakan taktik kotor itu sangat banyak, ini merupakan perkara yang sangat tidak beretika ke­rana mereka mengelirukan calon yang berminat terhadap satu-satu jawatan,” katanya.


Artikel oleh: Kosmo
PENIPUAN PEKERJAAN MAKIN BERLELUASA DI MEDIA SOSIAL

https://www.kosmo.com.my/2022/03/19/penipuan-pekerjaan-makin-berleluasa-di-media-sosial/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/03/penipuan-pekerjaan-makin-berleluasa-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Perkataan Cringe Yang Sering Digunakan Di Media Sosial

Maksud Perkataan Cringe Yang Sering Digunakan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 557 hits
Pasti ada yang tertanya tanya apakah maksud cringe yang selalu digunakan oleh netizen di media sosial untuk memberikan reaksi Jadi dalam artikel kali ini saya akan kongsikan kepada anda apa sebenarnya maksud disebalik perkataan cringe itu A...
Bimbang Data Peribadi Diceroboh Gerakan Padam Mysejahtera Di Media Sosial Raih Perhatian

Bimbang Data Peribadi Diceroboh Gerakan Padam Mysejahtera Di Media Sosial Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 210 hits
March 29 2022 MySejahtera mendapat perhatian baru baru ini selepas Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara mempersoalkan pengambilalihan aplikasi itu oleh MySJ daripada pembangun asalnya PETALING JAYA Perkembangan semasa membabitkan aplikasi MyS...
Contoh Ucapan Idul Fitri Bahasa Inggris Yang Dapat Kamu Share Ke Media Sosial

Contoh Ucapan Idul Fitri Bahasa Inggris Yang Dapat Kamu Share Ke Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 279 hits
Ingin sedikit berbeda dalam mengucapkan Idul Fitri Berikut beberapa contoh ucapan Idul Fitri Bahasa Inggris yang bisa kamu bagikan ke saudara dan teman
Permudahkan Umat Islam Menunaikan Solat Di Masjid Dan Surau Kenyataan Media Ppim 09 03 2022

Permudahkan Umat Islam Menunaikan Solat Di Masjid Dan Surau Kenyataan Media Ppim 09 03 2022

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 282 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengalu alukan langkah kerajaan menghapuskan penjarakan sosial bagi jemaah di Masjid dan Surau seluruh negara Pengumuman Perdana Menteri itu mengembalikan sedikit suasana ceria di masjid dan surau terutama ...
Kevin Aprilio Jengah Ditanya Soal Momongan Curahkan Isi Hati Di Media Sosial

Kevin Aprilio Jengah Ditanya Soal Momongan Curahkan Isi Hati Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 241 hits
Kalau jomlo ditanya kapan punya pacar kalau udah nikah ditanya kapan punya anak gitu aja teroos
Kwsp Minta Hati Hati Dengan Iklan Permohonan Pengeluaran Khas Di Media Sosial

Kwsp Minta Hati Hati Dengan Iklan Permohonan Pengeluaran Khas Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 416 hits
Kumpulan wang Simpanan Pekerja menasihati orang ramai terutamanya bagi pencarum untuk tidak terpedaya dengan perkongsian mengenai iklan permohonan Pengeluaran Khas di media sosial
Terlalu Ramai Hentam Saya Nak Rehat Dari Media Sosial Kak Long 7e Nafi Ejek Golongan Oku

Terlalu Ramai Hentam Saya Nak Rehat Dari Media Sosial Kak Long 7e Nafi Ejek Golongan Oku

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 304 hits
Foto e KesahBagaikan tidak belajar dari kesilapan lalu Kak Long 7E atau nama sebenar Wan Nor Baizura sekali lagi dikecam teruk oleh netizen gara gara memuat naik video dirinya berkelakuan seperti Orang Kurang Upaya yang dianggap sebagai men...
Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Siti Nurhaliza Bisakah Chord

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Bantuan Bil Elektrik Rm40 Syarat Kelayakan Cara Semak

Brownies Dan Creampuff Nuttella Ekin Yusof

Penutupan Selat Hormuz Jejas Ekonomi Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Aku Baiki Solat Rupanya Aku Sedang Baiki Hidupku

Doa Seorang Ayah Yang Tenggelam Di Balik Dinding Pesantren

Aesthetic Picnic Aktiviti Hujung Minggu Di Arked Punggai Johor

Nurul Izzah Saifuddin Nasution Dilantik Pengarah Pilihan Raya Bersama Pkr

Dituduh Jumpa Bomoh Siam Sebab Tiada Job Penyanyi Wanita Buat Laporan Polis

Rafizi Tidak Perlu Tubuh Parti Baharu