Hukum Makan Telur Padi


Soalan
Assalamualaikum. Adakah telur padi halal dimakan?
Jawapan Ringkas
Hukum makan telur padi adalah halal berpegang dengan kaedah fiqh yang menyebut “Asal sesuatu makanan adalah halal melainkan terdapat dalil yang mengatakan haram”. Dalam masa yang sama, proses pembuatan dan pengawetan telur padi tidak mengandungi elemen-elemen yang mengubah kehalalan telur tersebut, maka hukum memakannya adalah halal selagi mana tidak dicampur dengan bahan-bahan yang diharamkan seperti arak, najis dan sebagainya.
Huraian Jawapan
Telur padi merupakan telur berakali yang dianggap sebagai hidangan tradisional pembuka selera istimewa masyarakat Cina yang diperbuat daripada telur ayam atau itik. Ia juga dikenali sebagai telur seribu tahun serta telur berabad walaupun sebenarnya proses pengawetan hanya berlangsung sekitar beberapa minggu hingga beberapa bulan bahkan mencecah beberapa tahun sahaja bergantung kepada kaedah pengawetan yang digunakan. Kaedah moden dibuat dengan merendam setiap telur di dalam larutan berakali selama beberapa hari mengikut musim seperti 15 hari ketika musim panas atau 20 hari ketika musim sejuk. Walau bagaimanapun, proses rebusan telur tidak diperlukan.
(Rujuk laman web: Enhancing the Value of Eggs: How to Make Balut and Century Eggs)
Selepas proses pengawetan selesai, tekstur cengkerang telur berubah seakan usia telur tersebut sudah terlalu lama. Perubahan yang lebih drastik terjadi ketara apabila putih telur telah berubah tekstur agar-agar dan warna coklat gelap. Perubahan yang paling ketara adalah pada kuning telur ia bertukar kepada hijau gelap dan mempunyai tekstur krim tebal atau yogurt. Kebanyakan bau dan rasa yang kuat pada telur padi datang dari kuning telur kerana kandungan sulfur atau ammonia dalamnya.[1]
Berdasarkan kaedah dan proses pembuatan dan pengawetan di atas yang tidak mencampurkan bahan-bahan yang diharamkan seperti arak serta kotoran-kotoran seperti najis, darah dan sebagainya, maka hukum memakan telur padi adalah halal. Kenyataan ini disokong dengan kaedah fiqh yang dipersetujui para ulama:
الأصل في الأطعمة الحل، ولا يصار إلى التحريم إلا لدليل خاص
Maksudnya: “(Hukum) asal dalam bab makanan adalah halal. Hukumnya tidak berubah kepada haram melainkan terdapat dalil khusus.”
(Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/124-125)
Kaedah ini dikuatkan lagi dengan nas-nas yang umum yang menyebut bahawa segala makanan dan nutrisi yang berkhasiat sehingga menjadi asbab seseorang hamba lebih bertenaga dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT adalah halal dimakan dan dimanfaatkan.
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
Surah al-Baqarah (168)
Namun begitu, segala makanan dan minuman yang boleh memudaratkan fizikal dan akal manusia telah diharamkan oleh syarak. Ini jelas disebutkan melalui firman Allah SWT,
يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: “…Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…”
Surah al-A’raf (157)
Sebagai kesimpulan, hukum memakan telur padi termasuk dalam kategori makanan yang baik dan diharuskan untuk makan selagi mana tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain yang diharamkan mahupun memudaratkan jasmani dan rohani. Akhir kata, semoga Allah memudahkan urusan hambanya dalam mencari yang halal dan dijauhi daripada makanan yang haram lagi diragui.
Wallahu a’lam.
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Hukum Makan Telur Padi appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-makan-telur-padi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Makan 2 Ekor Ayam 15 Biji Telur Sehari Saharul Ridzwan Habis Ribuan Ringgit Bina Badan

Hiburan Makan 2 Ekor Ayam 15 Biji Telur Sehari Saharul Ridzwan Habis Ribuan Ringgit Bina Badan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 174 hits
Tampil berbeza dari sebelumnya pelakon Saharul Ridzwan baru baru ini ada berkongsikan pengalaman mengamalkan diet ketat di mana dia perlu makan dua ekor ayam dan 15 biji telur separuh masak setiap hari bagi mendapatkan bentuk tubuh idaman S...
Roti Sandwich Berinti Telur Ketam Goreng Rangup Tak Jemu Anak Makan

Roti Sandwich Berinti Telur Ketam Goreng Rangup Tak Jemu Anak Makan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 320 hits
Tak ada idea nak sediakan sarapan untuk anak Jom cuba resipi roti sandwich berinti telur dan isi ketam yang dikongsikan Memang mudah dan sedap Nak buat pun senang Gabungan inti telur dan isi ketam Sedap Jom breakfast Roti nak dekat dekat ex...
Bunuh Makan Anak Kucing Turki Usir Lelaki Jepun Balik Ke Negara Asal

Bunuh Makan Anak Kucing Turki Usir Lelaki Jepun Balik Ke Negara Asal

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 266 hits
Seorang lelaki warga Jepun yang mengakui telah membunuh dan memakan kucing di daerah K k ekmece di Istanbul telah didenda dan menghadapi pengusiran kerana perbuatannya itu lapor portal Hurriyet Daily News Anak kucing di kawasan itu telah hi...
Kes Penceraian Meningkat Mendadak Menteri Agama Sama Kah Macam Duta Timur Tengah Makan Gaji Buta Juga Kah

Kes Penceraian Meningkat Mendadak Menteri Agama Sama Kah Macam Duta Timur Tengah Makan Gaji Buta Juga Kah

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 367 hits
MALAYSIA DATELINEPeningkatan jumlah kes perceraian sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bermula bulan Mac 2020 hingga PKP 3 0 amat membimbangkan dan boleh mencetuskan ancaman baharu dalam sistem kekeluargaan di Malaysia Biro Pen...
Share Sampai 11k Resipi Tauhu Berlauk Paling Sedap Sekali Makan Tak Boleh Berhenti

Share Sampai 11k Resipi Tauhu Berlauk Paling Sedap Sekali Makan Tak Boleh Berhenti

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 403 hits
Resipi ringkas dan simple semacam ini adakalanya buat anak makan tak berhenti Apa lagi gabungan bahan ringkas dari tauhu telur dan telur serta isi ayam yang tinggi khasiatnya Nak tahu macam mana nak buatnya Jom cuba resipi perkongsian ini M...
Sambal Garing Bilis Homemade Buka Selera Makan Dengan Nasi Panas Bubur

Sambal Garing Bilis Homemade Buka Selera Makan Dengan Nasi Panas Bubur

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 450 hits
Ada yang teringin sambal bilis garing Jika anda salah seorang peminatnya boleh cuba buat sendiri Caranya sangat mudah Bila dah tau langkah penyediaannya tak perlu nak beli lagi Biasanya sebotol sambal bilis garing ni harganya dalam RM10 hin...
Potret Nagita Dan Olla Ramlan Makan Pecel Lele Banjir Pujian Tak Malu Makan Pete

Potret Nagita Dan Olla Ramlan Makan Pecel Lele Banjir Pujian Tak Malu Makan Pete

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 177 hits
Nagita Slavina mengaku ngidam makan pecel lele Akhirnya ia mengajak Olla Ramlan untuk menyantap pecel lele bersamanya Mereka terlihat sangat lahap dan tak sungkan menyantap pete Intip potretnya berikut ini
Makan Gaji Buta Dah Duduk Dalam Kerajaan Apa Hadi Buat Soal Pemimpin Amanah

Makan Gaji Buta Dah Duduk Dalam Kerajaan Apa Hadi Buat Soal Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 271 hits
June 20 2021 Terdahulu Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan generasi muda kini supaya tidak mudah terpengaruh dengan muslihat dunia tanpa sempadan seperti yang dicanang kerajaan PH PETALING JAYA Nasihat Abdul Hadi Awang supaya generas...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue