Hukum Memberi Daging Sembelihan Sebagai Upah Kepada Pemotong Daging Korban


Hukum Memberi Daging Sembelihan Kepada Pemotong Daging Korban

Setiap tahun, umat Islam seluruh dunia pasti akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban yang sinonim dengan aktiviti ibadah korban

Aktitiviti tersebut sudah tentulah melibatkan ramai pihak untuk melaksanakannya, daripada peringkat pembekal lembu, penyumbang tajaan, tukang sembelih, tukang lapah, tukang timbang, tukang edar hinggalah ke penerima

Menyentuh berkenaan urusan penyembelihan, 2 isu juga persoalan yang sering menjadi pertanyaan setiap tahun adalah :1. Apakah hukum tukang lapah daging yang mengambil atau menyimpan ‘siap-siap’ sebahagian daging atau tulang untuk diri sendiri dan dianggap sebagai upah? 2. Bolehkah memberikan daging sembelihan sebagai upah kepada si penyembelih

Persoalannya,wujudkah terma ‘upah’ bagi pelapah daging dalam Islam daripada sudut fatwa?
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah membahaskan isu ini melalui Irsyad Al-Fatwa Haji Dan Korban Siri 16:Hukum Memberikan Daging Korban Sebagai Upah Penyembelih.
Penjelasan mufti di bawah ini sekaligus menjawab 2 persoalan di atas

IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI 16: HUKUM MEMBERIKAN DAGING KORBAN SEBAGAI UPAH PENYEMBELIH
Soalan:Bolehkah memberikan upah berupa daging korban kepada penyembelih dan juga pelapah daging? 
Jawapan:Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW

Terdapat sebuah hadith yang sahih berkenaan persoalan di atas yang mana menunjukkan terdapat larangan untuk diberikan upah kepada penyembelih daripada bahagian daging korban itu. Ianya hadith yang telah diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA iaitu:

أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا

Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengarahkan aku untuk melakukan sembelihan terhadap unta dan mengarahkan juga kepadaku agar tidak memberi daging daripadanya sebagai upah kepada penyembelih dan juga pelapahnya
Riwayat Al-Bukhari (1716) & Muslim (1317)
Manakala di dalam riwayat Muslim terdapat tambahan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA yang mengatakan:
“Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”

Berkenaan hadith di atas, al-Imam al-Son’ani Rahimahullah di dalam kitabnya Subul al-Salam ada memberikan komentar terhadapnya dengan mengatakan:
“Hadith ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binatang korban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan sebabkan kedudukannya sebagai upah. Hukum sembelihan korban sama seperti hukum sembelihan haji di mana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya.”Subul al-Salam. Dar al-Hadith, 2/537
Seterusnya, al-Imam al-Nawawi Rahimahullah juga ada menyebutkan di dalam kitabnyaal-Minhaj iaitu syarah kepada hadith-hadith di dalam Sahih Muslim dengan mengatakan:
“Tidak dibenarkan untuk memberikan sesuatu daripada bahagian korban kepada al-Jazzar (tukang sembelih) dan inilah mazhab kami dan dengannya juga adalah pendapat ‘Atho, al-Nakha’ie, Malik, Ahmad, Ishak dan dihikayatkan daripada Ibn al-Munzir daripada Ibn Umar daripada Ahmad dan Ishak bahawa dibolehkan untuk menjual kulit sembelihan hadyu dan bersedekah dengan harganya”
Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 9/65
Pendapat yang sama juga diulangi oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu Syarh al-Muhazzab

Kesimpulan dari perbincangan di atas dalam menjawab bolehkah penyembelih mengambil daging qurban dan menganggapnya sebagai upah dan cara memberi upah kepada penyembelih daging qurban adalahd engan melihat kepada dalil dan juga pendapat para ulama’ mengenainya, maka kami katakan di sini bahawa tidak dibolehkan untuk memberikan upah berupa bahagian korban kepada tukang sembelih.
Adapun penyelesaian yang boleh difikirkan untuk diberikan kepada penyembelih adalah berdasarkan perkataan ‘Ali bin Talib RA sepertimana di dalam riwayat Muslim iaitu upah diberikan kepada penyembelih menggunakan harta dari empunya korban/organisasi dan bukannya dari bahagian korban.
Pihak masjid juga boleh menetapkan harga korban termasuk kos pengurusan yang munasabah kepada mereka yang menyertai ibadah korban di sesuatu tempat dan kos pengurusan itu boleh diperuntukkan sebahagiannya kepada tukang sembelih kerana menggunakan kepakarannya dalam urusan tersebut. Begitu juga kos-kos yang perlu ditanggung oleh penyembelih seperti kos pengangkutan dan masa yang telah diperuntukkan

Adapun daging, maka ianya tidak boleh dijadikan upah buat tukang sembelih

Tetapi, sekiranya tukang sembelih itu sendiri termasuk dari kalangan fakir miskin maka pemberian daging korban kepadanya dibolehkan atas dasar dirinya sebagai seorang fakir miskin di samping upah menyembelih yang diberikan bukan dari bahagian korban

Begitu juga diharuskan untuk orang yang berkorban sendiri itu memberikan daging korban kepada penyembelih dan pelapah sebagai hadiah kerana itu merupakan hak orang yang berkorban. Wallahu a’lam

Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-BakriMuft Wilayah Persekutuan7 September 2016 bersamaan 5 Zulhijjah 1437 H


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kongsikanaje.blogspot.com/2020/07/hukum-memberi-daging-sembelihan-sebagai-upah-kepada-penyembelih-daging-qurban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Ke Beri Daging Korban Sebagai Upah Kepada Penyembelih Tukang Lapah Ini Penjelasan Mufti

Boleh Ke Beri Daging Korban Sebagai Upah Kepada Penyembelih Tukang Lapah Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 348 hits
Setiap tahun umat Islam pasti akan menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha yang sinonim dengan aktiviti ibadah korban Selain itu aktitiviti tersebut sudah tentulah melibatkan ramai pihak untuk melaksanakannya daripada peringkat pembekal lemb...
Hukum Menjual Daging Korban

Hukum Menjual Daging Korban

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 364 hits
Ketika musim korban kadang kadang kita dapat pemberian daging yang sangat banyak Soalan saya adakah harus dijual semula kepada penjual daging atau jiran jiran kerana jika disimpan akan jadi terlalu lama untuk dimakan sedikit sedikit Hukum M...
Aidiladha 2020 Barbeque Daging Korban

Aidiladha 2020 Barbeque Daging Korban

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 499 hits
AidilAdha 2020 Raya Dalam Kerisauan Jangkitan Covid 19 Salam Aidiladha korang Hari kerja hari baru sempat nak buka blog Busy bebenor Hahaha Untuk Aidiladha kali ini CH cuma masak rendang ayam nasi beriani ayam dan dhalca sayur Ketupat pula ...
Hukum Sembelih Haiwan Korban Pada Waktu Malam

Hukum Sembelih Haiwan Korban Pada Waktu Malam

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 516 hits
Apakah hukum sembelih haiwan korban pada waktu malam Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya ada soalan berkenaan ibadah korban iaitu haruskah k...
7 Idea Masak Sup Tulang Daging Korban Paling Sedap Dihirup

7 Idea Masak Sup Tulang Daging Korban Paling Sedap Dihirup

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 550 hits
Sup antara menu paling digemari setiap kali tibanya Aidil Adha kerana anda memperolehi daging dan tulanag korban selain mudah disediakan sup juga lebih segar bila dinikmati Sesuai dipadankan dengan nasi mahu pun roti atau pelbagai jenis mi ...
Nasi Goreng Daging Marvelous Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan Kenyang Satu Keluarga

Nasi Goreng Daging Marvelous Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan Kenyang Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 997 hits
Hari Raya Aidiladha memang sinonim dengan ibadah korban sama ada kambing atau lembu Bila pulang ke kampung pasti ada kiriman daging yang akan di bawa pulang ke rumah Kadang bosan dengan menu yang sama seperti rendang dan daging apa kata bua...
Ibadah Korban Syarat Sah Sembelihan

Ibadah Korban Syarat Sah Sembelihan

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 370 hits
Apakah hukum ibadah korban Dan juga apakah syarat sah sembelihan Dalam artikel ini saya akan menerangkan secara ringkas tapi lengkap mengenai ibadah korban dan syarat sah sembelihan haiwan Korban bermaksud hampir Dalil yang menerangkan tent...
Hari Raya Aidil Adha Cara Pembahagian Daging Korban

Hari Raya Aidil Adha Cara Pembahagian Daging Korban

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 1053 hits
Assalamualaikum Selamat hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam Ada yang melaksanakan ibadah korban pada tahun ini Di sini ingin Cik Rose kongsikan perihal ibadah korban Cara pembahagian daging korban Mungkin ada yang kurang jelas maksud...
Prank Daging Korban Akhirnya Makan Diri Seorang Youtuber

Prank Daging Korban Akhirnya Makan Diri Seorang Youtuber

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 249 hits
Demi mengejar view untuk mendapatkan Adsense seseorang YouTuber sanggup berbuat apa sahaja content asalkan matlamatnya tercapai meskipun tidak sesuai dilakukan Misalnya YouTuber dari Indonesia ini dia yang dikenali sebagai Edo Putra dari Pa...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap