Hari Raya Aidil Adha Cara Pembahagian Daging Korban


Assalamualaikum. 
Selamat hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam. 
Ada yang melaksanakan ibadah korban pada tahun ini? 

Di sini ingin Cik Rose kongsikan perihal ibadah korban. Cara pembahagian daging korban. Mungkin ada yang kurang jelas maksudnya kan. Jom kita berkongsi ilmu. 

Sumber gambar : Instagram Bonda Rozita
Allah SWT telah mensyariatkan ibadah korban kepada golongan yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Begitu juga, hadith yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik RA:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ وَأَنَا أُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan korban dengan dua ekor kambing dan aku sendiri (Saidina Anas RA) juga melaksanakan korban dengan dua ekor kambing.
Hadith riwayat al-Bukhari: (5233)
Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’ie ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut. (Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 2:478)
Selain itu, daging korban itu wajib untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin dalam kalangan orang Islam berdasarkan firman Allah SWT:
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
(Surah al-Hajj: 28)
Menjawab persoalan di atas, kami menyatakan bahawa hal ini hendaklah terlebih dahulu melihat sama adakorban tersebut merupakan korban sunat atau korban nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban.
Jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan korban sunat, maka sunat juga baginya untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban tersebut. Walau bagaimanapun, harus untuk dia mengagihkan kesemua daging korban tersebut kepada orang lain. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir RA, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban:
فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا
Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.
Hadith riwayat Muslim: (1218)
Oleh itu, daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara, antaranya:
Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin.Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga). Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.Namun cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. Hal ini kerana menyedekahkan keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)Sebaliknya, jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan sebagai korban nazar atau korban wajibyang telah ditentukan, maka dia wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)
Oleh itu, al-Sheikh Muhammad Bin Ahmad al-Syathiri di dalam kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis, mengatakan bahawa:
وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ
Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826)
Kesimpulan
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa jika sekiranya korban tersebut merupakan nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban, maka wajib untuk dia menyedekahkan kesemua daging tersebut dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya.
Manakala, jika sekiranya ia merupakan korban yang sunat, maka cara yang afdhal bagi pembahagian daging korban tersebut ialah menyedekahkan kesemuanya bagi mencapai tujuan korban tersebut, serta memakan sedikit daripadanya untuk beramal dengan zahir nas al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW




Sumber : https://muftiwp.gov.my


Semoga bermanfaat buat semua!






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/08/hari-raya-aidil-adha-cara-pembahagian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gulai Kambing Buah Ara Sempena Hari Raya Aidil Adha

Gulai Kambing Buah Ara Sempena Hari Raya Aidil Adha

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 475 hits
Hari Raya Aidil Adha baru saja berlalu Seperti biasa sambutan kali ini kurang meriah berbanding Hari Raya Puasa tetapi jauh lebih meriah berbanding dengan negeri negeri lain Pada 9 Zulhijjah saya berpuasa sunat wukuf Arafah buat pertama kal...
Hari Raya Aidil Adha 2020

Hari Raya Aidil Adha 2020

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 528 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Hari Raya Aidil Adha 2020 Dah hampir seminggu hari raya Aidil Adha ataupun hari raya korban berlalu Mrs A baru nak up entry ha Takpe kan better late then never eh hahahhaa Seh...
Jelang Hari Raya Idul Adha Anak Sembelih Ayah Kandungnya Sendiri

Jelang Hari Raya Idul Adha Anak Sembelih Ayah Kandungnya Sendiri

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 363 hits
Aam remaja berusia 17 tahun tega menyembelih ayah kandungnya Murham sehari menjelang perayaan Idul Adha Kamis sekitar pukul 09 00 pagi Murham dibunuh Aam saat rebahan menonton acara stasiun televisi dalam rumahnya Dusun Rawanmangun Desa Bun...
Berkain Batik Di Pagi Raya Aidil Adha 2020

Berkain Batik Di Pagi Raya Aidil Adha 2020

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 667 hits
Salam Eidul Adha Maaf Zahir dan Batin Beraya di Fremantle semalam Sejak Covid melanda kami dah lama tak menyinggah ke kota pelancongan itu Skg keadaan dah reda dpt la berposing raya di sana Baju raya masih di benua lain jadi kami pakai je a...
Ceramah Ustadz Abdul Somad Tentang Kurban Di Hari Raya Idul Adha

Ceramah Ustadz Abdul Somad Tentang Kurban Di Hari Raya Idul Adha

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 490 hits
Ustadz Abdul Somad mengatakan hukum berkurban adalah sunnah mu akkadah bagi yang mampu melaksanakannya Ustadz Abdul Somad dalam 33 Tanya Jawab Seputar Qurban mengungkapkan beberapa hadits dan ayat Al Quran yang menjadi dalil pelaksanaan iba...
15 Pickupline Aidiladha Hari Raya Korban Untuk Awak

15 Pickupline Aidiladha Hari Raya Korban Untuk Awak

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 3217 hits
Pikapline sempena hari raya korban Aidiladha pula Kalau boleh setiap perayaan pun ada pickupline nya yang tersendiri Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan keupayaan mereka mengeluarkan pick up line yang menarik Ramai yang Pm tanya ray...
Hari Raya Idul Adha 2020 Jangan Lupa Mandi Sebelum Berangkat Shalat Id Begini Tata Caranya

Hari Raya Idul Adha 2020 Jangan Lupa Mandi Sebelum Berangkat Shalat Id Begini Tata Caranya

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 416 hits
Alhamdulillah kita telah sampai pada Hari Raya Idul Adha 2020 Sebelum berangkat shalat Idul Adha umat Islam disunnahkan untuk mandi terlebih dahulu Mandi sunnah Idul Adha atau Idul Fitri tak ada bedanya dengan seperti mandi biasa Yang hanya...
6 Ditahan Kes Mayat Wanita Dalam Mpv Penembak Anggota Polis Masih Bebas

Sakit Kepala Punca Simptom Dan Cara Melegakan Secara Semula Jadi

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

China Displays Five New Ucavs

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

Audi Driver Crashes Into 2 Police Motorbikes Tests Positive For Alcohol

Govt Enhances Disaster Communications Network In Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Beriyani Ayam Masak Kurma Cup Cake Coklat

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Kalau Tak Kemas Mesti Tak Jumpa

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025

Telefilem Jersi 45

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang