Makan Gaji Buta Dah Duduk Dalam Kerajaan Apa Hadi Buat Soal Pemimpin Amanah


 
Nora Mahpar -June 20, 2021 Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan generasi muda kini supaya tidak mudah terpengaruh dengan muslihat dunia tanpa sempadan seperti yang dicanang kerajaan PH.PETALING JAYA: Nasihat Abdul Hadi Awang supaya generasi muda tidak terpengaruh dengan muslihat tanpa sempadan Pakatan Harapan (PH) ibarat berkata kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mana beliau bernaung ketika ini, kata pemimpin Amanah.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, kenyataan Presiden PAS itu umpama “membutakan mata” terhadap luahan dan amarah anak muda terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.
“Dia (Hadi) ketinggalan bas, sebab saya rasa tindakan anak muda hari ini meluahkan #kerajaangagal di media sosial (ditujukan kepada) siapa. Jangan tersalah baca,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Hadi dalam satu kenyataan mengingatkan generasi muda kini supaya tidak mudah terpengaruh dengan muslihat dunia tanpa sempadan seperti yang dicanang kerajaan PH dalam manifesto pilihan raya umum lalu (PRU14).
Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata, kerakusan PH terserlah hanya beberapa hari selepas menawan Putrajaya apabila bersikap melampau terhadap Islam dan kepimpinannya, sedangkan ia suatu perkara yang wajib dipertahankan.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, orang muda pada hari ini mulai sedar sikap hipokrit PAS dan menolak parti itu kerana menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.
“Semua perkara yang menjadi modal untuk menyerang PH dahulu tidak ditunaikan ketika duduk dalam kerajaan. Mana perginya RUU 335 yang hebat dicanang ketika duduk di kerusi pembangkang?
“Lebih baik dia lihat rekod dia sendiri dan cermin diri,” katanya yang menyifatkan Hadi sebagai pemimpin Islam yang membawa imej tidak baik bagi agama kerana sering menggelarkan individu lain dengan gelaran binatang.
Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Ithnin berkata, PAS umpama menidakkan hakikat bahawa mereka adalah tunjang kepada kerajaan gagal pada hari ini.
“Dengan sekalian banyak rekod buruk mereka sendiri tak tertanggung, tak malukah nak komen tentang orang lain? Nasihat saya buat Presiden PAS, cerminlah diri dulu,” tegasnya.
“PAS ni kadang-kadang cermin dah depan muka pun tak tahu nak cermin diri. Sebelum nak ingatkan orang muda, Presiden PAS sedar tak sekarang ni orang muda dah nampak dengan jelas sifat hipokrit PAS setelah jadi kerajaan?”
Sementara itu, Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin berkata, nasihat Hadi kepada generasi muda seperti “tidak serupa bikin” kerana kelulusan mengundi bagi umur 18 tahun disekat oleh menterinya sendiri.
“Kenapa PAS dan kerajaan PN menyekat kelulusan umur 18 tahun untuk mengundi? Anak muda mohon jawapan ini dahulu sebelum mereka dinasihati. Buat apa dinasihati kalau dihalang daripada mengundi?” soalnya.
Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh menyatakan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan pada 1 Sept 2022.
Penangguhan ini susulan situasi semasa negara ketika ini yang masih bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/makan-gaji-buta-dah-duduk-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Makan Gaji Naik Kereta Rasmi Kerajaan Tapi Mimpi Lain Lain Kata Syed Hamid

Pemimpin Umno Makan Gaji Naik Kereta Rasmi Kerajaan Tapi Mimpi Lain Lain Kata Syed Hamid

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 397 hits
Syed Hamid Albar menyifatkan kerajaan PN unik dan politik Malaysia sekarang kena buat tesis PETALING JAYA Pemimpin Bersatu Syed Hamid Albar berkata Perikatan Nasional tidak dapat menubuhkan Majlis Presiden kerana Umno dan Barisan Nasional t...
Kes Penceraian Meningkat Mendadak Menteri Agama Sama Kah Macam Duta Timur Tengah Makan Gaji Buta Juga Kah

Kes Penceraian Meningkat Mendadak Menteri Agama Sama Kah Macam Duta Timur Tengah Makan Gaji Buta Juga Kah

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 381 hits
MALAYSIA DATELINEPeningkatan jumlah kes perceraian sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bermula bulan Mac 2020 hingga PKP 3 0 amat membimbangkan dan boleh mencetuskan ancaman baharu dalam sistem kekeluargaan di Malaysia Biro Pen...
Kenyataan Presiden Pas Dan Duta Makan Gaji Buta Disebarkan Kerana Sering Berubah Ikut Suka Dan Zaman

Kenyataan Presiden Pas Dan Duta Makan Gaji Buta Disebarkan Kerana Sering Berubah Ikut Suka Dan Zaman

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 428 hits
June 20 2021Orang ramai mempertikaikan bagaimana hukum Islam boleh berubah ubah mengikut keperluan semasa Pas sebagaimana yang dinyatakan oleh pemimpin Pas termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang Poster dan keratan akhbar kenyataan...
Keh Keh Parti Yang Dia Sokong Pun Dah Di Tolak Rakyat Takat Makan Gaji Buta Baik Dok Diam

Keh Keh Parti Yang Dia Sokong Pun Dah Di Tolak Rakyat Takat Makan Gaji Buta Baik Dok Diam

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 273 hits
NIZAM AKABanyak bunyi pula Tim Menteri JPM makan gaji buta ni Cuba Tim Menteri ini tunjukkan satu jasa yang telah disumbangkan untuk negara semenjak dilantik sebagai Tim Menteri Ada Yg ada hanya makan gaji buta Sedarlah diri tu Kamu capai t...
Tak Sokong Macamana Nak Makan Gaji Buta

Tak Sokong Macamana Nak Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 244 hits
PAS tetap sokong Muhyiddin kata Hadi June 9 2021Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Perikatan Nasional dibentuk tahun lalu berpandukan lunas demokrasi PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang terus menyatakan sokongan parti itu terhadap Pe...
Pelik Suhakam Bercanggah Kerajaan Soal Keselamatan Kedaulatan Negara

Pelik Suhakam Bercanggah Kerajaan Soal Keselamatan Kedaulatan Negara

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 172 hits
Lindungi golongan pelarian ada limitasi tidak membuta tuli BANGI Isu ketidaksepakatan yang tercetus antara kerajaan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mengenai perihal keselamatan dan kedaulatan negara menimbulkan tanda tanya Terdah...
Pemimpin Muda Pejuang Sinis Jakim Tak Payah Lama Sangat Semak Kehilangan Fatwa Amanat Haji Hadi

Pemimpin Muda Pejuang Sinis Jakim Tak Payah Lama Sangat Semak Kehilangan Fatwa Amanat Haji Hadi

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 267 hits
June 22 2021 PIHAK berkuasa agama tidak perlu terlalu lama untuk menyemak kehilangan fatwa berkaitan amanat Presiden PAS Abdul Hadi Awang daripada laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kata pemimpin muda Pejuang Yang lebih perlu lama di...
Gempar Pemimpin Pas Dedah Agenda Pembentukan Kerajaan Baharu

Gempar Pemimpin Pas Dedah Agenda Pembentukan Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 181 hits
inforakyat netRancangan beberapa pemimpin politik mahu membentuk kerajaan baharu atau kerajaan sementara bagi menggantikan Perikatan Nasional didakwa mempunyai muslihat dan agenda tersembunyi Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor Khairul Faizi Ahm...
Tasik Chini Kerajaan Khianat Amanah Kalah Dengan Nafsu Muda

Tasik Chini Kerajaan Khianat Amanah Kalah Dengan Nafsu Muda

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 265 hits
Malaysiakini Ikatan Demokratik Malaysia membidas kerajaan Pahang kerana membenarkan kegiatan penebangan hutan dan perlombongan di Tasik Chini walaupun kawasan itu berstatus hutan simpan kekal Menyifatkannya sebagai mengkhianati amanah untuk...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi